Saturday, February 11, 2012

berakhirnya kisah suffian


sumber : google

aku masih lagi dilanda gelombang drama Gemersik Kalbu, sebab tu hari ni pun aku masih lagi buat entry berkaitan drama tu.drama Gemersik Kalbu dah tamat, makanya tiada lagilah wajah2 nakal suffian kat tv. aku nak cakap banyak banyak tentang suffian ni. secara jujurnya masa aku baca novel Gemersik Kalbu ni, aku taklah tergila2kan suffian. bagi aku wataknya tak sehebat syahE dalam novel kisah kasih (kreisya Reisya) atau nadzmi dalam novel manisnya cinta (anis ayuni).

tapi sebab dia hero, aku suka jugalah tapi tak rasa sangat teruja. biasa2 saja...tak meninggalkan kesan dihati. hanya selepas tengok drama Gemersik Kalbu, melihat telatah suffian yang dibawakan oleh aqasha...rasa sangat2 menarik pula. terus rasa jatuh cinta pada suffian. malah bila aku baca balik novel itu, aku mula rasa watak suffian sangat2 menarik sebenarnya.

macam mana pun aku rasa suffian dalam drama lagi sangat menarik, nakal, romantik dan berani. paling best suffian dalam tv sangat2 cool dan tak melenting bila tahu raihana curang. dia sentiasa sabar menghadapi kebencian raihana dan terus berusaha meraih cinta gadis idamannya itu. dalam babak2 nak habis tu pula, suffian menghadiahkan tanah di layangan tu untuk raihana. semua sebab dia faham raihana yang terlalu sayangkan anak2 yatim di situ. betul2 sangat mengujakan...mana nak cari lelaki macam tu sekarang ini? mungkin cuma jumpa dalam novel je.


sumber : google

memang terasa organ dalam badan cair bila tengok suffian yang dalam drama ni. kalau dalam novel kita sendiri yang bayangkan rupa si hero...otak berkerja keras bagi hero nampak superb dalam bayangan sendiri. tapi kalau kat tv...visual memang warna-warni, terang dan sedia ada hero yang cun dan mengancam. maybe tu yang buat suffian dalam drama terlebih2 menarik...hehehe. tu pendapat akulah. tapi bagi aku baik novel atau drama, masing2 ada kelebihannya.

aqasha? aku rasa dia ni sangat2lah cute sebagai suffian. watak suffian tu aku rasa sangat2 membawa tuah pada dia. kerana drama ni buat ramai perempuan tercuit hati dengan kenakalannya. mungkin juga sebab drama ni, nama dia lagi bertambah2 dikenali oleh generasi muda yang sekarang ni kebanyakannya tergila2kan pelakon2 korea tu.


sumber : google

sebelum ni aku perasan drama2 lakonan aqasha macam tak menarik langsung. kurang menyerlah biarpun dia pegang watak hero. contoh macam drama jangan bunuh matahariku dan drama metafora. sangat2 boring! macam takde kesan apa2 pun...walaupun aku dah cuba merasainya! berbanding dengan watak suffian dalam Gemersik Kalbu...tengok kejap pun terus nak melekat depan tv. memang terbaik....tak tahu nak kata apa...sweet, romantik, loving, noty sangat2. mungkin watak yang sangat2 berbeza inilah yang buat aqasha sangat2 lain dalam GK ni.

selepas ni, aku tak pasti sama ada nak tengok lagi lakonan aqasha. kalau ada drama yang aqasha bawa watak nakal macam dalam GK...mungkin akan tengok juga. tu pun kalau heroin dia cute macam siti saleha, diana daniella atau neelofa. nanti dalam drama tu, biarlah aqasha nyanyi macam dalam GK...mungkin lagu 'rhapsody kekasih'

No comments: