Sunday, July 26, 2009

novel manisnya cinta-anis ayuni


novel manisnya cinta-anis ayuni


mula2 baca sinopsis novel manisnya cinta-anis ayuni ini, rasa macam tak tertarik langsung sebab nama hero 'alfredo' terus terbayang tak hensem. lepas tu aku fikir cerita ni macam indon2 gitu. tapi lepas my sis cakap novel ni best, barulah aku beli dan baca. komen? ok...boleh tahan. lagi pun kalau  anis ayuni punya novel memang tak pernah menghampakan.

novel manisnya cinta-anis ayuni mengisahkan tentang ifti liyana yang bercinta dengan alfredo. alfredo ni anak kawan baik mak ifti. mak ifti dan mak alfrredo memang sudah lama berhajat untuk berbesan. tapi dalam diam2 alfredo curang dengan juita. jadi ifti pun tarik diri. dia kemudian kawan dengan nazmi yang dikenalinya  di McDonalds masa bawa anak2 saudaranya. tapi sebelum itu, mereka sudah bertemu di jusco masa ifti beli puding karemel. tapi nazmi hampa sebab dia ingat ketiga2 budak yang bersama ifti tu, anak ifti.

izelea adik ifti bertunang dengan syahril, mereka nak kenalkan ifti dengan kawan syahril tapi ifti tak mahu dia pantang kalau orang cuba2 atur kehidupannya. masa majlis tu juga ada sorang makcik dari rombongan syahril yang ramah berbual dengan ifti. makcik tu tertarik tengok ifti yang tak berenggang dengan anak2 saudaranya. izelea mula bertanya pada ifti tentang lelaki idamannya sebab ifti tak mahu kenal kawan syahril yang kerja sebagai pilot tu. bagi izelea kakaknya itu terlalu memilih. ifti kata pula dia tak pandang kebendaan. kalau lelaki tu tak kaya dan kerja cuma bawa bas pun dia tak kisah!

satu hari tu ifti terjumpa nazmi di pasaraya, nazmi nampak selekeh dengan tshirt dan jeans lusuhnya. ifti pelik juga tapi dia tetap layan nazmi juga. ifti ikut rakan sekerjanya bercuti di janda baik. ifti terkejut bila nazmi pun datang bercuti di situ. nazmi dan kawannya farhan, join kumpulan ifti. kawan2 ifti pun tidak kisah. masa ini ifti mula rapat dengan nazmi. ifti mula senang dengan nazmi.

nazmi ajak ifti makan, mereka naik volkswagen buruk milik kawan nazmi. tapi dalam perjalanan kereta tu buat hal. akhirnya nazmi cuma ajak ifti makan di gerai berhampiran tapi ifti lagi senang sebab tak mahu menyusahkan nazmi.masa ni dia dah tahu nazmi cuma kerja sebagai pemandu bas tapi ifti tetap suka pada lelaki tu. ifti mula rindukan nazmi bila lelaki tu lama tak muncul. telefon pun kadang2 saja.

abang bakthiar pula nampak sukakan ifti, ifti sendiri rasa kesian dengan bekas suami kakaknya itu. dulu lelaki itu curang terhadap arwah kakak ifti. bila kakak ifti meninggal, anak2 kakaknya semua dalam jagaan keluarga ifti. cuma lepas abang bakthiar insaf barulah anak2 kakaknya tu dijaga semula oleh abang bakthiar. tapi ifti sikit pun tak suka dengan lelaki itu walaupun makcik ifti mencadangkan ifti kahwin saja dengan lelaki itu memandangkan anak2 arwah kakaknya itu sangat rapat dengan ifti.

alfredo menemui ifti bila perkahwinannya bermasalah. juita pula cemburu dan jumpa ifti, sangkanya ifti masih berhubung dengan alfredo lagi. ifti gembira bila waktu juita jumpa dia, nazmi muncul. nazmi pun buat2lah macam dia tu boyfriend ifti, juita pun tak tuduh ifti lagi. ifti bercuti di cairo dan di sana dia bertemu dengan nazmi. ifti hairan tapi sebab dia suka nazmi dia buang segala fikiran2 negatifnya terhadap pekerjaan sebenar lelaki tu. dhiva, kawan ifti tak suka nazmi sebab masa di cairo itu nazmi satu group dengan perempuan2 cantik. ifti pun mula was2 dengan nazmi dan tak layan nazmi. tapi lama2 tu dia layan juga masa malam terakhir dorang di cairo. di hadapan sg nil, nazmi pun lafazkan cintanya pada ifti dan ifti pun terima.

masa balik malaysia, dalam flight..ifti dapat nota dari nazmi (melalui pramugara yang nama imran) yang dorang satu flight. ifti terkejut dan mula tercari2 nazmi tapi tak jumpa. sepanjang penerbangan tu juga ifti dapat layan baik dari pramugara nama imran, sampaikan dhiva cemburu. malah ifti pun terasa pelik. sampai kl, ifti paling last turun sebab dia nak jumpa nazmi tapi dia hampa bila nazmi tak ada. dia berandaian nazmi sudah pun turun lebih dulu. hubungan mereka tambah baik, ifti mengajak nazmi datang rumah. nazmi setuju sebab dia memang serius dengan ifti.

tapi kemudian nazmi tak jadi jumpa ifti. lepas tu lama nazmi tak muncul. ifti kemudian ternampak nazmi dengan perempuan. mereka sangat mesra dan nazmi sendiri tolak stroller anaknya. ifti sangat kecewa dan tak mahu jumpa nazmi lagi. nazmi call pun dia langsung tak mahu cakap, frust sampai dia demam. lepas tu nazmi jumpa ifti  di office, dia cuba tanya kenapa ifti tak mahu jumpa dia lagi. ifti cakap dia dah tahu rahsia nazmi dan nazmi mengaku tapi dia cakap nak beritahu pada ifti bila masa yang sesuai. ifti lagi frust dan putuskan hubungan dengan nazmi. nazmi cuba berbincang tapi ifti memang sudah buat keputusan. lepas tu nazmi pun hilang.

masa birthday ifti dia dapat hadiah kereta volkswagen dari nazmi. kereta buruk dulu tapi sudah dibaik pulih dan diubah suai jadi baru. ifti terkejut sebab kereta tu sudah pindah milik ke atas namanya. ifti minta farhan ambil kereta tu semula. dia nampak geram dan tuduh ifti mata duitan. dia ingatkan ifti tak suka nazmi sebab nazmi tak dapat bagi hadiah yang lagi mahal. lepas tu farhan ajak ifti datang bengkel sebab ramai orang nak beli kereta volkswagen tu, farhan tak dapat buat keputusan sebab kereta tu atas nama ifti.

ifti kemudian ternampak nazmi di kedai buku dan dia tegur tapi terkejut lelaki tu bukan nazmi. rupanya lelaki tu khairil abang nazmi. melalui khairil dan isterinya ifti dapat tahu yang nazmi tak ada di sini, fly ke perth. ifti blur masa tu, tak faham. tapi satu yang dia faham, dia memang sudah salah sangka pada nazmi. dia rasa sangat bersalah. dia ke bengkel farhan dan minta farhan tak jual kereta tu sebab dia sayang kereta tu. masa tu ifti terkejut sebab nazmi ada di situ.

nazmi pun ajak ifti keluar naik kereta tu, nazmi cuba cakap tentang hubungan dorang dan ifti terus terang dia memang tak mahu putus pun sebab dia tahu nazmi tak tipu dia sebenarnya, dia yang salah sangka. dia pun beritahulah kenapa dia minta putus dulu. nazmi terkejut sebab dia ingat ifti marah hari tu sebab nazmi tak terus-terang dia tu bukan pemandu bas tapi pilot kapal terbang! mereka pun baik semula dan nazmi minta ifti bawa dia jumpa makbapa ifti.

masa di rumah, barulah ifti tahu izelea dan syahril sebenarnya yang aturkan banyak perkara berkaitan pertemuan ifti dan nazmi. kawan syahril yang mahu berkenalan dengan ifti dulu tu, nazmi la. tapi banyak juga pertemuan lain memang nazmi sendiri yang cari ifti. masa pulang dari cairo tu, nazmi la yang bawa flight tu. nazmi ajak ifti kahwin tapi ifti tak nak sebab izelea dah bertunang jadi patut kahwin dulu. tapi masa izelea nak kahwin adik syahril meninggal sebab kemalangan dan bapa syahril pun masuk icu. perkahwinan tu dibatalkan buat sementara. memandangkan kad jemputan sudah diedar, bapa ifti terpaksa suruh ifti saja yang kahwin dengan nazmi. nazmi happy sebab memang dia dah lama nak kahwin dengan ifti, ifti saja yang tak mahu sebab perlu dahulukan izelea.

then, mereka pun kahwin dan bulan madu di rome. masa ifti sarat mengandung, izelea pun kahwin dengan syahril. abang bakthiar pula couple dengan kak nadia rakan sepejabat ifti.

ok, macam tulah kisah cinta novel manisnya cinta-anis ayuni ni. agak panjang sinopsisnya aku buat...bukan rajin tapi sebab novel manisnya cinta-anis ayuni best jadi secara tak langsung aku teruja bercerita di sini. kalau belum pernah baca novel manisnya cinta-anis ayuni ni cepatlah dapatkan di kedai buku. tak rugi beli novel manisnya cinta-anis ayuni ni sebab ceritanya best.

4 comments:

Anonymous said...

Hi sis. Begitu bagus review anda . Saya suka. Tadi saya dah lihat cerita ni di wayang. Sangat sangat best. So bila di rumah saja google sinopsis novel manisnya cinta. Tak sabar nak baca novel. Tq sis

bz the witch said...

terima kasih kembali... :) hehe...

Noriz Wana said...

Ptang tadi Tgok wayang Manisnya Cinta..Lakonan Fazura Dan Shaheizy sam.Sweet And Best..Kan Baguss Kalau semua cerita mcam Niee

bz the witch said...

wah! bestnya awk dah tgok. sy blum tgok lagi