Sunday, November 30, 2014

Nazim Othman jumpa Ricky Kim di Korea

 Ricky Kim update status kat fb dia...jumpa Nazim

Assalamualaikum...Pagi yang indah...Sebab line laju pepagi ni, aku rajin dan ada moodlah untuk mengUpdate blog. Tengok tajuk entri tu 'Nazim Othman jumpa Ricky Kim'. Dan nampak gambar kat atas tu? Kau kenal tak siapa tu? Hahaha...gila kalau tak kenal! Eh, ok...mungkin mamat yang sebelah tu ada yang tak kenal tapi yang muka melayu tu, mesti kenalkan...kan... Tu Nazim Othman. Tapi entah, apasal muka dia macam tak berapa nak hensem pula. selalu tengok dalam tv hensem aje...dalam gambar lain pun ok. Ahh...apa2 ajelah. Mula2 tak berapa cam muka dia. Ingat Nazim lain yang Ricky sebut dalam fb dia tu. Tapi lepas tengok websta Nazim...eh, gambar yang sama kat fb Ricky. Haha...memang Nazim Othmanlah tu. Tak sangka Nazim pergi Korea dan sempat jumpa Ricky Kim.

Nazim Othman jumpa Ricky Kim

Nazim pun update kat websta dia...jumpa Ricky kim
haha...kelakar aje muka dorang dua ni

Motif aku letak gambar ni, bukan sebab aku minat Nazim pun. Eh, dulu pernah jugalah minat dia masa dia berlakon di TV2 dengan Intan Azura. Tak ingat tajuk tapi dalam cerita tu dia suka si Intan tu...padahal Intan tu anggap dia macam adik aje. Tapi aku tak tengok sangat cerita tu, ending dia pun tak tengok. Drama bersiri...jadi malas nak tunggu tiap minggu. Lagipun RTM, kau tau ajelah...jadual drama dia berubah2 ikut suka hati dorang aje...kejap ada, kejap tak ada. Kadang tu, sampai 2 minggu takde sebab nak tayang siaran langsung! Tu yang jadi malas nak follow drama di RTM. Padahal drama2 kat situ ada juga yang best dan banyak ikhtibar. Tapi tulah...masalah stesen penyiarannya...

 Ricky dalam Running Man

Balik topik asal, aku sebenarnya minat dengan lelaki kat sebelah Nazim tu...Ricky Kim. Sebelum ni tak tahu pun siapa dia. Pernah tengok dalam Running Man tapi tak minat pun. Tapi lepas tengok gambar dia banyak dalam FP Rose Harissa terus aku jadi minat pula. Watak Luke Khuzairi dalam A Kiss Before You Go tu, konon2nya Ricky Kimlah tu. Pandaikan Rose Harissa pilih Ricky untuk hidupkan watak Luke yang superhot itu. Memang sesuailah. Kau tak tahu Ricky Kim? Aku pun mulanya, haram tak tahu! Tapi sekarang tahulah sikit2. Dia mula dengan rancangan Let's Go Dream Team. Siri ni dah lama main kat KBS. Masa tak dapat channel ONE...KBSlah channel yang aku layan. Dramanya pun lagi baru dari yang kat ONE. Tapi sekarang nombor channel KBS pun dah lupa...hehe. Sekarang layan ONE aje...bukan aku pun, anak2 saudara yang asyik layan. Aku tumpang sekaki kalau ada yang best aje. Dah tua2 ni macam boring aje tengok tv... :)

Ricky Kim



Selain tu Ricky ada juga terlibat dalam Law Of The Jungle. Eh, banyak lagilah...filem ada, drama ada...tengok kat SINIlah...malas nak taip sebenarnya, hehe. Kalau kau nak tengok Ricky dalan variety show, tengok aje di kshowonline.com. Semua rancangan hiburan dan drama korea ada kat situ. Aku tak sangka pula Ricky ni geng dengan Nazim. Untungnya Nazim dapat kawan dengan selebriti antarabangsa macam tu. Patutlah Nazim punya style pun ala2 artis2 Korea. Yang rambut semua tarik ke depan. Entah apa nama fesyen tu...hehe. Aku pun tengok gak gambar yang sama kat websta Nazim... Bestnya dia lepak kat Korea...pulang nanti mesti semangat berkobar2 untuk berlakon dengan lebih baik lagi. 

Aku saja letak gambar Ricky Kim banyak2 kat sini.

credit to: http://rickykims.tumblr.com/
               https://www.facebook.com/rickykimactor
               http://websta.me/n/nazimothman

No comments: