Tuesday, August 30, 2011

1 syawal 2011


 lagu fav aku tiap kali musim raya

syawal yang dinanti2 akhirnya menjelma juga. syukur pada Allah SWT kerana memberi peluang untuk aku merayakan aidilfitri sekali lagi. terima kasih banyak2 ya ALLAH...mengurniakan keggembiraan di syawal ini. tahun ni tambah meriah walaupun apa yang aku rancang tak semua menjadi...baju sedondon tak sempat siap semuanya, rumah pun tak sempat hias, kuih-muih pun tak cukup 6 jenis...pendek kata semua yang di rancang tak menjadi. tapi ketidak sempurna tu ditutup dengan keggembiraan bila my bro dengan family di sarawak, pulang beraya di sini.

alhamdulillah nasib baiklah mereka bawa balik beberapa jenis kek kukus dan lapis. ada jugalah tambahan untuk juadah hidangan. selain tu my sis pula masak ketupat, ayam masak merah dan gulai ayam. tak masak daging sebab banyak ayam yang kena masak. sebenarnya ada kisah mengHOTkan berkaitan ayam yang dibeli di pasar kemarin. tapi next entry lah aku cerita.

lebih kurang jam 1 ptg, terus balik kampung arwah mak untuk jumpa nenek dan sepupu-sepapat di sana. habis makan2 di rumah nenek, rumah auntie ros dan makcik tua barulah bergerak untuk pulang. nampaknya tiada sessi bergambar2 di rumah nenek tahun ini sebab ramai family yang lain tak dapat balik. lagi pun petang tu nenek tak buat kenduri macam tahun2 yang sudah. so, rumah agak suram sikitlah.

sebelum pulang kami pergi ziarah kubur arwah mak dan arwah kakak yang tersayang. rasa sayu sangat mengenang mereka yang telah pergi. moga2 roh arwah mak dan arwah kakak sentiasa ditempatkan bersama2 roh orang beriman...amin. lepas dari kubur sempat posing kejap di area tu. lewat petang bergerak pulang tapi sempat lagi jalan2 di kampung baru. saja tengok2 kampung PPRT yang baru tu. rumah2nya sangat cantik dan teratur. cuma bekalan letrik belum ada, air pun belum ada.

satu perkara pelik...kampung tu kawasannya besar (setahu akulah mengikut kata arwah atok yang merupakan salah seorang peneroka hutan-belentara yang terawal di kg tu dulu). tapi kenapa buat projek perumahan di kawasan pangkalan (kawasan air dan pokok nipah). kan, kampung luas lagi...kenapa susah2 timbus tanah di kawasan air macam tu??? lagi menambahkan persoalan, tanah2 sawit milik company cina or orang persendirian yang mungkin cuma berselindung disebalik nama tauke cina, pula makin meluas di kawasan kampung!

kalau kawasan perumahan tu bawahnya ditimbus dengan baik macam di kawasan gentingmas mall tu...kira ok juga. kalau timbus dengan tanah cukup2 macam BDC tu, pun kira oklah juga. ini timbus ala-kadar saja. banyak rumah bawah dia air paya masin dengan dahan2 nipah masih bertabur di bawah 'kolong' rumah2 di situ.

kata sepupu aku, kawasan tu air selalu naik. air masin dah tentulah ada pasang surutkan. rasa macam kawasan tu nak dibuat perkampungan atas air pula. apa salahnya buat di atas tanah saja. kan lagi mudah buat penyelanggarannya. kalau air2 macam tu...susah nak jaga kebersihan. macam2 kena buat dan pantau. sampai saat ni, aku masih rasa kesilapan membina rumah di kawasan paya macam tu. macam ada sesuatu yang tersirat je...ke tanah di kampung tu dah habis terjual?????

nak tanya siapa soalan tu? orang kampung ke? tapi setahu aku geran tanah tak bagi pun pada penduduk kampung. ada orang tertentu yang simpan. nak tanya dorang ke? sah2 akan banyak dalih dan macam2 alasan lain. ni lah orang kita yang kadang2 buat kerja tak amanah dan ada yang ambil hak orang lain.

ahhh...lupakan lah hal tu. tak pasal2 hilang pula mood raya aku ni. malam baru sampai rumah dan terus makan ketupat lauk ayam. rasa lapar sangat pula dalam perjalanan tadi. ohhh...aku sengaja letak lagu raya nyanyian artis lama ni. aku memang suka sangat lagu ni...rasa sangat2 meriah kalau beraya sambil dengar lagu2 raya macam tu. klu tak dgr lagu ni, aku rasa macam tak raya jak. selamat hari raya...maaf zahir dan batin...

No comments: