Friday, April 17, 2015

Cantiknya Simpang Mengayau (Tip Of Borneo) ~ Part 2

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم / Bismillahirrahmanirrahim‎.

Ini sambungan n3 semalam. Cantiknya Simpang Mengayau (Tip Of Borneo) ~ part 2. Ok, lepas lepak lama di atas puncak simpang mengayau tu, tibalah masa nak ke pantai pula.. Mulalah melangkah dalam terik matahari untuk kembali ke tempat letak kereta. 
 

 Sempat lagi singgah di sini. macam pelantar pun ya juga. Panas sangat tapi sebab excited dengan keindahan tempat ni, pergi juga ke tempat yang baru di buat ni. Sebab masa tu tengahari jadi cuma kitaorang yang layan pemandangan di sini. Semua orang berlindung di pondok atau bawah pokok. Kitaorang aje yang macam sakai berpeleseran. Tengahari buta pula tu. Siap berposing macam-macam kat sini.



Pantainya dekat aje. Depan pantai tu banyak chalet dan kabin untuk kemudahan pengunjung yang nak menginap. Kat sini ramai pelancong asing.


cantikkan pantainya...air lautnya warna hijau lagi. Memang mengasyikkan duduk kat sini. Kat sini kita orang makan2 bekal yang di bawah dari rumah. kira macam picnic la kononnya.
tengok budak baju merah ni...teringin sangat nak mandi tapi takde kawan. Jadi tengok je la orang lain mandi.

cantikkan pemandangannya...
Cantiknya Simpang Mengayau (Tip Of Borneo)


Puas dah menikmati pemandangan cantik di Simpang Mengayau, kita orang pun pulang. Teruskan perjalanan, singgah kejap di tepi jalan untuk beli jagung. Banyak gerai tepi jalan yang jual jagung bakar. Tengok gambar kat bawah ni, tu nampak berasapkan. Tu tengah bakar jagunglah tu.

kraftangan pun banyak di jual di sini


masa pulang ni, kami pergi ke Kota Marudu. saja jalan2 sambil cari makan! Memang perut lembu betul. Tak cukup makan masa di Simpang Mengayau , ni nak sumbat makanan lagi. Aku ikut ajelah. Makanan di restoran ni murah aje. Terkejut aje tengok harganya makanannya. Tapi aku lupa nak ambil gambar makanan pula. Maklumlah sibuk aje berbual tentang Simpang Mengayau tu.


Lepas dari Kota Marudu terus sambung perjalanan pulang. Sampai KK, sempat lagi singgah kejap di Karamunsing. Dengan kaki yang rasa nak tercabut, gagah juga melangkah masuk dalam ni.



Karamunsing...masa ni nak naik tingkat atas tengok2 barangan komputer


Lepas dari Karamunsing, sambung perjalanan lagi. Sampai Putatan, singgah di Restoran Sinar Mustika tapi dah nak tutup. Awal tutup pula padahal baru 9 lebih masa tu. Carilah tempat makan lain di bahagian area Giant dan Servey tu. Ada restoran Tomyam. Aku lupa nama restoran tu tapi tomyam dia sedap sangat.



Antara menu yang di order. Baru perasan, lupa ambik gambar tomyamnya!

 Lepas dari restoran ni, terus sambung perjalanan pulang. Sampai rumah mandi dan tidur. Penat gila...ok habis.

Cantiknya Tanjung Simpang Mengayau (Tip Of Borneo)

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم / Bismillahirrahmanirrahim‎.

Holla...kali ni nak kongsi gambar masa pergi ke Simpang Mengayau hari tu. Tempat ni terletak di bahagian paling utara Borneo di daerah Kudat. Apa yang menariknya, tempat ni merupakan titik pertemuan Laut China Selatan dan Laut Sulu. Tempat ni juga di kenali sebagai Tanjung Simpang Mangazou oleh kaum Rungus (etnik paling ramai di daerah ini). Jarak dari KK ke tempat ni lebih kurang 180km. Tapi perjalanan hari tu, mula dari Beaufort jadi memang rasa jauh sangatlah. Kebas punggung sebab lama sangat duduk dalam kereta! 

Nasib baiklah sepanjang perjalanan, pemandangannya cantik2.. Dari KK, lalu daerah Tuaran dan Kota Belud. Kat Kota Belud boleh nampak sawah padi yang berlatar belakangkan gunung kinabalu. Memang cantik sangat. Aku dah pernah pergi ke Simpang Mengayau ni tahun 2011 tak silap. Masa tu jalan masuk ke kawasan tu agak teruk. Kali ni pun jalannya masih tak siap lagi. Nasib baik dah ok sikit berbanding dulu. Cuma tanda jalan tu buat orang keliru. Malah ada tempat yang langsung tak ada tanda jalan pun. Tapi sekarang, takde tanda jalan pun senang aje sampai. GPSkan ada...

Pagi tu singgah sarapan di Putatan (Restoran Sinar Mustika)...aku tak ambik sarapan berat. Cuma makan sebijik pau dan nestum panas. Lagi pun, dah bawa bekal makanan dari rumah. Lepas tu, teruskan perjalanan ke Kudut. Tak jauh dari kilang sawit Langkon, singgah beli makanan ringan.

 deretan kedai yang jual makanan ringan.

 tengok segala keropok, kacang tanah, kuih semua digantung rendah2 macam ni


 Tadaaa...sampai sudah. Masa ni dah dekat pukul 11. Panas gila...terpaksa pakai payung untuk turun. Tapi payung masa tu satu aje. selongkar belakang kerusi, jumpa pula payung BN. Pakai ajelah...walaupun ada yang pandang pelik. Mesti dorang fikir geng kitaorg ni kaki politik hehe.

Tanjung Simpang Mengayau (Tip Of Borneo)


Tanjung Simpang Mengayau (Tip Of Borneo)

 Selepas meredah jalan di bawah matahari yang terik, akhirnya sampai juga ke destinasi utama.
ni monumen Tip Of Borneo. Belakang batu ni ada peta dunia dan ada tulis 'YOU ARE HERE' di hujung peta borneo tu. Tapi aku lupa pula ambik gambar.

 Yang ni monumen tepi pagar...atas rumput mengadap laut laut sulu

 Tanjung Simpang Mengayau (Tip Of Borneo)

Tanjung Simpang Mengayau (Tip Of Borneo)

 
 aku suka pemandangan ni...macam kat luar negara pula..ada tebing tinggi. Kat bawah ada batu-batu besar

 Tangga turun ke bawah

 kat hujung tangga ni pun ada papan, macam monemun jugalah. Selalu orang ambil gambar kat situ. Tapi sebab ramai orang, hujung tangga agak terlindung. Sebenarnya, sampai hujung ni aje kawasan dalam jagaan. Lepas hujung tangga tu, keselamatan...kau tanggung sendiri.

 Aku ambik gambar dari atas aje masa ni...

 Mengadap Laut Sulu

 Ada rumah api di bahagian laut sebelah sini. Tapi lupa nak ambil gambar. Peliknya boleh pula tersnap gambar couple ni...

 ok, lense camera di hala ke depan semula. Cantikkan warna air lautnya...memang gatal sangat kaki nak turun bawah masa ni.

 akhirnya aku turun kat bawah juga. Dah alang2 sampaikan...rugilah kalau tak turun. Risiko memang tanggung sendiri. Takut juga tengok ombak datang tapi lagi takut masa turun dan naik batu2 tu. Tangga takde, pandai2 la kau panjat batu2 tu.


Bersambung... 


Tuesday, April 14, 2015

Tumpi ( Pankek)

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم / Bismillahirrahmanirrahim‎.


Assalamualaikum, halo...
Ni breakfast aku pagi tadi...nama kuih ni dalam bahasa kaum aku 'tumpi'. Kalau melayunya tak pastilah apa. Tapi orang putih cakap 'pancake'. Kat west pun memang sebut pankek juga. Tapi yang aku buat dalam gambar tu taklah serupa sangat dengan pankek. Pankek kan banyak campur bahan. Tumpi aku ni simple dan kosong je.

Bahan2nya pun tak ikut sukatan, main 'taruh' aje ikut suka. Untuk 'tumpi' simple macam ni cuma perlu tepung gandum, air, gula dan baking powder. Sukatan semua main agak2 aje. Alaa...kalau kau dah biasa masa, tak perlu sukat2, semua main agak ajekan. Gaul aje semua bahan...jadi adunan yang lebih kurang macam buat kek tu. Panaskan kuali, sapu minyak sikit atas kuali tu. Api kecilkan ye...lepas tu barulah masukan adunan dan ratakan sikit. Tunggu sampai atas kuih tu kering baru terbalikkan. Tak pun, tengoklah kalau kuih tu dah kembang tinggi bolehlah terbalikkan.

Dah masak, angkat dan makan dengan cecah susu tin. Tak pun dengan planta yang digaul dengan gula. Memang terbaik dan sedap. 


Monday, April 13, 2015

Novel Proposal Cinta Selamannya-Rose Harissa

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم / Bismillahirrahmanirrahim‎.


Happy sangat sebab dah habis baca novel Proposal Cinta Selamanya-Rose Harissa ni. Best? Haruslah best sebab saya peminat Rose Harissa, kan. Novel Proposal Cinta Selamanya-Rose Harissa ni, mengisahkan tentang Amyra yang bercinta 7 tahun dengan Haidar. Tapi kemudian putus sebab Haidar kata tak sekufu. Amyra kemudian bertemu dengan ZAIM ARMANI, arkitek anak Tan Sri dan Puan Sri. Dalam masa yang sama juga Amyra bertemu LEONARD, pemilik perusahan ukir mengukir kayu. Zaim ada Sara tapi macam hubungan tu ibarat telur dihujung tanduk. Sara si gila glamour. Yang selalu Irina kutuk 'Sara Iman yang tak beriman.' 

Lepas putus hubungan dengan Sara, Zaim teruskan niat nak lamar Amyra. Sebelum2 ni pun memang Zaim dah usha Amyra. Cuma Amyra tak layan aje. Leo pula si pengukir kayu yang gila kerja sangat2. Sampai takde kawan, takde masa bersosial...kawan dia pekerja kat bengkel dia ajelah (pekerja Indonesia). Tapi bestnya Leo ni alim dan kuat agama. Amyra kata dia tak perlu tengok rancangan 'tanyalah ustaz' sebab dah ada Leo yang boleh bagi dia ceramah agama! Irina suka sangat dekat Leo. Dia sengaja cerita lebih2 tentang Zaim pada Amyra agar Amyra suka Zaim dan tak layan Leo.

Tapi kemudian Leo hantar proposal lamaran pada Amyra. Malamnya pula Zaim datang melamar dengan bunga dan cincin. Leo nampak dan terus blah. Leo kena tangkap khalwat dengan Liana. Lepas hal ni selesai, Amyra bagi jawapan pada Leo dan Zaim. Leo dah merajuk awal2 tapi Amyra bagi jawapan pada proposal dia. Irina frust gila tengok gambar kahwin Leo, nangis2 mengadu pada Zaim. Zaim lagi terkejut sebab tak percaya tengok Amyra dalam gambar tu. Dorang pun layanlah rasa sedih tu sampai terlupa diri. Sebelum Leo kahwin, terbuka rahsia yang Leo tu keturunan bangsawan keraton. 

Jujur, yang bab akhir2 ni aku tak baca sangat...entah macam boring sikit...banyak cerita tentang kebaikan2 Leo yang Amyra tak sangka2 yang macam menunjukkan Leo memang lagi baik dari Zaim. Tapi aku tak happy baca sebab rasa terluka dengan nasib menimpa Zaim. Amyra pula macam tak tahu hormat perasaan Zaim. Zaimkan terluka, tak perlu cakap atau komen apa pun masa Zaim bagi kad tu. Terima kasih cukuplah, kan. Ni sempat lagi dia cakap Zaim memang patut dah lama kahwin dengan Irina. Dia lupa agaknya Zaim pernah lamar dia dan tengah frust! Memang kalau novel dua hero, mesti ada yang tak puas hati. Nak buat macam mana, dah penulis yang buat jalan cerita macam tu...terima ajelah. 

Aku tak pastilah korang yang sokong Zaim, lepas baca novel ni masih suka dia ke tak? Tapi aku tetap suka  ZAIM ARMANI. Ini pendapat dan pandangan akulah...novel ni memang hero dia dua2 meletop. Mula2 baca bab2 awal di Novelkreatif-KN dan dalam fanpage Rose Harissa pun, aku dah jatuh suka dekat dua2 hero ni. Mula2 memang suka Leo sebab Amyra memang nampak awal2 dah macam senang dengan Leo. Terutama masa kereta Amyra rosak dan Leo hantar. Leo sempat singgah solat di masjid yang berhampiran dengan rumah Amyra. Dari situ aku dah yakin endingnya, Amyra dengan siapa. 

Aku baca novel Proposal Cinta Selamanya-Rose Harissa sampai habis sebab nak tahu kenapa boleh jadi macam tu sedangkan dari bab awal sampai nak habis Rose Harissa cukup cantik lukis watak Zaim. Aku suka sangat bila Amyra datang rumah Zaim...mak bapa Zaim yang kaya raya tu layan dan sayang dia. Tak tahu nak kata apalah...memang tak sangkalah pula, hujung2 sisi jahat Zaim terkeluar pula. Sedangkan Leo taklah banyak sangat menonjolnya dalam setiap bab. Kenapa Rose Harissa tak biarkan Zaim sorang-sorang aje? Tanpa ada calar hitam macam tu? Biar bersih aje sampai habis? Tak kisahlah pun kalau Amyra tak pilih dia, kan. Janji reputasi Zaim tak jatuh. Kesian gak yang sokong Zaim sebelum ni. Mesti terkejut juga Zaim 'terberdosa' di hujung cerita. Tapi bagusnya dia tetap lelaki terbaik sebab bertanggungjawab walau tanpa rasa cinta. Hurmm...KESIAN ZAIM!

Lepas letak novel ni, otak aku pun merewang jauh...mula membayangkan Leo mati lepas Amyra lahirkan anak. Err...orang baikkan selalu cepat pergi (hahaha ketawa ala-ala evil) then, Irina pula cerai sebab takde rasa cinta dengan Zaim. Anak pun tak nak jaga. Jadi Zaim konon2nyalah bapa tunggal sejati macam EZLI dalam Mulanya Satu Cinta. Amyra pula ibu tunggal, jadi lama2 jatuh cinta dengan Zaim bila tengok Zaim yang tetap setia dengan dia. Boleh macam tu? Hahaha...ending yang sangat2 mengharukan dari aku... Tapi rasa puas hati dan mampu buat hilang kecewa. 

Aku memang selalu sambung cerita novel kalau rasa tak puas hati dengan endingnya. Tapi sambung dalam kepala otak ajelah! Tapi dalam novel Proposal Cinta Selamanya-Rose Harissa ni, bukan aku tak puas hati ending yang Rose Harissa buat. SETUJU SANGAT sebab aku memang suka Leo pun. Cuma tersambung cerita dalam otak tu sebab rasa kesian sangat2 dekat Zaim. Nak juga bagi peluang Zaim dengan Amyra. Tu aje... Tak ada niat langsung nak komen jalan cerita yang Rose Harissa dah novelkan ni. Itu hak dia sebagai penulis. Suka hati dialah nak buat macam mana, kan. Sebagai pembaca, kita terima dengan hati lapang. Kalau aku suka penulis tu, apa karya dia pun aku akan layan dan rasa serasi dengan cara penulisannya. Sebagai peminat, haruslah bagi sokongan setiap karya dia yang terbit, kan.

Oklah, bebel banyak pun tak guna. Kau, jangan lupa beli novel Proposal Cinta Selamanya-Rose Harissa ni. Cover sangat cantik dan comel. Cuma bila nampak papan hijau tu tak pasal2 aku terus ingat cover novel Cinta Pandang Ke-2 Laila Kamila pula. Hijau dia tu mengingatkan aku pada papan hijau zaman sekolah. Kau jangan lupa beli...RM22 aje. Ahli KN murah sikit kalau beli online , RM18 tak salah aku. Kalau Sabah/Sarawak RM25...ahli RM22. Beli jangan tak beli. Cerita best...bukan cuma novel biasa tapi novel ni sangat2 berisi.

 Ni Zaim mengayat Amyra...

Novel Proposal Cinta Selamannya-Rose Harissa
 ni perbualan Zaim dan Amyra yang aku rasa sangat menyentuh hati

 Novel Proposal Cinta Selamannya-Rose Harissa
 masa ni aku harap sangat Amyra pilih Zaim :(

 ni pun buat aku terharu sebab mak Zaim suka kat Amyra

Novel Proposal Cinta Selamannya-Rose Harissa

Thursday, April 9, 2015

Novel Prince Charming ~ Ratu Bulan

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم / Bismillahirrahmanirrahim‎.


Lama tak buat entry baru. Malas nak mengadap lappy sebab line selalu siput! Oklah, aku nak cakap pasal novel dalam gambar tu, novel Prince Charming karya Ratu Bulan. Novel lama tapi aku baru aje baca awal tahun ni. Hehe...'kelambatan' betul. Novel yang aku beli ni dah masuk cetakan yang ke 9, tahun 2012. Cetakan pertama 2010...lama dahkan? Tapi novel ni sangat2lah laris. Kalau tak laris takdenya cetak sampai kali ke 9. Hebat tak? 

Tahun 2010 dulu ada kawan pinjamkan aku 3 novel. Salah satunya novel Prince Charming nilah. Dia datang kejap aje, jadi aku tak sempat baca tiga2 novel tu, cuma sempat baca dua aje. Yang tak sempat tu novel Prince Charming nilah... Tapi masa tu aku taklah sangat terkilan sebab rasa macam tak best aje. Sampailah aku terbaca beberapa bab di blog Ratu Bulan, terus minat pula. Cari kat kedai tak pernah jumpa. Tak sangka pula hari tu pergi POPULAR terjumpa novel ni. Terus ajelah beli.

Aku nak buat review, malas sikitlah sebab dah berjuta orang buat review novel ni. Kalau nak baca bab awal pergi aje blog Ratu Bulan. Masa baca novel ni, nostalgia sikit masa zaman sekolah aku dulu. Yelah cerita ni berkisar tentang pelajar sekolah menengah yang ada kelab bola sepak. Pengurusnya pula perempuan. Aku suka cerita ni, macam misteri sikit tapi tak misteri. Macam mana nak cakap ye? Ahh...kau baca ajelah novel ni mesti faham apa maksud aku tu. Heronya nama Nazrul. Heroin dia pula Nurul. Aku suka Nurul ni sebab dia sorang aje tak percaya carta Prince Charming tu. 

Sebenarnya aku suka baca karya2 Ratu Bulan. Semua yang dia tulis di blog, habis dah aku baca. Tapi susah nak jumpa novelnya di sini. Ok, dah habis idea...bye...