Tuesday, November 29, 2011

10 cara menyucikan hati

  1. Dirikan solat dan banyakkan berdo’a. Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih”.
  2. Selawat keatas Nabi Muhammad S.A.W - Paling minima 100 X sebelum tidur. Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orangsayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
  3. Solat taubat. Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
  4. Membaca Al-Quran. Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah “Qulhu-allah”sebanyak 3X.
  5. Berma’af-ma’afan sesama kawan setiap hari. Semasa meminta maaf perlu sebutkan.
  6. Bisikan kepada diri perkara yang positif. Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. Katakanlah “Aku sebenarnya……(perkara yang elok-elok belaka)
  7. Program minda/cuci minda. Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”. Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya.
  8. Berpuasa. Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.
  9. Cuba ingat tentang mati. Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa.
  10. Kekalkan wuduk.
  11. Bersedekah
  12. Belanja orang makan.
  13. Jaga pemakanan. Jangan makan makanan yang syubhat. (Penting dalam aspek menuntut ilmu)
  14. Berkawan dengan ulama’.
  15. Berkawan dengan orang miskin. (menginsafi)
  16. Pesan pada orang, jadi baik.
  17. Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulut…dsb), jangan dengar orang mengumpat.”

Monday, November 28, 2011

mencintaimu kerana ALLAH?





Mencintaimu Kerana Allah ?

Ada orang masuk syurga kerana cinta dan tidak sedikit orang yang akan dihumbankan ke neraka gara-gara cinta.

Cinta, rasa yang ada dalam hati yang tidak boleh dihalang-halangi. Hati yang merasainya, sehingga boleh terhibur atau tersiksa kerananya. Datangnya dari dua sumber yakni dari nafsu dan dari Allah.

Cinta yang diilhamkan oleh nafsu berlaku bila hati kotor, sering melakukan dosa dan tidak pula bertaubat.

Sifat-sifat keji seperti sombong, ujub, riya, gila puji, hasad dengki dan lain-lain sifat jahat bersarang dalam hati tidak dikikis, maka ketika itu nafsulah yang akan jadi Tuhan dalam diri sehingga apa saja yang dilakukan mengikut arahan nafsu. Termasuk dalam meletakkan cinta, ukuran yang diberi dan sebab jatuh cinta pun ikut selera nafsu.

Lelaki akan jatuh cinta pada perempuan yang menampakkan kecantikannya hingga tubuh badan perempuan itu sudah tidak terlindung lagi pada pandangan nafsunya. Cinta yang diberikan ialah untuk mengisi kenginginan nafsu seks lelaki kepada perempuan.

Begitu juga wanita, jatuh cinta sebab lelaki kaya, handsome bergaya, ada jabatan dan lain-lain keistimewaan yang disenangi oleh nafsu. Lantas cinta diberikan dengan harapan dapat tumpang kemewahan dan kesenangan hidup. Cinta yang datang dari nafsu ditujukan untuk kesenangan nafsu semata-mata.

Bila bertaut dua cinta yang dilahirkan oleh nafsu berlangsunglah babak-babak maksiat dan dosa. Surat menyurat, telepon, berpegangan tangan , keluar makan-makan, berdua-duaan di tempat sepi, saling rindu merindukan dan ada yang tinggal serumah. Tidak malu pada orang sekeliling, apa lagi pada Allah Yang Maha Melihat. Lantaran itu sanggup buat apa saja, berzina, menggugurkan kandungan dan membunuh bayi tak berdosa.

Cintanya hanya selagi nafsu ada kepentingan. Sanggup buat apa saja, sekalipun bunuh diri, kalau kecewa. Sedap dan indahnya sekejap. Inilah puncak cinta yang paling malang, menceburkan diri ke dalam neraka.

Cinta nafsu kalau pun bersambung sampai membina rumahtangga tetap akan menyeksa. Akan mudah cinta bertukar jadi benci. Pertengkaran, masam muka, kata-mengata, ungkit mengungkit, suami tidak pedulikan isteri dan isteri pun hilang hormat pada suami. Rumahtangga panas dan menunggu saat untuk ditalqinkan ke kubur perceraian, tenggelam dalam kemurkaan Allah.

Sebaliknya cinta yang dialirkan oleh Allah ke dalam hati, itulah cinta yang benar, suci lagi murni.

Cinta yang bukan diukur ikut pandangan mata, tapi ikut pandangan Allah. Ia bersebab kerana Allah dan cinta diberi pun untuk dapat keredhaan Allah.

Cinta yang datang dari Allah menyebabkan seseorang takut untuk melanggar perintah Allah yang kecil, apalagi yang besar. Seorang yang sudah dapat mencintai Allah, cinta yang lain-lain jadi kecil dan rendah padanya. Sehingga mampu menyikapi dengan selayaknya.

Bagitulah betapa cinta yang dulunya datang dari nafsu dapat dipadamkan bila dia kenal dan cinta pada Allah.

Cinta Allah ialah taraf cinta yang tinggi.

Puncak cinta ini ialah pertemuan yang indah dan penuh rindu di syurga yang dipenuhi dengan kenikmatan.

Oleh itu orang yang kenal dan beradab, dia malu pada Allah. Malah karena malunya itu dia tidak nampak yang lain lebih hebat dari Allah. Cintanya tertumpu pada Allah, dan penyerahan diri pada Allah sungguh-sungguh.

Seorang yang bijak dan beradab meletakkan kecintaan yang besar pada Allah, pada Rasulullah dan barulah pada makhluk-makhluk lain di samping-Nya.

Itulah peletakan cinta yang betul dan menguntungkan di dunia dan juga di akhirat.

sumber gambar & info : google

Thursday, November 17, 2011

man of honor glory jane (영광의 재인 )


man of honor glory jane (영광의 재인 )


Title: 영광의 재인 / Youngkwangeui Jaein / Glory Jane
Chinese Title: 荣光的在仁
Also known as: Man of Honor
Genre: Romance
Episodes: 24
Broadcast network: KBS2
Broadcast period: 2011-Oct-12 to 2011-Dec-29
Air time: Wednesday & Thursday 21:55


man of honor glory jane (영광의 재인 )
Synopsis
Kim Young Kwang (Chun Jung Myung) is a baseball player on a minor league team, former 4th hitter of the major league team, is an innocently confident man who never stops trying his best to re-live past glories. Yoon Jae In (Park Min Young) works as a nurse’s aide is a struggling young, cheery, bright girl who always maintains a positive attitude despite her poor background and dreams of becoming a nurse. She meets Kim Young Kwang at the hospital when he sustains injures, as they struggling to overcome their fates, they find love. Seo In Woo (Lee Jang Woo) is the future heir of a sports clothing company and also the clean-up hitter for the a professional baseball team that his father owns. A love triangle ensues between these three characters.

man of honor glory jane (영광의 재인 )

Cast
Chun Jung Myung as Kim Young Kwang
Ahn Do Gyu as child Young Kwang
Park Min Young as Yoon Jae In
Ahn Eun Jung (안은정) as child Jae In
Lee Jang Woo as Seo In Woo
Kim Ji Hoon (김지훈) as child In Woo


man of honor glory jane (영광의 재인 )


man of honor glory jane (영광의 재인 )

sumber : google

Wednesday, November 16, 2011

masterchef malaysia

sbetulnya bosan suda aku menengok blog ni, kalau kertas suda aku buang dan bakar! nda tau kenapa...tp ada feeling yg nda sedap bila aku mau buat entri. suda la tu, asal aku buka blog ni terus my otak blank! padahal sbm buka, punya byk idea mencurah2...kin panas tul.

aku ada tengok masterchef malaysia...mcm syok pula ditengok, masak2 lepas tu disingkir. tadi mastura yang tersingkir, maggie dimasaknya biasa saja. naa...tu la nda campin, cuba dia masak martabak maggie...mesti kalah tu maggie si zamir tu...hahaha. tp ok juga la, biar tersingkir tp banyak suda yg dia belajar masa dlm masterchef tu.

lepas ni siapa pula tersingkir? harap2 novelis tu...malas ku tgok, trep2 hebatlah...bercakap pun ek! aku kalau suda ada gaya2 ek lepas tu ckp tu 'besar' memang aku 'X' terus. lagi si nik tu...mau ku ketuk sama saji...keluar sdh ke'trep'annya. nda habis2 mengomen si izani. tunggu la bila kau jadi ketua...keluar juga lagak mu tu!

chef lain, ok2 juga la...aku paling kagum sama si saiful tu. latar belakangnya tu yang menarik...asal kg, penoreh getah tapi campin dalam masakan barat. bukan alang2 tu...minta2 la nda tekeluar minggu depan. jgn jadi mcm si terrence....punya sayang terkeluar. nda sgka btul. tp jadi pengajaran la tu sama dia...tersingkir sebab nda ambil berat tentang kebersihan!

aku pun rasa mau mendalami bidang masakan...hahahaha. tp bukan sbb terpengaruh dgn masterchef ni. sbtulnya, aku rasa tcabar bila my uncle komplen semua makanan yg aku masak hari tu nda sdap langsung. sentap juga aku sbb masa tu ramai org tp buat2 lek jak. biarlah, skurang2nya aku buat smua keja tnpa bantuan siapa2. lagi, aku jadi kn kata2nya smngat utk aku mbaiki dan mcuba blajar lbih byk lagi ttg masak2 ini! chayoi2....

Saturday, November 5, 2011

salam aidiladha

sumber : google

salam aidiladha untuk semua...kali ni rasa tak meriah pula kalau nak banding raya puasa. maklumlah kali ni family yang jauh2 tak pulang. apa2 pun moga kita semua gembira dan mendapat rahmat dariNYA yang maha esa. salam aidiladha sekali lagi. kalau dah menjamu selera tu, janganlah lupa untuk menghayati erti korban sebenar..ok, hihihi