Showing posts with label anis ayuni. Show all posts
Showing posts with label anis ayuni. Show all posts

Friday, November 21, 2014

Novel Pandora Buat Insyirah-Anis Ayuni

 Novel Pandora Buat Insyirah-Anis Ayuni
SEGALAnya sudah tertulis di atas lantai takdir. Tujuh tahun Irman Mirza dan Insyirah Hayati terpisah dek tujuh lautan dalam yang tidak bertepi. Selama waktu itu hati masing-masing menggelisah dan dendam rindu yang tidak terperi. Irman hidup dalam teka-teki. Insyirah masih bersekolah lagi. Masakan dia memaksa gadis itu menerima cintanya? Akhirnya, masa berlalu begitu sahaja sehingga mereka dipertemukan dalam masing-masing menginjak dewasa. Ketika itu, Insyirah pula seolah-olah bermain tarik tali. Antara mahu terima dan tidak. Akhirnya, keputusan telah dibuat. Irman adalah jodoh buatnya.

Assalamualaikum? Hallo, blog!

Salam Jumaat...penghulu segala hari dan hari raya mingguan. Banyakkan berdoa kerana hari jumaat ada satu masa yang sangat mustajab...doa akan diperkenankan...dengan izinNYA. Tapi waktu tepatnya hanya DIA yang maha mengetahui. Jadi banyakkan berdoa sepanjang hari jumaat. Err...tertazkirah pula pagi2 ini. Takpe takzirah untuk diri sendiri juga.

Sebenarnya saya nak cakap tentang novel Pandora Buat Insyirah-Anis Ayuni. Ini novel terbaru Anis Ayuni. Saya beli masa cuti bulan Mei 2014. Sebenarnya saya tak tahu pun Anis Ayuni ada novel baru. Masa pergi Eatons, jumpa pulak novel ini. Saya terus beli sebab saya memang minat sangat dengan novel-novel Anis Ayuni. Semua novel Anis Ayuni saya  dah beli kecuali Novel Cinta Yang Kurasa. Saya cari di kedai buku tapi tak jumpa. Novel lama memang susah nak jumpa.

Ok, berbalik dengan novel Pandora Buat Insyirah-Anis Ayuni ini, mula2 saya nak cakap tentang cover novel ini. Ringkas aje tapi cukup cantik dan menarik. Saya memang cukup suka cover yang ringkas macam ini berbanding cover novel yang menggunakan model manusia. Tengok tajuk novel ini, saya ingatkan kisahnya ada kaitan dengan negara Latin. Bukan apa 'pandora' itu ada bunyi macam Latin sikit. Tapi lepas baca baru tahu pandora itu rupanya gelang! Oh! Betapa kurangnya pengetahuan saya ini! 😸😸😸

Novel Pandora Buat Insyirah-Anis Ayuni mengisahkan tentang Insyirah yang masih sekolah. Nak ambik SPM lagi. Dia ni ada abang tapi study kat luar negara. Bapa Syira mengidap kanser dan di rawat di hospital. salah seorang doktor yang merawatnya Dr Mirza. Dari situ bermulalah cinta dalam diam-diam. Dr Mirza yang mula jatuh cinta dengan Syira. Siap tolong Syira dalam pelajaran lagi. Walaupun masa tu dia tak cukup tidur. Hehe...terbaiklah Dr Mirza.

Mak Syira pula buat hal, ada skandal dengan lelaki kat office dia. Syira ini kesian sangat tapi dia sangat matang. Mak dia kahwin juga dengan boyfriend dia tu. Masa bapa dia dah tenat barulah abang dia pulang. Syira dah lama nak cakap pun tapi bapa dia tak benarkan takut study abang dia tu terganggu. Masa ayah dia tu pergi, Syira SPM tapi sempat juga dia pergi jenguk.

Syira kemudian belajar di Rusia. Balik jadi doktor dan satu hospital dengan Dr Mirza. Mereka kembali menjadi rapat. Lagipun Dr Mirza memang dah lama suka dengan Insyirah. Lebih kurang macam itulah jalan cerita novel ini. Kalau nak tahu lebih lagi, cepatlah dapatkan novel ini.

Komen saya, novel ini best cuma sedikit bosan bila ceritanya agak mendatar aje. Tak ada naik bukit, lurus aje. Kalau nak banding dengan novel Bayangan Rindu, Gemersik Kalbu atau Suara Hati, novel ini agak ketinggalan dan kurang perasa. Ada masanya saya rasa bosan baca kisah Insyirah dan keluarga dia. Mungkin sebab kisah Dr Mirza tak berapa banyak. Itu yang saya rasa bosan sikit. Tapi secara keseluruhan novel ini memang tak menghampakan.  

Novel ini juga sedikit berbeza sebab isu kekeluargaan lebih ditonjolkan berbanding cinta. Hampir separuh dari keseluruhan novel ini tentang Insyirah yang menjaga ayah dia. Dia sangat tabah dan matang. Dalam novel ini juga, ada selit bahasa Rusia. Ada satu babak dimana, Insyirah dan Dr Mirza memeriksa pesakit. Masa itu, Dr Mirza dan Insyirah asyik membahas soal hati mereka dalam bahasa Rusia. Tiba-tiba pesakit tu menyampuk dalam bahasa Rusia juga. Dr Mirza dan Insyirah tercengang dan termalu. Rupanya pesakit tu pernah tinggal di Rusia itu yang tahu cakap Rusia. Lagi satu bahasa dalam novel ni sangatlah kemas. Cara penceritaan pun sangat2 kemas. Oklah, korang yang nak beli novel Pandora Buat Insyirah-Anis Ayuni ini, silalah beli dan jadikan koleksi. K, bye.

P/S~ masa baca novel ini saya terbayang Dr. Miza tu macam Dr Hong dalam drama Korea Wonderful Mama. 

Thursday, March 14, 2013

Novel Kejora Di Langit Cinta-Anis Ayuni

Novel Kejora Di Langit Cinta-Anis Ayuni

Assalamulaikum? Hallo, blog!

Novel Kejora Di Langit Cinta ini merupakan novel Anis Ayuni yang ke-11. Saya suka dengan tajuk novel ini. Jauh dari tajuk2 novel Anis Ayuni yang terdahulu. Tapi saya tak suka dengan cover novel ini. Kurang cantik dan kurang menarik. Oh ya, dalam novel ini ada diselitkan bookmark dan poskad. Suka sangat. Teringat dulu2, semua novel alaf ada bookmark free dan kalau beli online dapat kupon untuk beli novel yang lain.

Novel Kejora Di Langit Cinta-Anis Ayuni mengisahkan tentang Nur Faradila dan Khalish. Mereka jumpa di Kota Mekah, masa tunaikan umrah. Sejak tu mereka mula tertarik cuma Khalish ni macam slow sikit...dah bertahun baru tunjuk betul2 serius nak bercinta dengan Faradila. Khalish ni duduk di Terengganu jadi susah sikitlah nak jumpa Dila yang duduk di KL.

Lepas itu, Datuk Azlan suka pula pada Dila. Datuk Azlan ni bapa pelajar di sekolah Dila. Dila ambil berat dengan pelajar2nya termasuk Ibrahim Hakimi (anak si Datuk Azlan tu). Siap bagi tuisyen khas lagi di rumah Dila. Haneen adik Dila meninggal dalam kemalangan. Dila sangat sedih dan mak Dila pun mengalami kemurungan. Dila kemudian bawa Rania tinggal dengan mereka. Rania ni anak bapa Dila dengan isteri keduanya dulu. Mula2 mak Dila tak terima tapi lama2 terima juga budak tu yang seolah menganti kehilangan arwah Haneen.

Khalish dan Dila kahwin, mak Dila agak sedih sebab perkahwinan itulah yang ditunggu2 oleh arwah Haneen dulu, dia memang sudah lama berharap Dila menerima Khalish. Mak Dila pula akhirnya kahwin dengan Datuk Azlan. Akhir cerita, Khalish buka butik di KL sebab tak mahu berjauhan dengan Dila lagi. The End...

Saya suka novel Kejora Di Langit Cinta-Anis Ayuni ini. Semua novel Anis Ayuni tak pernah menghampakan. Memang best dan sentiasa ada kelainan. Tak rugi beli. Saya sedih masa Haneen mati. Rasa macam tak patut aje penulis matikan watak Haneen dengan tragedi tu. Tapi mungkin nak bagi real, sebab dalam hidup kita ni selalu berlaku perkara2 yang tak kita jangka. Novel ni pun banyak cerita tentang batik lukis tangan. Kira dapat jugalah sedikit ilmu bila baca novel ni.

Tuesday, February 26, 2013

Novel Saat Kau Kata Cinta-Anis Ayuni

Novel Saat Kau Kata Cinta-Anis Ayuni

Assalamulaikum? Hallo, blog!

Kali ni saya buat entry tentang novel Saat Kau Kata Cinta-Anis Ayuni. Saya baru aje beli novel ni masa ke Eaton's hari tu. Novel Saat Kau Kata Cinta-Anis Ayuni ini mengisahkan tentang percintaan Hijaz dan Darwina di zaman persekolahan. Masa PLKN, Darwina berkawan rapat dengan Nuril. Beberapa tahun kemudian, Darwina bertemu dengan Nuril. Darwina kecewa bila tahu Nuril bercinta dengan Hijaz di luar negara. Darwina terus menyepi diri dan membuat Hijaz tertanya2 kenapa Darwina melupakan janji2 mereka dulu.

Darwina kemudian bercinta dengan Azril. Semasa Darwina bercuti di UK dia bertemu dengan Syafi. Syafi sentiasa menemaninya sepanjang dia di UK. Banyak kenangan mereka sepanjang dia di UK. Syafi memang melayan dia dengan baik. Darwina pulang ke Malaysia semula dan mahu berkahwin dengan Azril tapi dia kecewa bila isteri Azril muncul. Rupanya Azril sudah berkahwin dan punya 2 anak. Isteri dan anaknya tinggal di Australia sebab isteri Azril belajar di sana. Atu yang menyebabkan Azril sering ke Australia. 

Hijaz muncul semula. Dia mahu menyambung cintanya dengan Darwina. Sebenarnya dia berkahwin dengan Nuril dulu sebab mahu menyakiti hati Darwina yang tiba2 menyepi dan tak mahu menemuinya. Nuril yang beriya2 dalam hubungan mereka. Perkahwinan mereka pun tidak bahagia. Tapi Darwina tetap menolak Hijaz sebab tidak mahu melukakan hati Nuril.

Dalam masa yang sama Syafi pulang ke Malaysia. Bila dia tahu Darwina sudah putus cinta dengan Azril, dia pun lamar Darwina. Darwina terkejut sebab selama ini dia dengan Syafi tidak punya apa2 hubungan. Dia menganggap Syafi seperti abangnya. Tapi Syafi sukakan Darwina sejak kali pertama berkenalan dengan Darwina masa di UK dulu. Hijaz masih mencuba meraih cinta Darwina tapi akhirnya Darwina menerima lamaran Syafi. Hijaz kembali semula dengan Nuril dan anak mereka yang baru lahir. Tamat.
Saya suka novel ni sebab watak Syang cool. Tapi dalam masa yang sama saya penat baca part melancong itu. Terlalu banyak cerita tentang satu2 tempat yang mereka lawat. Lagi satu saya tak berkenan dengan nama2 dalam novel. Semua macam pelik dan tak cantik aje saya rasa. Lebih2 lagi nama Hijaz tu. Terus ingat muka2 ahli kumpulan nasyid Hijaz. Apa2 pun saya tetap suka novel Saat Kau Kata Cinta-Anis Ayuni ini. Saya memang baca semua novel Anis Ayuni. Rasa serasi dengan style penulisannya. 

Thursday, February 9, 2012

gemersik kalbu (slot akasia tv3)-episod akhir


sumber : google

gemersik kalbu dah tamat tadi. rasa sedih biarpun excited sangat nak tahu endingnya. maklumlah jalan ceritanya memang agak berbeza dari novel. tapi ending tadi memang superb! romantik habis...suka sangat semua part dalam episod akhir tadi.

tapi babak yang paling tunggu2 ialah di mana suffian menerangkan hal sebenarnya tentang kejadian malam itu. suffian tak ada pun sentuh raihana (plan B) waktu tu. ingatkan raihana happy bila tahu hal tu, rupanya tak...tambah dia mengamuk sampai lari balik layangan. siap jumpa hisham, mamat poyo tu!

tapi babak lepas tu macam kalang-kabut sikit...macam nak bagi cerita cepat habis je. tup2 suffian dah muncul di layangan masa raihana menziarahi kubur wan ariffin. tapi kebanyakan drama pun episod akhir memang tak berapa kemas sebab nak cepat habis kan.

takpe lah juga sebab aku rasa ending pun sangat2 menarik dan memang puas hati tengok. agak kelakar babak2 akhir tu. waktu raihana pura2 sakit perut. suffian panik sampai tak ingat no ambulance...hahahaha. tapi part ini memang menarik, pandai raihana kenakan suffian...so sweet.

lepas ini aku pasti akan merindui GK. tiada lagilah aku lepak depan tv tiap 7mlm. manalah nak tengok kenakalan suffian dan kedegilan ana lagi? baru je habis tengok, dah rindu dengan mereka...

sumber : google


sumber : google


sumber : google


sumber : google


sumber : google


sumber : google


sumber : google


sumber : google

ini babak2 dalam GK, aku cilok kat google semuanya. saja letak sini sebagai kenangan terindah...kononlah.

Wednesday, February 9, 2011

Novel Kau Kekasihku-Anis Ayuni


Novel Kau Kekasihku-Anis Ayuni

Inilah antara novel Anis Ayuni yang saya suka sangat2 selain novel Bayangan Rindu. Novel Kau Kekasihku merupakan novel ke 5 Anis Ayuni. Saya beli novel ni 28.3.2008, tengoklah kulitnya agak kusam sikit sebab banyak orang pinjam. Isi cerita novel Kau Kekasihku-Anis Ayuni ni biasa je tapi bagi saya sangatlah menarik sebab Anis Ayuni kata hero novel ini macam Farid Kamil.


Saya bukan peminat peminat Farid Kamil tapi oklah bila bayang dia sebagai hero. Muka pun hensem. Mata dia pun nampak bening dan basah. Tak kisahlah bila orang kata mata Farid Kamil macam mata orang tengah gian dadah. Ada aku kisah? Hahaha.

Oklah cakap semula tentang novel Kau Kekasihku-Anis Ayuni ini, ceritanya mengisahkan Dhira yang tinggal serumah dengan kak Fiza. Dia mengikut pakej lawatan ke China dengan teman2 sekerjanya Airin, Li-anne dan Benjamin. Di sana dia berkenalan dengan Zairi yang pada mulanya disangkakan Farid Kamil.

Dhira dan Zairi menjadi rapat dan saling tertarik. Hubungan mereka berterusan bila mereka balik ke KL. Tapi Dhira perasan Zairi kadang2 menghilang dan langsung tidak menghubungi dia. Tapi kemudian muncul semula dan melayan Dhira dengan baik. Dari cara Zairi mengambil berat tentang Dhira, dia dapat rasa Zairi cintakan dia tapi Dhira hairan Zairi tak pernah pun mengatakannya.

Hubungan mereka pun sudah agak kukuh dan Dhira berharap sangat Zairi akan mengajaknya berkahwin. Tapi Zairi tidak pernah mahu serius tentang hubungan mereka. Tapi bila dia tahu anak bos Dhira datang ke rumah ibubapa gadis itu, Zairi sangat cemburu dan mengajak Dhira kahwin.

Sayangnya perkahwinan mereka tidak bahagia sebab Zairi tidak pernah sentuh Dhira. Malah Zairi juga sering menghilangkan diri dengan alasan buat kerja2 di luar. Dhira sangat sedih dengan sikap dingin Zairi. Dia membuat keputusan untuk berpisah dengan Zairi. Zairi sangat sedih sebab dia cintakan Dhira tapi dia tak boleh buat apa2 sebab Zairi sendiri ada masalah besar. Dia sebenarnya terkena buatan sihir bekas tunangnya.

Tapi ending, mereka berbaik juga. Ok, lebih kurang macam tulah jalan ceritanya. Kalau nak tahu lebih lanjut bolehlah beli novel ini. K, bye.

Saturday, July 25, 2009

Novel Bayangan Rindu-Anis Ayuni



Novel Bayangan Rindu-Anis Ayuni

Assalamualaikum? Holla, blog!

Novel Bayangan Rindu-Anis Ayuni merupakan novel yang banyak kali saya baca. Terutamanya part2 yang melibatkan Kiew dan Iddya. Novel Bayangan Rindu-Anis Ayuni ini saya beli pada 17 mei 2008. Ingat tarikh sebab semua novel2 yang saya beli, saya tulis tarikh dan nama kedai tempat sata beli. Hihihi begitu terperinci maklumatnya.

Novel Bayangan Rindu-Anis Ayuni ini mengisahkan tentang Iddya yang berkawan dengan Baein di zaman persekolahan. Tapi kemudian terputus bila Baein melanjutkan pelajaran di luar negara. Kemudian Iddya bertemu semula dengan Baein setelah mereka masing2 sudah dewasa. Baein mula memikat Iddya semula.

Pada masa yang sama Iddya bertemu semula dengan rakan sekolahnya dulu Kiew. Mereka jadi rapat dan Kiew tempat Iddya meluahkan masalahnya. Iddya kemudian bercinta pula dengan Lutfi seorang duda tapi kemudian hubungan mereka terputus sebab Lutfi merupakan anak susuan ibu Iddya dulu. Kira adik beradiklah tak boleh kahwin gitu.

Baien pula tak putus-asa untuk mendapatkan Iddya semula. Isteri baein pula tak habis2 menyalahkan dan menuduh Iddya pengacau rumahtangganya. Dalam diam2 Iddya jatuh hati dengan Kiew yang banyak membantunya ketika ada masalah. Akhirnya Iddya tahu juga Kiew cintakan Iddya dari zaman persekolahan mereka lagi. Tapi Kiew sorang lelaki yang baik tak pernah nak ambil kesempatan tiap kali Iddya putus cinta. Dipendekkan cerita, mereka berdua juga akhirnya. Baein? bye2, boleh blah! hihihi

Dalam novel Bayangan Rindu-Anis Ayuni ni, Kiew peluk islam dengan nama Umar Aisy. Tapi saya lagi suka nama Kiew sebab dekat2 dengan bunyi que sera, sera. Lagu lama ni juga lagu yang dinyanyikan oleh Iddya masa kat di luar negara. Rasa comel sangat Iddya nyanyi lagu tu.

"que sera, sera.
whatever will be...
will be...
the future's not our to see
que sera, sera
what will be...
will be..."