Monday, December 12, 2011

berakhirnya kisah saiful di masterchef malaysia


sumber : google

semalam aku rasa sangat2 sedih masa tengok masterchef malaysia. peserta favourite aku, saiful sudah tersingkir. selepas selamat dari 8 cabaran penyingkiran sebelum ni, akhirnya semalam (kali yang ke 9) saiful terpaksa juga meninggalkan MCM.

bagi aku, rasa macam hilang keinginan nak tengok MCM lagi. dulu tengok pun sebab ada peserta yang aku rasa berbakat macam terrance dan saiful. tapi dua2 pun sudah tersingkir. hilang selera nak tengok MCM lagi... sangat2 takde selera!

actually aku rasa terkilan juga sebab MCM seolah2 memang mahu singkirkan saiful sejak awal2 lagi. tapi selalu nasib menyebelahi dia bila dapat sajikan hidangan yang agak baik setiap kali penyingkiran.

cuma semalam tu, rasa sangat2 tak munasabah je. sudahlah ujian cabaran dorang sangat2 susah...lepas tu penyingkiran pula 2 orang. sangat2 tak adil. lagipun, juri2 semua kata markah dorang semua hampir sama je, apa salahnya selamatkan je semuanya?

aku tak tahulah, tapi dari yang aku tengok asal ada peserta dr sabah, memang takde ampun maaf...terus out. tengok macam terrence, peserta paling berbakat...tp sebab dia terlupa jaga kebersihan masa siapkan hidangan, terus tersingkir tanpa was2 lagi.

mula2 aku tak pertikaikan tapi selepas tu nik micheal buat silap yang sama (abaikan kebersihan) tak pula disingkirkan...siap bagi peluang sekali lagi. huhuhu...nampak sangat2 ada sikap pilih kasih dalam MCM. lepas tu, bila nik micheal masuk uijan penyingkiran lagi, bagi ujian yang tersangat2 la senangnya...SEBUT NAMA2 BUAH-BUAHAN...budak tadika pun boleh lulus dengan ujian ini.

tapi memandangkan nik ni separuh mat saleh jadi bentuk dan nama buah tempatan tak tahu sangat, jadi tersingkirlah. tu pun juri2 terus-terang mereka memang harap nik kekal dalam MCM. see, betul2 berat sebelah kan.

lagi satu, minggu2 yang sudah ada ujian penyingkiran untuk kumpulan merah...entah kenapa semua selamat dengan alasan semua masak dengan sedap! mana tak sedap, ujian masa tu sangat2 senang...iaitu masak hidangan dari negeri masing2...(kecuali zuraidah yg dpt bendera sarawak)...ni pun ujian penyingkiran yang sangat2 senang kalau nak banding dengan ujian penyingkiran semalam. sangat2 tak adil dan berat sebelah.

nak cakap banyak pun tak guna, sakit hati....apa2 pun harap sangat2 saiful dapat gunakan pengalaman dan ilmu yang ada sepanjang di MCM untuk majukan dirinya bila balik di sabah nanti. harap2 juga dia berjaya mencari wang untuk kos rawatan ibunya yang sakit tu.

selamat tinggal saiful...selamat tinggal MCM....

No comments: