Tuesday, January 5, 2010

holiday sempena tahun baru 2010

kali ni nak story tentang percutian beberapa hari lepas. 31 dis 2009...memulakan perjalanan ke kk. singgah kejap di tagal sg.morali. first time singgah dan tengok2. sebelum ni tengok tempat ni di tv, macam best je. tu yang bawa family singgah sini.

memang bestlah sebab ikan2nya jinak2, semua kumpul tepi kaki. paling suka mereka patuk2 tangan yang kita rendam dalam air. tapi mesti taruh makanan ikan dalam genggaman tangan tu. jangan cuba2 buka jari or tarik mengejut tangan tu, nanti ikan hisap or gigit2 manja.

lepas tu teruskan perjalanan dan singgah pula di air panas poring. horeyyy...mandi air panas! tapi tab semua penuh so tiada peluang mandi lah. tengok my anak2 buah je mandi-manda di kolam budak2 (tp bapa budak pun ada juga berendam di situ). masa tu dah petang, poring pun dah nak tutup. so, teruskan perjalanan ke pekan ranau. singgah minum...oh! tak makanan malam terus...sebab masa tu dah gelap pun.

teruskan perjalanan lagi...sampai kk sudah hehehe...terus check-in di hotel tabung haji. ingatkan mahu rehat dan tidur terus. rupa2nya agenda diteruskan lagi. pergi tanjung aru, makan lagi lepas tu jalan2 di pantai tapi tak ramai orang. beli jagung rebus dan jalanan lagi di area yang paling happening lah konon2nya. wah! jalan betul sesak di tanjung lipat...kereta macam tak bergerak je.

biasa tepi pantai memang jadi tumpuan ramai. dari situ boleh tengok bunga api...hihihi bye2 2009 dan selamat datang 2010. mesti rindu kenangan2 tahun 09...harap2 2010 akan menjanjikan kegembiraan dan kebahagian.

balik hotel dan tidur. esoknya bangun awal pergi sarapan dan mula shopping...hihihi
ok, nanti sambung story, masih panjang lagi ni. pic pun nak upload (kalau rajinlah...hihihi).aku ni pemalas banyak...cakap je macam2 tapi buat....hampeh!