Showing posts with label novel. Show all posts
Showing posts with label novel. Show all posts

Tuesday, May 26, 2015

Yehhh...Sampai Sudah




بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِي / Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamulaikum? Hallo, blog!

Novel yang saya pesan dah sampai 19 mei hari tu. Tapi baru hari ni buat n3 pula...pemalas sejak akhir2 ni. Dua novel ni terbitan IKP novel Farah Husain dan Melati Shafika. Masa order hari tu tak sabar nak baca. Tapi bila novel dah ada depan mata, rasa malas lagi nak membacanya. Nanti ajelah...tunggu mood datang.

Novel Ratu Bulan dan Wawa Taufiq tu pun sampai sekarang belum habis baca lagi. Tambah dua novel lagi..entah bila nak baca. Puasa pun dah dekat...mesti tak ada masa nak bersenang-lenang. Takpelah, peram aje. Lepas raya baru baca... :))

 

















Friday, May 15, 2015

Novel Yang Dia Pilih

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم / Bismillahirrahmanirrahim‎.


Assalamualaikum? Hallo, blog!
 
Novel YANG DIA PILIH, saya dah habis baca dua hari lepas. Oklah...berbaloi beli sebab ceritanya tak menghampakan. Jalan cerita biasa aje...konflik cuma tentang gangguan dari pihak ke-3 dan masalah salah faham dan tak berterus-terang.

Awal-awal lagi saya dah suka Hareez...seorang lelaki yang agak sosial mulanya tapi lepas terperangkap dengan Melisa dia berubah. Balik Malaysia, jatuh cinta dengan Lya pula. Tapi Lya akhirnya kahwin dengan Zhafran pula. Kesian gila...nasib baik dia ni tabah walaupun susah sangat nak lupa Lya. Macam mana nak lupa kalau Lya tu jadi adik ipar sendiri? Mau kau tak gila. perempuan kau suka sentiasa ada depan mata tapi tak boleh kau nak dekat?

Susahkan? Tapi Hareez dapat juga mengharungi semua tu. Lepas tu jatuh suka dengan Fatia pula. Saya suka kisah mereka tapi geram sangat bila Fatia jauhkan diri sebab salah faham...Hareez pula terus bagi masa untuk Fatia. Nasib baiklah beberapa bulan kemudian dorang dah jadi baik. Hareez memang suami yang baik dan tak bertindak terburu-buru. Fatia kena tangkap dengan Tengku Badri, dia masih cool walaupun dah rasa nak membunuh. Jahat betul Fazura dan Tengku Badri tu. Memang sesuai jadi adik-beradik. Ending, semuanya baik dan bahagia...

Ini kali pertama aku beli novel Hani Fazuha. Lepas ni nak beli novel dia yang lain pula. K, bye

Tuesday, May 12, 2015

Novel Baru Beli

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم / Bismillahirrahmanirrahim‎.


Assalamulaikum? Hallo, blog!

Ini koleksi terbaru saya. Novel lama terbitan IKP. Hari tu pergi KK, saya memang dah senaraikan beberapa novel yang saya nak jumpa. Sayangnya semua novel yang saya nak beli, tak ada stok disemua kedai buku yang saya pergi. Tapi balik sandakan, jumpa pula buku2 ini di kedai alat tulis yang juga menjual sedikit novel. Saya pun belilah. 

Tapi kedua2 novel ini saya belum sempat baca lagi. Saya mula tertarik nak baca novel Wawa Taufik lepas baca review novel J.A.D (novel barunya). Terus nak baca semua novel dia. Hani Fazuha pula, saya rasa tertarik lepas baca sinopsis novel Selimut Malam tu. Inilah berusaha mencari novel2 lama mereka berdua. Kalau tak jumpa, kena beli online la nampaknya. Harap2 ada stok lagi. K. bye.

Saturday, May 9, 2015

Review Novel Kalau Sayang katalah Sayang - Fazuin

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم / Bismillahirrahmanirrahim‎.

Review Novel Kalau Sayang Katalah Sayang-Fazuin

Assalamulaikum? Hallo, blog! 

Novel Kalau Sayang Katalah Sayang-Fazuin saya beli lepas tengok sinopsis di belakang novel. Kebetulan novel ini diletak depan pintu POPULAR, bahagian novel keluaran baru. Jadi saya pun beli. Sampai rumah terus buku plastik dan tengok tarikh cetakan...eh, Jun 2014? Laa...novel lama rupanya...tapi diletak dibahagian fiksyen keluaran terbaru di bahagian hadapan kedai! Tipah Tertipu sudah!!! Aiii...apa macam pekerja POPULAR tu susun buku? Lama dan baru pun tak tahu. Memandai susun di depan. 

Saya terus google tengok review novel ini di goodreads dan blog. Kebanyakan review semua cakap tentang abang Joey. Dalam sinopsis pun abang Joey tu macam menarik dan penyelamat Malia lepas kecewa dengan Zakuan. Jadi saya pun tak sabar nak baca. Jatuh cinta terus dengan Joey padahal belum pun baca novel lagi. Balik sandakan, baru saya mula baca novel tu dan kesimpulannya, saya tarik semula cinta saya yang jatuh itu. Saya nak bagi pada Zakuan!

Mula baca, saya suka juga dengan Joey tapi lama-lama...saya rasa dia tu macam gila sikit. Ok, dia memang gila pada Malia...obses. Jadi perangai dia macam meloyakan (bagi sayalah tak tahulah korang pula, lain orang lain hati). Joey ni hari2 ajak Malia dating bawah pangkin. Pendek kata asyik nak melakat dengan Malia aje. Kawan pun tak ada! Sikit-sikit nak peluk Malia dan cium Malia. Lepas tu paling menggeramkan saya bila Joey ni asyik menjerit aje! Sawan menjerit agaknya. Bosan!

Malia...digambarkan gadis yang baik dan bertudung tapi agak bebas laku dengan Joey. Tahulah dorang macam adik-beradik tapi agak-agaklah. Sesuka hati aje dia dipeluk oleh Joey. Paling saya pelik, dia ni suka aje cabar Joey. Contoh Joey cakap 'aku cium kang.' Dan laju aje Malia jawab 'ciumlah kalau berani.' Banyak kali benda ni ulang-ulang...bosan. Bagi saya Malia pun gatal. Mana ada perempuan baik macam tu...tak segan-segan bergurau dengan lelaki dengan cabar2 macam tu.

Ada satu babak tu, dia masuk bilik Joey dan baring (alasan penat) dan Joey lempar boxer dia di muka Malia. Malia nampak biasa aje. Tu gadis baik ke? Lagi saya angin dekat Malia ni bila dia buat bodoh2 tak faham tingkah-laku dan kata2 Joey. Lagi tanya itu ini, siapa girlfriend Joey. Padahal terang-terang apa yang Joey cakap tu semua tentang dia. Kucing pun boleh tahu dan rasa. Dia pula buat2 tak faham. Sama macam kes mak dan kakak Zakuan berbual tu, Malia digambarkan tak faham. Masa ni saya nak ketuk aje kepala Malia yang tak faham tu. Macam tak lojik langsung dia tak faham. Heroin yang betul2 menganginkan kepala! 

Zakuan, saya rasa inilah watak lelaki paling bodoh pernah saya jumpa. Suka tapi tak cakap. Tapi saya tak nafikan ada lelaki macam ini. Dah nasib dia jumpa perempuan macam Malia yang tak faham Zakuan suka dia. Lagi saya nak kutuk Malia yang sengal tu, bohonglah dia tak faham kalau Zakuan dah bawah dia pulang dan kenalkan dengan mak dan kakak dia. Memang tak masuk akal. Balik cakap tentang Zakuan, saya kesian dia ni...mangsa keadaan. Dia kena perangkap oleh Anna dan terpaksa kahwin dengan Anna. Yang si Malia terus pula terima Joey! Kahwin dulu dari Zakuan pula tu. Hurmm... Tapi ending, Zakuan cerai dengan Anna dan mulakan hidup baru. 

Novel ni, saya tak tahulah nak cakap best ke apa...ok2 ajelah. Kalau korang yang jenis suka romantik...bacalah novel ni, memanjang kisah romantik Joey dan Malia. Saya ada baca review seorang pembaca, dia kata sangat penat baca kisah abang Joey dan Malia. Saya faham, sebab saya pun bosan juga. Ini pendapat sayalah, lain pembaca lain seleranya. 

Untuk penulis baru macam Fazuin ini dan novel pertama pula tu, kira novel ini oklah juga. Kalau tak ok IKP tak terbit. Saya percaya IKP terbit novel yang best aje. Lagi baik kalau Fazuin sambung kisah Zakuan bertemu cinta baru dalam novel lain. Trend novelis sekarang, selalu sambung kisah cinta watak lain yang tak kesampaian. Ok, jangan lupa dapatkan novel ni...jangan sebab review saya ini korang tak nak beli novel ini pula. Sekali lagi saya kata, lain orang lain seleranya. K, bye.

Friday, May 8, 2015

Jalan-Jalan Cari Novel

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم / Bismillahirrahmanirrahim‎.


Assalamulaikum? Hallo, blog!

Minggu lepas saya pigi kk sempena cuti 1 mei. Niat di hati mau beli novel sebab sakit jiwa tengok status peminat novel di fb yang tinggal di west semua post pasal PBAKL. Gila bah, untung habis orang sana sebab dapat beli novel murah (20% - 60% diskaunya). RM100...sudah berapa buku kau dapat beli? Memang borong habislah kalau saya ada di sana. Cubalah ada pesta buku macam tu di sini, kan bagus.

Terpengaruh dengan PBAKL, saya pun mau beli novel banyak2 bila sampai KK. Hari pertama sampai terus pergi Eaton's. Novel nda berapa banyak...macam tiada stok yang baru2. Rak pun banyak kosong. Tapi saya perasan Eaton's macam nda banyak jual novel macam dulu2. Kalau dulu novel sampai berlambak atas lantai. Siap jual murah lagi. Di rak pun penuh. Dari depan kedai sudah nampak jualan novel. Sekarang kena pi belakang, baru nampak rak novel.

Memandangkan novel nda banyak dan senarai novel yang saya mau beli pun tiada di Eaton's, saya pigi naik ke palm Square masuk kedai POPULAR. Sekali lagi rasa kecewa bila rak di kedai ni pun banyak yang kosong. Lagi teruk dari Eaton's. Terus tiada mood mau beli. Pulang dengan rasa kecewa.

Hari kedua, pergi 1Borneo pula. Mula-mula terus pigi kedai buku Times. Berganda lagi kecewa bila di situ pun rak novel melayu banyak kosong. Padahal hari tu bertimbun novel melayu dekat siring pintu masuk. Kecewa betul saya... Lepas tu pergi Harris tapi tutup. Hurmm...hujung2 naik tingkat atas masuk POPULAR. Sini pun sama juga...novel nda banyak. Mungkin sebab PBAKL jadi stok novel nda dapat hantar ke sini buat sementara. Saya rasa begitulah.

Banyak novel yang saya senaraikan tapi satu pun tiada. Frust betul saya. Hujung2 saya capai 2 novel saja untuk dibeli. Jauh-jauh datang macam lain pula, kalau nda beli apa2kan. Saya beli novel Seseorang Untuk Dinikahi dan novel Kalau sayang katalah sayang. Harap2 best ceritanya.



Naa..inilah novelnya. Hari ini baru dapat upload. Sudah habis baca Kalau Sayang Katalah Sayang. Seseorang Untuk Dinikahi itu pula baru mula baca semalam. Tapi kamurang perasan ka siring novel tu macam novel lama? Macam rosakkan? Tu sebab novel ni saya simpan dalam beg plastik saja. Campur dengan barang lain yang ditaruh di belakang hilux. Dalam perjalanan pulang itu hujan. Terpaksalah bungkus semua barang di belakang itu dengan plastik sampah yang hitam tu. Air bertakung sikit di lantai belakang  dan masuk dalam beg plastik. Itulah yang novel saya ini pun kena sikit basah.


Hari ke-3, masa pergi di KK Plaza, sempat merayau di area segama tu. Ada satu kedai buku yang selalu juga saya pigi kalau jalan2 di kawasan ini. Happylah kononnya, sekali tengok TUTUP! Astaga...memang kecewa jak kerja saya di kk hari tu! Apa boleh buatkan. Mungkin lain kali saja. K, bye.

Thursday, April 9, 2015

Novel Prince Charming ~ Ratu Bulan

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم / Bismillahirrahmanirrahim‎.

Novel Prince Charming ~ Ratu Bulan

Assalamulaikum? Hallo, blog!

Lama tak buat entry baru. Malas nak mengadap lappy sebab line selalu siput! Oklah, saya nak cakap tentang novel Prince Charming karya Ratu Bulan. Novel lama tapi saya baru aje baca awal tahun ini. Kelambatan betul bilang urang sabah 😁. Novel yang saya beli ini dah masuk cetakan yang ke 9, tahun 2012. Cetakan pertama 2010...lama dahkan? Tapi novel ini sangat2lah laris. Kalau tak laris takdenya cetak sampai kali ke 9. Hebat tak? 

Tahun 2010 dulu ada kawan pinjamkan saya 3 buah novel, salah satunya novel Prince Charming. Kawan saya datang kejap aje, jadi saya tak sempat baca ketiga2 novel tu, cuma sempat baca dua aje. Yang tak sempat tu novel Prince Charming. Tapi masa tu saya taklah sangat terkilan sebab rasa macam tak best aje. Hinggalah saya terbaca beberapa bab di blog Ratu Bulan, terus minat pulak. Cari kat kedai tak pernah jumpa. Tak sangka pula hari tu pergi POPULAR terjumpa novel ini. Terus ajelah beli.

Saya malas nak buat review dan sinopsis sebab dah berjuta orang buat review dan sinopsis novel ini. Kalau nak baca bab awal pergi aje blog Ratu Bulan. Masa baca novel ini, nostalgia sikit masa zaman sekolah saya dulu. Cerita ini berkisar tentang pelajar sekolah menengah yang ada kelab bola sepak. Pengurusnya pula perempuan. Saya suka cerita ini, macam misteri sikit tapi tak misteri. Macam mana nak cakap ye? Ahh...baca ajelah novel ini mesti faham apa maksud saya. Heronya nama Nazrul. Heroin dia pula Nurul. Saya suka Nurul ini sebab dia sorang aje tak percaya carta Prince Charming itu. 

Sebenarnya saya suka baca karya2 Ratu Bulan. Semua yang dia tulis di blog, habis dah saya baca. Tapi susah nak jumpa novelnya di sini. Ok, dah habis idea. K, bye.

Tuesday, January 27, 2015

Yehhh! Akhirnya Dapat Peluk BIMBO Dan GET

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم / Bismillahirrahmanirrahim‎. 


Edit : Yg nak baca sinopsis  penuh Bimbo klik kat SINI

Assalamualaikum? Holla, blog!

Akhirnya...saya dapat juga lengkapkan koleksi novel RIN AHMAD. Happy sangat-sangat hari ni. Lepas beli ARLUNA dan USD kat KK hari tu, dua lagi novel Rin Ahmad yang saya beli online minggu lepas sampai. Dua novel ni baru aje saya dapat pagi tadi, alhamdulillah selamat sampai order saya dengan KN.

Saya beli online sebab kat Sandakan ni susah nak cari novel. Kedai buku kat sini kecil2 aje. Banyak novel yang saya nak beli tapi tak ada. Sebab itulah saya lebih suka beli online.

Hari tu pergi GIANT, ada pula nampak satu gerai kat luar jual barangan alat solek dan tudung. Lepas tu ada selit jual novel tapi ciput aje novelnya, tak banyak pilihan. Kebanyakan novel dia jual tu yang pernah dan memang dah diadaptasi jadi drama. Termasuk novel yang lama-lama. Sedih saya tengok. Nak aje saya sarankan tuan gerai tu order novel ni, order novel tu dan bagitahu novelis2 fames dan novel meletop yang lain tapi tak dibuat drama. Maksud saya novel bestseller. Tapi takut pula tuan gerai tu fikir saya ni penyibuk! Entah2 kalau saya cakap, mesti dalam hati dia...'banyak cakap makcik ni, dah la tak beli novel aku jual...blahlah makcik!'

Hehe...memang saya nak blah dah pun. Lepas ni nak siapkan semua kerja yang memang patut saya siapkan hari ni. Lepas tu nak baca novel Bimbo. Eh, bukan baca Gadis Edisi Terhad dulu sebab tu yang keluar dulu sebelum Bimbo. Ok, bye...


Tuesday, January 6, 2015

Novel PA Untuk Dia-Syamnuriezmil

Novel PA Untuk Dia-Syamnuriezmil

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم / Bismillahirrahmanirrahim‎.

Assalamulaikum? Holla, blog!

Novel PA Untuk Dia-Syamnuriezmil novel ke 2 yang saya baca untuk tahun 2015. Saya mula baca beberapa hari yang lepas tapi baru semalam dapat habiskannya. Saya kena buat kerja lain, tak bolehlah asyik baca novel aje, kan. Ok, saya malas nak cakap benda lain, saya cuma nak cakap yang saya suka Encik Han! Dan saya juga suka Encik Onn!!!

Hehe...saya sebenarnya tak pernah baca novel2 karya Syamnuriezmil. Ini kali pertama tapi sebelum ini saya pernah follow fanpage dia dan pernah terbaca sedikit teaser novel PA Untuk Dia- Syamnuriezmil. Tapi saya ingatkan tu cuma cerpen. Masa jumpa buku ini di Times hari tu, terus tengok sinopsis di belakang. Onn dan Han...terus ingat teaser yang saya baca dulu. Tanpa buang masa, terus aje beli novel PA Untuk Dia-Syamnuriezmil ini. 

Saya follow fp penulis ini dan pernah juga baca blog dia di wordpress tapi lepas saya tutup fb, dah tak follow lagi. Blog dia pun saya lupa bookmark. Nanti lepas ini nak cari balik blog dia. Masa kat Harris ada juga jumpa buku dia ini tapi lupa tajuk apa. Saya tak beli sebab tengok sinopsis macam kahwin paksa. Saya dah jemu baca novel kahwin paksa...nak novel yang KAHWIN RELA aje hehe.

Novel PA Untuk Dia-Syamnuriezmil ini mengisahkan tentang Yara yang bekerja sebagai PA kepada Encik Han. Sebelum ini dia PA ayah Encik Han. Mula-mula Encik Han ini memang menjengkilkan tapi lama-lama buat orang melting pulak. Dalam masa yang sama Yara berkawan dengan Onn, pemilik kedai kopi tempat Yara selalu beli kopi dan teh untuk bosnya. Onn dah lama usha Yara, setahun dia letak nombor telefon di cawan yang dia sediakan untuk Yara setiap pagi. Hanya lepas jumpa Onn di majlis kahwin mak su dia, barulah Yara kawan dengan Onn. Onn masa tu jadi pengapit suami mak su Yara. 

Yara kemudian booking diri dia untuk Onn. Semua ini sebab Yara tahu yang Encik Han tipu dia. Yara ada buat perjanjian, kalau Cik D terima lamaran Encik Han, Yara kena ikut ke Kalimantan. Family Yara yakin yang Encik Han sebenarnya suka Yara. Sebab tu sanggup tipu agar Yara ikut ke Kalimantan. Di sana hubungan dorang jadi rapat. Encik Han sedarkan Yara yang dia sebenarnya tak cintakan Onn pun. 

Masa nak balik ke Malaysia, Encik Han suruh Yara taipkan luahan hati dia. Encik Han cakap, Yara taip. Encik Han dah lama suka Yara, setahun yang lalu juga. Baru dengar nama Yara, dia dah suka Yara. Dah kenal Yara, lagilah dia makin suka. Encik Han sangat selesa dengan Yara. Dia solat istihkara 3 malam berturut2, wajah Yara yang muncul dalam mimpi dia. Dia cintakan Yara. Lepas tu Encik Han suruh Yara print apa yang dia taip tu dan simpan dalam file. Sampai hotel Yara nangis.

Masa tu dia dah sedar dia memang sukakan Encik Han bukan Onn. Dia cuba cintakan Onn tapi rasa itu langsung tak ada. Dia terjanji pada Onn pun sebab Encik Han selalu kata Yara tipu diri sendiri. Paksa suka Onn dan bagi harapan palsu pada Onn. Masa nak naik flight pulang Malaysia. Yara tekad dan berterus-terang pada Encik Han yang dia terima cinta Encik Han. Siap bagi Encik Han cincin lagi. Cincin tu sepasang, satu Yara pakai.

Yara janji akan berterus-terang dengan Onn tapi keluar dari balai berlepas, Onn siap bagi kejutan. Dia lamar Yara. Masa tu Yara dah nak tolak tapi sebab masa tu ramai sangat orang tengok dan tentulah semua orang yang ada kat situ berharap Yara terima lamaran Onn itu. Encik Han pun cakap pada Yara, terima saja lamaran tu dan jangan malukan Onn. Encik Han faham macam mana lamaran kena tolak sebab tu dia rasa Yara harus terima. Nak pula dikhalayak ramai. Sudahnya Yara terima dan Encik Han terus beredar dari situ.

Yara nak tunang dah dengan Onn tapi dia sebenarnya cintakan Encik Han yang tak tunjuk muka lepas di airport itu. Yara sedih, bos dia pun dah tahu hal tu. Bos dia (ayah Encik Han) sangat2 sporting. Yara tak jadi tunang, Onn datang malam sebelum tu dan serahkan cincin tunang pada Yara. Onn kata, Encik Han yang sepatutnya dengan Yara. Onn nampak cincin yang Encik Han pakai tu sama dengan yang Yara pakai. Dia tahu dan faham yang Encik Han selayaknya dapat Yara. 

Yara kemudian nak mulakan kehidupan baru. Nak lupakan kisah cintanya yang sedih itu. Dia minta ditukarkan di Johor. Hari pertama daftar diri dengan bos baru, Yara memang berdebar tapi dia kuatkan semangat. Tempat baru, bos baru dan semangat baru...tup2 

"How fast can you type, Yara?"
"Encik Han?"
"You look...beautiful, more than usual." Dan dia senyum menyenget.
Glup!!!

Nak tahu apa yang Encik Han minta Yara taip kali kedua tu? Haa..kau kenalah beli novel PA Untuk Dia-Syamnuriezmil ini dan tengok muka surat 441-443. Dalam luahan tu juga, Encik Han ada cerita yang Onn jumpa dia dan tanya 'Yara ada 6 senyumankan?' Encik Han kata, tak Yara cuma ada 5 jenis senyuman. Then Onn terus cakap, Encik Han yang patut jaga Yara. 

Ok sebenarnya masa bertengkar-tengkar tu Encik Han ada cakap Yara ada 5 jenis senyuman. Yara sendiri tak sangka yang Encik Han begitu kenali dirinya. Masa dekat2 nak tunang dengan Onn dulu, Yara ada tanya Onn, yara ada berapa jenis ketawa. Onn jawap 1 aje.

Novel PA Untuk Dia-Syamnuriezmil  ini memang best sangat...banyak part saya suka dan buat saya senyum sendiri. Yara memang mulut tak tahu diam...nasiblah Encik Han sabar je melayan. Ada satu part tu saya ketawa, muka surat 343...

Apabila di dalam kereta, dia tersengguk-sengguk. Manalah tak mengantuk kalau malam kerjanya berjoli saja. Setiap kali kepala dia bersandar atas bahu aku, setiap kali itu juga aku tolak kepalanya ke arah lain. Kadang-kadang tertolak sampai terhantuk pada cermin. Lepas tu, Encik Han akan terjaga, terkejut sendiri. Masa tu, aku dah gelak guling-guling...Tapi dalam hatilah.

Jahat Yara, padahal dia selalu je tertidur dan sedap-sedap bersandar di dada Encik Han tapi Encik Han tak berkira pun. Yara memang sempoi...kelakar ya juga sebab selalu cakap Encik Han tu kambing!!!!!  Tapi dalam hatilah. 

Dalam saya rasa novel ni sangat sweet, sikit2 juga ada selit part sedih...semalam baca saya sempat nangis masa Encik Han luahkan isihati, yara taip tu...dan masa Onn dan Yara tak jadi tunang tu. Sedihnya, kesian dengan Onn. Jujurnya, mula baca cerita ni saya memang harap sangat Yara dengan Onn. Tapi makin lama baca, makin suka pula dengan Encik Han...tu yang saya rasa sedih. Saya memang cepat aje nangis kalau baca part yang sedih. Mungkin bagi orang lain part tu biasa aje tapi tak bagi saya. Mungkin juga sebab terlalu menghayati babak tu, kan.

Jangan lupa beli novel PA Untuk Dia-Syamnuriezmil ini. Best...tak rugi beli. Saya tabik habis dengan novelis ini, part lamar dan luah hati tu...mana saja dia dapat idea tu? Hehe...ok, mungkin cara Onn tu pernah orang buat (tapi saya memang tak pernah nampak lagi) tapi part luah hati dan minta maaf cara Encik Han tu memang rasanya tak pernah lagi dibuat orang. Kelakar je...bos luah perasan dan si PA tolong taip 

Lepas ini, nak cari novel2 Syamnuriezmil pula. Lepas Anis Ayuni, Kriesya Reisya, Rose Harissa, Farah Hussain, Anna Lee, Ratu Bulan, Rin Ahmad dan sekarang Syamnuriezmil pula. Makin bertambah novelis yang saya suka. Makin bertambahlah juga novel yang saya kena beli lepas ni... Oh Nyah, kopek duit Mak!


Friday, November 21, 2014

Novel Saya Rindu Awak-Kay Erin

Novel Saya Rindu Awak-Kay Erin

Assalamualaikum? Holla, blog!

Baru2 ini saya baca novel Saya Rindu Awak-Kay Erin (saya pinjam novel kazen sebelah rumah). Masa mula2 tengok novel Saya Rindu Awak-kay Erin ini saya dah rasa novel ini mesti tak best dan mesti membosankan sebab karya penulis baru. Saya ada masalah sikit dengan novel karya penulis baru, susah nak suka. Mungkin sebab dah biasa baca novel2 karya penulis lama macam Anis Ayuni, Dhiya Zafira, Rose Harissa...tu yang dah serasi sampai karya penulis baru, agak susah nak kena dengan selera saya.

Tapi orang kata, tak kenal maka tak cinta. Hah! Itulah yang terjadi, Saya jatuh cinta dengan novel Saya Rindu Awak-Kay Erin. Sebenarnya bab awal2 lagi, waktu Khairil kali pertama jumpa Dib lagi saya dah rasa best dan teruja nak baca sampai bab akhir. Banyak dialog yang mencuit hati...monolog yang buat saya gelak sorang2 pun banyak juga. Terutama monolog Khairil yang kemaruk habis dengan si Dib tu. Lagi satu saya suka novel Saya Rindu Awak-Kay Erin sebab nama penulis ni cantik KAY ERIN. Saya suka nama KAY, ringkas saja sebutan dan ERIN...mengingatkan saya pada kumpulan RES2 (Baby Erin). Sebab tu saya suka nama penulis ini.

Ok, novel Saya Rindu Awak-Kay Erin ini mengisahkan tentang Adibah Anis Sofea yang cantik, comel dan manja. Dia ni anak manja jadi kurang tahu buat kerja rumah. Masak pun tak tahu. Tapi bila duduk dengan nenek saudaranya, dia mula belajar buat kerja rumah. Dia duduk rumah Hajah Bie untuk temankan orang tua itu. Khairil cucu Hajah Bie, kali pertama jumpa Adibah, dia terus jatuh cinta. Lepas tu rajinlah dia jenguk nenek dia tu. Lama-lama duduk balik di rumah nenek dia tu. Sebelum ini dia dah pindah rumah sendiri. Hajah Bie suka aje kalau Khairil berjodoh dengan Adibah.

Hajah Mona pula nak jodohkan Adibah dengan Zackwan sedangkan Zackwan dah ada Syazira. Adibah tolak mentah2. Zackwan pun sebab dia dah anggap Adibah tu macam adik dia. Merekakan sepupu, rapat lagi. Zackwan kemudia bertunang juga dengan Syazira tapi lepas tu Syazira terbunuh dalam kemalangan. Hajah Mona dan ibu Zackwan tetap nak kahwinkan Zackwan dengan Adibah.

Dalam masa yang sama, Khairil dah bercinta dengan Adibah. Adibah dah dapat kerja di Langkawi. Maisarah kawan sekerja Khairil pula kacau daun. Sampai datang Langkawi untuk minta Adibah lupakan Khairil. Tapi endingnya, Khairil dapat bersama juga dengan Adibah. Macam tulah lebih kurang ceritanya. Korang yang suka novel, silalah dapatkan Novel Saya Rindu Awak-Kay Erin  ini. Tak rugi beli tau.

Wednesday, August 6, 2014

Novel Sepasang Kurung Pink ~ Nureen Mirza

Novel Sepasang Kurung Pink ~ Nureen Mirza

salam aidilfitri...

ini lagi satu novel (Novel Sepasang Kurung Pink ~ Nureen Mirza) yang aku masih tak baca. tengok review dibeberapa blog, semua kata novel ni best. Rasa nak baca cepat tapi belum ada masa yang terluang. baca novel ni, mood pun mesti ada. barulah dapat menghayati jalan ceritanya.

kat bawah ni sinopsis novel Sepasang Kurung Pink ~ Nureen Mirza
Mama kata, Diza Irdina cantik. Boleh dijadikan calon isteri. Cantik manalah perempuan itu? Muka pucat lesi. Pakai pula tudung. Kerja pun setakat guru sekolah. Hisy! Mana padan dengan dia. Namun, puas dielak... jodoh Syahrin tetap dengan Diza. Misi sakit hati Syahrin pun bermula. Dia mahu membuli isterinya. Tetapi, Diza pun ada harga diri. Takkan selama-lamanya dia hendak biarkan Syahrin membulinya? Kalau orang tidak sudi, dia sedia angkat kaki. Sejak Diza pergi, hidup Syahrin jadi kosong dan sepi. Egonya turun naik bila Diza berbaik-baik dengan Remy. Tak boleh jadi! Dia mesti pikat isterinya kembali. Andai Diza tidak sudi, biarlah warna merah jambu yang dibencinya itu menjadi pengubat rindunya.

edit ~ 21 nov 2014 : Haha...akhirnya aku berjaya juga tamatkan novel Sepasang Kurung Pink ~ Nureen Mirza ni. Fuhh! Lama gila untuk habiskannya. Bukan tak best tapi hilang mood nak baca novel lantaran tugas harian yang banyak. Ni pun baru ada mood balik terus baca semua novel yang terperam selama ni. 

Ok komen aku pada novel Sepasang Kurung Pink ~ Nureen Mirza ni memang bestlah. Tak rugi baca. Tapi cover tu aku tak suka. Pasal baju tu nampak teruk? Kena tak guna hanger half body je? Nampak jugalah baju pink tu cantik bentuknya. Ok, sorry...aku memang hangin sikit kalau cover tak berapa cantik. Nasib baiklah novel Sepasang Kurung Pink ~ Nureen Mirzaini best.

Ni aku cerita sikit pasal novel Sepasang Kurung Pink ~ Nureen Mirza. Diza ni cikgu Sekolah Rendah. Ada adik Daim yang nak ambik UPSR. Cikgu Remy ni suka dekat Diza tapi tak cakaplah. Tapi dari cara dan cakap tu memang nampak sangat suka dekat Diza. Mak Syahrin pula berkenan nak jadikan Diza menantu. Baginya Diza mampu bimbing anaknya yang selalu tuang solat itu!

Syahrin ni sombong dan ek. Menghina pun ya juga nombor satu. Sebenarnya kali pertama dia dah suka Diza tapi sebab dia pernah terluka dengan gf dia dulu...membuat dia jadi benci dengan perempuan bertudung. Baginya perempuan bertudung hipokrit. Ex gf dia dulu pakai tudung tapi perangai macam hantu. Curang dan buat maksiat dengan lelaki lain...Syharin yang tangkap mereka masa kat katil. Tu yang Syahrin ni benci perempuan bertudung. 

Tapi sebab rasa tercabar Diza tolak lamaran mak dia, Syahrin paksa mak dia lamar Diza tu semula. Mak dia pun ok aje. Diza pun terima lepas buat sembahayang istikarah. Bermulalah kisah rumahtangga mereka. Syahrin tunjuk aje gaya membuli tapi sebenarnya syok habis dengan Diza. Ego...

Diza ni relex aje...tak kisah pun yang penting dia jalankan semua kerja yang Syahrin arahkan. Hafiz datang dan kacau daun. Hafiz ni ex tunang Diza. Hafiz bocorkan rahsia Diza yang dia bukan anak yatim piatu tapi masih ada mak. Mak dia duduk di penjara kajang sebab kesalahan membunuh tanpa niat. Mak dia bunuh bapa tiri Diza yang masa tu nak merogol Diza. Syahrin terus rasa Diza ni penipu dan malukan Diza depan sepeupu2 Syahrin dan adik-beradik dia. Part ini, aku kesian dengan Diza...hantu punya Syahrin sanggup malukan isteri sendiri.

Diza kemudian pindah balik kat rumah lama dia. Masa tu dia rapat semula dengan Remy. Jumpa Hafiz beberapa kali. Mak Syahrin marah dan suruh Syahrin pujuk Diza. Tapi Syahrin ni degil dan ego. Dah tahu cerita sebenar pun masih juga ego. Tapi bila nampak Diza layan Remy terus pula ego dia tu hilang. Pandai pula nak baik-baik dengan Diza. Endingnya....dah semesti hero dengan heroin bersama...

P/S~ aku rasa penulis ni minat sangat REMY ISHAK...dia asyik cakap Remy macam REMY ISHAK. Dalam hati aku dia ni, kenapa tak jadikan Remy tu aje hero? Kenapa Remy aje dia asyik puji? Kenapa tak puji hero tu (Syahrin)? Hujung2...ada juga pujian...Syahrin tu macam RAIN...hehe...tak menahan. Ngam2 pula sekarang ni RAIN punya drama tengah ditayangkan di ONE. Ok, jangan lupa dapatkan novel ni...
 

Thursday, May 8, 2014

NOVEL MENCARI MR.CHARMING ~ ANNA LEE

NOVEL MENCARI MR.CHARMING ~ ANNA LEE

Ini novel baru dalam koleksi aku novel Mencari Mr.Charming-Anna Lee. Baru je beli. Dapat je terus baca sampai habis...hehe. Aku kalau suka memang takkan berhenti selagi tak habis. Macam novel Mencari Mr. Charming-Ann Lee ni aku start baca tengahari, habis pukul 4.10am...sikit lagi nak masuk subuh kat tempat aku (sandakan). Gila tak? 

Bab awal, aku dah baca di blog penulis Anna Lee. Dari situ aku terus suka novel Mencari Mr. Charming~Anna Lee ni. cari kat sini, mana nak jumpa. terpaksa jugalah beli online. susah duduk kat bandar yang takde kedai buku besar ni. bila agaknya popular nak buka kedai buku kat sini? Pelik aku bandar kecil macam beaufort pun ada kedai buku besar macam pts tu. sandakan je takde...hurm :(

Ok balik cerita tentang novel Mencari Mr Charming~Anna Lee, macam biasa aku suka watak hero2 dalam cerita ni...Sam dan Fazrin. masa baca di blog aku berharap sangat sam adalah indah water. Aku suka Sam sangat2...aku tak suka Fazrin...tak tahulah kenapa. mungkin sebab dia pelakon. lagipun diawal cerita dia tak suka langsung pada Lara. Selalu kutuk penampilan Lara. Tapi kemudian mereka jadi kawan baik pula.

Aku suka Sam sebab Sam suka Lara. Lara sangat bertuah dapat kerja dengan Sam. Tania pun suka dia. Tapi bila aku dah baca novel Mencari Mr. Charming~Anna Lee, aku mula suka dengan Fazrin sebab jadi kawan baik Lara. Jadi dua2 hero aku suka. Oh ye, aku pun suka juga si Indah Water tu. Pada asalnya aku ingatkan Indah Water adalah hero ketiga. Jadi aku beli novel ni untuk nak tahu siapa Indah Water, dalam hati mesti Indah Water ni yang akan jadi boyfriend Lara. Rupanya takde pun hero ketiga Indah Water adalah Fazrin.

Seronok baca emel Indah Water yang kutuk kaw2 novel Indah Lara. senyum sendiri aku baca chatting dorang kat fb dan kat wall Indah Lara. Masa ni memang geram dengan Indah Water yang suka hentam Indah Lara. masa ni juga aku dah mula sukakan watak Fazrin tu. 

Selalunya aku baca novel nak sangat cepat habis untuk tahu endingnya. Tapi novel Mencari Mr. Charming- Anne Lee, aku tak nak pula ianya habis. makin nak habis makin aku susah hati sebab aku rasa best sangat. Sampai tak nak cerita ni berakhir. 

Lepas baca novel Mencari Mr. Charming ~ Anna Lee ni, bertambah lagi novelis yang aku suka. Cover novel ni aku suka sebab tak tunjuk muka orang. Aku kurang suka cover novel yang guna model manusia (selalu novel alaf21) ni. Selalu tak menepati ciri2 hero dan heroin dalam cerita tu. Buat orang hilang mood je nak beli. Kan baik kalau guna guna ilustrasi macam cover novel terbitan lain tu...takde pun guna muka model tapi cover dorang cantik dan menarik biarpun simple aje.

sinopsis novel Mencari Mr. Charming ~ Anna Lee yang aku copy paste dari fajar pakeer
Adakah lelaki romantik hanya wujud dalam dunia khayalan wanita?

Indah Lara aka Lara Alisya ,seorang penulis novel cinta yang tak 
popular , tetapi mempunyai 'hater' yang tegar bernama indah water .
kehidupan indah Lara Huru-Hara apabila dia kerap menerima e-mel kritikan daripada indah  water yang boleh 'membunuh' semangatnya untuk terus menulis.

Indah water, individu misteri yang mempertikaikan setiap karya indah Lara. Dia menyampah Sungguh dengan watak hero ciptaan indah Lara yang terlampau kacak dan romantik . katanya , indah lara tidak berpijak di bumi yang nyata. Lelaki sebegitu memang tak wujud di dunia. Semuanya hanya khayalan .

indah Lara rasa tercabar. Dia yakin lelaki kacak dan romantik memang wujud . Dia akan terus mencari prince charming dan akan buktikan kepada indah water bahawa dia boleh dapatkan lelaki yang romantik seperti yang digambarkan dalam novelnya. sehingga dia bertemu dengan sam , lelaki
yang cukup sempurna di matanya. Lelaki yang membuatkan dia mengalami penyakit.... jatuh cinta pandang pertama !

Tetapi , benarkan sam itu prince charming yang dicari selama ini ? Apakah krateria prince charming ?
Dapatkah indah Lara menjadi penulis yang Berjaya? Berjayakah dia berdepan dengan pembaca dan pengkritik yang cuba hendak menjatuhkannya ? Dan yang paling penting ... siapakah indah water ? Kenapa indah water membenci indah Lara ? adakah indah water itu prince charming yang dicari ?

P/S~ korang peminat novel...silalah beli novel Mencari Mr. Charming ~ Anna Lee ni ye. Best...tak rugi beli pun. 

Wednesday, May 7, 2014

NOVEL DIA...RANDOM GUY ~ FARAH HUSAIN

NOVEL DIA...RANDOM GUY ~ FARAH HUSAIN

Haiii...
Kali ni aku nak cerita pasal novel Dia...Random Guy-Farah Husain. Aku tak tahu novel ni baru ke apa. Tapi rasanya dah lamalah. Cuma aku je yang baru baca. Beberapa bulan yang lalu aku sesat di blog penulis (Farah Husain) ni, terus aku baca beberapa bab novel Dia...Random Guy ni. Masa tu juga jatuh cinta dengan Amzar.

Lepas tu aku cari novel ni tapi tak jumpa. Sudahnya aku beli online je dengan ideakreatif. Dapat je terus baca sampai habis. Ok, komen aku...memang best dan aku memang suka Amzar sejak dalam blog lagi. Dalam novel lagilah suka.

Alin? Macam biasalah aku memang jeles habis dengan dia sebab dia dapat lelaki superhot macam Amzar tu. Hehehe... macam biasa juga aku suka bab dorang gaduh2 tu. Mula2 memang geram jugalah dengan Amzar ni tapi lama2 dia pula yang lebih2 dekat Alin, cik kerani dia. 

Pendek kata novel ni memang best. cuma ada kurang sikitlah lepas dorang kahwin tu, aku macam bosan nak baca sebab banyak 'penceritaan' aje. Kurang dialog Amzar dengan Alin. Aku juga tunggu2 Hairi datang buat kacau tapi sampai novek Dia...Random Guy ni habis dia senyap je. Rupanya konflik lepas kahwin disebabkan mak kandung Alin pula. Mati2 ingatkan konflik dengan Hairi. Yelah selalu pasangan yang kahwin, ada konflik disebabkan kekasih lama yg datang semula . Kebanyakan novel macam tu, kekasih lama buat kacaukan? kan?. 

Apa2 pun aku suka novel Dia...Random Guy~Farah Husain ni, aku juga suka novelis ni, aku suka cara penulisannya, caranya menggambarkan hero tu.. Korang yang belum beli novel ni, pergilah beli cepat.

sinopsis yang aku copy paste
Kerana tidak mahu dicop sebagai ‘loser’, Alina Suffiya bertindak pantas menarik lengan jejaka ‘random’ untuk diperkenalkan sebagai tunangannya. Apa nak buat, hanya si random itu saja yang dia nampak ketika itu. Hidup Zariel Amzar yang tenang dan damai tiba-tiba seperti menaiki roller-coaster di taman tema. Ini semua perempuan psiko tu punya pasal! Gosip liar mula tersebar dan dia diberi tekanan oleh mama tersayang. Suratan atau kebetulan? Mereka kini di bawah satu bumbung. Amzar mengambil peluang untuk membalas rasa sakit hati. Alina dibuang kerja atas alasan mengurangkan perbelanjaan syarikat. “You are one heartless man! Saya harap…. Tak! saya doakan supaya awak dapat cari semula hati awak yang dah hilang tu.” - Alina “You know what, I take back my word. You ni bukan gila… but downright psycho. Go and get a treatment!”- Amzar. Kita hanya merancang. Sangka Alin selepas peristiwa itu dia tidak perlu berjumpa Si Random Guy lagi. Tapi takdir ada rancangan berbeza dan hidup mereka tidak lagi seperti dulu. “You ingat you ni tuan puteri ke nak kena berjemput segala?”- Amzar “Manalah saya tahu kena tunggu di bawah ni. Saya ingat encik ada di atas, saya naiklah!”- Alina Mengenali seorang Amzar, perasaan yang Alina kunci dalam hati, muncul kembali. Cik jantung mula berdegup kencang dan cik hati mengedik tak tentu hala. Kemunculan Hairi yang cuba mendekati semula Alina, mengundang krisis dalam hati Amzar. Apabila Cik Kerani dilayan sedingin salju, dia pula diberi ‘layanan bahu sejuk’. Menggelabah pula nak memujuk. Walaupun mulut kata benci, hati mula menari! ‘Isyyy.. kacau daun betul Si Hairi ni. Dah pergi tu, pergi ajelah’. Siapakah yang berjaya membuka kunci hati Alina. - Hairi atau Dia… Random Guy? 

Tuesday, May 6, 2014

NOVEL YANG MANIS ~ MARISSA

NOVEL YANG MANIS ~ MARISSA

Haiiii,
Kali ni entry pasal novel lagi. Siapa pernah baca novel Yang Manis ~ Marissa ni? Aku baru je beli novel ni. Tak rancang pun nak beli. Ni kali pertama aku baca karya penulis ni. Masa mula baca bab 1 macam tak best aje...tapi makin lama baca makin best pula. tak rugi beli...

Aku jatuh cinta dengan Raees Hamzah...suka sangat wataknya tu. Penyabar, berfikiran matang dan sentiasa hormatkan orang lain. Suka betul...banyak babak yang melibatkan Raees aku suka. Aku sangat cemburukan Iman sebab Raees sayang dekat dia. Lagi aku cemburu sebab Iman dapat lelaki baik macam Raees tu. Hehehe...

Cara raees selasaikan masalah tu, aku suka sangat. Dia pun pandai nasihatkan orang. Sampaikan bapa Iman pun minta raees tolong bila Iman dan Wafi gaduh. Tapi dalam syok tu, aku menyampah juga dengan watak jahat macam Humaira, nenek Iman, Tengku Badrul dan mak dia tu. Eii...menyampah sangat. Eh, satu lagi watak jahat tu...Bahiyah. Jahat sampai langgar Iman.

Korang kalau belum baca novel Yang Manis ~ Marissa ni, pergilah cari ye. Tak rugi beli. Aku pun rasa jatuh cinta dengan cara penulisan novelis ni. Lepas ni, kalau jumpa buku dia, memang tak teragak2 aku akan beli.

Ni sinopsis dari belakang novel Yang Manis ~ Marissa. Aku malas nak buat sinopsis sendiri sebab mesti panjang berjela-jela. Tau jelah aku kalau cerita yang best, memang tak pandai nak cerita ringkas2.

IMANIAH SOFEA tak kisah orang nak kata apa tapi kalau Iman dah suka, Iman tak peduli apa orang kata. Janji Iman suka. Kalau nak kata Iman perigi cari timba pun tak ada masalah. Iman gembira juga.
“Aku nak pikat Raees Hamzah.”
“Apa?”
“Aku nak pikat Raees Hamzah.”
“Kau sedar tak apa yang kau cakap ni, Iman? Kerja memikat tu bukan kerja orang perempuan tau tak. Tu kerja orang lelaki. Serupa perigi cari timba. Tapi kau ni bukan perigi lagi. Tapi perigi buta. Sudahla buta, tak ada air pula.”
Iman tak peduli apa kata sahabat baiknya, Nawal. Iman rasa hanya Raees Hamzah  paling layak menemani hidupnya.
RAEES HAMZAH pun rasa pelik. Kenapa dia boleh suka dengan gadis yang memiliki rambut seperti ekor tupai itu daripada seorang ustazah? Walaupun gadis itu dikatakan ‘tidak cukup kain’ tapi tetap ada manisnya.
“Perempuan macam tu yang hang pilih?”
“Kenapa dengan dia? Gadis yang aku pilih adalah, bila aku pandang dia, perasaan aku jadi sejuk. Penat aku jadi hilang. Susah aku jadi senang. Bukan lagi aku pandang, lagi aku bengang.”
Memang Iman tidak lengkap sifat Muslimahnya seperti Humairah, tapi di mata Raees, Iman lebih nampak suci berbanding seorang ustazah yang mempunyai lidah yang agak bahaya. Namun berjayakah Raees mengubah si manis Iman seperti yang diharapkan? Dan mampukah Iman berubah demi sebuah cinta?
 

Monday, May 5, 2014

NOVEL JODOH SEBELAH PINTU ~ DEKNA LEE

 NOVEL JODOH SEBELAH PINTU ~ DEKNA LEE

Hai, novel Jodoh Sebelah Pintu~Dekna Lee ni aku beli minggu lepas. Tak kenal pun siapa penulisnya...syarikat penerbitan pun nampak baru. Tapi sebab sinopsis belakang  novel Jodoh Sebelah Pintu~Dekna Lee ni, macam menarik je, aku terus je beli tanpa fikir banyak. Masuk je dalam kereta, terus koyak plastik pembalutnya dan baca sikit bab depan. Wah! terus rasa best dan tak sabar nak baca. Penulis ni  (Dekna Lee) nampak masih muda remaja tapi sangat2 berbakat. 

Kira berbaloilah aku beli novel Jodoh Sebelah Pintu~Dekna Lee ni, cerita pun menarik. aku suka Mona dan Bad yang asyik gaduh tu...kelakar betul. Aku sengih sorang-sorang baca part yang mencuit hati melibatkan Bad dan Mona ni. Tapi lepas mereka kahwin, aku kurang sikit teruja sebab takde babak2 kelakar dan gaduh2 lagi. Boring sikitlah... (sorry penulis yang comel). Apa pun aku suka novel ni sebab sangat2 menghiburkan.

sinopsis belakang novel Jodoh Sebelah Pintu~Dekna Lee:

Mona Airawani bakal dijodohkan dengan lelaki yang penuh misteri bergelar Alang yang tidak pernah dilihat dengan mata kasarnya. Hubungan mereka hanya berlangsung melalui telefon, hanya suara tanpa rupa!

“Janji yang awak gantikan tempat saya bila akad nikah nanti? Awak jabat tangan dengan tok kadi dan biar saya yang ambil tempat awak. Bersimpuh di belakang.” ~Encik Tunang Tubi.

Namun begitu pertemuan pertama yang diatur terpaksa dibatalkan gara-gara terserempak dengan dua orang jirannya yang berperangai seperti hantu, Irfan dan Badrul. Dalam pada berperangai seperti hantu., Mona dikejutkan pula dengan sebuah kenyataan. Bakal tunangnya tidak jauh, terlalu dekat, malahan hanya sebelah pintu! Tapi siapa? Adakah si Badrul Syah yang suka mencari fasal?

“Ganasnya akak. Tutup pintu guna kepala lutut.” ~Badrul Syah

“Nak tutupkan mata orang dengan kepala lutut ni pun boleh.” ~Mona.

Atau si Amirul Irfan yang tidak kurang celoparnya?

“Ala, Mona, bolehlah... tadi tengok macam tak best. Bila tengok lidah Mona yang cute rasa aiskrim tu, automatik abang rasa...” ~Amirul Irfan

Pap!! Tak sempat dia sambung, sudah terpacak aiskrim kon di atas kepala dia.
“Automatik rasa sejuk kat atas kepala, kan?” ~Mona Airawani

Setelah identiti misteri si tunang terbongkar, hati Mona Airawani mula dibelit perasaan bersalah kerana sering bersikap buruk terhadap lelaki itu. Apatah lagi benih cinta dan sayang cuba disemai sebaiknya demi kebahagiaan mereka berdua di masa hadapan. Namun ada resah kian berbelit dengan kehadiran orang ketiga yang datang mengganggu.

Mampukah Mona dan si tunang dari sebelah pintu melalui cabaran-cabaran yang mendatang? Dan, siapa sebenarnya tunangan Mona Airawani?

P/S~nama Dekna Lee ni mengingatkan aku pada Dekna AF5

Sunday, May 4, 2014

NOVEL ATIN, JOM KAHWIN! ~ IFFA ZALIA

NOVEL ATIN, JOM KAHWIN! ~ IFFA ZALIA

Novel kazen ni...aku pinjam je. Baru baca bab 5 hari tu, sampai sekarang belum sambung lagi. memandangkan belum habis baca saya cedok aje sinopsis dari web alaf21. Oh ye, aku tak suka cover novel Atin, jom kahwin ~ Iffa Zalia ni. Tapi model lelaki tu boleh tahan juga...hensem.
Ini adalah kisah dua hati yang tidak pernah serasi. Kisah dua jiwa yang tidak pernah bersatu. Bayangkan sahaja bagaimana, ‘harimau jadian’ yang habitatnya di Garisan Khatulistiwa bertemu dengan ‘penguin’ di kutub selatan? Natijahnya, wujud perang dunia ketiga di mana medan tempur tanpa senjata memporak-perandakan hidup mereka. Masing-masing dengan kepala dan karakter yang tersendiri.

Prinsip Fendi: Kutuk-mengutuk dan marah-marah itu cara dia mengurat dan mengeratkan ikatan dengan Fatin yang dirasakan tidaklah secantik mana, cuma gadis itu comel di pandangan mata.

Prinsip Fatin: Hidup mesti sempoi, relaks dan selamba tetapi dalam percintaan, dia memerlukan seorang lelaki romantis dan bertanggungjawab.

Zahirnya, Fendi dan Fatin memang tidak ‘ngam’ tetapi batin mereka sudah bersatu dalam diam. Namun, kehadiran Tengku Khalid sebagai pesaing membuatkan Fendi tidak keruan. Dia harus melamar Fatin, tetapi bagaimana caranya? Gadis itu memang sukar untuk didekati.

Fatin seorang yang ‘happy go lucky’ meskipun jadi buruan gengster ah long. Idea nakalnya muncul. Lelaki mana yang sanggup beri wang hantaran yang paling tinggi maka itulah suaminya. Maka wujudlah kaunter buka harga! Jadi, antara Tengku Khalid dan Fendi, siapa yang menjadi pilihan si penguin kutub selatan itu?

Edit~21 nov 2014

Aku dah habis baca novel Atin, Jom Kahwin~Iffa Zalia ni. Gila lama betul peram...nasib baik tak basi...hehe. Best juga novel ni, menghiburkan hati dan mengelikan ketiak haha. Fatin tu memang sempoi gila tahap gaban sampai sanggup jadi gila untuk elak dari dikesan ah long. Tapi sebenarnya aku tak suka pun watak Fatin ni sebab sempoi dia macam over sikit. Betul cakap Fendi, Fatin ni normal ke...gila ke...sama aje, perangai tetap gila! Jadi tak perlu berubat pun...hahaha.

Aku suka Fahmi...bagus lelaki ni. Berhati luhur...walaupun cuma anak angkat dan tapi sanggup bayarkan hutang Fatin. Dah tu rahsiakan lagi dari Fendi. Fendi ni yang panas baran...nasib baiklah Fahmi tu jenis pemaaf. Sebenarnya aku penat sangat baca novel ni sebab perangai Fatin yang over sempoi itu. Boring pun ye juga sebab tak ada dialog dia lembut2 dengan Fendi. Apa2 pun, memang terhibur dengan novel Atin, Jom Kahwin~Iffa Zalia ini.
 

Saturday, May 3, 2014

Novel Buat Yang Tersayang ~ Maya Rasyidah

Novel Buat Yang Tersayang ~ Maya Rasyidah

Hai, siapa pernah baca novel Buat Yang Tersayang ~ Maya Rasyidah ni? Best tak? Aku dah lama pinjam novel Buat Yang Tersayang ~ Maya Rasyidah ni dari kazen (dah masuk sebulan lebih dah) tapi sampai sekarang belum ada kesempatan baca lagi. 

Sinopsis novel Buat Yang Tersayang ~ Maya Rasyidah yang aku copy paste dari laman alaf21

Sekiranya mahu melanjutkan pelajaran dalam bidang kedoktoran, Syira wajib berkahwin dengan calon suami yang dipilih ayahnya. Dia terpaksa akur dengan syarat itu demi cita-citanya yang satu.

Belumpun diijabkabulkan, dia bagaikan sudah ditalak. Airy yang tidak mahu bertemu dengannya sehingga sah menjadi suami isteri, terang-terangan memberitahu sudah ada kekasih yang mengisi jiwanya. Dalam pada diri redha, hati Syira terluka. Dia turutkan jua permintaan Airy untuk berlakon sebagai pasangan yang bahagia.

Perwatakan Syira yang bijak dalam segala hal sedikit demi sedikit menawan hati Airy tanpa disedarinya. Syira sangat sempurna sebagai wanita dan isteri. Kerana ego, tergamak dia menghancurluluhkan perasaan Syira. Bersama cinta yang sudah bertunas untuk si suami, Syira tekad membawa diri. Apabila tiba masanya, dia kembali. Namun, mengapa Airy terlalu baik padanya? Mungkin Airy mahu memadukannya. Mungkin juga mahu menceraikannya! Walau apa jua yang terjadi, dipujuk hati agar tabah menghadapi.

Thursday, January 16, 2014

Novel 13 JAM A380 - Evelyn Rose

Novel 13 JAM A380 - Evelyn Rose
Ini entry kedua untuk tahun 2014...tengok gambar kat atas tu, mesti dah tahu aku nak story tentang novel 13 JAM A380 - Evelyn Rose. Sinopsis novel 13 JAM A380 ni tentang Hana Sofea yang dah 3 tahun skodeng twitter Syed Haydar. Siang malam berdoa minta ditemukan dengan Haydar. Impaiannya tercapai bila kebetulan dia naik flight sama dengan Haydar. Mereka pun cipta kenangan indah sepanjang pernerbangan 13 jam tu. Hana juga jadi kekasih kayangan untuk Haydar sepanjang 4 jam. Tapi lepas sampai di bumi London, mereka kemudian terus berpisah.

Hana kemudian bertemu dengan Fawwaz. Dia ni sangat-sangatlah alim, Hana yang frust tengok Haydar dengan kekasih modelnya tu terus suka dekat dengan Fawwaz. Kerana Fawwaz juga dia mula menjadi muslimah yang sebenar. Selepas 3 tahun, mereka nak kahwin tapi Haydar muncul dan nak kahwin dengan Hana juga. Banyaklah Haydar buat sampai Hana jadi milik dia. Hujung novel 13 JAM A380 ni, Haydar dan Hana ada anak perempuan Sharifah Husna Huri. 

~ FALIQ NASIMUDDIN

Ok, sebelum aku beli novel 13 JAM A380 - Evelyn Rose ni, aku dah baca beberapa bab di blog Evelyn Rose. Bab pertama je aku terus suka novel Novel 13 JAM A380 - Evelyn Rose ni dan teus jatuh cinta dengan Haydar. Rupanya penulis mendapat inspirasi menulis watak Haydar ni dari seorang yang memang ada di alam realiti. Siapa lagi kalau bukan Faliq Nasimuddin. Jujur aku memang tak tahu siapa Faliq Nasimuddin tu. Ada beberapa blog yang review novel ni semua ada cakap pasal Faliq Nasimuddin. Google punya google...akhirnya aku pun tahulah siapa Faliq Nasimuddin ni. Rupanya dia ni anak pengasas Naza Group. 

Kelakarnya, ada yang review novel ni, terus kata follow twitter si Faliq Nasimuddin ni. Hahaha...kuatnya pengaruh novel ni. Sampai si Faliq ni pun baca novel ni lepas beberapa kawan dia sarankan dia baca. Aku pula dari tak tahu jadi tahu semua tentang NAZA GROUP...termasuk Naza sibilings. Lagi yang aku baru tahu, dia ni adik Nasarudin suami si Marion Caunter tu...hahaha, nampak tak di situ ketinggalan zamannya aku? 

~ AKU JATUH CINTA DENGAN HAYDAR!

Macam aku cakap kat atas tadi, mula2 baca bab 1 di blog Evelyn Rose aku terus jatuh cinta dengan Haydar. Terus nak beli novel 13 Jam A380 ni. Proses menunggu kedatangan novel ni memang sangat menggugat keimanan. Memang tak sabar dan asyik menghitung hari. Dapat je terus baca...tak henti sampai habis. Makin lama baca, makin suka dengan watak Haydar.

Sebelum baca penuh novel ni, aku baca semua review dari mana-mana pembaca novel ni. Ramai yang kata Fawwaz lagi layak dengan Hana. Lepas tu kata Haydar ni licik dan main kotor untuk dapatkan Hana. Komen2 negatif tentang Haydar tulah buat aku rasa tak sabar nak baca novel ni sampai habis. Hasilnya................

Aku semakin suka dengan Haydar. Takdelah pun jahat atau liciknya...biasa je perangai atau perbuatan macam tu bila gila dekat perempuan. Bagi aku memang dialah yang paling layak dapat Hana. Dia dulu yang kenal Hana berbanding Fawwaz. Memang dia banyak potong jalan Fawwaz tapi kalau tengok betul2, Haydar memang berusaha habis nak dekat dengan Hana. Macam-macam dia buat untuk bisnes Hana di Malaysia sepanjang 3 tahun Hana di luar negara. Tapi Hana tak tahu pun. Lepas tu bila Hana pulang Malaysia pun, Haydar buat macam-macam untuk ambil hati keluarga Hana. Jelas dia memang banyak berusaha untuk dapat Hana.

Fawwaz? Memang alim habislah, sampai Hana cakap dia tu macam malaikat. Hana jadi baik dan berhijab pun sebab Fawwaz. Tapi Hana ada kata, semua tu pun sebab dia kecewa dengan Haydar masa pertemuan pertama dorang dulu. Tentang agama tu memang Fawwaz superb, tapi aku tetap tak suka bila dia tak boleh terima Hana yang punya kisah silam dengan Haydar. Alaa...bukannya teruk sangat pun, tapi entah Fawwaz ni over pula nak pilih calon isteri. Kesian Hana...sudahlah tu Fawwaz memang tak berusah pun pertahankan cinta dia dengan Hana, mudah je dia putuskan untuk tak pilih Hana sebagai isteri. Memang sesuailah pun dia tak dapat Hana. 

Hana? Heii, memang sesuailah dengan Haydar. Nakal ya juga...suka sangat masa dorang jumpa dalam flight tu. Tapi masa jumpa Fawwaz, aku tak suka langsung. Aku juga tak suka bila dia asyik lukakan hati Haydar. Nasib baiklah Haydar ni penyabar je orangnya. Masih nak dekat Hana walaupun Hana mulanya nak kahwin sebab nak perniagaan family dia Haydar kembalikan. Sudahlah tu, lepas nikah dia memang rancang untuk lari tinggalkan Haydar. Masa ni aku tak suka langsung dekat Hana, terlau ikut perasaan...asyik balas dendam je. Padahal dah sah2 Fawwaz tak nak dia lagi...Fawwaz pun dah kahwin dengan Almas Iman. 

Tapi nasib baiklah, Linda nasihatkan Hana masa kat airport tu. Terbuka juga pintu hati Hana untuk kembali muhasabah diri. Nak lari konon tapi akhirnya kantoi bila Haydar dapat juga jumpa dia.Seronok baca kisah mereka masa di India. Teringat bab2 awal novel ni...rindu dengan gelagat mereka masa dalam A380 tu.

Ok tu bebelan aku tentang novel 13JAM A380 - Evelyn Rose. Kalau yang belum beli, aku cadangkan belilah cepat...memang best dan tak rugi beli. Ada juga kata novel ni bakal diadaptasi ke drama. Tapi ada juga kata akan dibuat filem. Tak tahulah mana yang betul.


Wednesday, January 1, 2014

novel the wedding breaker-evelyn rose



salam tahun baru 2014 untuk yang baca entry ini. happy tak korang dihari pertama untuk tahun baru ni? aku tak happy sangat sebab ada perkara yang men'touching'kan perasaan aku awal pagi tadi. comel gitu, awal tahun sambut dengan berita yang menyakitkan hati. untuk hilangkan rasa tak sedap, aku buat entry ni sambil dengar lagu SEPERTI RIHANNA-MEGABOYS

macam cantik jer
macam comel jer
dia berjalan 
seperti rihanna

terhiburlah juga...hilang sikit semut2 dalam hati ni. oklah, kali ni aku nak kongsi sinopsis novel the wedding breaker karya evelyn rose. aku baru je baca novel the wedding breaker ni bulan 10 hari tu. tu pun lepas tahun novel the wedding breaker ni diadaptasi jadi drama. kebetulan my sis pun beli lepas tahu najwa latif pun suka novel the wedding breaker ni, tu yang dia beli. aku tumpang baca je la...hehe.

aku tak kenal pun penulis ni, entah penulis baru agaknya. maklumlah sebelum ni aku taksub dengan novel2 alaf21 je. tapi sejak akhir2 ni aku dah malas nak belek buku alaf sebab MAHAL. novel the wedding breaker ni mengisahkan tentang ariana rose yang kerja kat putrajaya sebagai pegawai tadbir dan diplomatik. dia terhutang budi dengan juwita sebab selamatkan dia masa kena ragut. so, dia tolong juwita agar tak jadi kahwin dengan tengku adam kamil. masa hendak nikah, ariana datang menyamar sebagai girlfriend adam. lepas tu mengaku mengandung anak tengku adam lagi. majlis pun kecoh dan juwita tak jadi kahwin dengan adam.

ariana dan juwita happy sebab berjaya dalam rancangan mereka tu. sebaliknya tengku adam dan family terpaksa berhadapan dengan masyarakat yang menghentam mereka. tapi sebenarnya tengku adam memang kaki perempuan pun dan terlalu jauh terpesong dari islam. dia upah pengawal cari arianna dan menculik gadis tu. tengku adam cuba juga berlembut dengan arianna tapi arianna tetap tak mahu cakap siapa yang upah dia. dia tak mahu menyusahkan juwita. tengku adam siap bawa ariana jumpa doktor untuk periksa ariana tu mengandung ke tidak. 

doktor tu kawan bapa tengku adam. dia memang tahu tengku adam kaki perempuan. so, dia kenakan tengku adam dengan mengatakan ariana memang mengandung! tenguk adam terkejut tapi dia memang tak ingat pernah tidur dengan arianna. ariana pula tetap mengaku dia pernah tidur dengan tengku adam, walaupun dalam hati dia sudah takut dengan keputusaan doktor tu. tengku adam marah dan fikir ariana diupah oleh ramzul musuh dia dalam bisnes. dia juga sakit hati bila arianna tetap berdegil. so, dia pun meniduri ariana. 

tengku adam pelawa ariana jadi perempuan simpanannya tanpa rasa bersalah sikit pun. tapi ariana tak mahu dan sangat kecewa dengan semua perkara yang menimpahnya. mereka kemudian bertemu semula, tengku adam mula syok dengan arianna. sedangkan ariana buat2 tak kenal lelaki itu. bagi tengku adam, ariana sudah jadi haknya. dia asyik kejar ariana je. lepas tu cemburu lebih2 dekat harith dan sesiapa juga yang cuba mendekati arianna. sebenarnya adam nak juga kahwin dengan ariana tapi dia malu sebab ariana cuma orang biasa, kerani di putrajaya lepas tu bapa pula buka gerai makan je. dia tak nak diketawakan sebab family adam kan kaya.

tengku adam banyak bantu ariana dalam kerja2 kebajikan tapi arianna masih tidak menerimanya. satu malam tu tengku adam mengamuk selepas menghadiri majlis lelong. masa tu ariana datang dengan harith dan kebetulan rapat dengan ramzul dan adiknya. tengku adam datang ke rumah ariana dan cuba rogol dia lagi. tapi ariana terjatuh dan pengsan masa tengku adam kejar dia. tengku adam pun menyesal. sepanjang malam dia jaga ariana yang tidur itu.

esoknya arianna sedar dan terus lari pulang kelantan rumah mak dia dan bapa tiri dia dato jusoh. tengku adam kehilangan jejak ariana dan dia sangat menyesal. bapa adam pun jumpa doktor peribadi dorang tu, doktor tu ceritalah tentang adam pernah bawa arianna ke kliniknya. dia cakap ariana kelihatan seorang gadis yang baik dan dipaksa oleh adam. sebab tu dia sengaja kenakan adam dengan mengatakan ariana mengandung. doktor tu menasihati agar bapa adam, kahwinkan saja adam dengan ariana. bapa adam pun setuju, lagi pun dia berharap sangat agar anaknya itu berhenti dari tabiat buruknya yang suka tidur dengan semua perempuan. 

family adam pun carilah siapa tu ariana rose hussien. hussien tu bapa kandung ariana tapi dah cerai dengan mak arianna. mak ariana kahwin dengan dato jusoh. bapa adam pun berkenalanlah dengan dato jusoh tu. lepas tu mereka pergi kelantan dan pinang arianna. ariana pula setuju je bila familynya pun setuju. dia mahu lupakan kisahnya dengan adam tu. tapi dia tak tahu pun siapa tunangnya. lagipun mak dia kata tunang ariana tu orang biasa je. adam kemudian jumpa ariana masa ariana datang kl untuk ambil barang dia. adam sangat frust bila ariana kata dia dah bertunang. adam pun frust dan sangat menyesal. adam sebenarnya tak setuju dengan rancangan familynya menjodohkan dia dengan anak dato jusoh tu. tapi lepas frust tu, dia ikut jelah. dia tak tahu pun tunang dia ariana. dia cuma tahu nama ariana hussien. family adam pula cuma kata nama tunang dia rose. jadi adam pun fikir nama tunang dia rosnah jusoh!

lepas ni, adam sangat2 berubah dan jadi islam sangat2. sampai buat umrah lagi. lepas tu, mak bapa dia hairan kenapa adam tak pernah tanya tentang tunang dia? sampaikan makbapa dia fikir mereka dah salah pinang orang. so, mak dia sengaja letak gambar bertunang ariana di dinding rumah. pagi esoknya adam tekejut dan terus sujud syukur dan pi solat. dia happylah dengan semua tu. dia tak call ariana sebab takut arianna akan tahu. sebab dia yakin kalau ariana tahu, mesti ariana tak nak dia. arianna pula selalu mimpi kahwin dengan adam. lepas tu mereka pun kahwin, barulah ariana terkejut tapi dia tetap terima adam juga. mereka dapat anak lelaki 3 orang, asyraf,aqeel dan afzal. the end....

komen~ oklah, novel the wedding breaker memang menarik. tak rugi beli. banyak dialog yang aku tersenyum2 sendiri masa bacanya. antaranya yang adam fikir nama tunang dia ROSNAH JUSOH tu...hahaha..lawak juga adam tu. lagi satu aku suka masa hp arianna berdering tu...masa tu dorang kat restoran

       Adam tersenyum nakal sambil matanya tidak lepas dari memandang  wajah yang selalu didambakannya itu
        "Kring! Kring! Kring!"
        Adam mengerutkan dahi. Bunyi apa itu? Apa punya kuno bunyi telefon bimbit seperti itu. Dipandangnya Ariana yang sedang kalut membuka beg tangannya. Panggilan dijawab.
        Oh my God...Its her mobile's ringtone! Pekik Adam dalam hati sambil matanya tak lepas memerhati tindak tanduk Ariana

Sebenarnya banyak lagi dialog antara Tengku Adam dengan Ariana yang mencuit hati. Drama dia kat tv3 mesti ramai yang suka tengok. setakat ni  tak banyak yang berubah, semua ikut novel. cuma dalam novel watak ramzul (arja lee) dan adik dia (aku lupa nama adik dia tu) tak banyak mana. tapi dalam drama ni watak nabila huda tu pula sangat penting. oklah tu, aku suka nabila ni berlakon..sesuai apa watak pun. aku tak tengok sangat drama ni sebab 7pm aku layan 8tv, layan drama kantonis...^___^

watak fathia sebagai ariana tu oklah juga. cuma aku tak minat keith foo, sorry pada yang minat keith foo. Sekarang sangat ramai yang gilakan keith foo. aku terbayang aqasha bila watak kasanova. lagu tema drama tu, aku tak dengar sebab tak minat dayang. Tapi secara keseluruhan drama ni memang ok.

Saturday, November 9, 2013

Novel Isteri Separuh Masa - Suri Ryana

Novel Isteri Separuh masa - Suri Ryana

Novel Isteri Separuh masa - Suri Ryana ni aku baca minggu lepas. Ok juga la jalan ceritanya walaupun aku tak suka jenis cerita yang melibatkan adik-beradik angkat yang tinggal serumah lepas tu kahwin. Entah rasa macam geli la sebab kan dah macam adik beradik. Dari kecil sampai besar bersama lepas tu kahwin pula. Uhh, memang tak dapat terima la. Novel Isteri Separuh Masa- Suri Ryana kisahnya macam tu la. Mula aku malas baca tapi sebab boring..aku baca juga akhirnya. Lagi pun aku suka novel yang guna 'aku' sebagai pengerak cerita. 

Ok, novel isteri separuh masa~Suri Ryana ni mengisahkan tentang Medina Izwani (nama ni mengingatkan aku pada Chris Medina peserta American Idol's) yang menjadi anak angkat kepada ibubapa Nazrin sejak dia berusia 5 tahun lagi. Sejak dia kecil, Nazrin tak pernah suka pada Medina. Bila dewasa lagilah dia benci sebab Medina bagi tahu pada ibubapa mereka yang bakal tunang Nazrin main kayu 3 dibelakang Nazrin. Family mereka pun tak setujulah Nazrin tunang dengan Zita. Nazrin anggap semua ni berpunca dari Medina yang penyibuk tu.

Medina baru nak spm bila, family cadangkan dia kahwin dengan Nazrin. Nazrin cuba elak tapi sebab nenek dia mendesak, dia terpaksa bertunang juga dengan Medina. Lepas setahun, mereka dikahwinkan. Medina sebenarnya frust juga sebab masa sekolah dia suka dengan Megat Shazril. Nazrin tetap benci dia, dia tak mahu pun jadi suami sebenar Medina. Depan family je mereka jadi suami isteri, belakang masing2 buat hal masing2. Medina ingin berbaik juga dengan Nazrin tapi Nazrin menjauhkan diri, dia belajar di luar negara pun tak mahu bawa Medina. So, Medina sambung belajar di dalam negara saja.

4 tahun berlalu, Medina sudah tahun akhir. Nazrin pula jadi tutorial untuk salah satu subjek yang Medina ambil. Nenek mereka tinggal di rumah Nazrin, terpaksa la Medina tinggal sekali di rumah Nazrin. Mulanya kawan2 Medina tak tahu pun Medina dah kahwin. Medina cuma cakap Nazrin tu abang angkat dia. Macam2 terjadi bila nenek mereka macam sengaja buat Medina dan Nazrin rapat. 

Dari hari ke sehari, mereka nampak dah ok. Nazrin pun dah kurang benci pada dia Medina. Zafril pula minat dengan Medina tapi Medina tolak. Zafril selalu hantar bunga pada Medina dalam diam2. Kemudian Zafril bercinta dengan Niza kawan Medina. Nazrin ajak Medina, nenek dan mak Timah ke Bali. Di sana Nazrin jumpa Zita yang ada curang. Sebenarnya selama ni Nazrin tak pernah putus pun dengan Zita. Janji Nazrin, dia akan bercerai dengan Medina dan lepas tu baru kahwin dengan Zita. Tapi Zita curang dengan lelaki lain di Bali. So, Nazrin putuskan hubungan mereka. Masa tu barulah dia menyesal tak percaya kata2 Medina dulu. Nazrin pun berbaik secara rasmi dengan Medina. Mereka pun jadi suami isteri yang sebenar.

Hubungan mereka ok hinggalaha Medina kena culik oleh Zafril. Rupanya Zafril tu adik Megat Shazril. Zafril ni balas dendam dengan Medina. Dia gunakan Niza untuk culi Medina. Sebenarnya Megat shazril dah mati bunuh diri. Dia telan ubat dengan banyak gara2 frust Medina kahwin dengan Nazrin. Masa ibubapa Megat ke hospital, mereka kemalangan. Tinggallah Zafril seorang. Itu yang buat dia salahkan Medina dan nak balas dendam. Nasib baik polis datang, Medina dan Niza selamat. Zafril kena tangkap. Endingnya, Medina dah konvo..dia dan Nazrin pun dah ada anak nama Nawra Mariss. Niza kawan dengan Aliff.

Komen ~ Masa aku baca novel ni asyik terbayang je muka Nomad ( tetap menantimu...). Lagi, aku teringat filem Korea My Little Bride. Terutamanya bab Nazrin jadi tutorial tu. Lepas tu dalam cerita korea tu pun yang paksa kahwin nenek dia juga. Lebih kurang macam dalam novel ni la juga. Tapi novel isteri separuh masa~Suri Ryana ni memang ok la juga, kalau korang nak beli. Agak2nya novel ni akan di buat adaptasi drama tak? Bukan apa, sejak akhir2 ni novel jadi drama semakin menjadi2, kan. Ok juga la kalau novel ni dibuat drama.


Thursday, November 7, 2013

Novel Sandal Bunga-bunga ~ Faziela

Novel Sandal Bunga-bunga ~ Faziela

Novel Sandal Bunga-bunga - Faziela ni dah lama my sis beli tapi baru semalam aku baca. Ok, tak mahu intro panjang2, aku terus ke jalan cerita novel sandal bunga-bunga. Kisahnya tentang Zahran dan Izza yang masing2 punya kisah silam dalam percintaan masing2. Zahran yang kecewa bila Deena bertunang dengan lelaki pilihannya terus mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia. Selama ni dia duduk di Dubai. Izza pula kecewa bila kesetiaannya selama 8 tahun dipermainkan oleh Naqib. Naqib curang dan bermain kayu tiga dengan kawan sekampus Izza. Mereka berdua cuba bangkit dan melupakan kedukaan itu.

Zahran dan Izza bertemu secara kebetulan. Masa tu Zahran datang ke pejabat Izza. Izza anggap Zahran itu sombong tapi lepas bertemu beberapa kali, dia membuang telahannya itu. Kebetulan pula mak Izza dan mak Zahran saling kenal-mengenal. Family mereka pun berniat menyatukan Zahran dan Izza. Zahran tidak ada masalah dia terima cadangan keluargannya itu. Lagi pun dia mula jatuh cinta dengan Izza dalam diam2. Izza ambil masa sedikit untuk menerima Zahran. Hanya selepas yakin yang Zahran tidak kisah dengan perangai2 pelik Izza, baru la Izza menerima lamaran Zahran.

Mereka pun kahwin, Zahran menjadi suami yang baik pada Izza. Dia sering bawa Izza melakukan aktiviti lasak dan mencabar. Walaupun Izza benci dengan semua itu tapi dia turuti juga semua pelawaan Zahran. Hubungan mereka baik2 saja hinggalah Naqib dan Deena muncul. Naqib selalu nak jumpa Izza sedangkan Naqib sendiri sudah ada isteri. Izza akhirnya berterus terang tentang Naqib pada Zahran. Zahran kemudian menemui Naqib dan memberi amaran agar menjauhkan diri dari menganggu kehidupan Izza lagi. Naqib akur dan mengundur diri.

Kehidupan mereka kembali normal hinggalah Deena pula yang muncul. Izza agak terganggu dan hampir2 termakan kata2 Deena mengenai Zahran yang kononnya cuma memperalatkan Izza. Zahran akhirnya berterus terang tentang kisah lamanya dengan Deena. Deena sebenarnya sangat cintakan Zahran. Dulu dia bertunang semata2 untuk sakitkan hati Zahran je. Dia pun memutuskan pertunangannya dan datang ke Malaysia untuk mendapatkan Zahran semula. Zahran memang terkejut tapi dia sudah melupakan Deena dan hidupnya cuma untuk Izza.

Izza mengandung, Zahran sangat gembira. Deena menyimpan dendam dan menculik Izza. Masa dalam penculikan tu, Deena mendera Izza dengan teruk. Malah Deena hampir tembak Izza, nasib baik ada orang yang nampak kejadian tu. Izza yang cedera teruk di bawa ke hospital. Zahran sangat sedih melihat keadaan Izza. Malah kandungan Izza juga tidak dapat diselamatkan. Izza juga mengidap tekanan jiwa akibat kejadian itu. Izza pernah meminta agar Zahran tinggalkan dia saja. Tapi Zahran sayangkan Izza. Selepas hampir dua bulan di wad, Zahran bawa Izza pulang. Izza pun sudah mula sembuh. Deena pula masuk hospital mental.
Izza sembuh sepenuhnya...endingnya, Zahran bawa Izza ke Pulau Redang. Mereka sama2 tengok matahari terbit. The End...

Komen ~ Ok juga la novel sandal bunga-bunga~Faziela ni. Cuma aku rasa malas nak baca hujung2 novel ni sebab Deena digambarkan melampau2 kejahatannya. Lagi pula, banyak novel yang aku baca sejak akhir2 ni semua ada kes ex bf atau gf jadi obses sampai ambil tindakan melampau macam menculik, cederakan orang, bunuh diri dan membunuh pun ada. Aku rasa boring bila banyak persama macam tu. Lagi satu, aku tak suka betul nama Izza tu. Macam ombak rindu la pula. Tapi aku suka penulis ni gambarkan Zahran tu seorang yang aktif dan sukakan aktiviti lasak dan extreme. Aku rasa kebanyakan pembaca pun suka hero jenis macam ni.