Sunday, February 27, 2011

malam minggu

semalam keluar pergi beli barang2 keperluan di gentingmas. tempat ini memang sentiasa jadi tumpuan orang yang mahu belanja. macam biasa juga tempat ni biar sudah ada beberapa cawangan tapi ya juga sesak dengan pengunjung.

bukan tiada supermarket lain di bandar ni...ada macam servey dan giant tu. tapi memang gentingmas ni juga yang jadi pilihan ramai. mungkin sebab harga barangnya berpatutan dan paling murahlah di sandakan ni.

kalau aku ditanya kenapa suka belanja di sana? mesti aku jawap....barang2nya sentiasa baru. belum habis pekerja tu susun barang di rak, habis sudah diambil oleh pembeli. tu maksudku barang baru...baru keluar dari kotak. jarang terjumpa barang2 berhabuk2, expired, buruk di gentingmas ni.

selalu terjumpa barang2 tin kemik, tepung pecah, susu tumpah...ni bukan apa, telampau mahu cepatkan pekerja2nya...barang sentiasa habis di rak. jadi kalangkabut angkat barang, susun barang...mana lagi orang lalu lalang di lorong sempit dorang tu...stress lagi. mana nda bertabur barang2 tu.

kalau di giant tu, aku nda berapa suka sebab telampau besar, penat aku mahu jalan! biasalah sudah tua kan, kaki pun nda menahan lagi mau jalan jauh2...hahaha. lagi pun barang di giant tu mahal bagi ku yang nda kaya ni.

kalau di servey pula, ok sikit harganya tapi ada barang2 yang selalu expired. kalau barang2 sayur pun macam nda segar saja...bawang, ikan bilis...macam berbulan2 sudah nda laku tapi ya juga masih di jual. paling aku sedih tengok kurmanya time puasa dulu. macam dikitar semula sudah...rendam sama air gula!

fishball yang dijual di luar tu pula, kalau nda laku hari ni...esok dijual balik...cuci dulu, baru di goreng balik! nasib la siapa yang terbeli tu. tu la aku lagi suka belanja di gentingmas tu biarpun sesak dengan orang ramai.

lepas belanja, makan di medan selera dekat dewan masyarakat tu. sedap juga lauk2nya cuma aku nda puas hati sayurnya di campur kulat. aku memang nda suka rasa rasa kulat kering ni. kalau aku makan macam rasa sakit terus. lauk lain ok jugalah.

masa makan ni, terganggu dengan bunyi2 motor yang nda habis2 buat pusingan di bulatan dekat dewan tu. kalau 1 ,2 motor nda pa juga...ini ramai, ala2 rempit la ba kunuknya tu. bikin sakit telinga betul. baru bunyi motor bukan alang2 bising...kesukaan betul dorang hujung2 minggu trep2 merempit. siap ada yang buka helmet, teriak2.

tapi nda lama, sekali ada 3 kereta polis datang. satu kereta tu terus melintang di jalan tu. hahahaha...baru padan muka dorang, menganggu kententeraman orang yang mahu makan di medan selera tu. mesti orang yang dating2 di tepi tembok tu pun terganggu juga oleh bunyi bising motor2 tu.

masa kami pulang, nampak 2 lagi kereta polis dekat2 situ...ada 2 motor sudah di tahan. hahah, baru tahu. lepas tu singgah kejap di maybank baru tu, bikin takut area tu banyak pelipin. macam di sinsuran rasanya...dalam bank tu pun, ada 2 lelaki macam pelipin..trep2 cucuk duit, siap tendang2 mesin atm dalam tu lagi. kununnya duitnya nda kluar! satu orang tu macam mabuk sama juga perangai, habis semua di tendang!

entah mana sudah scurty bank ni, ketakut kali bertapuk di dalam. aku ni bukan juga anti orang pelipin ni...tapi kaum dorang ni separuhnya ramai yang ganas2. suka menyapi...di bandar dorang ni la yang kasih ramai. bikin takut. tapi nda semua juga jahat...ada juga yang bagus...yang memang niat mahu cari rezeki di sini.


Saturday, February 26, 2011

tayong dalawa (the two of us)


sumber : google

baru kejap tadi aku tengok episod akhir tayong dalawa (the two of use). happy sangat sebab dari tahun lepas aku tunggu2 drama ni habis. nak kata panjang sangat macam siri2 indon tu, taklah juga. cuma astro tu yang mengada-ngada, lepas siar petang tukar pagi. lepas main cuma 2 kali seminggu. lagi yang menyakitkan hati dua kali tayong dalawa ni dihentikan. sedap2...taik hidung je 105 tu ganti dengan drama melayu yang dah 81 kali diulang siar tu.

episod akhir tayong dalawa tadi tu, ramon perangkap semua pembeli2 senjata api haram tu. termasuk kawannya si paul yang teringin sangat jadi ketua penjahat tu. mengikut asal, ramon nak lari ke luar negara lepas semua penjenayah kena tangkap. tapi tak jadi bila marlene pula muncul. lepas tu paul yang terlepas tu jadikan marlene sebagai tebusan. nasib baik ada jr dan dave.

lepas marlene merayu, akhirnya ramon setuju serah diri. tapi cilaka punya ingrid dia tembak ramon, tepat kena di tepi kepala ramon. nasib baik ramon tak mati tapi dia buta dan dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup. ingrid pun kena tangkap juga. memang bertambah2 teruk sakit jiwanya tu.

walaupun ramon di penjara, tapi akhirnya keluarga marlena bersatu juga. mereka rajin lawat ramon di penjara. hidup bahagia dengan si baby comel tu. nenek audry dan angela pun tinggal dengan marlena. termasuk si dave jugalah. tapi dalam happy tu tiba2lah pula datang seorang wanita dengan pemuda yang mengaku sebagai isteri dan anak david garcia!

nasib baik siri ni tamat, tak sanggup nak tengok kalau cerita ni dipanjang2kan lagi. mungkin penulis skrip sengaja wujudkan watak yang baru muncul tu. biasalah drama....selalu gantung ending dia. kalau dapat respon mesti sambung balik cerita tu.

aku rasa puas hati jugalah dengan ending cerita ni...cuma aku rasa tak patut watak2 lain mati. contoh macam stan dan gertha tu. kalau audrey aku tak kisah sebab dia ni buat jr dan dave berebut je. buat pilihan pun salah. asyik ubah2 keputusan je. boring betul dengan konfliknya yang tak habis2 tu.

esok entah apa ganti drama ni. mesti slot tu untuk ulang drama2 melayu. tak pun ada lagi sinetron baru...mungkin tajuknya planet dan bumi. kan, sekarang dah ada kejora dan bintang. bagi tajuk yang dekat2 sama juga.




Thursday, February 24, 2011

sundait sabah

untuk entry kali ni aku mau guna bahasa pasar. biasa aku guna bahasa standard sebab takut google translate nda boleh baca ayat2 ku tu. kunuk2 la ba ada urang oversea baca belog ku ni. hahaha...prasan jak aku petang2 ni.

kenapa aku becakap sabah kali ni? ni ba pasal sundait sabah...rancangan tv1 yang ku tingu tengah ari tadi. apa maksud sundait sabah tu, nda pula ku tau. hahaha, nama jak pure sabah tapi maksud sundait pun nda tau!

rancangan sundait sabah ni pasal kebudayaan suku-kaum di sabah. bagus rancangan informasi macam ni. ya la kan selalu, kalau sebut sabah mesti urang fikir suku-kaum kadazan saja. jadi kalau ada rancangan sundait sabah ni, buli la urang lain tau kaum2 lain yang ada di sabah ni.

aku sendiri pun suka sebab dapat tambah pengetahuan. tau jak la sabah banyak suku-kaum macam bajau, murut, idahan, tidong dan lain2 tu. aku paling suka kalau tentang suku-kaum tidong. maklum la bangsaku kan tu...mesti la suka.

tapi masa sundait sabah tayangkan pasal kaum tidong tu, aku nda berapa puas hati sebab fokus cuma di tawau jak. aku tau tawau memang ramai tidong. sana la penggiat kebudayaan tidong yang aktif. sandakan? aku nda pasti pula.

selalu aku tanya2 nenek ku, dia cakap dulu2 durang pun ada baju tarian juga. tapi aku nda pernah tingu sebab tiada nenek ku simpan. nenek ku cuma ada simpan kulintangan jak sebab dulu2 nenek ku sama adik-beradiknya selalu main kulintangan. masa tu aku masih kecik lagi.
.

nenek ku cakap durang tidung labuk tapi kampung durang dulu tiada suda. mungkin suda dikasi maju jadi ladang sawit. akhir tahun 60an begitu, durang ramai2 pindah di ran.sg manila, sg.beruang sama sg tiram. ada juga yang pindah di bandar sebab mau majukan diri.

kalau raya, nenek ku balik beluran dia ziarah kubur di sana. tapi aku nda tau nama tempat tu...bukit besi ka tanah merah ka. aku lupa2 sudah. biasa nenek ku pi sana naik bot. nenek ku selain tidong ada juga darah suluk. mengikut cerita moyang kami punya emak tu perempuan dari sulu. dia dibawa lari pi sandakan. kesian, jahat betul urang bawa dia lari tu.

chop! chop! nanti jap, aku tadi mau cakap pasal sundait sabah tapi tembus suda pasal kisa nenek ku pula. atuk2...nda pa la, kira masuk tajuk juga sebab masih nda lari tentang cerita suku kaum. aku ingat mau buat susur galur keluarga ku, belah mak dan bapa...insyaAllah kalau aku rajin.




aku mahu jaga kesihatan!


 sumber : google

sebaik je bangun pagi tadi, aku terus bertekad mahu jaga kesihatan. mahu jaga pemakanan dan rajin2 bersenam. lepas tu aku bertekad mahu kurang-kurangkan (kalau boleh buang semuanya) sifat amarah yang melampau-lampau dalam diri aku ni. aku mahu didik hatiku jadi seorang yang penyabar dan tenang tiap kali dilanda masalah-masalah yang menguji tahap kesabaran.

aku juga mahu happy2 sentiasa biarpun fikiran kusut masai. mahu banyak ketawa dan hiburkan hati agar tidak stress lagi. tengok rajalawak...tengok sitcom lucu2 di 711...biar ketawa sampai pecah perut. opss! telebih suda...!

kenapa aku tiba2 bertekad macam ni? semua kerana berita yang aku dapat semalam. masa layan fb, ada kawan yang bagitahu...seorang rakan fb kami di masukkan di hospital sejak malam kelamrin. dia koma dan doktor cakap pembuluh darah di kepalanya pecah. kemungkinan dia ada darah tinggi masa tu.

aku memang terkejut bila tahu hal ni. aku memang tak kenal dia tu, memang satu sekolah dan sama tahun tapi aku betul2 tak ingat dia yang mana satu masa sekolah dulu. maklumlah dah bertahun2 tinggalkan bangku sekolah mana nak ingat rakan-rakan sekolah lagi. tengok pic dia di fb pun memang tak cam. tapi bila tahu musibah macam ni menimpah dia, rasa sangat simpati. tiada apa yang aku boleh buat selain hanya berdoa, moga Allah memberi kesembuhan pada kawan aku tu. amiiin...

mungkin apa yang berlaku pada kawan aku tu sudah ditakdirkan olehNYA. mungkin juga darah tinggi itu kebetulan saja. tetapi tidak salah kalau kita ambil iktibar di sebalik semua itu. perlu jaga permakanan terutamanya makanan yang mengandungi garam dan lemak. kalau boleh dikurangkan atau tidak ambil langsung.

bersenam, kena rajin...jangan malas. penyakit2 macam ni selalu hinggap di badan manusia pemalas dan makan ikut nafsu. dan kadang2 ianya tak kenal tua atau muda.

jadi, bertekadlah...aku mesti jaga apa yang aku makan lepas ni. makan rebus2 pun tak apa...janji sihat. harap2 ini tersemat dalam hati dan otak aku sampai bila2, bukan hari ni saja! opss, aku hampir lupa...makan banyak sayur dan buah-buahan!

Monday, February 21, 2011

cucur oreo (oreo goreng)


cucur oreo (oreo goreng)

Selalu orang masak cucur udangkan? Tapi aku lain sikit...masak cucur oreo pula. Ya, cucur orea ataupun oreo goreng dengan tepung. Hahaha...saja mahukan kelainan dan nak cuba macam mana rasa biskut digoreng dengan tepung. Sedapkah tidak?

Idea ni bukan datang dari otak aku...Sebenarnya aku tahu cucur oreo @ oreo goreng dengan tepung ni dari rancangan American Next Top Model. Season berapa, aku pun tak pasti. Ada salah sorang model tu yang masak macam ni. Lepas tu semua kawan2 dia puji rasa kuih ni sedap. So, aku pun nak try la juga..dan bagi nama cucur oreo atau oreo goreng dengan tepung.


cucur oreo (oreo goreng)

untuk buat cucur oreo @ oreo goreng dengan tepung ni, mudah je. Mula2 macam biasalah....sediakan biskut oreo. Bancuh tepung dengan sedikit garam, macam buat tepung untuk pisang goreng tu. Kemudian celup oreo dalam bancuhan tepung tu dan lepas tu masukkan dalam minyak yang sudah dipanaskan. Hahaha, dah macam segmen masak2 pula ni.


cucur oreo (oreo goreng)

Kalau dah masak, angkat dan toskan. Lepas tu bolehlah makan cucur oreo @ oreo goreng dengan tepung ni. Rasanya memang sedap, biskut tu ranggup lepas tu ada rasa krim yang lemak2 lagi. Memang sedap. rasanya semua jenis biskut pun boleh buat cucur macam ni. Tapi makan masa panas2 la, kalau dah sejuk rasanya kurang sedap sikit. Alaa, macam  pisang goreng juga, kalau dah sejuk kurang sedapnya kan. Jadi, selamat mencuba resipi cucur oreo @ oreo goreng dengan tepung ini...

Sunday, February 20, 2011

novel puteri cinta-kreisya reisya


novel puteri cinta-kreisya reisya

Novel puteri cinta-kreisya reisya ini merupakan novel kreisya yang ke 5 dengan alaf selepas kisah kasih, cinta marissa, sedetik cinta dan indahnya kasih. saya suka novel ni sebab banyak dialog yang menggelikan hati. sikap kristal yang suka berangan itu pun sering buat aku ketawa sendiri.

Novel puteri cinta-kreisya reisya ini mengisahkan tentang kristal yang hidup tersisih dari keluarganya. ibubapa kristal dan adik-beradiknya tidak sukakan kristal yang lebih suka hidup sederhana dan mengikut kehendaknya sendiri, bukannya diatur oleh keluarganya.

kristal berkawan baik dengan melur, ashman dan ardaiee di tempat kerja. tanpa sengaja, kristal mula terlibat dengan masalah melur yang bercinta dengan suami orang (noel). hinggakan melur terlibat dengan krisis keluarga kaya itu. kristal juga berkenalan dengan alberto lelaki yang cukup kelakar dan sering membuat perkara yang tak dijangka. alberto menyukai kristal tapi kristal pula lebih menganggap lelaki itu teman baik saja.

kristal bertemu semula dengan farish daniel, bekas kekasihnya. melur pula, akhirnya berkahwin dengan noel. kristal mengalami tekanan perasaan bila ibubapa meninggal dunia. kristal kecewa bila adik-beradiknya merahsiakan hal itu. dia cuma sempat bertemu dengan ayahnya. itu pun dia dituduh penyebab ayahnya mati.

selepas itu, kristal dapat berita yang melur sudah tiada. selama ini melur sakit dan dijangka hidup tidak lama sebab itu melur dan noel berkahwin jauh dari keluarga melur. tekanan perasaan kristal bertambah bila farish daniel juga meninggal dunia. dia kehilangan semangat untuk hidup.

dalam dia sakit tu, tengku is abang melur banyak membantunya bangkit dari semua itu. setiap hari dia baca surat2 melur kepada kristal....yang ditulis oleh melur sebelum dia meninggal dunia. dari situlah kristal dapat kekuatan untuk bangkit semula. alberto pula jatuh cinta dengan fatimah zahra sepupu kristal.

Wednesday, February 16, 2011

1borneo


ni 1borneo, shopping complex yang terbesar di kk. tak silap aku setakat ni pun, 1borneo paling besar di borneo. tak pastilah aku betul ke tak. entah ada complex yang lagi besar di kuching sana...aku tak pernah jejak kaki di kuching tu jadi tak tahu sangat fakta ni betul ke tak.


tapi yang aku pasti 1borneo ni memanglah besar dan menjadi tempat shopping kebanyakan rakyat brunei. mereka2 nilah yang bermurah hati menjana ekonomi sabah. tahu jelah orang brunei ni kaya2, memang kaki shopping kalau datang di kk ni. tengok depan 1borneo tu bersusun kereta mewah plat brunei.












ni masa tahun baru hari tu...sebab tu masih ada hiasan pokok2 christmas...cantik sangat. ramai orang yang ambil kesempatan ambik gambar berlatar belakangkan hiasan cantik ni. ala2 ada salji dengan rusa kutub lagi...:)



Monday, February 14, 2011

mari mar


Gustavo Aldama, a rich businessman, marries a woman named Lupita despite his mother's disapproval of their relationship. Things become more complicated when Lupita gives birth to Gustavo's daughter, who she names Marimar. Dolores, Gustavo's mother, believing Lupita married her son only for their wealth, does everything to separate the two of them.
Dolores drugs Lupita and hires a man, setting them up to make it look like Lupita is having an affair. Gustavo is devastated to find Lupita "sleeping" with another man, unknown to him that it was a plot by his own mother. Dolores then demands Lupita to leave their property and never to come back.
It's too late, however, when Gustavo finds out his mother's treachery. He could no longer find Lupita, who had gone into hiding along with his daughter. Lupita promises her daughter that one day Marimar will claim what is rightfully hers. Meanwhile, Gustavo leaves his parents and decides to live alone in Manila, not losing hope that one day, he would find his wife and daughter.
Seven years pass, but Gustavo's efforts to locate the whereabouts of Lupita and Marimar remain fruitless. One day, his cousin Esperanza visits him, carrying with her the news of his parents' fatal accident. Despite his ill feelings towards his mother, Gustavo goes home to finally put closure on his past.
While visiting the grave of his parents, Silva, a friend of Lupita, comes by to inform Gustavo the whereabouts of Lupita and Marimar. Gustavo doesn't waste any time and goes to reunite with his family. Lupita manages to forgive Gustavo, to the delight of Marimar who is overjoyed to finally meet her father.
On their way back to Manila, the passenger plane on which the family is riding crashes into the sea and separates Marimar from her parents. Gustavo once again loses the family he had tried so hard to rebuild. Lupita is later found dead, but Marimar is nowhere to be seen.
Marimar is washed ashore on a nearby island. She is found by a childless couple, Lola Cruz and Lolo Pancho, and upon discovering that Marimar suffers from amnesia, decide to raise Marimar as their own granddaughter. Lola Cruz calls her Marimar after seeing the name on Marimar's necklace. Young Marimar meets a young Angelika, and they become friends, playing in a beach. However, Marimar and Angelika start fighting when Angelika falls and breaks her arm, blaming the incident on Marimar.
Marimar then grows into an innocent and naive young woman, whose complicated and tormented life begins when she meets, falls in love with, and agrees to marry Sergio Santibañez, for the latter's reason to have revenge against his father Renato and Sergio's ex-girlfriend, Angelika, Marimar's childhood friend, who had become his new stepmother. Marimar is then subjected to the cruelty of Angelika in the Santibañez mansion. Here starts Marimar's awakening to the harsh reality of what her love for Sergio had done to her.
Fate begins to favor the once oppressed Marimar when she decides to leave San Martin de la Costa after suffering much from the Santibañez household and the death of her adopted grandparents from a fire under Angelika's order. Marimar changes her name to Bella. In the city, she gives birth to a beautiful baby girl whom she named Cruzita after her Lola Cruz. Marimar doesn't allow the child's father, Sergio, to see her, believing that Sergio had left her for good when he went on a business trip.
After many years of searching, Gustavo finally meets Marimar, but since the latter had changed her name to Bella, Gustavo does not recognize her. Natalia, an insane and ambitious provincial lass from San Martin dela Costa who also hated Marimar when she still lived in Villa Santibanez, had snatched up Marimar's pendant before the latter left, which would prove the identity of Gustavo's missing daughter and heiress. Natalia begins pretending to be Gustavo's missing daughter, yet her deception does not last long as Marimar's lost memory comes back with Natalia later on proved to be an impostor. Gustavo finally acknowledges Marimar as his daughter, yet he dies from a heart attack soon after, leaving the countless wealth of the Aldamas to her. With the help of her Tia Esperanza and friend Innocencia, Marimar leaves for the United States and completely transforms herself from a poor and naive lass into the rich and sophisticated Bella Aldama.
When she returns to the Philippines, Marimar meets Rodolfo San Jinez, a businessman who plans to marry her because his family's company was losing money. Rodolfo invites her to his masquerade party as his guest of honor. Unknown to MariMar, now known as Bella, Sergio was also going to the party. Sergio unexpectedly sees Bella and recognizes her as Marimar. Sergio tells Rodolfo that Bella is his wife, but Rodolfo thinks it's impossible. Marimar then rejects San Jinez at their wedding and proves to herself that she still loves Sergio.
Meanwhile, as the Villa Santibañez begins to fall, Angelika returns from abroad and brings a mentally-weakened Renato to their house where she "takes care" of him. Unknown to Renato, Angelika puts "medicine" in his food, which is to weaken his memory. Renato realizes that Angelika is responsible for the loss of his money and his company. Angelika goes to Manila for an auction but Marimar, as Bella Aldama, shows up and a confrontation ensues. Because of Marimar's vengeful tactics, Angelika loses everything to her. Angelika goes back to Villa Santibañez and sends her husband to a mental hospital. However, Renato had already escaped from the hospital before Angelika and her men showed up. Nicandro, a worker under Angelika, shoots him at Angelika's order. However, he is brought by Dra. Rhia to cure him. Renato finally reunites with Sergio and takes revenge on Angelika. Marimar buys the title of Villa Santibañez and humiliates Angelika during a fight, in which the latter accidentally stabs her own right eye. Many run-ins between Sergio, Marimar, and Rodolfo occur. Finally, Marimar once again decides to leave the country to put her life in order. However, Rodolfo kidnaps her before she could leave. Sergio then saves her from her captors but Rodolfo accidentally shoots her when he meant to aim at Sergio. All three inadvertently ended up getting shot but not fatally. Rodolfo is brought to the hospital to later face trial and jail time.
After much heart searching, MariMar decides to forgive Sergio and the family is reunited. Later on, Marimar meets Vanessa May, who was Gustavo's girlfriend while he was separated from Lupita, who tells her that she wants to find her missing daughter who turns out to be Angelika - Marimar's rival. Unknown to Marimar, Angelika plans the downfall of the heir of Aldamas to get Sergio. Angelika is responsible for murders of her mother, Vanessa May, and Esperanza. She blackmails Marimar of Esperanza's murder so that she could take Marimar out. Sergio and the others know that Angelika is the one responsible for the murders but could not find incriminating evidence against her while Angelika has a knife with MariMar's fingerprints and a blouse with Esperanza's blood. Angelika kidnaps MariMar so she could kill her and tells MariMar that she was really the one who murdered Esperanza to keep her silent. Angelika's henchmen Nicandro and Diego save Marimar from Angelika's plan to kill her and they tell a lie to Angelika about Marimar's death. Angelika's plan fails but she sets another trap for Marimar. She dogs Marimar until they have a face-off to finish everything. Angelika shoots Marimar repeatedly, but she survives because of her flak vest. Marimar realizes that Angelika will stop at nothing to destroy she and her family so she decides to finally fight back at Angelika. After a series of attempted police interventions, Angelika is involved in a shoot out and is subsequently arrested. In the incident, MariMar was run over by Angelika and left badly wounded. After a harrowing near-death experience, Marimar survives by a miracle. Meanwhile, Renato betrays Nicandro to the police and a group of police officers shoot Nicandro dead before he can attempt to escape from them.
One month later, after Marimar's recovery, she, along with Sergio and her company, go to the court hearing where Angelika is in custody. The jury finds Angelika guilty for the murders. Sergio and Marimar hold a thanksgiving dinner with their family and close friends after the trial. Meanwhile, Renato goes to the jail where Angelika was sentenced and gives a reward (which is money) and a "permission" to the warden in which she accepted. A "permission" from Renato is to suffer Angelika in jail by giving her a burning mark with MariMar's name on it in which what Renato says to her that a burned mark is also a "gift" from MariMar and continues to hurt her more along with her inmates who joined him also to hurt her. Sergio and Marimar announce that they would finally get married and Marimar gives back to Renato the title of Villa Santibañez. Meanwhile, Angelika's foster father visits her in prison and he gives her a plan to make her escape from prison and she could work with him to ruin the wedding of Sergio and Marimar. She escapes along with other inmates after a bomb explodes opening up the wall. Unaware that Angelika had escaped from prison, Marimar and Sergio prepare for their wedding.
On the day of the wedding, Angelika knocks Arturo out, puts him inside the car trunk, and disguises herself as the driver, replacing Arturo. Sergio, along with Cruzita, ride in the car to go to the church. Angelika kidnaps both father and daughter then gives Marimar the choice of two "special presents". She has Marimar go to a beach where she calls Marimar up on her cellphone. She tells Marimar to choose her present: Sergio's or Cruzita's life. Angelika has Sergio and Cruzita in two different boats with bombs set to go off at the same time strapped to their chests. Marimar heads off to sea in a third boat provided by Angelika and ultimately decides to save Cruzita. Once she gets her daughter, Marimar shoots down Angelika's henchman. As she hugs Cruzita, the boat with Sergio in it explodes. Marimar grabs Cruzita and jumps into the water just as the bomb that was strapped to Cruzita explodes. They make it to the shore undetected by Angelika. Marimar and Cruzita are shocked by what had just happened to Sergio. Marimar tells Cruzita that she should be brave and strong even without Sergio, then hides Cruzita saying that she would come back for her.
Meanwhile, Sergio didn't die in the explosion after all. Just before the time set on the bomb ran out he was able to knock down Angelika's henchmen, remove the bomb and escape from the boat. Marimar goes off to face Angelika. She escapes detection by Angelika's henchmen and finally finds and fights Angelika. Unknown to her, Sergio is also in the area and fighting the remaining henchmen. When Angelika's foster father has Sergio at gunpoint, Renato saves his son by shooting him. Sergio learns from Renato that Marimar is in the area and he goes off to find her. Meanwhile, Marimar and Angelika are fighting in Angelika's helicopter off the ground. Sergio is able to catch hold of the chopper before it completely lifts off. Marimar pushes Angelika out where she falls to the ground in a river full of crocodiles. A bleeding Angelika is last shown being dragged - apparently devoured by the reptiles. Sergio climbs into the helicopter and he and Marimar are reunited.
The episode picks up on the wedding day itself. After much heartbreak and sorrow, tears and hardships and the death of Angelika, the two lovers are finally married amidst their close friends and loved ones.

gambar & sinopsis sumber : google


Sunday, February 13, 2011

sakit sakit sakit


sumber : google

penyakit tidak dapat dielakkan dari menimpa manusia walaupun ia telah berpuasa, makan hanya apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang dan mengamalkan sunnah Raulullah saw yang lainnya. Didalam setiap penyakit yang ditimpa pada manusia ada rahmat atau bala bergantung kepada bagaimana pengidap menghadapinya. Nabi Muhammad saw bersabda:

"Bila seorang hamba jatuh sakit, Allah swt mengutuskan dua Malaikat. Telitilah apa yang dikatakan oleh pesakit itu kepada pengunjungnya! Kalau ia memuji Allah dan menyanjung-Nya dengan baik, maka kedua Malaikat itupun berdoa untuknya. Kalau ia mengeluh dan berbicara yang buruk-buruk, kedua malaikat itupun mengucapkan: Semoga begitulah ia jadinya!"

Menurut Islam, penyakit mempunyai banyak hikmah yang mengandungi kebaikan. Dengannya seorang hamba akan dikurniakan pahala sabar yang tidak mungkin dicapai oleh orang yang sentiasa sihat. Nabi Muhammad saw bersabda:

;Bila Allah swt mengasihi seorang hamba, lalu ia diuji-Nya. Bila si hamba bersabar ia menjadi orang yang istimewa pada pandangan-Nya. Bila ia bersikap redha ia menjadi orang pilihan-Nya.;

Oleh kerana itulah ada di antara para Nabi, para sahabat Rasulullah dan para waliullah suka bila
ditimpa penyakit kerana dengan itu mereka memperolehi pahala sabar. Mereka ini selalu menyembunyikan penyakitnya daripada pengetahuan umum dan juga kepada tabib. Penyakit itu dideritainya dengan rasa redha kepada ketetapan Allah, dengan penuh kesedaran bahawa ingatannya kepada Maha Besar (Allah) lebih menguasai hatinya yang tidak boleh digangu oleh sebarang penyakit kerana penyakit hanya menghalang anggotanya bukan hatinya!

Apabila zaid bin Tsabit mendengar rasulullah saw bersabda: ;Demam sehari menjadi kifarat dosa setahun,; beliau pun berdoa kepada Allah agar selalu demam. Adalah diriwayatkan beliau (Zaid bin Tsabit) sentiasa tidak berpisah dengan demam sehinggalah akhir hayatnya.

gambar & info sumber : google

Friday, February 11, 2011

Puu Jih Syh Chinese Buddhist Temple





inilah tokong paling cantik di sandakan. nama tokong ni puu jih syh chinese buddhist temple. bukan saja cantik, pemandangan disekitarnya pun cukup menarik. tempat tinggi, memang cantik, boleh tengok pemandangan kat bawah tu...

pemandangan dari hadapan tokong puu jih syh, boleh tengok pulau di depan sana tu. cantik betul...seronok dapat menikmati pemandangan cantik petang tu.





banyak betul tanglung merah dan kuning, biasalah baru habis chinese new year kan. tapi tanglung banyak2 tu la yang tambah menariknya.





ini bahagian dalam, banyak juga ambik gambar masa kat sini. orang pun agak ramai waktu ni, ada yang ambik gambar, yang sembah pun ramai juga...tak kurang yang cuma tengok2 je. dalam memang cantiklah.














rock beb!







ini tokong yang lagi satu, kena turun tangga yang agak curam...tapi memang cantiklah. tapi macam tak dibuka untuk orang ramai. aku pun ambik gambar dari luar je. kena hati2 kalau nak turun tangga tu.








gambar dalam tokong yang aku ambil dari luar je. masa tu dalamnya kosong takde sesiapa pun. jadi aku tak berani nak masuk.







Thursday, February 10, 2011

Novel Mulanya Satu Cinta-Rose Harissa

Novel Mulanya Satu Cinta-Rose Harissa

Novel Mulanya Satu Cinta antara novel Rose Harissa yang 'terbest' pernah aku baca. Cara pertuturan 'aku' 'kau' tu yang aku rasa paling menarik. santai je, macam betul2 berlaku disekeliling kita. Watak2nya pun semua ok, berpijak di bumi yang nyata...tidak ada gambaran yang lebih2. Tu yang  best tu...

Novel ni mengisahkan  tenang Ezli yang menutup pintu hatinya terhadap perempuan. Semuanya gara2 kegagalan perkahwinannya dengan Khairina. Hasil perkahwinan itu mereka punya seorang anak Afi. Selama 7 tahun, Ezli membesarkan aAi dengan bantuan ibunya, Faridah.


Kemudian Ezli dipertemukan dengan Iryanie yang ditugaskan menjaga Afi. Mereka kemudian jatuh cinta. Dalam masa yang sama, Khairina mahu menuntut semula hak penjagaan Afi. Dia begitu terdesak hinggakan sanggup menculik dan membawa lari Afi ke luar negara. Niatnya digagalkan oleh Johan.

Hubungan Ezli dengan Iryanie mula terputus gara2 Zamri. Malah Iryanie terpaksa berkahwin dengan Zamri. Ezli terlalu kecewa hinggakan satu ketika dia terlibat dalam kemalangan gara2 teringatkan Iryanie. Iryanie pula tidak dapat menerima Zamri dan masih mencintai Ezli. Waktu melawat Ezli, Iryanie kecewa bila Ezli menghalaunya.


Novel Mulanya Satu Cinta-Rose Harissa
 
Ezli kemudian menasihati Iryanie agar jadi isteri yang baik. Iryanie pun kembali pada Zamri tapi kemudian dia ternampak Zamri dengan Suhaina, kakak tirinya. Mereka sebenarnya sudah lama ada hubungan. Iryanie kecewa dan mereka bercerai. Iryanie kemudian menghilangkan diri.

Ezli kemudian dapat tahu hal sebenarnya tentang Iryanie melalui kawan baiknya hana. Ezli rasa
menyesal sebab menuduh Iryanie curang dan memperminkan perasaannya sedangkan dia tidak tahu Iryanie terlalu menderita dek perbuatan ayah dan kakak tirinya termasuk juga Zamri.


Iryanie menetap di taiping dekat dengan rumah keluarga Ezli. Tapi tiada siapa yang tahu pun. Iryanie terlalu sayangkan Afi dan ibu Ezli yang sudah dianggapnya sebagai ibu. Ezli kemudian dapat menjejak Iryanie. Atas bantuan ibunya, Ezli dapat juga merancang pertemuan dengan Iryanie di tasik Taiping. Happy ending lorr.....:D

Ok macam tulah lebih kurang cerita novel Mulanya Satu Cinta-Rose Harissa. Nampak tak kulit novel tu? Lunyai dah sebab aku selalu ulang balik baca novel ni. Selain tu lunyai sebab kawan-kawan pinjam. Aku selitkan gambar Yana Samsuddin ni, sebab aku terbayang muka dia aje masa baca novel ni...hehe...

Wednesday, February 9, 2011

novel kau kekasihku-anis ayuni


novel kau kekasihku-anis ayuni

inilah antara novel anis ayuni yang aku suka sangat2 selain novel bayangan rindu. novel kau kekasihku~Anis Ayuni ini, novel ke 5 anis ayuni tak silap akulah. aku beli novel ni 28.3.2008...tengoklah kulitnya agak kusam sikit sebab banyak orang pinjam. isi cerita novel kau kekasihku~anis ayuni ni biasa je tapi bagi aku sangat2 lah menarik sebab anis ayuni mengambarkan hero dalam novel ni rupa sebijik macam farid kamil!

aku bukan peminat fanatik farid kamil pun tapi suka menghayati wajahnya. terutamanya matanya yang macam basah tu...ala2 kuyu...tapi selalu orang kata mata farid kamil 'mata stim'...lantaklah orang nak kata apa kan. apa yang penting, aku suka tengok mata dia tu.

oklah cakap tentang novel kau kekasihku~anis ayuni ini, ceritanya tentang dhira yang tinggal serumah dengan kak fiza. dia mengikut pakej lawatan ke china dengan teman2 sekerjanya airin, li-anne dan benjamin. di sana dia berkenalan dengan zairi yang pada mulanya disangkakan farid kamil.


novel kau kekasihku-anis ayuni

dhira dan zairi menjadi rapat dan saling tertarik. hubungan mereka berterusan bila mereka balik ke kl. tapi dhira perasan zairi kadang2 menghilang dan langsung tidak menghubunginya. tapi kemudian muncul semula dan melayan dhira dengan baik. dari cara zairi mengambil berat tentang dhira, dhira dapat rasa zairi cintakan dia tapi dhira hairan zairi tak pernah pun mengatakannya.

hubungan mereka pun sudah agak kukuh dan dhira berharap sangat zairi akan mengajaknya berkahwin. tapi zairi tidak pernah mahu serius tentang hubungan mereka. tapi bila dia tahu anak bos dhira datang ke rumah ibubapa gadis itu, zairi sangat cemburu dan mengajak dhira berkahwin.

sayangnya perkahwinan mereka tidak bahagia sebab zairi tidak pernah menyentuh dhira. malah zairi juga sering menghilangkan diri dengan alasan buat kerja2 di luar. dhira sangat sedih dengan sikap dingin zairi. dia membuat keputusan untuk berpisah dengan zairi. zairi sangat sedih sebab dia cintakan dhira tapi dia tak boleh buat apa2 sebab zairi sendiri ada masalah besar. dia sebenarnya terkena buatan sihir bekas tunangnya. mengakibatkan zairi tak dapat melaksanakan tanggungjawabnya terhadap dhira.

dhira kemudian meminta bantuan dari kak fiza dengan membawa zairi bertemu dengan seorang ustaz. zairi akhirnya sembuh dan mereka pun berbaik. ending novel ni, dhira kemalangan dan keguguran. tapi mereka tetap bersama juga.

Tuesday, February 8, 2011

big apple



ni beli dari kk...selalu kalau turun kk mesti beli macam2 donat di big apple untuk bawa balik ke sandakan. tahu je lah sandakan belum ada big apple. harap2 tahun depan ke, bukalah cawangan kat sini. bolehlah makan donat bila2 masa pun.

novel kisah kasih-kreisya reisya


novel kisah kasih-kreisya reisya

Novel kisah kasih-kreisya reisya :  Ini novel alaf yang kedua aku beli. 8hb mei 2000...ingat tarikh beli sebab ada catat dalam buku ni. mula2 baca sinopsis dah rasa best sangat jalan ceritanya. kebetulan aku pun memang suka cerita yang ala2 cinderella ni.

Novel kisah kasih~Kreisya Reisya ni tentang puteri farahdika yang kecewa selepas ditinggalkan oleh radzi. farah kemudian berkenalan dengan syah E yang juga bekerja di bangunan yang sama dengan farah. masa kecewa dengan radzi dulu, farah ada ikut satu peraduan 'the search of cinderella' yang dianjurkan oleh pengeluaran kasut ternama. farah dah lupa tentang tu hinggalah dia diberitahu menjadi pemenang utama peraduan itu.

farah memenangi pakej menginap di hotel mewah di kl. dalam majlis tari menari, syah E juga turut sama menemani tunang abangnya. masa tu farah diperkenalkan dengan naim. tapi kemudian farah ternampak radzi dan perasaan kecewa kembali terasa. farah kemudian lari meninggalkan majlis itu, hinggakan sebelah kasutnya tercicir.

kemudian naim melamar farah. atas nasihat syah E, farah meletakkan syarat agar naim mencari kasutnya yang hilang masa di kl dulu. ibu farah marah dan menganggap farah masih tidak matang. masa bertengkar dengan ibunya, hal tentang radzi mula terungkit. masa tu barulah farah tahu kenapa radzi tinggalkan dia. radzi menganggapnya tidak dewasa!

farah kemudian terkejut, bila ada rombongan datang membawa sebelah kasutnya yang hilang dulu. farah panik ingatkan itu rombongan naim. nasib baik itu gurauan dari syah E. naim sudah lama tarik diri pun. farah marah pada syah E yang sering buat perkara2 yang mencabar kesabarannya. tapi syah E jugalah yang banyak membantunya bila dilanda masalah.


novel kisah kasih-kreisya reisya

kemudian syah E melamar farah dan masa tu juga farah baru tahu siapa syah E sebenarnya. syah E sudah lama kenal farah sejak farah masih bersama dengan radzi lagi. farah kemudian meletakkan syarat agar syah E tidak menghubunginya selama setahun. mereka juga tidak boleh bertemu. farah fikir, syah E akan menolak syarat itu sebab dia tiada perasaan pada lelaki itu. tapi ternyata tidak, syah E setuju dengan syarat itu.

setahun berlalu, farah pula yang ternanti2kan kehadiran syah E. nasib baik syah E jenis yang setia pada cinta. akhirnya dia datang juga menemui farah untuk melamar. happy ending lor...

p/s~ suka sangat dengan syah E 

Monday, February 7, 2011

restoran x

x bukan nama restoran tapi gelaran yang aku bagi pada perkara2 yang aku tak suka. minggu lepas aku makan di restoran baru (nama bermula N) di bandar prima, bt4. bandar ni baru je...masih banyak kedai yang belum beroperasi lagi. banyak restoran dan cafe di kawasan tu.

berbalik restoran N tu, memang cantik...biasalah restoran baru, kan. layanan pun baik cuma makanannya tak berapa o.k pulak. semua menu yang diminta ganjil2 je rasanya. minuman semua manis2 yang terlampau!

tomyam seafood rasa macam sos cili dalam botol je. ikan masak stim pun tak masak. udang butter pula nampak basah...melekat2. kecewa betul tengok lauk2 tu. paling menghampakan kangkung masak belacannya...betul2 terlebih masak. nak makan pun tak selera. kangkung tu aku gelar kangkung masak pasir!

tahu kenapa? sebab kuahnya ada pasir2 dan siput halus tu. siput kecil2 yang selalu hinggap di tanaman tu. ini kes sayur tak cuci bersih sampai masih ada pasir2 dan siput! apa punya gaya berniaga macam ni? kalau tak sedap mungkin boleh terima lagi...tapi kalau makanan tak bersih, memang melampaulah tu.

nilah sesetengah peniaga kita, selalu ambik ringan tentang perkerja dibahagian dapur. sekali-sekala jenguklah bahagian penting tu. tengok2lah cara mereka buat kerja...bersih atau tidak. masak sedap ke tidak. jangan fikir tentang untung je...!

biasa restoran x macam ni banyak, berniaga suka2 je...tak fikir pelanggan pun. harga pula mahal tak setimpal dengan menu yang x dihidangkan tu. kadang2 makanan di gerai atau atas pasar tu lagi sedap dari makanan restoran x macam tu. bukan je sedap malah takdelah jumpa pasir2 atau siput dalam hidangannya!



novel warna hati- meen zulaikha


novel warna hati-meen zulaikha

novel warna hati~meen zulaikha ni novel kedua dia aku baca selepas novel 'kasih yang suci'. mula2 tengok cover novel dan sinopsis macam tak menarik je. cover betul2 tak menarik kalau nak banding dengan cover novel kasih yang suci. cover novel kasih yang suci tu bagi aku merupakan yang paling cantik dan menariklah setakat ni. tu pandangan akulah, orang lain tak tahulah pula, kan. lain mata lain kata hati...

novel warna hati- meen zulaikha

novel warna hati~meen zulaikha ni mengisahkan zara lisa yang menghadapi masalah untuk mencari pasangan. kerana didesak oleh ibunya, zara mengikut speed dating untuk mencari pasangan. di sana dia berkenalan dengan erman, lelaki idamannya dan harith seorang lelaki budiman yang menjadi kawan baiknya.

zara kemudian kecewa bila erman tidak serius dalam hubungan. malah lelaki itu juga curang terhadapnya. zara kemudian bertunang dengan jefri. tapi kemudian putus bila zara dapat tahu jefri sebenarnya gay. dia saja bertunang dengan zara semata2 mahu menutup kehidupan tidak sihatnya tu.

zara kemudian menerima harith yang sudah lama menaruh hati padanya. tapi hubungan mereka terputus bila rahsia harith pula terbongkar. harith sebenarnya sudah berkahwin dengan nilam, anak ibu angkatnya. itu sebab menghormati permintaan ibu angkatnya. kebetulan harith juga sayangkan nilam. tapi nilam tidak pernah menerima harith sebagai suami sedangkan harith banyak berkorban untuknya. nilam punya anak, haiqal hasil hubungannya dengan erman.

tapi harith tetap sayangkan haiqal yang sudah dianggapnya sebagai anak kandung. lama-kelamaan, cinta harith pudar dan mereka berpisah. nilam sememangnya sudah lama minta dibebaskan. kemudian nilam sedar dan mahu kembali pada harith tapi harith sudah tidak mahu menerimanya lagi. kebetulan harith juga sudah jatuh cinta dengan zara.

selepas semuanya selesai, harith berjaya juga memujuk zara kembali padanya. happy ending lorr...(^_^)....ini kali pertama aku baca novel tentang dilema seorang gadis yang belum berkahwin. ok juga...lagi satu, aku suka novel ni sebab watak tim tu...penulis betul2 menjiwai watak budak2 pengkid ni. bestlah...kena2 lagi dalam novel ni pun banyak babak yang boleh buat pembaca ketawa sendiri.

bagi aku, antara part yang buat aku tersenyum sendiri masa zara menghadiri speed dating tu...CLK cute little kancil. lagi, masa kak jun dan geng pak imam datang serbu rumah zara dan tim. kelakar sangat sebab tak sangka nama tim 'sayangku fatimah'...hahaha...lagi satu, tahi lalat latipah omar tu...hehehe...luculah.
p/s: kenapa ada farid kamil kat sini? sebab aku terbayang harith macam tu, kulit putih tapi jadi gelap sebab banyak berjemur di laut. lepas tu rambut panjang...berjambang...hmmm, lebih kurang macam gambar farid tu la, serabai...

fun fair


sabtu baru2 ni berkesempatan pergi fun fair. baru malam tu dapat pergi sebab sebelum2 ni hujan betul2 mencurah tak henti2 di sekitar sandakan. malam tu punyalah ramai manusia...macam nak tengok konsert rock je. mungkin sebab cuaca baik, tu yang semua orang keluar masa tu.




banyaklah juga permainan yang disediakan tapi nampak macam susah je semuanya. ada lempar gelang di botol tp macam tipu je sebab gelang dia jenis ringan dan melantun. lepas tu lempar bola keranjang, basket kecil je lepas tu bola pula berat. main tangkap itik, semua itik yang didapat tiada tanda! biasalah nak berniaga memang kena tipu banyak sikit kalau nak untung lebih.


permainan mencabar? rasanya takdelah yang betul2 mencabar macam di genting tu. ini cuma yang biasa dan ringan2 je...oklah untuk berhibur dan hilangkan tension. kebanyakan permainan pun untuk budak2 je. kat atas ni, antara permainan paling digemarilah...bersusun orang tunggu giliran...!


budak2lah paling enjoy, macam anak2 saudara aku yang 2 orang tu. teruja naik keretapi...hahaha...biasalah budak2kan. keluar dari situ lebih kurang 12.30 tgh mlm...orang memang masih ramai lagi kat sana.