Monday, January 30, 2012

bila aku jatuh cinta...


sumber : google

baru habis blogwalking dibeberapa blog yang aku follow. sempat baca 1, 2 entry di setiap blog yang aku jenguk tadi. ada entry yang menarik, aku suka...dan ada juga entry yang biasa2 saja. tapi biasa2 pun, aku tetap suka baca. memang dari dulu aku suka baca blog orang lain..suka mengikuti kisah2 kehidupan seharian mereka.

ada beberapa blog yang aku suka cara penulisannya, ada identiti sendiri. kalau nak banding dengan blog aku ni, bagai langit dengan bumi! aku sendiri tak tahu apa identiti blog aku ni. nak kata diary online, ada pula macam2 info kehidupan, berita, agama dan macam2 lagi. ala2 'ABC' pun ada juga.

pada asalnya aku hanya nak mencatatkan apa2 yang berlaku dalam kehidupan seharian. tapi kemudian aku terfikir pula nak selitkan info2 yang berguna, untuk rujukan aku sendiri. info2 agama pula aku sengaja selitkan sebagai peringatan untuk diri aku yang selalu lalai dan kadang2 buat2 lalai dalam melaksanakan suruhanNYA.

yup! aku memang bukan seorang yang baik pun. baru saja belajar untuk jadi baik. itu pun dalam berjalan ke arah kebaikan, kadang2 boleh terundur kebelakang semula! tu sebabnya aku banyak letak hal2 agama di sini...sedikit sebanyak dapat juga menyedarkan aku yang selalu buat2 lupa ni.

post tentang luahan kehidupan tak banyak sangat sebab aku hanya post yang happy2 saja, yang sedih2 terlalu banyak dalam kehidupan ini, jadi aku malas hendak kenang balik. kalau boleh aku nak saja padam terus dari memori aku segala perkara2 yang unhappy ni.

aku perasan, tentang hiburan memang banyak aku post di sini. nama pun hiburan, sudah tentulah itu lah pengubat segala kesedihan dan tidak gembira dalam diri ku.tv, drama, muzik...memang tak boleh dipisahkan dari aku. aku akan pening2 lalat kalau tak dengar muzik dalam sehari tu...aku boleh sakit kalau tak tengok tv dalam sehari tu...


sumber : google

sebenarnya...aku tak tahu apa motif dan isu utama entry yang aku taip ini. lebih2 lagi ada gambar aqasha di awal2 catatan ini. tajuk juga tidak ada kaitan langsung dengan isi entry ini. apa yang pasti waktu ni, aku tengah dilanda kebosanan yang sangat dahsyat...bosan tahap tapir!!!

Friday, January 27, 2012

Susahnya Nak Buat Dosa..., Senangnya Nak Buat Pahala...


gambar sumber: google


Susahnya Nak Buat Dosa...

Kalau nak ke disko bukan murah.
Kurang-kurang kena bayar RM25 cover charge.
Konon dapat free first drink.
Tapi yang dibagi air yang harga kat 7-Elevencuma RM1 je...

Senangnya Nak Buat Pahala...
Kalau gi masjid tu, free je.
Dah le takde cover charge,
minum free bukan first drink je.
Berkoyan-koyan pun boley.
Silap-silap dapat makan free lagi...

Susahnya Nak Buat Dosa...
Kalau nak berzina tu, bukannya semudah ABC.
Susah. Nak sewa hotel (duit tu)...
Nak belanja awek tu makan (duit lagi)...
Silap-silap kena tangkap basah.
Ha... Boleh masuk paper free.
Kalau majikan tau,
boleh kena buang keje.
Laaagi haru...

Senangnya Nak Buat Pahala...
Kalau nak pose sunat tu, anytime, anywhere.
Bangun pagi takde breakfast,
terus niat pose.
Dapat dah pahala.
Bukan setakat dapat pahala,
siap dapat jimat duit lagi.
Pose tu kan boleh kekang nafsu.
Cume tak masuk paper je.
Tapi insyaAllah masuk syurga.
Laaagi best!


gambar sumber: google

Susahnya Nak Buat Dosa...
Mengumpat tu best kan?
Tu lah hobi hampir semua manusia hari ni.
Tapi, ngumpat punye sedap, keje tak jalan.
Yang keje tu, bos tengok,abis kena haruk.
Yang suri rumah sepenuh masa lak,
suami balik tengok sume tak siap,
tarik muka.
Gi makan kat kedai Timah Janda, jeles lak tuh.
Timah Janda lak kena umpat...

Senangnya Nak Buat Pahala...
Berzikir mengingati Allah tu cukup mulia.
Allah akan mengingati hambaNya yang mengingati Dia.
Orang pun tak marah.
Makin saspek ade.
Eh! Respek la...
Suami balik tengok keje sume siap,
isteri lak terkumat-kamit berzikir.
Manis je muka.
Nak keluar rumah pun takut rugi.
Beban keje pun kurang terasa...

Susahnya Nak Buat Dosa...
Bagi orang tamak,
kumpul harta memang takkan cukup sampai bila-bila.
Kejor le harta dunia ni.
Makin jauh dia lari.
Sampaikan ibadah pun terabai,
dunia tak gak dapat2.

Senangnya Nak Buat Pahala...
Jadik zuhud tu bukan je mulia,
malah cukup memudahkan.
Takyah nak sibuk2 tamak haloba.
Jiran beli TV baru, sofa baru,
langsir baru, lantak ko la.
Sebab dia dapat hutang baru,
kita lak dapat iman yang sentiasa diperbaharukan.
Mane lagih best?

Susahnya Nak Buat Dosa...
Orang kate "Nak hidup terpaksa la menipu".
Ha'ah!
Hidup la ko kat neraka.
Hehe... Penipu ni bukan setakat Tuhan benci,
manusia pun lebih-lebih lagi.
Kalau tipu duit lagi parah.
Hidup sentiasa dalam ketakutan.
Silap2 kantoi,kena ganti.
Tak pun... Saman court dalam...
(ikut gaya Aziz Satar dalam Bujang Lapok)

Senangnya Nak Buat Pahala...
Orang jujur ni bukan sahaja dikasihi manusia & malaikat,
malah Allah akan sentiasa memberkati hidupnya.
Mungkin dia jadik mangsa pembelit2 kat dunia ni
tapi dia takkan jadik mangsa belitan ular kat neraka.
Hidup pun aman,
bukan dalam ketakutan.
Bahagia je...

Susahnya Nak Buat Dosa...
Nak lawan hukum Allah bukan senang.
Nak study tu, study nih.
Carik peguam tuh,
carik peguam nih.
Buat kempen tuh,
buat kempen nih.
Leceh.
Terpaksa pulak buat
Istilah baru konon yang paling benar.
Tapi dusta belaka.
Ingat upah sana upah sini tu murah ke?
Banyak ooo abiskan duit.
Walaupun bukan duit rakyat,
bukan duit sendiri.
Hehe... Dahla hidup kena laknat,
siap booking name sendiri kat Malek.
Dunia akhirat tak tenteram!!

Senangnya Nak Buat Pahala...
Cukup senang kalau pakai hukum Allah.
Ini bukan yang manusia buat
tapi hukum yang turun dari langit.
takde hukum lebih sempurna dari hukum2 Allah.
Inilah hukum2 yang seadil-adilnye.
Tak payah nak fikir2 nak rangka rang undang-undang baru.
Semuanya dah termaktub dalam Al-Kitaab.
Selain tuh,
hidup pun diberkati.
Ridhwan pun sedia nak sambut dengan manis muka.
Inilah kemuliaan orang yang mempejuangkan Agama Allah.
InsyaAllah...


Renung-renungkanlah...
Wallahu'alam...



credit http://siti2505.blogspot.com

Friday, January 20, 2012

dia, dalam kenangan...


sumber : yutube

indah lelapku-izwan pilus
Dalam lelapku ini
Terbayang wajah seakan puteri
Dalam lelapku ini
Munculnya dia bagai bidadari
Dalam renungku ini
Sepenuhnya ku ingin mendekati
Dalam hatiku ini
Sepenuhnya ku ingin memiliki
Dan bila
Cuba bangun dari lelapku
Dan bila
Ku cuba buka kan mataku
Dan hilang
Segala rupa yang telah ku bayang
Dan hilang
Segala rasa yang telah ku rasa
Dan hilang
Segala semua harapanku
Dan hilang
Cerita indah dalam tidurku
Dalam renungku ini
Sepenuhnya ku ingin mendekati
Dalam hatiku ini
Sepenuhnya ku ingin memiliki
Dan bila
Cuba bangun dari lelapku
Dan bila
Ku cuba buka kan mataku
Dan hilang
Segala rupa yang telah ku bayang
Dan hilang
Segala rasa yang telah ku rasa
Nyatalah dia hanya dalam mimpiku
Dan kisah aku memilik cinta hati
Nyatalah dia hanya kekasih pelukku
Sampai sini kisah aku dengan nya

p/s: al-fatihah untuk izwan pilus, moga rohnya tenang di sana...

[Gemersik Kalbu] Best Part: Raihana & Sufian ep11


sumber : yutube

aku suka sgt2 drama ni, tapi boring klu cerita tentang family ana. cerita tentang hisham pun boring juga. bagi aku watak hisham tu kacau daun je. aku cuma seronok tengok scence yg melibatkan ana, pian, kak syikin, kawan pian yg tinggi tp x hensem tu dan kawan ana si zuraini tu jak. ni, aku saja2 post..suka tgok gelagat suffian yang tak habis2 cuba pikat raihana. tak sabarlah pula nak tengok episod 13 minggu depan. hari ni baru jumaat....kena tunggu 2 hari lagi sbm isnin.

Monday, January 16, 2012

tanda-tanda mengalami stress


sumber : google

Salah satu perkara yang boleh menganggu keceriaan dalam diri seseorang anda stress. Stress adalah satu tekanan yang akan selalu muncul dalam diri seseorang disebabkan oleh masalah yang berlaku dalam diri mereka. Stress ini berpunca dari banyak faktor sebenarnya.

punca-punca berlakunya stress disebabkan faktor dalam diri sendiri, persekitaran sosial, perasaan dan psikologi, faktor biologi dan banyak lagi faktor-faktor lain. Untuk mengetahui sama ada anda stress, anda perlu mengenal pasti beberapa tanda stress pada diri anda. Ada banyak tanda-tanda yang boleh anda lihat pada diri anda bagi mengenal pasti sama ada anda sedang stress. Dengan mengenal pasti tanda-tanda itu maka anda memang sedang stress. Jom kita sama-sama kenali tanda-tanda stress…
1) Tanda-tanda Fizikal
  • Sakit kepala
  • Masalah tidur
  • Perubahan selera makan
  • Cepat letih
  • Lenguh-lenguh badan
  • Jantung berdebar-debar
  • Pernafasan semakin laju
  • Kering mulut
  • Gementar
  • Sakit perut
  • Cirit-birit
  • Sakit-sakit badan yang kurang jelas puncanya
  • Letih lesu
2) Tanda-tanda Psikologi
  • Gelisah
  • Keresahan
  • Tidak merasa seronok
  • Bosan
  • Low mood dan murung
  • Hilang sabar
  • Mudah marah
  • Kurang minat dan tumpuan terhadap aktiviti seharian
  • Mudah lupa
  • Takut gagal
  • Rendah diri
3) Tanda-tanda Tingkah Laku
  • Merokok berlebihan
  • Penggunaan ubat-ubatan yang tidak terkawal
  • Memikir atau bercakap tentang mencedera atau membunuh diri
  • Tingkahlaku impulsif dan agresif (buli, vandalisme)
  • Penyalahgunaan dadah dan alkohol
  • Masalah tabiat makan
Inilah beberapa tanda-tanda stress yang anda boleh kenal pasti pada diri anda, ada banyak lagi tanda-tanda lain yang menunjukkan anda sedang stress. Jika ia berlaku dalam diri anda maka sememangnya anda sedang mengalami stress. Yang pasti setiap orang pasti akan mengalami stress dalam diri mereka. Apa yang membezakan adalah bagaimana seseorang itu mengenal pasti dan mengawal stress dalam diri mereka.
Mengapa anda perlu tahu tanda-tanda stress ini? Ini kerana memang anda perlu tahu supaya anda akan dapat mengenal pasti yang anda stress, selepas itu anda boleh mengawal stress dalam diri anda. Jika stress tidak dikawal ia akan membawa banyak kesan yang buruk pada diri anda dan juga orang lain. Mungkin hari ni anda tidak stress, tapi esok lusa, minggu depan, atau masa hadapan kita tidak tahu kan.. Apa saja boleh berlaku tanpa kita sedari.
Sebagai manusia kita hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan. Stress juga adalah satu ujian dari Allah kepada kita. Banyak yang berlaku tidak dirancang hingga menyebabkan kita rasa stress dalam hidup ini. Apa yang boleh kita lakukan adalah banyakkan berdoa kepada Allah supaya diberikan ketenangan dan pertolongan dalam setiap ujian yang diberikan. Semoga kita akan jadi seorang hamba yang tabah menghadapi segala ujian dariNya.

credit http://www.layarsukses.com

Sunday, January 15, 2012

Makan-makan di Ni Fu Ni Fa Cafe



ni fu ni fa cafe

semalam, kitaorang keluar makan di luar. mula2 tu cadang makan di McD, tapi punyalah ramai manusia di dalam tu. depan kaunter jangan cakaplah...memang penuh pun. tempat letak kereta pun sama. sebenarnya McD baru je buka hujung tahun lepas. kiranya orang2 kat sini, macam 'kebaru-baruan' lah dengan McD...maklum je la, lama mereka tunggu McD buka di bandar ni.

memandangkan McD penuh, kitaorang pun cari tempat makan lain. pusing2 di bandar prima...kat sini memang banyak tempat makan pun. kedai2 pun masih buka walaupun dah lebih 9 malam. mungkin sebab chinese new year dah dekat kan, semua kedai nampak penuh je dengan pelanggan.

selalunya kalau di bandar prima ni, kitaorang biasa makan di restoran nur'ain atau restoran pinggan besar. tapi semalam memang tempat tu penuh juga. pusing punya pusing, akhirnya kitaorang berhenti depan restoran baru 'ni fu ni fa cafe'...mula2 ingatkan ni kedai cina. tengok dari luar pun macam tak menarik. nampak betul macam kedai kopi dulu2...(kopitiam).

tapi dah masuk, baru tahu ni kedai melayu...dalam pun ada juga hiasan ayat2 suci. mungkin hiasan kedai ni memang sengaja guna latar dan warna ala2 kedai kopi lama...macam retro la lebih kurang. nama restoran ni pun agak pelikkan...ni fu ni fa cafe...tapi suka je aku menyebutnya hehehe.



menu macam2 ada...oklah tu, boleh pilih macam2 kan. tapi semalam aku cuma minta milo sejuk tabur, nasi goreng ayam mayonis dan sup daging. mula2 aku minta nasi je...tapi bila tahu sup dia kononnya kaw-kaw....aku pun cubalah. kalau nak tahu, menu yang di oder agak lama baru sampai sebab tukang masak dia seorang je. mungkin sebab nak makanan tu sedap dan rasa sama setiap masa...tu yang guna seorang tukang masak je. tu aku agak2lah...

tapi memang betullah...makanan semua sedap. sup special dia, memang sedap...terasa bahan2nya...tu yang buat aku selera. cuma nasi, aku tak makan habis. bukan sebab tak sedap tapi kuantiti nasi tu terlalu banyak. aku ni bukan kuat makan nasi pun... lagipun sebelum makan nasi tu, aku makan sup dulu. kira dah kenyanglah.

Makan-makan di Ni Fu Ni Fa Cafe

 ~ milo ais tabur

Makan-makan di Ni Fu Ni Fa Cafe

 ~nasi goreng ayam mayonis

Makan-makan di Ni Fu Ni Fa Cafe

~sup daging dan meehon...memang sedap...

apa2 pun aku memang puas hati dengan makanan kat ni fu ni fa cafe ni...nanti lain kali nak makan situ lagi. semalam sambil makan tu layan juga badminton...yehhh lee chong wei menang! lupa nak bagi tahu ni fu ni fa cafe ni kat bandar Prima, berhadapan dengan bandar Indah. Kalau korang datang sandakan, tak tahu nak makan kat mana...pergi je bandar Prima bt 4, banyak restoran boleh pilih. Kat bandar Indah pun sama...banyak restoran dan ada tempat makan satey juga. Secret Resipi dan Old Town White Coffee pun ada kat situ.

lepas makan di Ni Fu Ni Fa Cafe terus pergi fun fair...enjoy jugalah cuma macam boring je...tak ada permainan yang baru. 12 lebih baru balik rumah tapi singgah kejap di McD...tapau. ingat orang dah tak ramai, rupanya tak surut2 pun orang kat situ.

nak tunggu giliran pesan makanan pun punyalah lama. berbaris kereta tunggu giliran...nasib baiklah kaunter tempat bayar dan ambik makanan tu cepat. masalah lambat cuma bahagian pilih menu je... sampai rumah dah 1 lebih, terus makan burger yang masih panas2 tu. lepas tu baru zzzzzzzzzzzz

Friday, January 13, 2012

zikir sucikan hati


sumber : google

Adalah disebutkan di dalam sebuah hadis bahawa baginda Rasulullah s.a.w bersabda:

Bagi segala sesuatu ada penggosok untuk membersihkan dan menghilangkan kekotorannya (umpamanya untuk membersihkan badan dan pakaian dipergunakan sabun dan untuk menghilangkan karat besi dipergunakan api dan lain-lainnya). Maka demikian itulah penggosok (pembersih) hati ialah zikrullah.

Hadis ini juga mengatakan bahawa zikrullah adalah lebih utama daripada yang lain-lain. Zikir itu dianggap sebagai pembersih hati yang kotor, kerana setiap ibadah dikira dalam ertikata sebenarnya apabila ibadah-ibadah itu dikerjakan dengan ikhlas dan pencapaian ikhlas itu adalah bergantung kepada hati yang jernih lagi suci.
Oleh itu sebahagian ulama tasawuf mengatakan bahawa zikir yang dimaksudkan di dalam hadis ini ialah zikir qalbi (zikir dalam hati) bukan zikir lisani (zikir dengan lidah). Dengan mengerjakan zikir qalbi itu hati seseorang manusia terhubung dengan ALLAH buat selama-lamanya.
Hakikat ini tidaklah dapat disangkalkan lagi bahawa keadaan yang disebutkan ini adalah lebih utama dari segala ibadah kerana tercapai sama ada anggota-anggota zikir mahu pun anggota-anggota batin. Anggota-anggota ini semuanya adalah menurut hati. Jika hati itu berhubung dengan sesuatu maka anggota-anggota lain dengan sendirinya akan terhubung dengannya. Keadaan para pencinta tidaklah tersembunyi kepada sesiapa pun.
Sesungguhnya, Allah ‘Azza wa Jalla berfirman :

Berzikirlah kepada Tuhanmu dalam hati,dengan kerendahan hati dan penuh rasa takut dengan suara yang rendah, di waktu siang maupun malam, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai.” (Al- Qur’an Surah Al-A’raf [7] : 205)



Wednesday, January 11, 2012

8 tips menyucikan hati



"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati." - Hadis riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir
Bagaimana kita nak membersihkan hati dan membuang sikap-sikap negatif di dalam diri kita secara perlahan-lahan?
Berikut adalah 8 tips mudah yang ingin kami kongsikan bersama.
  1. Bersyukur dengan kurniaan Tuhan
  2. Beribadat dengan benar dan seikhlas hati
  3. Berakhlak baik
  4. Menimba ilmu tanpa henti
  5. Bekerja keras cara bijak
  6. Bersederhana dalam hidup
  7. Ringan tangan membantu sesiapa sahaja
  8. Memaafkan orang lain

sumber : iluvislam.com

Tuesday, January 10, 2012

tips untuk hidup bahagia

sumber : google

kali ni aku nak post entry tentang tips untuk hidup bahagia. aku jumpa tips ni di blog ini...memang sangat2 sesuai untuk aku praktikan dalam kehidupan seharian aku ni. entahlah sejak akhir2 ini aku rasa hidup macam tak bahagia je...terlalu banyak masalah yang terjadi dalam kehidupan aku. mungkin tips di bawah ni, bolehlah mengurangkan rasa tekanan dan menceriakan hati yang tak berapa ceria ni.


1. Sekiranya kena marah dengan bos dan rasa tertekan, cubalah tenangkan diri. Perbaiki kesalahan dan melakukan kerja dengan sempurna pada masa-masa akan datang.

2. Masa memandu jangan tension-tension dan marah-marah. Cubalah bawa kereta dengan tenang. Memandu dengan berhemah dan nikmati keindahan alam sekeliling. Kalau nak best lagi layan lagu di radio sambil menyanyi.

3. Kalau ada masalah sesama suami isteri, cubalah bawa berbincang dan atasi segala masalah dengan penuh berhemah. Rilekskan pemikiran dan anggaplah ia adalah asam garam berkeluarga.

4. Sekiranya anak-anak kecil nakal, janganlah dimarah-marah dengan teruk sekali. Dia masih budak, tidak tahu apa-apa. Cubalah dekati dia, kalau boleh bermain, bermainlah dengan dia. Usap-usap dia. Katakan dengan perkataan-perkataan yang baik.

5. Apabila sakit atau uzur, janganlah membawa-bawa diri ke arah kita benar-benar sakit / uzur. Cuba cergas-cergaskan diri dan membuat perkara-perkara yang diminati dan menghiburkan.

6. Jangan cuba-cuba menyusahkan orang lain kerana ia pastinya akan dibalas kembali kepada kita. Cubalah lebih mesra, suka berkawan dan anggap semua orang adalah kawan yang boleh membahagiakan kita. Anggaplah semua orang baik-baik belaka walaupun hakikatnya dia tidak menyukai kita. Dan cubalah jadi orang yang baik-baik.

7. Sekiranya terdapat masalah kewangan, cubalah mula berjimat cermat. Kalau ada yang tak perlu jangan beli, beli yang sangat perlu sahaja. Di rumah tu, jimat-jimatlah gunakan elektrik dan air. Jika kita berjimat, duitpun banyak ditangan, boleh disimpan dan boleh berbelanjkan untuk kecemasan. Hati tak runsing dan hidup pasti bahagia.


Monday, January 9, 2012

Lagu latar ending Gemersik Kalbu - Aqasha - Obsesiku


sumber : yutube

obsesiku by aqasha

Matamu…Bibirmu..Pipimu dan Juga Senyum mu
Membuat Aku Lebur Hanyut Di Dalam Ghairah Kernamu
TubuhMu..
HarumMu..
Hatimu Oh Semua Aku Mahu

*
Inginku Gigit-Gigit Cuping Telinga Kecilmu
Luahkan Perasaanku
Membisikan Aku Cinta Kamu
Asmara Disetiap Pagi HariMu
Dengan Harapan Agar Kau Tahu
Semoga Kau Tahu

Ku GilakanMu
Aura Mu Memujuk Rayu Hatiku
Sering Bergoncang Jiwa Ini
Siang Malam Ku Gundah
Tiada Melihat WajahMu
Ku Rindu
TubuhMu
Harum Mu
Hati Mu

Oh Semua Aku Mahu

p/s: buat masa ni aku memang layan habis lagu ni...suke sgt dgr, tak pedulilah org kata lirik dia hancurr...ada ku kesah?

kenapa mak raihana tak suka dia?


aqasha dan ayu raudah

bagi yang minat novel gemersik kalbu atau tengok dramanya kat tv3, tajuk kat atas tu memang tak menghairankanlah. tapi bagi yang tak tahu, memang pelik juga tengok tajuk tu, kan? actually entry ni aku buat lepas tadi tengok keyword di blog aku 'mak raihana' dan 'gemersik kalbu'.

so, aku pun buatlah entry tentang ni. aku tau ramai yang tertanya2 kenapa mak raihana benci dengan dia? apa lagi lepas tengok adegan2 yang membabitkan mak raihana dan raihana dalam gemersik kalbu-slot akasia di tv3 tu. kalau tak, takkan la keyword berkaitan tu muncul kat blog aku kan. patutnya tanya je anis ayuni...kan dia tulis novel tu..hehehe

tapi takpe, aku cerita je la kat sini...memandangkan aku pun suka cerita gemersik kalbu ni (novel dan drama) kan. mengikut dari apa yang aku baca kat novel, sebenarnya raihana memang anak kandung. kebetulan adik raihana sakit masa tu dan raihana dijaga sementara oleh tok abah dan tok mak (nenek dan atuk dia). tapi selepas itu, tok abah dan tok mak nak pelihara raihana je, kebetulan mak raihana pun beranak kecil masa tu. tapi raihana mula rasa rasa mak dia tak suka dia.

masa raihana sekolah menengah, mak dia nak datang ambik tapi kebetulan tok abah dah meninggal jadi tok mak tak bagi raihana. raihana pun tak mahu tinggalkan tok mak sendirian di kg. dalam novel, setiap kali mak dia pulang, mesti dia ajak raihana pulang kl dan tinggal semula dengan mereka. tapi raihana sendiri tak mahu sebab berjauh hati. dia rasa mak dia tak ikhlas nak ajak di pulang. lepas tu hubungan mereka dingin.

apa lagi lepas raihana dengar mak dia mengadu yang tak senang bila raihana datang ke rumah mereka di kl. mak dia kata serba tak kena. dia tak tahu apa yang raihana mahu. pandangan mata raihana menunjukkan dia berdendam dengan mak dia tu. bila raihana dengar, dia makinlah berjauh hati dan tak mahu datang ke rumah mak dia di kl tu.



mak dia pun jauh hati juga sebab dia dah cuba nak berbaik dengan raihana tapi raihana dingin dan menjauhkan diri. lama2 dah jadi macam musuh pula, mak dia dah tak boleh nak berhadapan dengan raihana. ok, lebih kurang macam tu la yang aku baca dalam novel gemersik kalbu-anis ayuni ni.

pada pendapat aku dan apa yang aku faham...dorang berdua ni pendam perasaan dan salah-sangka. sebab salah sangka masa raihana masih kecil lagi, tak terlerai2...sampailah dibawa ke alam dewasa...dah makin lama makin besarlah salah faham dan jurang antara mak dan anak tu. tu pendapat akulah, kalau korang nak yang betul punya tanya je kak anis ayuni...hehehe

tapi di hujung novel tu, mak dia sakit dan raihana yang jaga dia kat hospital. masa raihana jaga tu, ada juga dia mengeluh sebab mak dia cerewet. tapi atas nasihat umi (mak arwah abang wan) raihana sedar dan lepas tu layan mak dia dengan sabar. lama2 mak dia pun baik dan cakap dalam hati, anak dia dah balik. lepas tu mak dia cakap ''mak rindu anak mak." haa...korang faham2 lah ayat mak raihana tu ye.

ok, dalam drama tu...aku tak pastilah kenapa mak raihana tak suka dia sebab banyak sangat cerita dalam drama tu tak sama dengan dalam novel. contoh raihana dalam drama cuma kerja sebagai warden di sekolah anak yatim. sedangkan dalam novel, raihana guru sekolah menengah dengan wan ariffin. tapi part yang raihana kata dia kerani tu, memang ada kat novel wokey...

lepas tu umi, mak wan ariffin tu bukan tauke kantin tapi bekas guru di layangan. ada lagi tak sama, wan ariffin mati lemas masa aktiviti di sungai dengan pelajar dorang. tapi dalam drama wan ariffin mati kena tikam (rompak). banyak tak sama, harap2 sangat babak2 yang berkaitan dengan raihana dan sufian tak banya berubahlah dari dalam novel.

tapi sebenarnya, aku tak kisah pun cerita ni tak sama dengan dalam novel. sebabnya aku sangat2 puas hati dengan drama ni...pelakon2nya semua oklah biarpun aku tak berapa suka dengan raihana (aku rasa dia sangat gemuk untuk jadi heroin untuk aqasha...hihihihi)...tapi memang oklah. sesuai sangatlah tu.

lagi satu aku nak cakap sini, ramai yang kata (aku tengok dalam fan page fb drama ni) pertemuan pertama sufian dengan raihana, masa dia mabuk tu. tapi sebenarnya tak...sufian dah pernah tengok raihana 2 kali...masa kat layangan. cuba korang baca balik novel tu betul2...m/s 131~perbualan antara kak syikin dengan raihana. satu lagi tengok m/s 526~raihana baca diary sufian. kan...kan....sufian dah lama nampak raihana kan? tapi raihana yang tak perasan masa tu kan dia baru kehilangan abang wan. jadi, part mabuk tu...kali pertama la dia berhadapan dengan sufian.

rasa tak sabar nak pula nak tunggu 7pm, selepas 3 hari tak tengok drama tu. aku nak stop kat sini dulu, entry sampah aku ni pun dah panjang sangat. chow dulu...

gambar sumber : google

Thursday, January 5, 2012

aku obses kat aqasha?


sumber : google

tengok tajuk entri di atas tu macam iya2 je aku obses kat pelakon seorang ni, kan. tapi memang aku nak cakap banyak tentang dia ni. sebelum ni, aku memang tak pernah ambik tahu siapa aqasha. tahulah dia ni memang artis...ingat mula2 tengok dia ni masa dalam bintang RTM tapi tahun tak ingat.

lepas tu dia mula buat album dan belakon. tapi aku tak berapa nak tengok cerita2 yang dia lakonkan. bagi aku muka dia ni satu pattern je...muka serius yang aku rasa macam menggambarkan suasana esok nak kiamat...tak ceria langsung aku tengok. kebetulan cerita yang dia lakonkan pun ala2 cerita malap...sedih...rasa macam penghujung kehidupan je. tu yang buat aku jadi tak minat dengan dia ni.

tapi......segalanya berubah selepas aku tengok gemersik kalbu di tv3. dia, si muka ketat yang aku fikir cuma boleh bawa watak ala2 penamat kehidupan tu, ternyata berjaya dengan watak gila2, ceria dan nakal! memang tak sangka dan terkejutlah juga tengok mula2 tu...

dia sangat sesuai jadi suffian dalam cerita ni. hidup sangat lakonan dia...macam suffian dalam novel tu memang aqasha. lagi2 dengan watak gila2, nakal dan gatal2 dia tu....sesuai habis. dah tersuka suffian di layar kaca tv ni, teruslah ambik tahu sikit tentang si pelakon watak ni. kesian aku agak ketinggalan keretapi. rupa2nya sebelum ni pun ada juga cerita2 ceria yang dia lakonkan. aku je yang tak tahu. tapi macam mana nak tahu juga...bukannya aku minat dia pun sebelum ni.

ni aku letak pic dia yang aku cilok dari google..saje je aku letak sebagai hiasan. dah aku buat entri ni tentang dia, haruslah aku letak gambar dia, kan. tak kan nak guna gambar aaron aziz pula...oh, tulun2 aku tak suka mamat bibir halus ni!!! nasib baik jugalah aqasha terpilih pegang watak suffian ni, kalau pelakon lain....rasanya aku tak kan tengok hehehe. ok, stop here...


sumber : google


Wednesday, January 4, 2012

lagu ending gemersik kalbu


obsesiku-aqasha

buat pertama kalinya aku tiba2 minat pula dengar lagu nyanyian aqasha ni. santai je muzik dan lirik dia. macam selamba je dia buat lagu ni.

kebetulan pula lirik lagu yang ala2 gatal sikit ni, sesuai sangat dengan perilaku watak yang aqasha bawa dalam gemersik kalbu tu.

tapi intro depan video ni panjang sangat...lama nak tunggu aqasha mulakan lagunya. apa2 pun layan je la.

credit : yutube


Tuesday, January 3, 2012

hujan dan hujan lagi


sumber : google

macam semalam, hari ni pun hujan juga...rasanya semua tempat pun sama, hujan dan hujan lagi. aku suka hujan...sejuk, tak payahlah pasang kipas kalau rumah papan macam aku ni. tapi masalah kalau hujan berterusan macam ni...dah sah2 air sungai kat tempat aku ni naik. naik pun bukan sikit2, terus melimpah kat jalan. sampai jalan tak boleh nak dilalui oleh apa2 kenderaan pun. air deras sangat...

kalau ikutkan sungai tu taklah pernah melimpah2 airnya macam selalu terjadi sekarang ni. hujan macam mana pun tak naik sangat air tu. tapi sejak tahun lepas, kerja2 buat jalan kat depan ni...lepas tu korek parit, pindahkan aliran sungai sebab nak ganti jambatan lama...tu la yang jadinya asyik banjir tu.

aku ni taklah tahu sangat bab buat jalan2 or jambatan2 ni...tp seingat aku jambatan lama dulu, ok apa. masih nampak gagah. tp tiba2 nak buat baru. memang sukalah mereka nak buat yang baru mungkin lagi tegap dan kukuh. cuma proses membuat tu yang lembap tahap tapir...

takkan lah tunggu jalan raya tu habis di tar baru nak buat jambatan tu? habis kalau nak tunggu jalan, kenapa jambatan tu awal2 dirobohkan? pula tu kalau buat lencongan yang selamat, tak apalah juga. ini lencongan ntah apa2 je...langsung tak selamat. atas jalan yang mereka buat tu sama laras dengan sungai. tak ke bahaya tu?

sejak projek naik taraf jalan ni, memang masalah betul...dah lah sungai dilencongkan tu macam tersumbat. air sungai bukan main naik kat darat. jalan lencongan yang mereka buat tu? hujan sejam pun, jalan tu dah tak boleh lalu. cepat je ditenggelami oleh air sungai tu.

tak tahulah parit bukan main dalam mereka buat tapi ya juga air tak dapat mengalir dengan lancar. berjam2 tunggu air surut...dah macam lautan pula area jalan tu. sebelum ni memang ada kejadian kereta hanyut kat situ tapi nasib baik sangkut jadi taklah dibawa arus deras. ingatkan mereka ambik iktibarlah, buat jalan dengan cepat atau bina laluan sungai yang sesuai ke or buat jambatan cepat2 ke...

rupanya tak, dibiarkan je macam tu...langsung tak ada apa2 tindakan pun. macamlah mereka tak tahu fikir jalan tu laluan utama pergi sekolah rendah dan menengah kat kawasan ni. kalau musim cuti tak apa, ni kan dah musim sekolah. semalam je, semua kereta pusing balik bila tengok jalan maut tu.depan rumah aku jadi tempat kereta berpusing pula. ni la, gara2 pembangunaan yang tak dirancang dengan baik. sangat2 menyusahkan...mangkuk hayun betul.

nak cakap pun tak guna..bukannya mereka orang 'atas-atas' tu nak dengarkan. tak apalah, aku sekadar membebel di blog aku sendiri...sekurang2 melegakan juga rasa kesal dengan masalah ni. err...gambar fahrin ahmad kat atas tu tak ada kena mengena dengan hal ni ok, saje je aku nak post gambar 'kekasih gelap' aku tu...hahahaha prasan. nak kena 'pangggg' sebijik ni...hihihihihi

Sunday, January 1, 2012

gemersik kalbu-slot akasia


sumber : google

gemersik kalbu-slot akasia

mesti dah ramai tahu gemersik kalbu-slot akasia ni akan muncul di tv3 bermula esok. aku memang tak sabar2 nak tengok cerita ni sebab ianya adaptasi dari novel karya anis ayuni. aku memang peminat anis ayuni dan memang rasa seronok sangat bila tahu novel ini didramakan.

novel gemersik kalbu ni rasanya no.2 best lepas novel bayangan rindu (juga anis ayuni). kepada yang belum baca novel ini, nak tahu sinopsis lengkapnya...sila baca kat sini ok.

gemersik kalbu-slot akasia ni, aku mula rasa macam tak best juga sebab tak berapa nak minat dengan ayu raudha. tapi bila tengok promo...hmmm, macam ok juga dia jadi raihana. jadilah tak sabar nak tengok esok. lebih2 lagi bila tengok aqasha yang pegang watak sufian. memang sangat padan dan sesuai dengan perwatakan sufian yang sosial dan macam pendiam2 tu tapi gatal hahahaha.

apa2 pun, aku harap sangat gemersik kalbu-slot akasia ni best macam novel tu juga. rasa2 juga lepas ni mesti ramai yang tercari2 novel lama anis ayuni ini. mesti kena ulang cetak lagi. bertuah sangat novelis sekarang ni, boleh jadi kaya. lepas ni, aku pun mau tulis novel la juga...hahaha