Showing posts with label sudut motivasi. Show all posts
Showing posts with label sudut motivasi. Show all posts

Friday, March 8, 2013

tips meningkatkan keyakinan diri

 ~dazrin kamarudin~

salam jumaat..kali ni aku nak kongsi tips meningkatkan keyakinan diri. tips ni aku jumpa di laman web iluvislam. sebelum ni asyik buat entry tentang novel je kan...jadi hari ni ubah sikit haluan tu. lagipun, mood baca novel aku 'kosong' hari ni...esok2lah sambung buat entry novel tu. ok, di bawah ni tips meningkatkan keyakinan diri tu. jom kita peraktikan...
  1. anggap diri anda yang diciptakan oleh ALLAH adalah sama dengan orang lain, tiada yang kurang dan         tiada juga lebihnya.
  2. orang lain boleh buat, kenapa anda tak boleh buat? pedulikan apa orang lain nak kata tapi yang penting pelajari apa orang lain buat terlebih dahulu sebelum kita buat. 
  3. apa kekurangan /kelemahan yang ada pada diri anda perbaikinya. jangan biar ia sifat itu kekal tanpa sebarang usaha dari anda.
  4. jangan takut atau teragak-agak untuk melakukan sesuatu yang positif. berani!
  5. elakkan perasaan malu yang tak bertempat. ketepikan! tonjilkan diri anda.
  6. lakukan riadah ringan sebelum melakukan perkerjaan. ianya sebagai warm up dadn dapat mengaktifkan seseorang.
  7. kemas diri dan anggap diri anda terbaik hari itu. ya saya boleh!
  8. apa bila berinteraksi pandang tepat pada muka dan mata orang yang kita sedang berinteraksi dan gunakan sedikit pergerakan tangan untuk menerangkan sesuatu. jangan terlalu kaku.
  9. apabila melakukan sesuatu tugas jangan memikirkan tentang masalah, tetapi fikirkan tentang hasilnya yang anda dapat lepas melakukan kerja tersebut.
  10. sentiasa peka terhadap waktu, jangan berlengah-lengah atau bertangguh dalam melaksanakan sesuatu kerja. masa itu emas! setiap waktu berharga!  
~ dazrin kamarudin~

oppss!...dazrin kamarudin  tiada kaitan dengan article tips meningkatkan keyakinan diri tu, saja je aku letak gambar dia sebagai hiasan.

~gambar selebriti sumber google~


Wednesday, February 6, 2013

tips untuk anda sentiasa berfikiran positif

Inginkah anda sentiasa setiap hari merasakan perasaan positif dan menikmati hari-hari yang anda lewati penuh bahagia, bersemangat dan dalam tahap ceria?

Semuanya bermula dari niat anda untuk memilih bagaimana corak kehidupan yang anda mahukan. Pemikiran kita boleh dalam keadaan positif atau negatif. Otak kita tidak boleh berfungsi serentak untuk memilih perasaan positif atau negatif sekaligus.

Jika kita memilih pemikiran negatif maka minda bawah sedar kita akan mencari seribu alasan untuk membenarkan pilihan kita. MIsalnya kita memilih untuk berduka cita.Maka minda bawah sedar kita akan mencari apa sahaja alasan,peristiwa atau mode yang menambahkan lagi penderitaan kita. Semakin lama semakin menebal sehinggakan ianya datang bertalu-talu menjadi kita merasakan perasaan yang tidaka selesa dan boleh memudaratkan kesihatan tubuh badan kita.Sehingga apabila keadaan ini tidak terkawal akan menyebabkan anda stres serta boleh mengalami kemurungan.

Jadi anda perlu membuat pilihan untuk ceria,positif dan bergembira dengan kehidupan anda. Caranya ialah:-

!) Sentiasa menjangkakan anda mendapat yang terbaik dalam hidup anda

2) Anda benar-benar tahu kehendak anda dan anda pastikan anda akan perolehinya

3) Mulakan hari anda pada malam sebelumnya dengan menanamkan benih pemikiran yang positif apa yang anda akan kerjakan pada esoknya.

4) Pastikan matlamat anda bukan sahaja untuk mengembirakan diri anda tetapi juga orang lain terutama orang yang berada dekat di samping anda kerana kegembiraan anda bergantung kepada sejauhmana anda dapat mengembirakan orang lain.

5) Sentiasa mengambil berat dan mengambil cakna orang lain. Buatkan orang lain tersenyum, nescaya anda akan tersenyum riang.

6) Sentiasa tersenyum dan bertanya khabar pada orang lain.

7) Jangan kedekut Puji dan hargai dengan ikhlas jika mereka layak mendapatkanya.

8) Buat bayangan minda yang diri anda selalu ceria , gembira dan bersikap positif di mana sahaja anda berada.

9) Sentiasa merasakan, memikirkan dan mempercayai bahawa anda adalah orang yang bertuah dan beruntung.

10) Jangan mengutuk diri anda tetapi baikilah kelemahan anda.

11) Menerima kelemahan dan keburukan anda dan berharap serta berusaha untuk menambahbaik.

12) Sentiasa pandang ke hadapan dan jangan mengenangkan hal yang lalu.

13) Nikmatilah saat-saat hidup anda dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan.

14) Redha terhadap ujian Allah kerana ketahuilah semuanya adalah anugerah yang menjadikan kita insan yang lebih istimewa. Allah tidak menzalimi hambanya, sebaliknya hambalah yang menzalimi diri mereka sendiri

15) Ambil masa setiap hari untuk mengimpikan kebahagiaan anda . Cari langkah-langkah bagaimana untuk memenuhi impian anda dan lakukan dengan penuh ketabahan.

16) Sentiasa berani untuk membuat sasaran yang tinggi. Letakkan standard yang tinggi pada diri anda. Anda dapat mencapainya dengan ilmu dan mempelajari kemahiran tertentu serta yang penting mesti dipraktikkan.

17) Sikap anda adalah segala-galanya.

18) Disiplin diri adalah kuncinya untuk sentiasa bersikap positif

19) Nikmatilah dan hargai nafas segar yang anda hirup dan pancaran mtahari yang masih anda dapat saksikan . Anda beruntung kerana setiap hari adalah hari yang baru maka hargailah hari-hari mendatang anda kurniaan Illahi

20) Terimalah setiap peristiwa dengan mata hati positif, segalanya adalah baik untuk anda jika anda melihat dengan kaca mata positif, Bersyukurlah .

21) Sentiasa HIDUPKAN IMPIAN ANDA dengan memanjatkan doa untuk kebaikkan dunia dan akhirat.


credits to http://mindataqwa.blogspot.com

Thursday, October 11, 2012

kita pernah

Kita pernah "DILUKAI" 
dan mungkin pernah "MELUKAI"
tapi karena itu kita BELAJAR tentang bagaimana cara menghargai, menerima, berkorban dan memperhatikan.

Kita pernah "DIBOHONGI" 
dan mungkin pernah "MEMBOHONGI" 
tapi dari itu kita belajar bagaimana sakitnya rasa dibohongi 
dan tentang KEJUJURAN.

Andaikan kita tidak pernah melakukan kesalahan dalam hidup ini, mungkin kita tidak pernah belajar a
rti diri MEMINTA MAAF dan MEMBERI MAAF.

Setiap waktu yang telah kita habiskan dalam hidup ini, tidak akan terulang kembali. Namun ada satu hal yang masih tetap bisa kita lakukan, yaitu BELAJAR dari masa lalu untuk hari ESOK yang lebih baik.

Hidup adalah proses
Hidup adalah belajar
Tanpa ada batas umur
Tanpa ada kata tua.

JATUH, berdiri lagi KALAH,
mencoba lagi GAGAL,
bangkit lagi Sampai Allah memanggil:
"Waktunya PULANG".





kredit 
http://www.facebook.com/pages/Cinta-Dan-Anugerah-Tuhan

Monday, January 16, 2012

tanda-tanda mengalami stress


sumber : google

Salah satu perkara yang boleh menganggu keceriaan dalam diri seseorang anda stress. Stress adalah satu tekanan yang akan selalu muncul dalam diri seseorang disebabkan oleh masalah yang berlaku dalam diri mereka. Stress ini berpunca dari banyak faktor sebenarnya.

punca-punca berlakunya stress disebabkan faktor dalam diri sendiri, persekitaran sosial, perasaan dan psikologi, faktor biologi dan banyak lagi faktor-faktor lain. Untuk mengetahui sama ada anda stress, anda perlu mengenal pasti beberapa tanda stress pada diri anda. Ada banyak tanda-tanda yang boleh anda lihat pada diri anda bagi mengenal pasti sama ada anda sedang stress. Dengan mengenal pasti tanda-tanda itu maka anda memang sedang stress. Jom kita sama-sama kenali tanda-tanda stress…
1) Tanda-tanda Fizikal
  • Sakit kepala
  • Masalah tidur
  • Perubahan selera makan
  • Cepat letih
  • Lenguh-lenguh badan
  • Jantung berdebar-debar
  • Pernafasan semakin laju
  • Kering mulut
  • Gementar
  • Sakit perut
  • Cirit-birit
  • Sakit-sakit badan yang kurang jelas puncanya
  • Letih lesu
2) Tanda-tanda Psikologi
  • Gelisah
  • Keresahan
  • Tidak merasa seronok
  • Bosan
  • Low mood dan murung
  • Hilang sabar
  • Mudah marah
  • Kurang minat dan tumpuan terhadap aktiviti seharian
  • Mudah lupa
  • Takut gagal
  • Rendah diri
3) Tanda-tanda Tingkah Laku
  • Merokok berlebihan
  • Penggunaan ubat-ubatan yang tidak terkawal
  • Memikir atau bercakap tentang mencedera atau membunuh diri
  • Tingkahlaku impulsif dan agresif (buli, vandalisme)
  • Penyalahgunaan dadah dan alkohol
  • Masalah tabiat makan
Inilah beberapa tanda-tanda stress yang anda boleh kenal pasti pada diri anda, ada banyak lagi tanda-tanda lain yang menunjukkan anda sedang stress. Jika ia berlaku dalam diri anda maka sememangnya anda sedang mengalami stress. Yang pasti setiap orang pasti akan mengalami stress dalam diri mereka. Apa yang membezakan adalah bagaimana seseorang itu mengenal pasti dan mengawal stress dalam diri mereka.
Mengapa anda perlu tahu tanda-tanda stress ini? Ini kerana memang anda perlu tahu supaya anda akan dapat mengenal pasti yang anda stress, selepas itu anda boleh mengawal stress dalam diri anda. Jika stress tidak dikawal ia akan membawa banyak kesan yang buruk pada diri anda dan juga orang lain. Mungkin hari ni anda tidak stress, tapi esok lusa, minggu depan, atau masa hadapan kita tidak tahu kan.. Apa saja boleh berlaku tanpa kita sedari.
Sebagai manusia kita hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan. Stress juga adalah satu ujian dari Allah kepada kita. Banyak yang berlaku tidak dirancang hingga menyebabkan kita rasa stress dalam hidup ini. Apa yang boleh kita lakukan adalah banyakkan berdoa kepada Allah supaya diberikan ketenangan dan pertolongan dalam setiap ujian yang diberikan. Semoga kita akan jadi seorang hamba yang tabah menghadapi segala ujian dariNya.

credit http://www.layarsukses.com

Tuesday, January 10, 2012

tips untuk hidup bahagia

sumber : google

kali ni aku nak post entry tentang tips untuk hidup bahagia. aku jumpa tips ni di blog ini...memang sangat2 sesuai untuk aku praktikan dalam kehidupan seharian aku ni. entahlah sejak akhir2 ini aku rasa hidup macam tak bahagia je...terlalu banyak masalah yang terjadi dalam kehidupan aku. mungkin tips di bawah ni, bolehlah mengurangkan rasa tekanan dan menceriakan hati yang tak berapa ceria ni.


1. Sekiranya kena marah dengan bos dan rasa tertekan, cubalah tenangkan diri. Perbaiki kesalahan dan melakukan kerja dengan sempurna pada masa-masa akan datang.

2. Masa memandu jangan tension-tension dan marah-marah. Cubalah bawa kereta dengan tenang. Memandu dengan berhemah dan nikmati keindahan alam sekeliling. Kalau nak best lagi layan lagu di radio sambil menyanyi.

3. Kalau ada masalah sesama suami isteri, cubalah bawa berbincang dan atasi segala masalah dengan penuh berhemah. Rilekskan pemikiran dan anggaplah ia adalah asam garam berkeluarga.

4. Sekiranya anak-anak kecil nakal, janganlah dimarah-marah dengan teruk sekali. Dia masih budak, tidak tahu apa-apa. Cubalah dekati dia, kalau boleh bermain, bermainlah dengan dia. Usap-usap dia. Katakan dengan perkataan-perkataan yang baik.

5. Apabila sakit atau uzur, janganlah membawa-bawa diri ke arah kita benar-benar sakit / uzur. Cuba cergas-cergaskan diri dan membuat perkara-perkara yang diminati dan menghiburkan.

6. Jangan cuba-cuba menyusahkan orang lain kerana ia pastinya akan dibalas kembali kepada kita. Cubalah lebih mesra, suka berkawan dan anggap semua orang adalah kawan yang boleh membahagiakan kita. Anggaplah semua orang baik-baik belaka walaupun hakikatnya dia tidak menyukai kita. Dan cubalah jadi orang yang baik-baik.

7. Sekiranya terdapat masalah kewangan, cubalah mula berjimat cermat. Kalau ada yang tak perlu jangan beli, beli yang sangat perlu sahaja. Di rumah tu, jimat-jimatlah gunakan elektrik dan air. Jika kita berjimat, duitpun banyak ditangan, boleh disimpan dan boleh berbelanjkan untuk kecemasan. Hati tak runsing dan hidup pasti bahagia.


Tuesday, November 1, 2011

tips mengawal rasa marah



Sifat marah bagi setiap manusia adalah lumrah dan terjadi di mana-mana juga pun, dan kadangkala akan berterusan sekiranya ianya tidak diberi perhatian yang serius. Apa yang penting sekali, janganlah sesuatu kemarahan itu menjadi punca pertelingkahan atau persengketaan yang berpanjangan walaupun ia bermula dari sesuatu perkara yang kecil dan ramah. Walau dari apapun, kita tidak harus dikawal oleh emosi kita kerana sesungguhnya kita yang seharusnya mengawal emosi kita sendiri. Sememangnya, setiap kemarahan perlu ada keseimbangan akal dan fikiran untuk mengawalnya, apatah lagi ianya berkaitan primsip dan ideologi kita sendiri. di-bawah ini diberikan beberapa langkah mengawal kemarahan sebagai panduan kita sendiri.

1. Sebelum melepasksn kemarahan,cuba berfikir, apakah kemarahan anda akan berterusan dalam masa yang panjang atau hanya bersifat sementara.Persoalan ini memberi anda ruang untuk berfikir secara rasional tanpa melibatkan emosi semata-mata dan jika anda mendapat jawapannya lebih tenang dan mampu mengawal kemarahan anda.

2. Fikirkan sejenak kesan buruk jika anda melepaskan kemarahan anda. Apakah tindakan anda nelepaskan anda meninggalkan kesan negatif yang lebih panjang daripada kemarahan anda. Jika benar lebih baik anda bertenang, dan andainya kemarahan anda melibatkan perkara yang kecil lebih baik lupakan saja.

3. Ketika marah cuba letakkan diri anda sebagai diri orang yang anda marahi. Fikirkan tentang jasa dan kebaikan yang pernah dilakukannya terhadap anda. Contohnya, jika anda berasa marah kerana ditugaskan melakukan kerja orang lain, fikir secara rasional, bahawa dia juga berada dalam keadaan sedemikian.

4. Fikirkan, apakah anda diperlakukan sedemikian kerana anda dianiaya atau ia memang kesalahan anda atau dilakukan dengan tidak sengaja. Sebagai contoh, jika tugasan anda tidak diterima oleh ketua, fikir semula, apakah ia disebabkan kecuaian dan kelemahan anda atau anda sengaja dianiaya.

5. Ketika kemarahan anda sedang memuncak,cuba buat kiraan 1 hingga 10 dalam hati dalam keadaan tenang tanpa berkata apa-apa, walaupun kaedah ini tidak membantu anda memadam kemarahan serta-merta tetapi sekurang-kurangnya ia dapat meredakan tekanan dan kemarahan itu.

6. Ketika marah, pejamkan mata anda dan bayangkan anda sedang berada di sebuah pulau percutian yang istimewa bersama yang tercinta. Jika keadaan tidak mengizinkan anda memejamkan mata, cukuplah dengan hanya membawa fikiran merawang jauh ke sana. Kaedah ini amat berkesan untuk memberi ketenangan dan mengurangkan rasa marah anda.

7. Antara cara yang paling mudah ialah dengan menumpukan perhatian pada teknik pernafasan anda. Fokus cara pernafasan anda dengan memastikan nafas ditarik perlahan dan disedut sedalam-dalamnya. Dengan bunyi pernafasan anda dan nikmati pergerakan keluar masuk udara yang amat nyaman dan menenangkan perasaan.

8. Jika cara di atas belum dapat mengurangkan rasa kemarahan, anda boleh meluahkan perasaan pada suami atau isteri, saudara-mara, teman-teman atau pakar kaunseling agar anda tidak di belenggu dengan kemarahan sendiri.

sumber gambar & info : google

petua melawan sifat malas


gambar sumber : google

untuk mereka yang sering diserang rasa malas yang melampau2...bolehlah cuba 'petua melawan sifat malas ' ini untuk membuang penyakit yang sangat2 bahaya ini...

1. wuduk-cara ini mampu menghindarkan diri dari bisikan syaitan yang mengajak anda menjadi malas

2.solat di awal waktu-apabila anda mula bertangguh untuk solat, itu tandanya anda sudah terkena tempias2 malas.

3.bangun awal-bila anda bangun awal anda akan rasa segar dan hilang rasa malas

4. bergaul dengan orang yang rajin-anda perlu pengaruh kuat untuk menjadi rajin. jika anda bergaul dengan orang yang malas, malas la jadinya.

5.bersenam-ini amat penting. anda mesti bersenam dan keluarkan peluh anda 4 kali seminggu. pasti rasa malas akan hilang kerana minda dan badan anda akan menjadi aktif.

6. amalkan doa ini:



credit http://cetusankokak.blogspot.com

Monday, October 31, 2011

lawan rasa malas itu!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Setiap orang sukses mempunyai satu resep yang sama. Lakukan hari ini atau tidak sama sekali. Saya sering melihat orang-orang besar yang menjadi besar mulai dari nol. From zero to hero. Karena mereka melakukan hal di bawah ini

Anda tidak pernah mendengar orang sukses berkata..nanti saja ah, besok aja. Yang ada jika bisa melakukan hari ini kenapa tidak hari ini atau detik ini.

Satu-satunya cara untuk membuat anda gagal adalah lakukan saja besok dan saya Pastikan anda Gagal.
Tidak setiap orang di dunia ini mampu lho. Sifat malas itu harus anda buang karena anda tidak bisa sukses jika anda mengatakan besok. Sudah ada ribuan bahkan jutaan orang gagal ketika mengatakan “saya akan melakukannya besok“.

Salah satu buktinya, matikan monitor kompuer..dan lihat dalam kegelapan. Jika ada bayangan orang itulah salah satu orang yang gagal. MENGERTI!

Pikirkan baik-baik anda tidak sedang hidup selama-lamanya. Jika anda berkata besok maka kemunginan besok anda sudah mati. Dan anda tidak sempat melakukan apa yang ingin anda lakukan besok.

Kesuksesan seseorang tidak terjadi esok hari tapi pada hari ini. Inilah alasan super penting kenapa anda harus melakukannya hari ini. Apapun yang anda kerjakan mulailah pada hari ini. Lakukanlah, maka esok hari anda sudah berhasil

orang tidak akan pernah mencapai ke planet mars jika mereka belum pernah ke bulan. Neil amstrong juga tidak akan pernah ke bulan jika columbus tidak berusaha menyeberangi samudra yang dulu dianggap batas duni. Columbus tidak akan pernah sampai ke amerika jika dulu Nabi Adam tidak pernah melangkahkan kakinya.
Saya sih ingin melakukannya, Tapi saya malas bukan main? Bagaimana cara mengatasi malas ini.
Ok saran saya…

Buka kamus bahasa inggris anda dan lihat apa bahasa inggrisnya malas. Jika sudah ketemu jangan dihapal..segera coret pakai bolpen. Lalu berteriak sekencang-kencangnya “saya Tidak tahu siapa itu malas, yang saya tahu saya ingin berbuat sesuatu untuk untuk meraih cita-cita”.

Mengertilah bung, Albert einsten memang mengatakan bahwa waktu itu adalah relatif. Artinya 1 detik di Planet X bisa jadi 1000 tahun dibumi. Tapi arah waktu di planet X selalau sama dengan bumi, selalu ke depan. Dengan kata lain anda tidak bisa kembali ke masa lalu.

Maka dari itu jangan berharap orang menemukan mesin waktu dan anda kembali ke masa lalu dan memperbaiki kesalahan anda.

YA satu-satunya cara mengatasi malas adalah anda harus sadar bahwa waktu tidak akan PERNAH KEMBALI. Yang bisa anda lakukan adalah Lakukan hari ini atau tidak sama sekali

credits to http://blogbintang.com

Sunday, July 3, 2011

9 sebab hati tidak bahagia

1. Pemarah
Orang yang ada sifat pemarah dalam dirinya, pasti sukar berasa tenang tenteram. Sikit punya hal dah nak marah. Ada masalah sikit dah nak mengamuk. Tenangkah begitu? Bolehkah merasa bahagia jika begitu? Orang seperti ini juga sukar untuk mendapat kawan.

2. Pendendam
Orang yang ada sifat ini, pastinya hati dia tidak akan pernah tenteram. Selagi dia tidak dapat membalas dendam, hatinya tidak pernah tenang. Mana mungkin orang yang ada menyimpan perasaan dendam boleh tenteram! Sifat pendendam ini ibarat lahar yang tersembunyi di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam dan memuaskan hatinya. Hatta dalam perkara yang kecil-kecil pun dia nak berdendam dan mahu membalasnya. Kalau orang sakitkan hati dia, dia mahu sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Jika begitu lah sikapnya, mampukah orang yang pendendam ini merasa bahagia? Apa kesudahannya?
3. Hasad dengki
Ni lagi satu sifat yang jika ada dalam diri kita pasti membuatkan diri kita tak tenang dan tak bahagia. Nak tenang macammana, sikit-sikit nak berdengki. Orang beli kereta baru kita dengki. Orang dapat naik pangkat kita sakit hati. Orang bergaya sikit, kita cemburu dengki. Pendek kata, orang tak boleh lebih dari dia. Kalau lebih, maka sakit hati dan dengki lah dia. Jika begitu, bolehkah orang seperti ini hidup dengan bahagia?
4. Bakhil
Sifat kedekut tahi hidung masin pun adalah sifat yang tak akan membuatkan hati kita berasa tenang bahagia. Orang kedekut ni sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain dari dirinya. Orang bakhil sentiasa berdalih mengatakan dia tiada duit, dia ada masalah lah dan sebagainya semata-mata tak nak beri derma apabila diminta.
5. Tamak
Orang yang tamak tidak pernah dan tidak akan puas dengan apa yang dimilikinya. Ada duit RM10 dia nak RM100. Dapat RM100, dia nak RM1000. Dapat RM1,000 dia nak RM10,000. Pendek kata, dia tak pernah bersyukur apa yang dia dapat. Jika begitu, dapatkah dia merasa bahagia dengan hidupnya?
6. Tidak sabar
Orang yang tidak sabar, kena ujian kecil pun dia dah merasa tertekan. Kena kutuk sikit, dah nak mengamuk. Susah sikit dan nak komplen. Apatah lagi jika dia diuji dengan perkara-perkara besar. Lagilah tidak tenteram dan tertekan dia. Malah boleh jadi gila dibuatnya. Jadi, orang yang ada sifat tidak sabar ini, boleh tenang bahagiakah dia??
7. Ego
Orang yang memiliki sifat ini pantang rasa dirinya tercabar. Egonya tinggi. Dia pantang dikritik. Dia pantang ditegur, walaupun telah terbukti kesalahannya, dia tak mahu mengaku. Dia tetap sombong diri, angkuh dan ego. Orang lain semua tak betul, semua tak bagus, sebaliknya dialah yang paling sempurna dan betul semuanya. Orang macam ini, mana mungkin dapat merasa bahagia, apatah lagi apabila ada orang cuba mengatasi dirinya.
8. Riak
Riak adalah sifat yang suka menunjuk-nunjuk. Orang yang ada sifat ini, kalau buat kerja tak pernah ikhlas. Orang seperti ini sebenarnya hanyalah pelakon handalan yang mahu disanjung orang. Kalau orang puji dia, maka seronoklah dia. Tapi kalau tidak, hati dia menjadi begitu terseksa. Hati dia sebenarnya sentiasa tertekan kerana dia sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon-lakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji atau tidak dipuji dia kecewa sakit hati.
9. Cinta Dunia
Orang yang cinta dunia juga sebenarnya tidak merasa bahagia. Kerana apa? Kerana dia sentiasa berasa takut untuk kehilangan harta dunianya. Dia begitu takut mati meninggalkan harta yang dimiliki. Dia tidak akan merasa puas dengan hartanya. Apa yang difikirkannya hanyalah untuk mencari harta dan menambah kekayaan. Dia ingat bila dapat harta, hati nya akan puas. Dia ingat bila kekayaan bertimbun, dia akan bahagia. Tapi rupanya tidak, kebahagiaan dan ketenangan bukan pada harta kekayaan letaknya. Tapi tenang dan bahagia itu, terletak pada hati yang mensyukuri.
Kesimpulan
Jadi, yang menyebabkan kita berasa tidak bahagia sebenarnya bukanlah disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan atau sebagainya, tetapi sifat mazmummah dan sifat buruk pada hati kitalah yang menyebabkan kita tidak merasa tenang bahagia. Makin banyak sifat mazmummah seseorang, maka makin dia tidak merasa bahagia. Marilah kita sama-sama berusaha dan bermuhajadah untuk membuang semua sifat yang tidak baik seperti yang diterangkan diatas. Berusahalah untuk buang semua 9 sifat mazmummah itu agar kita dapat hidup tenang aman bahagia sentiasa. InsyaAllah

credit http://saodahajil.wordpress.com


Monday, April 18, 2011

katakan tidak kepada putus asa

Kegagalan seakan satu perkara yang telah sebati dengan kehidupan setiap insan.
Namun, tiap kali kegagalan itu berlaku, ketabahan dan penerimaan masih tiada.
Pasti akan disusuli dengan kekecewaan
Sedangkan ini adalah perkara lazim dalam kehidupan.
Setiap kali kegagalan itu bertandang, terlalu sukar untuk diterima oleh hati.
Ada saja persoalan yang ditimbulkan mempertikaikan kegagalan yang diperoleh.
Kegagalan itu membawa kepada rasa putus asa dalam diri.
Namun, ingin saya bertanya, adakah berputus asa itu satu perkara yang wajar dilakukan jika kita berhadapan dengan kegagalan?
Sedangkan, kegagalan bukanlah penghujung kepada kehidupan dan 'jalan mati' kepada kejayaan.
Seperti yang selalu kita dengar, ramai yang berjaya selepas menemui kegagalan.
Dan kegagalan itu yang membuatkan seseorang lebih matang dan berhati-hati dalam menyusun perjalanan kehidupan.
Pernahkah anda berdepan dengan rasa putus asa?
Setelah berbagai-bagai rintangan dan dugaan anda tempuhi, tetapi dipatahkan dengan rasa putus asa yang tiba-tiba melintas di fikiran.
Bukankah itu membuatkan anda berada dalam kerugian.
Setelah masa dan kudrat habis pada sesuatu perkara, dengan mudah rasa menghasut dan menggagalkan apa yang diusahakan selama ini. Jadi, adakah segalanya berbaloi?
Lawan Perasaan Putus Asa
Paling penting adalah untuk menghadapi rasa putus yang datang.
Bukan takut kepada kegagalan kerana tanpa kita sedari, putus asa ialah punca kepada kegagalan.
Bukan kegagalan punca kepada timbul rasa putus asa.
Kesilapan sering terjadi di situ.
Putus asa juga bukan satu sikap yang baik untuk mereka yang bergelar pelajar.
Kerana, dalam dunia sebagai seorang pelajar terlalu banyak dugaan dan kepayahan yang akan ditempuh.
Hanya terletak kepada mereka yang mengidamkan kejayaan yang akan terus mempertahankan kekebalan semangat mereka tanpa menghiraukan rasa putus asa yang sering datang tidak mengira masa dan waktu.
Jika terasa malas sewaktu belajar, itu juga merupakan sikap putus asa yang membawa kepada kegagalan.
Kita perlu ingat, jangan jadikan putus asa sebagai salah satu agenda dalam diari hidup kita.
Tetapi jadikan rasa inginkan kejayaan dan mengejar kepada kehidupan yang lebih bermakna sebagai matlamat kita.
Putus asa seakan musuh yang tidak kita menyedarinya. Sikap itu datang dalam keadaan spontan dan halus.
Seharusnya kita mengetahui erti putus asa.
Putus asa ialah musuh utama yang akan membawa kepada pelbagai sikap negatif lain.
Malas timbul kerana rasa putus asa. Hilang semangat juga timbul kerana putus asa.
Semuanya bermula daripada putus asa.
Jangan biarkan rasa putus asa menguasai diri kerana akan membawa kepada sikap negatif yang lain.
Ketahui sikap itu dan tanganinya. Pasti kejayaan milik kita.


Sunday, March 13, 2011

petanda orang tak ada matlamat


sumber : google

Petanda pertama Anda orang tak ada matlamat: Anda asyik keboringan.
Orang yang asyik keboringan tak tahu apa yang nak dibuat maksudnya dia tiada apa-apa yang disiapkan, dikerjakan, disempurnakan. Masa yang ada dibiarkan berlalu begitu saja sedangkan masa yang ada tu dia boleh guna untuk melakukan berbagai perbuatan berfaedah untuk kebaikan dirinya sendiri.
Apabila Anda suka mengeluh sebab Anda selalu keboringan, itu petanda paling jelas Anda orang tak ada matlamat. Jika tetiba rasa boring, carilah sesuatu yang bermanfaat untuk dilakukan, yang berguna untuk kemajuan diri Anda. Untuk mengatasi keboringan, tanya diri Anda dengan soalan-soalan ni:
a.Apa yang boleh Anda lakukan sekarang ni?
b.Apa yang belum siap?
c.Ada apa-apa yang boleh dibuat?
Tanya dan terus tanya diri Anda. Pastu lihat sekeliling dan fikir. Anda akan jumpa sesuatu perkara yang boleh dilakukan bagi mengelak keboringan. Lama-kelamaan minda Anda akan terlatih untuk meletak matlamat dalam apa jua yang Anda lakukan kesan dari terbiasa melakukan teknik ni. Rahsianya, tanya diri sehingga jawapan ditemui.



Monday, February 7, 2011

dan lagi sebab kenapa tuhan turunkan masalah pada anda

Sebab ketiga kenapa masalah diturunkan pada Anda adalah kerana perbuatan kurang baik pada orang lain. Jika Anda berbuat jahat pada seseorang, balasannya adalah musibah, masalah dan dugaan berat.

Jika Anda menyakiti hati seseorang sama ada sengaja atau tak sengaja kemudian orang yang Anda sakiti tu teraniaya, hidup Anda pasti bermasalah. Inilah sebab kenapa Anda digalakkan berbuat baik kepada orang lain kerana kesan dari sikap berbuat baik itu, hidup Anda di limpahi rahmat dan di sinari keberkatan. Ia adalah balasan Tuhan kerana perbuatan baik Anda pada orang lain.

Andai kata hidup Anda sekarang ni bermasalah, kaji balik apa yang Anda dah buat sebelum ni. Mesti ada seseorang yang Anda dah sakiti hatinya.

Sebagai contoh, mungkin seseorang tu adalah ibu atau bapa Anda sendiri. Mungkin ada seseorang yang teraniaya oleh sikap Anda, sama ada Anda tersengaja atau tak tersengaja. Mungkin ada kawan yang sakit hati dengan sikap Anda tapi dia tak beritahu pada Anda, terutama kawan yang suka memendam rasa.

Ingatlah, segala perbuatan Anda, fikiran Anda dan tindakan Anda mendatangkan kesan tersendiri. Latih diri Anda berbuat banyak kebaikan supaya dari situ hidup Anda disinari dengan cahaya kegembiraan kesan dari kebaikan-kebaikan yang Anda lakukan.

credits to http://www.imotivasi.com

kenapa tuhan turunkan masalah pada anda?

Kenapa Tuhan turunkan masalah pada Anda? Ia adalah untuk membuat Anda sedar potensi diri Anda. Masalah yang dimunculkan dalam hidup bertujuan untuk Anda membongkar kekuatan-kekuatan terpendam dalam diri Anda. Kebanyakan orang-orang berjaya hidup mereka asalnya susah. Hidup susah tu satu masalah.

Namun mereka memfokus pada penyelesaian masalah iaitu dengan keluar dari hidup yang susah, membina hidup yang senang.

Jika Anda lihat hidup Anda selama ini, masalah sebenarnya bersifat sementara. Masalah wujud untuk membuat Anda berubah. Maka berubahlah!

Jangan pandang masalah sebagai masalah tapi pandanglah ia sebagai petanda untuk Anda berubah. Bila Anda dilanda masalah, katakan pada diri Anda, “inilah masa untuk aku berubah, aku kena berubah!” Panggil masalah sebagai cabaran supaya Anda merasa ada ‘thrill’ untuk menyelesaikannya, bukan terbeban olehnya. Anda kena ubah sikap, ubah pemikiran, ubah tindakan.

Masalah tak akan selesai jika Anda gunakan cara lama. Anda kena cari kaedah baru. Anda kena rangka strategi baru. Di sinilah Anda akan jumpa idea-idea baru dan cara-cara baru. Anda kena ubah semua itu.
Bila Anda laksanakan idea-idea baru dan cara-cara baru yang Anda jumpa tadi, kesannya Anda berubah tanpa Anda sedari. Anda akan berjaya menerobos sempadan diri.

Apabila Anda dah berjaya menyelesaikan sesuatu masalah dalam hidup Anda, Anda akan berjaya mengubah diri Anda kepada sikap baru, attitude baru tanpa Anda sedari. Anggap masalah sebagai cabaran, panggil masalah sebagai cabaran supaya Anda ada motivasi untuk menyelesaikannya.

credits to http://www.imotivasi.com

Friday, February 4, 2011

tips bagaimana untuk bertenang

1. Mulakan dengan niat.
Untuk bertenang selalu dan untuk membina ketenangan dalam diri, mulakan dengan niat. Kenapa Anda mahu bertenang? Mesti ada sebabnya kan. Sebagai contoh, Anda mahu bertenang mungkin sebab Anda mahu mengelak dari stress, mungkin sebab Anda mahu melatih diri supaya bertenang selalu atau simply Anda mahu merasai ketenangan dalam apa jua perkara yang Anda lakukan.
2. Longgarkan otot, longgarkan sendi, longgarkan urat kening.
Elak dari mengerut kening ketika Anda sedang merenung, sedang berfikir atau ketika sedang melihat pada sesuatu misalnya skrin komputer atau skrin projektor. Jangan biaskaan diri mengerut kening sebab pergerakan otot kening ketika dikerutkan akan membuat Anda tertekan. Hal ini akan menyebabkan minda Anda terlalu fokus. Bila sudah terlalu fokus, tak ada ketenangan sebab minda Anda dipengaruhi oleh kerisauan dan kekelamkabutan. Sebaiknya, saat membaca sesuatu, merenung atau memikirkan sesuatu, cuba relaks. Bawak diri bertenang.
3. Kawal emosi.
Cara untuk bertenang adalah dengan bersabar. Bukan kawal marah, tapi bersabar. Ketika bersabar, Anda menahan diri supaya bertenang. Ketika menahan marah, Anda masih nampak marah cuma dalam amaun yang ditapis-tapis. Anda masih menampakkan marah diwajah Anda. Ketika bersabar, Anda memujuk diri Anda supaya bertenang tanpa ada keinginan mahu menampakkan yang Anda sedang marah tapi ditahan-tahan. Bina ketenangan dengan melatih diri untuk sentiasa bersabar. Kawal emosi dengan mengamalkan sikap bersabar.
4. Pernafasan.
Pernafasan terarah membuat Anda merasa tenang. Untuk melatih diri bertenang ketika jiwa Anda kacau bilau, tarik nafas melalui hidung, tahan sehingga 3 saat kemudian hembus perlahan-lahan melalui hidung juga. Ketika menarik nafas, penuhkan rongga dada dengan udara sehingga tak termampu, tahan 3 saat lepas tu hembus perlahan-lahan sehingga tak ada lagi yang tinggal. Ulang sebanyak 7 kali untuk impak maksima. Anda boleh lakukan teknik ni ketika membaca, memasak, memotong sayur, memandu, menaiki bas, ketika dalam lif, ketika dalam mesyuarat atau ketika sedang berbincang dengan seseorang.
5. Sembahyang.
Sembahyang dapat membina ketenangan. Ketika sembahyang, hati Anda, jiwa, fikiran dan minda dapat di tenangkan kerana Anda perlu khusyuk. Anda tak akan dapat merasai kekhusyukan sembahyang jika Anda tidak tenang. Cara paling baik untuk membina ketenangan dalam diri adalah melalui sembahyang.
6. Elak berpeluk tubuh.
Ketika sedang berpeluk tubuh, Anda sedang berada dalam posisi DEFENSIF. Mungkin Anda sudah terbiasa berpeluk tubuh ketika sedang menunggu,ketika menonton wayang, ketika berjalan, ketika duduk atau ketika sedang bercakap. Tahukah Anda berpeluk tubuh tak akan membuat Anda merasa tenang langsung? Solusi kepada hal ni adalah dengan menekup kedua-dua tangan di bahagian tapak lalu meletaknya di bahagian hadapan seperti mahu menyalam seseorang dengan kedua-dua tangan. Sebagai contoh, lihat kepada posisi tangan Dr. Irfan Khairi setiap kali dia ditemubual. Tangan kiri dan tangan kanannya diletak di bahagian hadapan kemudian ditemukan di bahagian tapak tangan seolah-olah mahu bersalaman. Cara ini membuat Anda merasa tenang, mengawal gugup, membuat fikiran jadi lebih rasional.
7. Dekat dengan orang yang tenang selalu.
Dekatkan diri selalu dengan orang yang tenang. Orang camni biasanya tak suka marah, tak suka bersuara tinggi dan sentiasa hormat pada orang lain tanpa mengira darjat, pangkat atau status. Bila Anda dekat dengan orang yang tenang, Anda juga akan merasa tenang. Terlihat wajahnya terasa ada getara di dalam jiwa kesan dari pancaran ketenangan yang terpamer di mukanya.
8. LET GO.
Ini adalah langkah terpenting. Let go semua masalah-masalah di fikiran. Lepaskan pergi semua kerisauan. Tinggalkan semua kegusaran. Lupakan hal-hal yang membuat Anda tertekan. Lupakan. Lepaskan pergi untuk seketika. Tarik nafas. LET Go untuk 3-5 jam seterusnya. Anda akan merasa tenang. Setelah itu fikirlah balik segala perkara yang Anda mahu fikir. Anda akan mendapat idea bagaimana untuk menyelesaikan masalah, Anda akan dapat ilham bagaimana mengatasi kegusaran, Anda akan mendapat suntikan inspirasi untuk mengatasi perkara-perkara yang membuat Anda tertekan.
Ketenangan membuat minda Anda bertindak cemerlang. Ketenangan juga baik untuk mengekalkan motivasi serta mengekalkan kebahagiaan rumah tangga.
Dalam perhubungan sesama manusia, ketenangan membuat Anda disenangi orang.
Dalam perhubungan antara Anda dengan Tuhan, pasti Anda dirahmati olehNYA.
Jiwa yang tenang adalah jiwa yang dengan dengan alam kemudian akan jadi dekat dengan pencipta alam, iaitu Tuhan.

credits to http://www.imotivasi.com



Thursday, February 3, 2011

mengawal rasa marah



sumber : google

Perlukah kita marah-marah?
Sikap marah adalah salah satu dari sikap-sikap negatif. Apabila kita jadi orang yang suka marah-marah, itu maknanya kita adalah orang yang lebih banyak terdorong pada kenegatifan. Fikiran kita negatif, kata-kata kita negatif, walaupun kata-kata di dalam hati.
Nak berjaya, nak bahagia, kita perlu membentuk diri kita menjadi orang yang pandai mengawal rasa marah. Biar kita yang mengawal marah, bukan marah yang mengawal kita lalu menukar kita menjadi seperti seekor singa.
Marah adalah sebahagian daripada diri kita kerana marah tu adalah emosi kita.
Emosi boleh dikawal. Caranya adalah dengan mengurangkan emosi asal kemudian menukarkannya dengan emosi lain.
Lawan marah adalah ketenangan. Untuk mengawal rasa marah, fokus kepada melatih diri untuk bertenang.
Marah sifatnya api. Api punya selalunya menjadi pembinasa sebab api memakan semua yang dibakar olehnya. Apa saja yang bersifat api pasti membakar, memusnah, termasuklah sikap marah.
Marah yang tidak dikawal akan membakar persahabatan, perhubungan adik beradik dan perhubungan cinta lalu menjadikannya tidak bermakna lagi. Sesiapapun tak akan suka mendekati Anda apabila Anda menjadi orang pemarah, suka marah-marah, cepat naik marah.
Air sifatnya sejuk, mendekatkan dan mencantumkan. Sel-sel tubuh badan kita termasuklah tisu-tisu badan yang ada di otot kita mengandungi air cuma dalam jumlah yang amat sedikit. Kerana air, sel-sel badan kita dapat bergerak dengan cukup baik menjadikan kita aktif. Asal sel, memang mengandungi air.
Bertenang tu adalah sifat air. Sesiapa saja suka berkawan dengan orang yang wajahnya tenang.
Dalam usaha kita melakar kebahagiaan dan kejayaan hidup, sikap marah adalah satu cabaran besar yang patut kita tangani. Marah sifatnya menghancurkan. Tenang pula sifatnya membina, seiring dengan sifat air yang mencantumkan, menggabungkan.
Cuba tengok simen yang diguna untuk buat bangunan. Simen terhasil dari gabungan di antara pasir dan serbuk simen, dicampur dengan air supaya kedua-dua bahan mentah tu bergabung membentuk simen cair. Nyatalah air memang sifatnya membina dan menyatukan.
Mulai hari ini, elakkan sikap mudah marah, suka marah-marah. Elakkan sikap menampakkan air muka pemarah kerana sikap sebegitu akan menghancurkan jalan Anda menuju kejayaan dan kebahagiaan.
Bila Anda menjadi orang pemarah, tak ada siapa suka nak dekat. Kalau ada yang datang mendekat, maknanya mereka sedang berlakon untuk mengambil hati Anda.

Bila sudah tak ada siapa nak dekat dengan Anda, tak ada siapa yang akan suka membantu Anda untuk jadi orang berjaya. Pasangan hidup Anda tak akan kekal bersama dengan Anda. Kawan-kawan menyisihkan Anda. Ibu dan bapa Anda tak berapa ngam dengan Anda.
Elakkan sikap marah, kurangkan dan kawal. Cabaran paling besar untuk kita berjaya dalam bidang kita bukanlah dari luar, tapi dari dalam diri kita sendiri. Kita berdepan dengan cabaran mengawal sikap marah yang dah lama ada dalam diri kita.