Tuesday, February 26, 2013

Novel Jawapan Yang Pasti-Eka Fahara

Novel Jawapan Yang Pasti-Eka Fahara

Assalamualaikum? Holla, blog! 

Novel Jawapan Yang Pasti-Eka Fahara ni saya beli sebab saya suka cara penulisan Eka Fahara. Dulu saya ada baca novel lamanya 'Nilai Cintamu'. Ok juga novel tu. Saya suka cara dia mengelolakan cerita. Ingat nak baca novel Nilai Cintamu semula lepas tu nak buat entry. Saya memang niat nak buat entry semua novel2 yang saya ada..tak kira novel lama atau baru...insyaAllah.

Novel Jawapan Yang Pasti-Eka Fahara ini mengisahkan tentang Kyra Suraya yang bercinta dengan pelakon terkenal Ariff Iskandar. Kyra ni tinggal berjiran dengan rumah makbapa Ariff di Kedah. Mereka dah lama bercinta tapi Ariff tak pernah mengaku pada media yang dia dengan Kyra bercinta. Kyra kecil hati dan mula meragui cinta Ariff. Sedangkan Ariff punya sebab tertentu merahsiakan hubungan mereka.

Pada masa yang sama, Kyra bertemu dengan teman lamanya Putra. masa mereka belajar dulu, Dia dan Putra sangat rapat tapi kemudian renggang bila Kyra tahu Nora teman baiknya cintakan Putra. Hubungan mereka terputus lepas tu. hinggalah Nora ajak mereka bertemu semula. Dr Ezril pula tertarik dengan Kyra dan kebetulan mereka bertemu di KL, masa Kyra bertemu dengan Putra dan Nora. Dr Ezril ni anak saudara bos Kyra. Mereka mula rapat tapi Kyra tetap cintakan Ariff. 

Ariff pula ditangkap khalwat dengan Natasya. Kyra sangat kecewa dan terluka. Dia tak mahu jumpa Ariff lagi. Tapi Ariff sangat cintakan Kyra. Dia dan Natasya tiada apa2 hubungan pun, dia tolong Natasya malam kejadian tu sebab perempuan tu sakit. Natasya pun dah ada teman lelaki. Masa Ariff ditemubual dalam TV dia berterus terang tentang hubungannya dengan Kyra Suraya. Lepas tu dia berusaha pujuk Kyra dan melamar gadis itu. Ibubapa Ezril pun melamar Kyra masa tu. Ariff cemburu tapi Kyra tak pernah pun cintakan Ezril.

Ezril cintakan Kyra tapi dia tetap menghormati keputusan Kyra. then, Kyra pun kahwin dengan Ariff. Kyra ke singapura cari mak kandung dia. Tak sangka mak kandung kyra kahwin dengan bapa Putra. Putra kembali cintakan Kyra dan cuba rampas Kyra dari Ariff pada mulanya. Tapi akhirnya mereka berbaik juga. the end..

Komen saya? ok juga la novel Jawapan Yang Pasti-Eka Fahara ni...cuma saya rasa nak nak muntah dengan watak Putra tu. Betul2 tak suka. Part Kyra dengan family kandungnya pun saya malas nak baca. Saya suka part Kyra dengan  Ariff dan Ezril aje. Tapi sedih sebab Ezril tak dapat memiliki Kyra sedangkan dalam cerita ni dia memang lelaki baik dan cintakan Kyra dengan tulus. Walaupun kecewa dia tetap baik dengan Kyra dan ariff. 

Ok, bye.

Monday, February 25, 2013

lagu cinta -dewa


Aku jatuh cinta,'tuk kesekian kali
Baru kali ini ku rasakan cinta sesungguhnya,
Tak seperti dulu
Kali ini ada pengorbanan

Cinta bukan sekedar kata-kata indah
Cinta bukan sekedar buaian belaian peraduan

Samudra cinta dari pulung hati
Tak terukur dalamnya
Hingga saat perpisahan tiba
Mengundang air mata
Atau hanya secuil penyesalan

Cinta adalah ruang dan waktu
Datang dan menghilang
Semua karunia sang pencipta

Mungkinkah kau sedang menatap bulan
Bulan sabit yang sedang kupandangi
Mungkinkah kamu menangis
Diatas bintang khayalku

Maafkanlah cinta
Atas kabut jiwa
Yang menutupi pandangan kalbu

Novel Uda & Dara- Aisya Sofea

Novel Uda & Dara- Aisya Sofea

Assalamulaikum? Hallo, blog!

Novel Uda & Dara- Aisya Sofea ini baru aje saya habis baca tadi. Novel Uda & Dara-Aisya Sofea ni mengisahkan tentang Izzat Hilman @ abang Man dan Siti Mariam @ Mar. Abang Man ni anak angkat makbapa Mar. Abang Man ni rapat dengan abang Omar (salah seorang abang Mar). Dari zaman sekolah lagi Mar memang sukakan abang Man. Tapi kemudian mereka terpisah bila mak abang Man tak suka Mar rapat dengan abang Man. Lagi pun mak abang Man mahu jodohkan abang Man dengan anak saudaranya yang tinggal di Kluang.

Pada masa yang sama kawan2 abang Man memperlekehkan Mar yang masa tu gemuk. Abang Man pun kutuk Mar masa tu dan cakap dengan kawan2nya, Mar orang suruhannya. Kebetulan Mar memang buat apa saja yang abang Man suruh dan sentiasa mendampingi abang Man. Masa tu Mar sangat sedih dan kecil hati. Abang Man kemudian melanjutkan pelajaran dan selepas tu mereka terputus hubungan. 

Lepas 17 tahun mereka bertemu semula. Masa tu mereka semua berkumpul di rumah mak bapa Mar. Abang Man terkejut sebab Mar dah tak gemuk dan nampak cantik. Rupanya selama ni Abang Man dah mula berhubung semula dengan abang Omar tanpa pengetahuan Mar. Abang Man jatuh hati dengan Mar. Tapi dalam diam Mar marah dan masih dendam tentang hal dulu. Abang Man bersungguh2 minta maaf dan mereka jadi rapat.

Bapa kandung Mar terlibat dengan ah long. Abang Man jual tanah arwah mak bapa dia untuk langsaikan hutang bapa kandung Mar. Lepas tu dia kahwin dengan Mar. Mula2 Mar tak terima abang Man. Lagipun kak Yah (kakak abang Man) tak suka Mar dan masih nak teruskan wasiat arawah mak mereka yang mahu abang Man kahwin dengan sepupunya Khalidah. Malah kak Yah sengaja bawa sepupunya itu di rumah abang Man semata2 mahu sakitkan hati Mar. 

Mar akhirnya dapat terima abang Man sebagai suaminya. Tapi kak Yah masih juga tak suka dia. Mar kemudian keguguran. Anak kak Yah pula masuk hospital dan Mar pula dermakan darah. Lepas tu barulah kak Yah terima Mar. Akhirnya Mar dan abang Man bahagia dan dapat anak lelaki. 

Dihujung cerita Novel Uda & Dara-Aisya Sofea ini, ada majlis anak abang Man dan Mar. Tetamu yang datang antaranya bos Mar, En Lukman dan isterinya Farah (watak dalam novel Jendela Hati). Ada juga Adam Mukhriz (sebagai kawan abang Man) dan isterinya Ain Hawani (watak dalam novel Adam Hawa). 

Komen ringkas:  Novel Uda & Dara-Aisya Sofea ini ok la juga. Saya suka. Cuma sesekali tu rasa bosan juga sebab banyak sangat dialog hero dan heroin. Pula tu asyik cakap hal yang sama aje. Si heroin tak habis2 nak main tarik tali dengan hero. Lagi bosan bila heroin asyik2 kata tak suka hero tapi peliknya dia sentiasa berkepit dengan hero. Lepas tu bagi layan dengan baik sekali dan boleh bergelak ketawa dengan hero lagi. Tak faham saya. Tapi tak faham pun saya baca juga novel ni sampai habis...😺

Sunday, February 10, 2013

Menara Kayangan (Tower Of Heaven), Lahad datu

Saya tahu tempat ni, Menara Kayangan (tower of heaven) tahun lepas masa google tempat tinggi di sabah. Sumpah! Saya memang tak tahu ada tempat cantik macam ni di sabah. Sekali tengok terus suka dan berangan nak sampai ke Menara Kayangan (tower of heaven). Kebetulan hari tu pergi Tawau 3 hari. Jadi masa pulang dari Tawau tu singgah la kejap di tempat tu. Menara Kayangan (tower of heaven) tu dekat Simpang Lembah Danum. Masuk dalam tu agak jauh juga, jalan pula pusing2 tapi pemandangan tu memang cantik la. Tiket masuk rm2 untuk dewasa dan rm1 untuk budak2. murah je kan...

Sampai je di sana, saya terus naik atas dan ambil gambar, snap sana..snap sini. Masa di atas tu juga ada hujan panas, lepas tu ada pelangi...Wah! cantik betul pemandangan masa tu. Di sepanjang tangga naik atas tu ada gambar2 binatang yang terdapat di hutan simpan tu. Di bawah ni, semua gambar2 saya ambil masa tu.

Pintu gerbang Menara Kayangan ( Tower Of Heaven), ni jalan masuk ke dalam tu. Beli tiket kat pintu nilah.

pemandangan dari tingkat bawah Menara Kayangan (Tower Of Heaven)

Menara Kayangan ( Tower Of Heaven ), Lahad Datu

view dari puncak menara kayangan

Menara Kayangan ( Tower Of Heaven ), Lahad datu


Nampak tak laut kat depan sana tu? Cantik betul pemandangan dari atas sini. Boleh nampak pulau2 kecil kat laut tu. 

Masa ni hujan, tu awan hitam tu tengah muntahkan hujan...

zoom pulau2 kecil kat bawah tu...

Pemandangan yang cukup buat aku bersyukur dan menghargai keindahan alam semulajadi.


Di bawah, saya tak dapat ambik gambar sebab battery camera sudah 'kong'. frust saya..hp pun sama. Nasib baik my sis punya hp masih ada cas. Jadi guna hp dia la untuk ambik gambar di kawasan bawah. Tapi tak banyak sebab masa tu kami dah nak pulang. Tapi pemandangan di tempat ni memang cantik. Petang tu ramai pengunjung yang duduk2 di bangku yang disediakan. Ada juga kumpulan yang datang untuk sambut birthday di situ. Sayangnya saya tak dapat nak lama2 menghayati susana cantik di situ. Hari pun dah petang sangat, terpaksa turun dan teruskan perjalanan pulang ke Sandakan.

bahagian bawah menara kayangan (tower of heaven)

depan menara kayangan

gambar penuh menara kayangan ( tower of heaven)


Masa turun bawah bateri camera pun dah habis, terpaksa guna hp biasa untuk tangkap gambar. Gelap lagi gambarnya. Hehe...kebetulan masa tu pun dah masuk senja. Best lepak2 sini, sambil tengok pemandangan di bawah tu...

 
pemandangan dari bawah menara kayangan (tower of heaven)...

Saturday, February 9, 2013

Novel Suara Hati-Anis Ayuni

Novel Suara Hati-Anis Ayuni

Assalamulaikum? Hallo, blog!

Mula2 baca dulu saya tak berapa suka hero dia mati, lepas tu heroin pula kahwin dua kali. Tapi lama2 tu, saya baca balik rasa best pulak. Saya suka watak Haris yang setia itu. Lepas itu sanggup lagi mengahwini Hani yang beranak dua itu.

Novel Suara Hati-Anis Ayuni ini mengisahkan tentang Hani yang masih belajar di U. Dia ni aktif suka dan bercinta dengan Haris yang juga aktif dalam sukan. Haris ini belajar di Singapura. Tapi kemudian Haris menyepi dan Hani mula rapat dengan Naim, anak kenalan ibubapa Hani.
Naim ni pensyarah di U tempat Hani belajar tapi fakuliti kejuruteraan. Tapi Hani tak tahu pun dan Naim pun tak pernah bagitahu. Family Hani sebenarnya pernah pergi umrah bersama2 dengan family Naim. Naim juga ikut sama. Masa di sana family hani tunjuk gambar Hani, Naim terus jatuh cinta. then kedua2 family pun merancang satukan Hani dan Naim. Naim seorang lelaki yang baik dan ketika Hani rasa kehilangan cinta Haris, Naim tempat Hani berhibur. Sebelum mereka berkahwin, Haris muncul semula.

Haris lama menyepi sebab terpaksa ke US untuk temankan adiknya yang kritikal akibat kemalangan. Berbulan2 dia menjaga adiknya di sana. Dia ingatkan Hani akan faham rupanya dia silap. Lagi pun mereka sudah berjanji untuk setia walau apa terjadi. Tapi sudah terlewat sebab Hani sudah bertunang dan bakal berkahwin. Haris sangat sedih tapi dia terpaksa redha. 

Hani pun berkahwin dengan Naim dan bahagia. tapi masa mengandungkan anak kedua, Naim meninggal dunia. Mujurlah keluarga Hani sentiasa memberi sokongan. Lepas 3 tahun, Hani terjumpa Haris di rumah ibubapa arwah Naim. Haris sebenarnya kerja satu tempat dengan Rozie adik arwah Naim. Haris mula rapat dengan anak2 Hani dan akhirnya mereka kahwin juga. The End...

Minat punya pasal sampai saya cerita habis satu novel ini hahaha 😊