Tuesday, May 26, 2015

yehhh...sampai sudah




بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِي / Bismillahirrahmanirrahim.

Novel yang aku pesan ni dah sampai 19 mei hari tu. Tapi baru hari ni buat n3 pula...pemalas sejak akhir2 ni. dua novel ni terbitan IKP novel Farah Husain dan Melati Shafika. Masa order hari tu tak sabar nak baca. Tapi bila novel dah ada depan mata, rasa malas lagi nak membacanya. Nanti ajelah...tunggu mood datang.

Novel Ratu Bulan dan Wawa Taufiq tu pun sampai sekarang belum habis baca lagi. Tambah dua novel lagi..entah bila nak baca. Puasa pun dah dekat...mesti tak ada masa nak bersenang-lenang. Takpelah, peram aje. Lepas raya baru baca... :))

 

















Friday, May 15, 2015

Novel Yang Dia Pilih

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم / Bismillahirrahmanirrahim‎.


Assalamualaikum dan salam jumaat...
Novel YANG DIA PILIH, dua hari lepas aku habis baca. Oklah...berbaloi beli sebab ceritanya tak menghampakan. Jalan cerita biasa aje...konflik cuma tentang gangguan dari pihak ke-3 dan masalah salah faham dan tak berterus-terang.

Awal-awal aku dah suka Hareez...seorang lelaki yang agak sosial mulanya tapi lepas terperangkap dengan Melisa dia berubah. Balik Malaysia, jatuh cinta dengan Lya pula. Tapi Lya akhirnya kahwin dengan Zhafran pula. Kesian gila...nasib baik dia ni tabah walaupun susah sangat nak lupa Lya. Macam mana nak lupa kalau Lya tu jadi adik ipar sendiri? Mau kau tak gila. perempuan kau suka sentiasa ada depan mata tapi tak boleh kau nak dekat?

Susahkan? Tapi Hareez dapat juga mengharungi semua tu. Lepas tu jatuh suka dengan Fatia pula. Aku suka kisah mereka tapi geram sangat bila Fatia jauhkan diri sebab salah faham...Hareez pula terus bagi masa untuk Fatia. Nasib baiklah beberapa bulan kemudian dorang dah jadi baik. Hareez memang suami yang baik dan tak bertindak terburu-buru. Fatia kena tangkap dengan Tengku Badri, dai masih cool walaupun dah rasa nak membunuh. Jahat betul Fazura dan Tengku Badri tu. Memang sesuai jadi adik-beradik. Ending, semuanya baik dan bahagia...

Ini kali pertama aku beli novel Hani Fazuha. Lepas ni nak beli novel dia yang lain pula.


Thursday, May 14, 2015

El Gamma Penumbra pemenang Asia's Got Talent musim pertama

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم / Bismillahirrahmanirrahim‎.

 El Gamma Penumbra pemenang Asia's Got Talent musim pertama

Siapa tengok Asia's Got Talent di axn tu? aku memang tak pernah ketinggalan tengok tiap minggu. peserta favourite aku New System Junior. Suka tengok dorang menari macam2 rentak dan irama dalam satu persembahan. Triqstar pun aku minat juga. Tapi dari awal dah yakin memang El Gamma Penumbra yang menang sebab persembahan dorang penuh mesej dan cukup menarik. Kagum sangat dengan bakat dorang buat tarian dan bayang2 itu.

Tuesday, May 12, 2015

Novel Baru Beli

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم / Bismillahirrahmanirrahim‎.

 Ini novel terbaru dalam koleksiku. Novel lama terbitan IKP. Hari tu pergi KK, ini antara novel dalam senarai yang aku cari di semua kedai. Tapi tak jumpa. Aku mula tertarik nak baca novel Wawa Taufik lepas baca review novel J.A.D (novel barunya). Terus nak baca semua novel dia. Hani Fazuha pula, aku rasa tertarik lepas baca sinopsis novel Selimut Malam tu. Inilah berusaha mencari novel2 lama mereka berdua. Kalau tak jumpa, kena beli online la nampaknya.

Saturday, May 9, 2015

Novel Kalau Sayang katalah Sayang - Fazuin

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم / Bismillahirrahmanirrahim‎.


Novel Kalau Sayang Katalah Sayang -Fazuin aku beli lepas tengok sinopsisnya. Kebetulan novelnya diletak depan pintu POPULAR tu...keluaran baru. Jadi aku pun beli. Sampai rumah terus buku plastik dan tengok tarikh cetakan...eh, Jun 2014? Laa...novel lama rupanya...tapi diletak dibahagian fiksyen keluaran terbaru di bahagian hadapan kedai! Tipah Tertipu sudah!!! Aiii...apa macam pekerja POPULAR tu susun buku? Lama dan baru pun tak tahu. Memandai susun di depan. 

Aku terus google tengok review novel ni di goodreads dan blog. Kebanyakan review semua cakap tentang abang Joey. Dalam sinopsis pun abang Joey tu macam menarik dan penyelamat Malia lepas kecewa dengan Zakuan. Jadi aku pun tak sabar nak baca. Jatuh cinta terus dengan Joey padahal belum pun baca novel lagi. Balik sandakan, baru aku mula baca novel tu dan kesimpulannya...
Aku tarik balik cinta aku yang jatuh itu. Aku nak bagi pada Zakuan!

Mula baca, aku suka juga dengan Joey tapi lama-lama...aku rasa dia tu macam gila sikit. Ok, dia memang gila pada Malia...obses. Jadi perangai dia macam meloyakan, bagi akulah. Hari2 ajak Malia dating bawah pangkin. Pendek kata asyik nak melakat dengan Malia aje. Kawan pun tak ada! Sikit-sikit nak peluk Malia dan cium Malia. Lepas tu paling mengting-tongkan kepala aku bila Joey ni asyik menjerit aje! Sawan menjerit agaknya. Bosannya...

Malia...digambarkan gadis yang baik dan bertudung tapi agak bebas laku dengan Joey. Tahulah dorang macam adik-beradik tapi agak-agaklah. Sesuka hati aje dia dipeluk oleh Joey. Paling aku pelik, dia ni suka aje cabar Joey. Contoh Joey cakap 'aku cium kang.' Dan laju aje Malia jawab 'ciumlah kalau berani.' Banyak kali benda ni ulang-ulang...bosan. Bagi aku Malia pun gatal. Mana ada perempuan baik macam tu...tak segan-segan bergurau dengan lelaki dengan cabar2 macam tu. Ada satu babak tu, dia masuk bilik Joey dan baring (alasan penat) dan Joey lempar boxer dia di muka Malia. Malia nampak biasa aje. Tu gadis baik ke? Lagi aku angin dekat Malia ni bila dia buat bodoh2 tak faham tingkah-laku dan kata2 Joey. Lagi tanya itu ini, siapa girlfriend Joey. Padahal terang-terang apa yang Joey cakap tu semua tentang dia. Kucing pun boleh tahu dan rasa. Dia pula buat2 tak faham. Sama macam kes mak dan kakak Zakuan berbual tu, Malia digambarkan tak faham. Masa ni aku nak ketuk aje kepala Malia yang tak faham tu. Macam tak lojik langsung dia tak faham. Heroin yang betul2 menganginkan kepala aku! 

Zakuan...aku rasa nilah watak lelaki paling bodoh aku jumpa. Suka tapi tak cakap. Tapi aku tak nafikan ada lelaki macam ni. Dah nasib dia jumpa perempuan macam Malia yang tak faham Zakuan suka dia. Lagi aku nak kutuk Malia yang sengal tu, bohonglah dia tak faham kalau Zakuan dah bawah dia pulang dan kenalkan dengan mak dan kakak dia. Memang tak masuk akal. Balik cakap tentang Zakuan, aku kesian dia ni...mangsa keadaan. Dia kena perangkap oleh Anna dan terpaksa kahwin dengan Anna. Yang si Malia terus pula terima Joey! Dulu kahwin dari Zakuan lagi. Hurmm... Tapi ending, Zakuan cerai dengan Anna dan mulakan hidup baru. 

Novel ni, aku tak tahulah nak cakap best ke apa...ok2 ajelah. Kalau kau yang jenis suka romantik...bacalah novel ni, memanjang kisah romantik joey dan malia. Aku ada baca review seorang pembaca, dia kata sangat penat baca kisah abang Joey dan malia... Aku faham, sebab aku pun bosan juga. Ini pendapat akulah, lain pembaca lain seleranya. 

Untuk penulis baru macam Fazuin ni dan novel pertama pula tu, kira novel ni oklah juga. Kalau tak ok IKP tak terbit. Aku percaya IKP terbit novel yang best aje. Lagi baik kalau Fazuin sambung kisah Zakuan bertemu cinta baru dalam novel lain. Trend novelis sekarang, selalu sambung kisah cinta watak lain yang tak kesampaian. Ok, kau jangan lupa dapatkan novel ni...jangan sebab review aku ni kau tak nak beli. Sekali lagi aku cakap, lain orang lain seleranya... :))

Friday, May 8, 2015

Jalan-Jalan Cari Novel

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم / Bismillahirrahmanirrahim‎.


Minggu lepas pergi kk sempena cuti 1 mei tu. Niat di hati mau beli novel sebab sakit jiwa tengok fb...kebanyakan kawan yang duduk di west semua post pasal PBAKL. Gila, untung habis orang sana sebab dapat beli novel murah (20% - 60% diskaunya). RM100...sudah berapa buku kau dapat beli? Memang borong habislah kalau aku ada di sana. Cubalah ada pesta buku macam tu di sini, kan bagus.

Terpengaruh dengan PBAKL, aku pun mau beli novel banyak2 bila sampai KK. Hari pertama sampai terus pergi Eaton's. Novel tak berapa banyak...macam takde stok yang baru2. Rak pun banyak kosong. Tapi aku perasan Eaton's macam tak banyak jual novel macam dulu2 lagi.. Kalau dulu novel sampai berlambak atas lantai. Siap jual murah lagi. Di rak pun penuh. Dari depan kedai dah nampak jualan novel. Sekarang kena pergi belakang, baru nampak rak novel.

Memandangkan novel tak banyak dan senarai novel yang aku nak beli pun tiada di Eaton's, aku pergi naik ke palm Square masuk kedai POPULAR. Sekali lagi rasa kecewa bila rak di kedai ni pun banyak yang kosong. Lagi teruk dari Eaton's... Terus tiada mood nak beli. Pulang rumah dengan rasa kecewa.

Hari kedua, pergi 1Borneo pula. Mula-mula terus pergi kdeai buku Times. Berganda lagi kecewa bila di situ pun tak rak novel melayu kosong. Padahal hari tu bertimbun novel melayu dekat tepi pintu masuk. Kecewa betul aku... Lepas tu pergi Harris tapi tutup. Hurmm...hujung2 naik tingkat atas masuk POPULAR. Sini pun sama juga...novel tak banyak. Mungkin sebab PBAKL jadi stok novel tak dapat hantar ke sini buat sementara. Aku agak macam tulah.

Banyak novel yang aku senaraikan tapi satu pun tak ada. Frust sangat. Sudahnya aku capai 2 novel aje untuk dibeli. Jauh-jauh datang macam pelik pula, kalau tak beli apakan. Aku beli novel Seseorang Untuk Dinikahi dan novel Kalau sayang katalah sayang.
 



Inilah novelnya. Hari ni baru dapat upload. Dah habis baca Kalau Sayang Katalah Sayang. Seseorang Untuk Dinikahi tu baru mula baca semalam. Tapi perasaan tak tepi novel tu macam novel lama? Nampak macam rosakkan? Tu sebab novel ni aku simpan dalam beg plastik aje. Campur dengan barang lain yang di letak di belakang hilux. Dalam perjalanan pulang tu hujan...terpaksa bungkus semua barang di belakang tu dengan plastik sampah yang hitam tu. Air bertakung sikit di lantai belakang tu, ada masuk dalam beg plastik... tu yang novel aku ni pun kena... Jadilah macam dah lama tepi buku tu.


Hari ke-3, masa pergi di KK Plaza, sempat merayau di area segama tu. Ada satu kedai buku yang selalu juga aku masuk kalau jalan2 di kawasan ni. Happylah kononnya, sekali tengok TUTUP! Astaga...memang kecewa jak kerja aku di kk hari tu! Apa boleh buatkan. Mungkin lain kali saja.