Showing posts with label info kesihatan. Show all posts
Showing posts with label info kesihatan. Show all posts

Monday, January 16, 2012

tanda-tanda mengalami stress


sumber : google

Salah satu perkara yang boleh menganggu keceriaan dalam diri seseorang anda stress. Stress adalah satu tekanan yang akan selalu muncul dalam diri seseorang disebabkan oleh masalah yang berlaku dalam diri mereka. Stress ini berpunca dari banyak faktor sebenarnya.

punca-punca berlakunya stress disebabkan faktor dalam diri sendiri, persekitaran sosial, perasaan dan psikologi, faktor biologi dan banyak lagi faktor-faktor lain. Untuk mengetahui sama ada anda stress, anda perlu mengenal pasti beberapa tanda stress pada diri anda. Ada banyak tanda-tanda yang boleh anda lihat pada diri anda bagi mengenal pasti sama ada anda sedang stress. Dengan mengenal pasti tanda-tanda itu maka anda memang sedang stress. Jom kita sama-sama kenali tanda-tanda stress…
1) Tanda-tanda Fizikal
  • Sakit kepala
  • Masalah tidur
  • Perubahan selera makan
  • Cepat letih
  • Lenguh-lenguh badan
  • Jantung berdebar-debar
  • Pernafasan semakin laju
  • Kering mulut
  • Gementar
  • Sakit perut
  • Cirit-birit
  • Sakit-sakit badan yang kurang jelas puncanya
  • Letih lesu
2) Tanda-tanda Psikologi
  • Gelisah
  • Keresahan
  • Tidak merasa seronok
  • Bosan
  • Low mood dan murung
  • Hilang sabar
  • Mudah marah
  • Kurang minat dan tumpuan terhadap aktiviti seharian
  • Mudah lupa
  • Takut gagal
  • Rendah diri
3) Tanda-tanda Tingkah Laku
  • Merokok berlebihan
  • Penggunaan ubat-ubatan yang tidak terkawal
  • Memikir atau bercakap tentang mencedera atau membunuh diri
  • Tingkahlaku impulsif dan agresif (buli, vandalisme)
  • Penyalahgunaan dadah dan alkohol
  • Masalah tabiat makan
Inilah beberapa tanda-tanda stress yang anda boleh kenal pasti pada diri anda, ada banyak lagi tanda-tanda lain yang menunjukkan anda sedang stress. Jika ia berlaku dalam diri anda maka sememangnya anda sedang mengalami stress. Yang pasti setiap orang pasti akan mengalami stress dalam diri mereka. Apa yang membezakan adalah bagaimana seseorang itu mengenal pasti dan mengawal stress dalam diri mereka.
Mengapa anda perlu tahu tanda-tanda stress ini? Ini kerana memang anda perlu tahu supaya anda akan dapat mengenal pasti yang anda stress, selepas itu anda boleh mengawal stress dalam diri anda. Jika stress tidak dikawal ia akan membawa banyak kesan yang buruk pada diri anda dan juga orang lain. Mungkin hari ni anda tidak stress, tapi esok lusa, minggu depan, atau masa hadapan kita tidak tahu kan.. Apa saja boleh berlaku tanpa kita sedari.
Sebagai manusia kita hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan. Stress juga adalah satu ujian dari Allah kepada kita. Banyak yang berlaku tidak dirancang hingga menyebabkan kita rasa stress dalam hidup ini. Apa yang boleh kita lakukan adalah banyakkan berdoa kepada Allah supaya diberikan ketenangan dan pertolongan dalam setiap ujian yang diberikan. Semoga kita akan jadi seorang hamba yang tabah menghadapi segala ujian dariNya.

credit http://www.layarsukses.com

Friday, September 23, 2011

selsema


Selsema merupakan jangkitan salur pernafasan atas, yang memberi kesan terhadap salur-salur hidung dan kerongkong yang disebabkan oleh virus. Terdapat lebih dari 200 virus selsema. Jenis-jenis virus mungkin berbeza pada setiap musim. Antibiotik tidak akan menghapuskan virus-virus. Jangkitan-jangkitan itu akan hilang dengan sendirinya, kecuali jika terjadi jangkitan sekunder. Antibiotik mungkin dan hanya diperlukan apabila terdapat jangkitan sekunder. Selsema boleh tersebar dengan mudah apabila seseorang itu bercakap, membatuk atau bersin atau dengan sentuhan langsung. Kanak-kanak dengan kerintangan penyakit yang rendah berbanding dewasa mendapat selsema dengan lebih kerap, misalannya 6-12 kali dalam setahun, manakala dewasa, mendapat selsema sebanyak 2 kali dalam setahun.

Gejala-gejala

v Kerongkong yang kering dan sakit – Ini mungkin merupakan gejala pertama yang dialami.
v Pengeluaran lendir yang cair yang memekat kemudiannya.
v Bersin.
v Hidung tersumbat. Ini menyebabkan kesukaran untuk menyusu bayi.
v Sakit kepala.
v Adakalanya, demam yang ringan.
v Sakit badan.
v Mata berair.

Komplikasi-komplikasi

Tiada komplikasi yang serius yang berlaku dengan jangkitan rhinovirus. Akan tetapi, selsema yang mudah boleh menjadi lebih serius apabila jangkitan bakteria sekunder berlaku :-
v Bronkitis – jangkitan pada salur-salur pernafasan yang menyebabkan keradangan.
v Laringitis – keradangan pada laring (bahagian atas tenggorok) dan peti suara.
v Otitis Media – keradangan pada telinga tengah dan ini adalah lebih biasa di kalangan
kanak-kanak.

v Sinusitis – Jangkitan yang merebak ke sinus (rongga tulang pada hidung).
v Pneumonia – jangkitan yang merebak ke bahagian bawah ke dalam paru-paru.
v Jangkitan bakteria sekunder.
v Penyakit-penyakit pernafasan yang sedia ada boleh dicetus atau diganggu, misalannya
lelah.


Mereka-mereka dengan sistem ketahanan badan yang rendah mempunyai lebih banyak peluang untuk mendapat selsema dan berlakunya komplikasi-komplikasi. Mereka-mereka yang lebih berisiko adalah : -
Mereka-mereka yang kurang khasiat makanannya.
Warga-warga tua
Golongan yang sangat muda.


Ingat untuk berunding dengan doktor jika

v Selsema yang mudah berlarutan melebihi seminggu, disertai demam yang malebihi 38°C
atau demam ringan yang berpanjangan.

v Berlakunya sakit dada.
v Terdapat kesusahan bernafas.
v Terdapat kahak berwarna kuning.

Penjagaan kendiri

Tidak terdapat rawatan yang tertentu tetapi rawatan yang simptomatik boleh dijalankan apabila berlakunya gejala-gejala penyakit.
Di antara perkara-perkara yang boleh dilakukan oleh sesorang itu ialah :-
v Berehat
v Rawatan simptomatik, seperti dengan agen analgesik (penahan sakit), yang mengurangkan demam dan antihistamin, boleh dijalankan dengan ubat-ubatan yang boleh dibeli di kaunter, selepas berunding dengan pegawai farmasi anda.
v Minum banyak cecair, kedua-dua air dan jus.
v Inhalasi (sedutan).

Elakkan

v Merokok.
v Membatuk atau bersin berdekatan orang/benda lain, terutamanya bayi dan makanan.
v Memaksa hembusan dengan kedua-dua liang hidung tertutup kerana ini mungkin
mengakibatkan jangkitan di telinga tengah.

v Memandu semasa mengambil ubat-ubatan untuk batuk dan selsema.
v Ubat-ubatan yang mengandungi salisilat, misalannya aspirin.

Tabiat-tabiat yang baik

v Berpakaian secara munasabah bergantung kepada suhu persekitaran supaya kesejukan
dan kepanasan yang melampau dapat dielakkan.

v Tidur secukupnya.
v Tutup hidung dan mulut anda dengan tisu apabila anda sedang bersin.
v Basuh tangan dengan sempurna sebelum memasak, makan atau mengendalikan
makanan.

v Hembus hidung anda, bila perlu, dengan satu atau kedua-dua liang hidung terbuka.
v Apabila melakukan suai perubatan, pastikan apakah jenis ubat itu dan apakah kesan yan dituntutnya. Runding dengan pegawai farmasi anda jika terdapat kemusykilan.
v Baca arahan dengan teliti sebelum mengambil sebarang ubat.

Pencegahan

v Amalkan gaya hidup yang sihat.
v Makan makanan yang seimbang.
v Senam selalu.


gambar & info sumber : google