Thursday, January 5, 2012

aku obses kat aqasha?


sumber : google

tengok tajuk entri di atas tu macam iya2 je aku obses kat pelakon seorang ni, kan. tapi memang aku nak cakap banyak tentang dia ni. sebelum ni, aku memang tak pernah ambik tahu siapa aqasha. tahulah dia ni memang artis...ingat mula2 tengok dia ni masa dalam bintang RTM tapi tahun tak ingat.

lepas tu dia mula buat album dan belakon. tapi aku tak berapa nak tengok cerita2 yang dia lakonkan. bagi aku muka dia ni satu pattern je...muka serius yang aku rasa macam menggambarkan suasana esok nak kiamat...tak ceria langsung aku tengok. kebetulan cerita yang dia lakonkan pun ala2 cerita malap...sedih...rasa macam penghujung kehidupan je. tu yang buat aku jadi tak minat dengan dia ni.

tapi......segalanya berubah selepas aku tengok gemersik kalbu di tv3. dia, si muka ketat yang aku fikir cuma boleh bawa watak ala2 penamat kehidupan tu, ternyata berjaya dengan watak gila2, ceria dan nakal! memang tak sangka dan terkejutlah juga tengok mula2 tu...

dia sangat sesuai jadi suffian dalam cerita ni. hidup sangat lakonan dia...macam suffian dalam novel tu memang aqasha. lagi2 dengan watak gila2, nakal dan gatal2 dia tu....sesuai habis. dah tersuka suffian di layar kaca tv ni, teruslah ambik tahu sikit tentang si pelakon watak ni. kesian aku agak ketinggalan keretapi. rupa2nya sebelum ni pun ada juga cerita2 ceria yang dia lakonkan. aku je yang tak tahu. tapi macam mana nak tahu juga...bukannya aku minat dia pun sebelum ni.

ni aku letak pic dia yang aku cilok dari google..saje je aku letak sebagai hiasan. dah aku buat entri ni tentang dia, haruslah aku letak gambar dia, kan. tak kan nak guna gambar aaron aziz pula...oh, tulun2 aku tak suka mamat bibir halus ni!!! nasib baik jugalah aqasha terpilih pegang watak suffian ni, kalau pelakon lain....rasanya aku tak kan tengok hehehe. ok, stop here...


sumber : google


No comments: