Thursday, January 16, 2014

Novel 13 JAM A380 - Evelyn Rose

Novel 13 JAM A380 - Evelyn Rose
Ini entry kedua untuk tahun 2014...tengok gambar kat atas tu, mesti dah tahu aku nak story tentang novel 13 JAM A380 - Evelyn Rose. Sinopsis novel 13 JAM A380 ni tentang Hana Sofea yang dah 3 tahun skodeng twitter Syed Haydar. Siang malam berdoa minta ditemukan dengan Haydar. Impaiannya tercapai bila kebetulan dia naik flight sama dengan Haydar. Mereka pun cipta kenangan indah sepanjang pernerbangan 13 jam tu. Hana juga jadi kekasih kayangan untuk Haydar sepanjang 4 jam. Tapi lepas sampai di bumi London, mereka kemudian terus berpisah.

Hana kemudian bertemu dengan Fawwaz. Dia ni sangat-sangatlah alim, Hana yang frust tengok Haydar dengan kekasih modelnya tu terus suka dekat dengan Fawwaz. Kerana Fawwaz juga dia mula menjadi muslimah yang sebenar. Selepas 3 tahun, mereka nak kahwin tapi Haydar muncul dan nak kahwin dengan Hana juga. Banyaklah Haydar buat sampai Hana jadi milik dia. Hujung novel 13 JAM A380 ni, Haydar dan Hana ada anak perempuan Sharifah Husna Huri. 

~ FALIQ NASIMUDDIN

Ok, sebelum aku beli novel 13 JAM A380 - Evelyn Rose ni, aku dah baca beberapa bab di blog Evelyn Rose. Bab pertama je aku terus suka novel Novel 13 JAM A380 - Evelyn Rose ni dan teus jatuh cinta dengan Haydar. Rupanya penulis mendapat inspirasi menulis watak Haydar ni dari seorang yang memang ada di alam realiti. Siapa lagi kalau bukan Faliq Nasimuddin. Jujur aku memang tak tahu siapa Faliq Nasimuddin tu. Ada beberapa blog yang review novel ni semua ada cakap pasal Faliq Nasimuddin. Google punya google...akhirnya aku pun tahulah siapa Faliq Nasimuddin ni. Rupanya dia ni anak pengasas Naza Group. 

Kelakarnya, ada yang review novel ni, terus kata follow twitter si Faliq Nasimuddin ni. Hahaha...kuatnya pengaruh novel ni. Sampai si Faliq ni pun baca novel ni lepas beberapa kawan dia sarankan dia baca. Aku pula dari tak tahu jadi tahu semua tentang NAZA GROUP...termasuk Naza sibilings. Lagi yang aku baru tahu, dia ni adik Nasarudin suami si Marion Caunter tu...hahaha, nampak tak di situ ketinggalan zamannya aku? 

~ AKU JATUH CINTA DENGAN HAYDAR!

Macam aku cakap kat atas tadi, mula2 baca bab 1 di blog Evelyn Rose aku terus jatuh cinta dengan Haydar. Terus nak beli novel 13 Jam A380 ni. Proses menunggu kedatangan novel ni memang sangat menggugat keimanan. Memang tak sabar dan asyik menghitung hari. Dapat je terus baca...tak henti sampai habis. Makin lama baca, makin suka dengan watak Haydar.

Sebelum baca penuh novel ni, aku baca semua review dari mana-mana pembaca novel ni. Ramai yang kata Fawwaz lagi layak dengan Hana. Lepas tu kata Haydar ni licik dan main kotor untuk dapatkan Hana. Komen2 negatif tentang Haydar tulah buat aku rasa tak sabar nak baca novel ni sampai habis. Hasilnya................

Aku semakin suka dengan Haydar. Takdelah pun jahat atau liciknya...biasa je perangai atau perbuatan macam tu bila gila dekat perempuan. Bagi aku memang dialah yang paling layak dapat Hana. Dia dulu yang kenal Hana berbanding Fawwaz. Memang dia banyak potong jalan Fawwaz tapi kalau tengok betul2, Haydar memang berusaha habis nak dekat dengan Hana. Macam-macam dia buat untuk bisnes Hana di Malaysia sepanjang 3 tahun Hana di luar negara. Tapi Hana tak tahu pun. Lepas tu bila Hana pulang Malaysia pun, Haydar buat macam-macam untuk ambil hati keluarga Hana. Jelas dia memang banyak berusaha untuk dapat Hana.

Fawwaz? Memang alim habislah, sampai Hana cakap dia tu macam malaikat. Hana jadi baik dan berhijab pun sebab Fawwaz. Tapi Hana ada kata, semua tu pun sebab dia kecewa dengan Haydar masa pertemuan pertama dorang dulu. Tentang agama tu memang Fawwaz superb, tapi aku tetap tak suka bila dia tak boleh terima Hana yang punya kisah silam dengan Haydar. Alaa...bukannya teruk sangat pun, tapi entah Fawwaz ni over pula nak pilih calon isteri. Kesian Hana...sudahlah tu Fawwaz memang tak berusah pun pertahankan cinta dia dengan Hana, mudah je dia putuskan untuk tak pilih Hana sebagai isteri. Memang sesuailah pun dia tak dapat Hana. 

Hana? Heii, memang sesuailah dengan Haydar. Nakal ya juga...suka sangat masa dorang jumpa dalam flight tu. Tapi masa jumpa Fawwaz, aku tak suka langsung. Aku juga tak suka bila dia asyik lukakan hati Haydar. Nasib baiklah Haydar ni penyabar je orangnya. Masih nak dekat Hana walaupun Hana mulanya nak kahwin sebab nak perniagaan family dia Haydar kembalikan. Sudahlah tu, lepas nikah dia memang rancang untuk lari tinggalkan Haydar. Masa ni aku tak suka langsung dekat Hana, terlau ikut perasaan...asyik balas dendam je. Padahal dah sah2 Fawwaz tak nak dia lagi...Fawwaz pun dah kahwin dengan Almas Iman. 

Tapi nasib baiklah, Linda nasihatkan Hana masa kat airport tu. Terbuka juga pintu hati Hana untuk kembali muhasabah diri. Nak lari konon tapi akhirnya kantoi bila Haydar dapat juga jumpa dia.Seronok baca kisah mereka masa di India. Teringat bab2 awal novel ni...rindu dengan gelagat mereka masa dalam A380 tu.

Ok tu bebelan aku tentang novel 13JAM A380 - Evelyn Rose. Kalau yang belum beli, aku cadangkan belilah cepat...memang best dan tak rugi beli. Ada juga kata novel ni bakal diadaptasi ke drama. Tapi ada juga kata akan dibuat filem. Tak tahulah mana yang betul.


Wednesday, January 1, 2014

novel the wedding breaker-evelyn rose



salam tahun baru 2014 untuk yang baca entry ini. happy tak korang dihari pertama untuk tahun baru ni? aku tak happy sangat sebab ada perkara yang men'touching'kan perasaan aku awal pagi tadi. comel gitu, awal tahun sambut dengan berita yang menyakitkan hati. untuk hilangkan rasa tak sedap, aku buat entry ni sambil dengar lagu SEPERTI RIHANNA-MEGABOYS

macam cantik jer
macam comel jer
dia berjalan 
seperti rihanna

terhiburlah juga...hilang sikit semut2 dalam hati ni. oklah, kali ni aku nak kongsi sinopsis novel the wedding breaker karya evelyn rose. aku baru je baca novel the wedding breaker ni bulan 10 hari tu. tu pun lepas tahun novel the wedding breaker ni diadaptasi jadi drama. kebetulan my sis pun beli lepas tahu najwa latif pun suka novel the wedding breaker ni, tu yang dia beli. aku tumpang baca je la...hehe.

aku tak kenal pun penulis ni, entah penulis baru agaknya. maklumlah sebelum ni aku taksub dengan novel2 alaf21 je. tapi sejak akhir2 ni aku dah malas nak belek buku alaf sebab MAHAL. novel the wedding breaker ni mengisahkan tentang ariana rose yang kerja kat putrajaya sebagai pegawai tadbir dan diplomatik. dia terhutang budi dengan juwita sebab selamatkan dia masa kena ragut. so, dia tolong juwita agar tak jadi kahwin dengan tengku adam kamil. masa hendak nikah, ariana datang menyamar sebagai girlfriend adam. lepas tu mengaku mengandung anak tengku adam lagi. majlis pun kecoh dan juwita tak jadi kahwin dengan adam.

ariana dan juwita happy sebab berjaya dalam rancangan mereka tu. sebaliknya tengku adam dan family terpaksa berhadapan dengan masyarakat yang menghentam mereka. tapi sebenarnya tengku adam memang kaki perempuan pun dan terlalu jauh terpesong dari islam. dia upah pengawal cari arianna dan menculik gadis tu. tengku adam cuba juga berlembut dengan arianna tapi arianna tetap tak mahu cakap siapa yang upah dia. dia tak mahu menyusahkan juwita. tengku adam siap bawa ariana jumpa doktor untuk periksa ariana tu mengandung ke tidak. 

doktor tu kawan bapa tengku adam. dia memang tahu tengku adam kaki perempuan. so, dia kenakan tengku adam dengan mengatakan ariana memang mengandung! tenguk adam terkejut tapi dia memang tak ingat pernah tidur dengan arianna. ariana pula tetap mengaku dia pernah tidur dengan tengku adam, walaupun dalam hati dia sudah takut dengan keputusaan doktor tu. tengku adam marah dan fikir ariana diupah oleh ramzul musuh dia dalam bisnes. dia juga sakit hati bila arianna tetap berdegil. so, dia pun meniduri ariana. 

tengku adam pelawa ariana jadi perempuan simpanannya tanpa rasa bersalah sikit pun. tapi ariana tak mahu dan sangat kecewa dengan semua perkara yang menimpahnya. mereka kemudian bertemu semula, tengku adam mula syok dengan arianna. sedangkan ariana buat2 tak kenal lelaki itu. bagi tengku adam, ariana sudah jadi haknya. dia asyik kejar ariana je. lepas tu cemburu lebih2 dekat harith dan sesiapa juga yang cuba mendekati arianna. sebenarnya adam nak juga kahwin dengan ariana tapi dia malu sebab ariana cuma orang biasa, kerani di putrajaya lepas tu bapa pula buka gerai makan je. dia tak nak diketawakan sebab family adam kan kaya.

tengku adam banyak bantu ariana dalam kerja2 kebajikan tapi arianna masih tidak menerimanya. satu malam tu tengku adam mengamuk selepas menghadiri majlis lelong. masa tu ariana datang dengan harith dan kebetulan rapat dengan ramzul dan adiknya. tengku adam datang ke rumah ariana dan cuba rogol dia lagi. tapi ariana terjatuh dan pengsan masa tengku adam kejar dia. tengku adam pun menyesal. sepanjang malam dia jaga ariana yang tidur itu.

esoknya arianna sedar dan terus lari pulang kelantan rumah mak dia dan bapa tiri dia dato jusoh. tengku adam kehilangan jejak ariana dan dia sangat menyesal. bapa adam pun jumpa doktor peribadi dorang tu, doktor tu ceritalah tentang adam pernah bawa arianna ke kliniknya. dia cakap ariana kelihatan seorang gadis yang baik dan dipaksa oleh adam. sebab tu dia sengaja kenakan adam dengan mengatakan ariana mengandung. doktor tu menasihati agar bapa adam, kahwinkan saja adam dengan ariana. bapa adam pun setuju, lagi pun dia berharap sangat agar anaknya itu berhenti dari tabiat buruknya yang suka tidur dengan semua perempuan. 

family adam pun carilah siapa tu ariana rose hussien. hussien tu bapa kandung ariana tapi dah cerai dengan mak arianna. mak ariana kahwin dengan dato jusoh. bapa adam pun berkenalanlah dengan dato jusoh tu. lepas tu mereka pergi kelantan dan pinang arianna. ariana pula setuju je bila familynya pun setuju. dia mahu lupakan kisahnya dengan adam tu. tapi dia tak tahu pun siapa tunangnya. lagipun mak dia kata tunang ariana tu orang biasa je. adam kemudian jumpa ariana masa ariana datang kl untuk ambil barang dia. adam sangat frust bila ariana kata dia dah bertunang. adam pun frust dan sangat menyesal. adam sebenarnya tak setuju dengan rancangan familynya menjodohkan dia dengan anak dato jusoh tu. tapi lepas frust tu, dia ikut jelah. dia tak tahu pun tunang dia ariana. dia cuma tahu nama ariana hussien. family adam pula cuma kata nama tunang dia rose. jadi adam pun fikir nama tunang dia rosnah jusoh!

lepas ni, adam sangat2 berubah dan jadi islam sangat2. sampai buat umrah lagi. lepas tu, mak bapa dia hairan kenapa adam tak pernah tanya tentang tunang dia? sampaikan makbapa dia fikir mereka dah salah pinang orang. so, mak dia sengaja letak gambar bertunang ariana di dinding rumah. pagi esoknya adam tekejut dan terus sujud syukur dan pi solat. dia happylah dengan semua tu. dia tak call ariana sebab takut arianna akan tahu. sebab dia yakin kalau ariana tahu, mesti ariana tak nak dia. arianna pula selalu mimpi kahwin dengan adam. lepas tu mereka pun kahwin, barulah ariana terkejut tapi dia tetap terima adam juga. mereka dapat anak lelaki 3 orang, asyraf,aqeel dan afzal. the end....

komen~ oklah, novel the wedding breaker memang menarik. tak rugi beli. banyak dialog yang aku tersenyum2 sendiri masa bacanya. antaranya yang adam fikir nama tunang dia ROSNAH JUSOH tu...hahaha..lawak juga adam tu. lagi satu aku suka masa hp arianna berdering tu...masa tu dorang kat restoran

       Adam tersenyum nakal sambil matanya tidak lepas dari memandang  wajah yang selalu didambakannya itu
        "Kring! Kring! Kring!"
        Adam mengerutkan dahi. Bunyi apa itu? Apa punya kuno bunyi telefon bimbit seperti itu. Dipandangnya Ariana yang sedang kalut membuka beg tangannya. Panggilan dijawab.
        Oh my God...Its her mobile's ringtone! Pekik Adam dalam hati sambil matanya tak lepas memerhati tindak tanduk Ariana

Sebenarnya banyak lagi dialog antara Tengku Adam dengan Ariana yang mencuit hati. Drama dia kat tv3 mesti ramai yang suka tengok. setakat ni  tak banyak yang berubah, semua ikut novel. cuma dalam novel watak ramzul (arja lee) dan adik dia (aku lupa nama adik dia tu) tak banyak mana. tapi dalam drama ni watak nabila huda tu pula sangat penting. oklah tu, aku suka nabila ni berlakon..sesuai apa watak pun. aku tak tengok sangat drama ni sebab 7pm aku layan 8tv, layan drama kantonis...^___^

watak fathia sebagai ariana tu oklah juga. cuma aku tak minat keith foo, sorry pada yang minat keith foo. Sekarang sangat ramai yang gilakan keith foo. aku terbayang aqasha bila watak kasanova. lagu tema drama tu, aku tak dengar sebab tak minat dayang. Tapi secara keseluruhan drama ni memang ok.

Tuesday, December 31, 2013

novel playboy itu suami aku?!

novel playboy itu suami aku?!

haha...ni entry sekadar mengisi hari terakhir 2013. aku baru je baca baca novel ni seminggu selepas drama PISA ditayangkan di tv3. muka surat pertama, aku terus rasa kagum dengan cara penulis ni berkarya tapi aku stop baca sebab tiada masa. sampai sekarang belum sambung-sambung lagi...tunggulah bila aku free baru sambung semula.

drama PISA? aku tengok episod pertama je, lepas tu tak tengok lagi. ramai kata drama tu jauh menyimpang dari novel. entah betulkah tak sebab aku belum baca novel ni...drama tu pun aku tak tengok. aku stop dululah...tak tahu nak kata apa, cakap banyak pun tak guna.

Saturday, November 9, 2013

Novel Isteri Separuh Masa - Suri Ryana

Novel Isteri Separuh masa - Suri Ryana

Novel Isteri Separuh masa - Suri Ryana ni aku baca minggu lepas. Ok juga la jalan ceritanya walaupun aku tak suka jenis cerita yang melibatkan adik-beradik angkat yang tinggal serumah lepas tu kahwin. Entah rasa macam geli la sebab kan dah macam adik beradik. Dari kecil sampai besar bersama lepas tu kahwin pula. Uhh, memang tak dapat terima la. Novel Isteri Separuh Masa- Suri Ryana kisahnya macam tu la. Mula aku malas baca tapi sebab boring..aku baca juga akhirnya. Lagi pun aku suka novel yang guna 'aku' sebagai pengerak cerita. 

Ok, novel isteri separuh masa~Suri Ryana ni mengisahkan tentang Medina Izwani (nama ni mengingatkan aku pada Chris Medina peserta American Idol's) yang menjadi anak angkat kepada ibubapa Nazrin sejak dia berusia 5 tahun lagi. Sejak dia kecil, Nazrin tak pernah suka pada Medina. Bila dewasa lagilah dia benci sebab Medina bagi tahu pada ibubapa mereka yang bakal tunang Nazrin main kayu 3 dibelakang Nazrin. Family mereka pun tak setujulah Nazrin tunang dengan Zita. Nazrin anggap semua ni berpunca dari Medina yang penyibuk tu.

Medina baru nak spm bila, family cadangkan dia kahwin dengan Nazrin. Nazrin cuba elak tapi sebab nenek dia mendesak, dia terpaksa bertunang juga dengan Medina. Lepas setahun, mereka dikahwinkan. Medina sebenarnya frust juga sebab masa sekolah dia suka dengan Megat Shazril. Nazrin tetap benci dia, dia tak mahu pun jadi suami sebenar Medina. Depan family je mereka jadi suami isteri, belakang masing2 buat hal masing2. Medina ingin berbaik juga dengan Nazrin tapi Nazrin menjauhkan diri, dia belajar di luar negara pun tak mahu bawa Medina. So, Medina sambung belajar di dalam negara saja.

4 tahun berlalu, Medina sudah tahun akhir. Nazrin pula jadi tutorial untuk salah satu subjek yang Medina ambil. Nenek mereka tinggal di rumah Nazrin, terpaksa la Medina tinggal sekali di rumah Nazrin. Mulanya kawan2 Medina tak tahu pun Medina dah kahwin. Medina cuma cakap Nazrin tu abang angkat dia. Macam2 terjadi bila nenek mereka macam sengaja buat Medina dan Nazrin rapat. 

Dari hari ke sehari, mereka nampak dah ok. Nazrin pun dah kurang benci pada dia Medina. Zafril pula minat dengan Medina tapi Medina tolak. Zafril selalu hantar bunga pada Medina dalam diam2. Kemudian Zafril bercinta dengan Niza kawan Medina. Nazrin ajak Medina, nenek dan mak Timah ke Bali. Di sana Nazrin jumpa Zita yang ada curang. Sebenarnya selama ni Nazrin tak pernah putus pun dengan Zita. Janji Nazrin, dia akan bercerai dengan Medina dan lepas tu baru kahwin dengan Zita. Tapi Zita curang dengan lelaki lain di Bali. So, Nazrin putuskan hubungan mereka. Masa tu barulah dia menyesal tak percaya kata2 Medina dulu. Nazrin pun berbaik secara rasmi dengan Medina. Mereka pun jadi suami isteri yang sebenar.

Hubungan mereka ok hinggalaha Medina kena culik oleh Zafril. Rupanya Zafril tu adik Megat Shazril. Zafril ni balas dendam dengan Medina. Dia gunakan Niza untuk culi Medina. Sebenarnya Megat shazril dah mati bunuh diri. Dia telan ubat dengan banyak gara2 frust Medina kahwin dengan Nazrin. Masa ibubapa Megat ke hospital, mereka kemalangan. Tinggallah Zafril seorang. Itu yang buat dia salahkan Medina dan nak balas dendam. Nasib baik polis datang, Medina dan Niza selamat. Zafril kena tangkap. Endingnya, Medina dah konvo..dia dan Nazrin pun dah ada anak nama Nawra Mariss. Niza kawan dengan Aliff.

Komen ~ Masa aku baca novel ni asyik terbayang je muka Nomad ( tetap menantimu...). Lagi, aku teringat filem Korea My Little Bride. Terutamanya bab Nazrin jadi tutorial tu. Lepas tu dalam cerita korea tu pun yang paksa kahwin nenek dia juga. Lebih kurang macam dalam novel ni la juga. Tapi novel isteri separuh masa~Suri Ryana ni memang ok la juga, kalau korang nak beli. Agak2nya novel ni akan di buat adaptasi drama tak? Bukan apa, sejak akhir2 ni novel jadi drama semakin menjadi2, kan. Ok juga la kalau novel ni dibuat drama.


Thursday, November 7, 2013

Novel Sandal Bunga-bunga ~ Faziela

Novel Sandal Bunga-bunga ~ Faziela

Novel Sandal Bunga-bunga - Faziela ni dah lama my sis beli tapi baru semalam aku baca. Ok, tak mahu intro panjang2, aku terus ke jalan cerita novel sandal bunga-bunga. Kisahnya tentang Zahran dan Izza yang masing2 punya kisah silam dalam percintaan masing2. Zahran yang kecewa bila Deena bertunang dengan lelaki pilihannya terus mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia. Selama ni dia duduk di Dubai. Izza pula kecewa bila kesetiaannya selama 8 tahun dipermainkan oleh Naqib. Naqib curang dan bermain kayu tiga dengan kawan sekampus Izza. Mereka berdua cuba bangkit dan melupakan kedukaan itu.

Zahran dan Izza bertemu secara kebetulan. Masa tu Zahran datang ke pejabat Izza. Izza anggap Zahran itu sombong tapi lepas bertemu beberapa kali, dia membuang telahannya itu. Kebetulan pula mak Izza dan mak Zahran saling kenal-mengenal. Family mereka pun berniat menyatukan Zahran dan Izza. Zahran tidak ada masalah dia terima cadangan keluargannya itu. Lagi pun dia mula jatuh cinta dengan Izza dalam diam2. Izza ambil masa sedikit untuk menerima Zahran. Hanya selepas yakin yang Zahran tidak kisah dengan perangai2 pelik Izza, baru la Izza menerima lamaran Zahran.

Mereka pun kahwin, Zahran menjadi suami yang baik pada Izza. Dia sering bawa Izza melakukan aktiviti lasak dan mencabar. Walaupun Izza benci dengan semua itu tapi dia turuti juga semua pelawaan Zahran. Hubungan mereka baik2 saja hinggalah Naqib dan Deena muncul. Naqib selalu nak jumpa Izza sedangkan Naqib sendiri sudah ada isteri. Izza akhirnya berterus terang tentang Naqib pada Zahran. Zahran kemudian menemui Naqib dan memberi amaran agar menjauhkan diri dari menganggu kehidupan Izza lagi. Naqib akur dan mengundur diri.

Kehidupan mereka kembali normal hinggalah Deena pula yang muncul. Izza agak terganggu dan hampir2 termakan kata2 Deena mengenai Zahran yang kononnya cuma memperalatkan Izza. Zahran akhirnya berterus terang tentang kisah lamanya dengan Deena. Deena sebenarnya sangat cintakan Zahran. Dulu dia bertunang semata2 untuk sakitkan hati Zahran je. Dia pun memutuskan pertunangannya dan datang ke Malaysia untuk mendapatkan Zahran semula. Zahran memang terkejut tapi dia sudah melupakan Deena dan hidupnya cuma untuk Izza.

Izza mengandung, Zahran sangat gembira. Deena menyimpan dendam dan menculik Izza. Masa dalam penculikan tu, Deena mendera Izza dengan teruk. Malah Deena hampir tembak Izza, nasib baik ada orang yang nampak kejadian tu. Izza yang cedera teruk di bawa ke hospital. Zahran sangat sedih melihat keadaan Izza. Malah kandungan Izza juga tidak dapat diselamatkan. Izza juga mengidap tekanan jiwa akibat kejadian itu. Izza pernah meminta agar Zahran tinggalkan dia saja. Tapi Zahran sayangkan Izza. Selepas hampir dua bulan di wad, Zahran bawa Izza pulang. Izza pun sudah mula sembuh. Deena pula masuk hospital mental.
Izza sembuh sepenuhnya...endingnya, Zahran bawa Izza ke Pulau Redang. Mereka sama2 tengok matahari terbit. The End...

Komen ~ Ok juga la novel sandal bunga-bunga~Faziela ni. Cuma aku rasa malas nak baca hujung2 novel ni sebab Deena digambarkan melampau2 kejahatannya. Lagi pula, banyak novel yang aku baca sejak akhir2 ni semua ada kes ex bf atau gf jadi obses sampai ambil tindakan melampau macam menculik, cederakan orang, bunuh diri dan membunuh pun ada. Aku rasa boring bila banyak persama macam tu. Lagi satu, aku tak suka betul nama Izza tu. Macam ombak rindu la pula. Tapi aku suka penulis ni gambarkan Zahran tu seorang yang aktif dan sukakan aktiviti lasak dan extreme. Aku rasa kebanyakan pembaca pun suka hero jenis macam ni.