Showing posts with label resipi. Show all posts
Showing posts with label resipi. Show all posts

Tuesday, January 8, 2019

Biskut Goreng Simple

Biskut Goreng Simple
Assalamualaikum? Hallo, blog!

Siapa pernah makan biskut goreng? Sedapkan. Sebelum ini saya pernah buat resipi biskut oreo goreng. Rasanya memang sedap. Kali ini saya buat biskut goreng lagi tapi bukan orea. Biskut ini, biskut biasa yang inti dia jem strawberry. Caranya simple aje. Mula2 sediakan biskut beberapa keping. Sediakan tepung dan sedikit garam. Agak2 saja anggaran tepung dan air yang digunakan.


Bancuh rata

Masukkan biskut dalam adunan tepung tadi

Masukkan dalam minyak yang telah dipanaskan terlebih dahulu

terbalikkan bila sudah kekuningan

Dah masak, bolehlah angkat dan toskan
 Biskut Goreng Simple

Ok, dah siap. Bolehlah makan. Mudahkan. Selamat mencuba. K, bye.
Biskut Goreng Simple

Monday, January 7, 2019

Cempedak Goreng Paling Simple

 Cempedak Goreng Paling Simple

Assalamualaikum? Hallo, blog!

Gambar atas tu, gambar buah cempedak. Saya memang suka makan buah cempedak macam tu aje. Tapi kali ini saya cuba goreng pula. Dah lama tak makan cempedak goreng. Saya share, langkah demi langkah menyediakan cempedak goreng ini. Manalah tahu, ada yang nak cuba resipi goreng cempedak saya yang paling simple ini. Ini cempedak goreng ala sabah

Ok, mula2 sediakan cempedak. Bancuh tepung gandum dengan sedikit air. Saya main agak2 aje. Tak ada sukatan pun. Adunan tak cair tak pekat, sederhana aje. Kalau kita sudukan adunan tu, adunan tu lambat tumpah dari sudu tu. Agak2 pekat macam tulah. Boleh juga adunan cair tapi saya tak berapa suka. Saya suka lapisan tepung cempedak tu sedikit tebal. Letakkan sedikit garam. Bancuh sampai garam rata.


Panaskan minyak.
 

Masukkan cempedak dalam bancuhan tepung tadi
 
Cempedak Goreng Paling Simple


Masukkan satu persatu dalam minyak yang sedia panas tadi

Jangan lupa terbalikkan cempedak bila warna salutan tepung sudah agak kekuningan. Ikut suka korang kalau nak masak lebih lama lagi.

Toskan. Cempedak goreng ni macam goreng pisang juga dia menakung minyak. Tip saya, kalau masak cempedak goreng, api mesti kuat dan minyak mesti panas. Biar cepat masak dan minyak tak banyak meresap dalam cempedak goreng itu. 
Cempedak Goreng Paling Simple

Cempedak goreng saya nampak tak berapa kuning sebab saya tak suka bubuh pewarna kuning seperti sesetengah resipi. Saya juga tak campur tepung beras sebab bagi saya cempedak yang campur tempung beras, kalau dah sejuk jadi liat atau sedikit keras. Saya lebih suka bancuh tepung gandum saja. Mudah dan ringkas. Lagipun rasanya tetap sama, SEDAP. K, bye.

Cempedak Goreng Paling Simple

Tuesday, December 9, 2014

Ulam Pisang Muda (Tetak Pisang)

Ulam Pisang Muda (Tetak Pisang)

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم / Bismillahirrahmanirrahim‎.

Assalamulaikum? Hola, blog!

Lama saya tak post tentang makanan. Padahal saya rajin juga ambil gambar makanan yang saya masak. Tapi selalu upload kat IG dan FB aje. Kali ni saya rajinkan sikit untuk buat entry di sini pula. Korang tahu tak apa dalam gambar tu? Boleh teka apa dia?

Tu sebenarnya Ulam Pisang Muda (Tetak Pisang). Sebenarnya saya tak pasti nama melayunya apa. Memandangkan ianya guna pisang mentah dan tak di masak...jadi saya andaikan sayur ni masuk dalam kategori ulam-ulaman. Tu yang saya memandai-mandai namakan Ulam Pisang Muda. Kalau salah, minta mahap ajelah hehe...

Sayur ni kalau dalam bahasa kaum saya disebut 'tetak pisang'. Kenapa namanya Tetak Pisang? Nanti, korang akan tahu jawapannya lepas baca penerangan saya yang seterusnya. Untuk buat ulam ni kena guna pisang menurung. Pisang menurung ni nama lain dia pisang saba atau pisang sanggar. Cara membuatnya pun ringkas aje...

Ulam Pisang Muda

4 biji pisang mentah (pisang tua tapi belum masak ye)
1 biji bawang merah
3 biji cili padi
Asam secukupnya
Sedikit belacan
Garam
Bahan perasa

Cara membuatnya...
Kupas pisang muda tu, basuh dan mula tetak dari hujung. Dah tetak bolehlah potong2. Nanti jadi potongan kecil2 macam dalam gambar kat atas tu. Dah siap, bolehlah gaul dengan asam, belacan, garam, bahan perasa dan sedikit air. Dah sebati, pecahkan cili padi tu dan gaul bersama ulam tu. Hiris bawang merah halus-halus dan gaulkan juga dalam ulam tu. Ok, dah siap dan sedia untuk dimakan dengan nasi. 

Saya memang suka makan tetak pisang @ ulam pisang muda ni...mesti tambah nasi banyak kali. Saya lagi suka makan ulam pisang muda macam ni berbanding sayur pisang yang orang selalu masak lemak tu. Ok, kalau korang nak cuba...silakan. Kalau korang nak campur udang kering pun boleh juga...lagi sedap.

Saya nak bagi tip, kalau nak kupas pisang mentah tu...lap dulu permukaan pisau dengan minyak masak. Nanti takdelah getah pisang tu melekat kat pisau tu. Jari2 korang pun boleh juga oles dengan minyak...senang nak basuh nanti. Lepas je kupas pisang tu terus rendam dalam air. Sementara korang belum tetak...nanti takdelah pisang tu macam lebam. Ok, bye.

Friday, February 10, 2012

Resipi Milo Ice With Love


Resipi Milo Ice With Love

Assalamualaikum? Holla, blog! 

Teringat salah satu babak dalam drama Gemersik Kalbu (episod akhir) Aqasha minta minuman, dia kata, "Milo ice with love satu! 

Milo sejuk ni memang sedap diminum terutamanya waktu cuaca panas.

Resipi Milo Ice With Love

10 kiub ais
2 sudu milo
susu pekat
Air masak 1 gelas

Cara Membuatnya

Bancuh air masak dengan susu pekat dan milo. tabur lagi sedikit milo atas air tu...jadi macam milo taburlah. Lepas tu letak kiub2 ais tu. Ok siap sudah Milo Ice With Love. Hehe, resipi la sangat. Ok, bye.


Monday, February 21, 2011

cucur oreo (oreo goreng)


cucur oreo (oreo goreng)

Selalu orang masak cucur udangkan? Tapi aku lain sikit...masak cucur oreo pula. Ya, cucur orea ataupun oreo goreng dengan tepung. Hahaha...saja mahukan kelainan dan nak cuba macam mana rasa biskut digoreng dengan tepung. Sedapkah tidak?

Idea ni bukan datang dari otak aku...Sebenarnya aku tahu cucur oreo @ oreo goreng dengan tepung ni dari rancangan American Next Top Model. Season berapa, aku pun tak pasti. Ada salah sorang model tu yang masak macam ni. Lepas tu semua kawan2 dia puji rasa kuih ni sedap. So, aku pun nak try la juga..dan bagi nama cucur oreo atau oreo goreng dengan tepung.


cucur oreo (oreo goreng)

untuk buat cucur oreo @ oreo goreng dengan tepung ni, mudah je. Mula2 macam biasalah....sediakan biskut oreo. Bancuh tepung dengan sedikit garam, macam buat tepung untuk pisang goreng tu. Kemudian celup oreo dalam bancuhan tepung tu dan lepas tu masukkan dalam minyak yang sudah dipanaskan. Hahaha, dah macam segmen masak2 pula ni.


cucur oreo (oreo goreng)

Kalau dah masak, angkat dan toskan. Lepas tu bolehlah makan cucur oreo @ oreo goreng dengan tepung ni. Rasanya memang sedap, biskut tu ranggup lepas tu ada rasa krim yang lemak2 lagi. Memang sedap. rasanya semua jenis biskut pun boleh buat cucur macam ni. Tapi makan masa panas2 la, kalau dah sejuk rasanya kurang sedap sikit. Alaa, macam  pisang goreng juga, kalau dah sejuk kurang sedapnya kan. Jadi, selamat mencuba resipi cucur oreo @ oreo goreng dengan tepung ini...

Monday, February 7, 2011

resipi jumput-jumput labu ( cekodok Labu)


resipi jumput-jumput labu

hari ni aku rajin sikit, buat 'jumput-jumput labu'. kalau di west mungkin disebut cekodok labu. rasa2nya lah. aku pun tak tahu sangat nama2 makanan di sana. biasa rupa sama tapi nama lain. macam 'terang bulan' tu, di sana panggil apam balik pula! jumput-jumput labu ni senang saja buat. ni aku kongsi resipinya dan cara membuatnya.

resipi jumput-jumput labu

labu tua
tepung gandum
gula
minyak masak

cara membuatnya...

kupas kulit labu dan potong kecil2. rebus sampai empuk. banyak mana labu tu, ikut suka koranglah. kalau sebiji labu tu, belah 4...ambil 1 bahagian aje ( 1/4).  Ok dah empuk, angkat dan toskan airnya. proses toskan tu lama sikit...sampai labu tu sejuk. dah sejuk lecek2 labu tu sampai hancur. Lepas tu campur dan gaul dengan gula. anggaran gula pun, ikut suka koranglah...nak manis lebih ke. tapi aku memang letak gula lebih sikit sebab labu ni kan takde rasa. Lepas tu masukkan tepung...sikit2 sambil gaul. anggara tepung pun bergantung dengan koranglah...agak2 macam buat adunan cekodok pisang tu. Ok dah siap, korang bolehlah panaskan minyak dan sudukan adunan tu terus dalam kuali tu. goreng sampai kekuningan atau kecoklatan. angakt dan toskan...

siap! mudah dan ringkaskan buat jumput-jumput labu ni? selamat mencuba resipi ringkas ni..

Friday, February 4, 2011

Resipi Cucur Udang

Resipi Cucur Udang

siapa yang tak suka makan cucur udang, kembangkan hidung sekarang! ok, dah cukup kembanglah tu. kejap lagi masuklah langau kat dalam tu hehe. macam hari2 sebelum ni, kemarin pun aku masih ada mood rajin nak masak makanan ringan untuk family. kebetulan ada udang dalam peti ais tu, jadi senanglah nak buat cucur ni.

Resipi Cucur Udang

10 ekor udang
1 biji telur
2 cawan tepung
air sejuk secukupnya
sedikit garam
bahan perasa
1 sudu kecil soda bikarbonat
minyak untuk menggoreng

cara membuatnya:

kopek kulit udang tu dan buang yang hitam2 kat belakang dia tu. kepala udang pun buang ye. lepas tu hiris kecil2 udang tu dan ketepikan. bancuh tepung dengan air sejuk. Bancuh dengan soda tu sekali. Lepas tu masukkan garam dan bahan perasa. Kemudian masukkan udang yang dah di hiris @ potong2 kecil tadi dan gaulkan. panaskan minyak dalam kuali. Dah panas, sudukan adunan dan terus masukkan dalam minyak. Goreng sampai kekuningan. Angkat dan toskan. Makan dengan sos.


Resipi Cucur Udang

Ringkas dan mudahkan? Sesuai sangat2 dimakan waktu hujan2 macam sekarang ni....sambil tengok rancangan chinese new year kat tv. kalau ada daun sup atau daun bawang, boleh juga hiris halus2 dan campur dalam adunan. selalunya aku campur juga sedikit serbuk kari juga. Ok...selamat mencuba.