Tuesday, December 30, 2014

Resipi Kek Oreo Kukus Bertopping Coklat

Assalamualaikum? Holla, blog! 

Kali ini saya nak share resepi kek coklat kukus oreo. Kek ini sedap. Cubalah.

 resipi kek oreo kukus bertopping coklat 

resipi kek oreo kukus bertopping coklat

Bahan-Bahannya:

1 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 cawan gula kastor
1/2 cawan mentega
1 sudu teh pewarna dan perasa kopi emulco
100 gram biskut oreo dibuang inti dan dikisar 
125 ml susu cair dipanaskan sebentar
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu minyak masak
2 biji telur

Cara Membuatnya:

1.  Ayakkan tepung bersama baking powder, kemudian campurkan oreo, kisar dan gaul rata. Ketepikan.
2.  Di dalam mangkuk adunan, pukul telur, gula dan mentega sehingga kembang. Kemudian masukkan adunan tepung sedikit demi sedikit sambil dikaup balikkan.
3.  Masukkan susu suam, susu pekat dan minyak masak. Pukul sebentar cukup sehingga adunan bergaul rata sahaja.
4.  Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah digris dengan mentega dan dialas kertas minyak. Kukus selama 45 minit.

Topping Coklat

Topping mudah 1 cawan milo 1/2 cawan koko 1/2 cawan susu pekat 1/4 cawan air panas kacau rata semua bahan dan tuang atas kek

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win
Topping mudah 1 cawan milo 1/2 cawan koko 1/2 cawan susu pekat 1/4 cawan air panas kacau rata semua bahan dan tuang atas kek

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win
1/4 cawan serbuk koko
3 sudu besar tepung jagung
1/2 cawan gula
1 1/4 cawan susu segar
1 sudu besar majerin

Cara Membuatnya: 

1) Kacau kesemua bahan 1-4 dan masak di atas api perlahan. Selalu kacau bagi mengelakkan topping berketul-ketul.
2) Bila dah likat dan masak, masukkan majerin, kacau sekejap. Bolehlah digunakan untuk topping kek coklat. 

P/S: Sebenarnya kek kukus Oreo ni tak ada topping tapi saja letak. Atas tu tabur dengan coklat rice dan simpan dalam fridge. Saya suka makan sejuk-sejuk dan topping keras macam ni. Tapi selalunya orang lebih suka makan waktu topping meleleh2 tu. Jangan lupa cuba resipi ini ya. Ok, bye.

Topping mudah 1 cawan milo 1/2 cawan koko 1/2 cawan susu pekat 1/4 cawan air panas kacau rata semua bahan dan tuang atas kek

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win
Topping mudah 1 cawan milo 1/2 cawan koko 1/2 cawan susu pekat 1/4 cawan air panas kacau rata semua bahan dan tuang atas kek

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win

Resipi Kek Oreo Kukus Bertopping Coklat


Esplande Sipitang, Pekan Sipitang

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم / Bismillahirrahmanirrahim‎.

Assalamualaikum? Holla, blog! 

Jalan2 di pekan Sipitang... Pekan ni kecil saja tapi bestnya sebab ada banyak tempat makan satey. Sipitang adalah pekan di Sabah yang paling dekat dengan sempadan Sabah-Sarawak. Terletak 144km dari Kota Kinabalu, 44km dari Beaufort dan hanya 54km dari Lawas. Daerah Sipitang bersempadan dengan daerah Tenom di bahagian timur, Sarawak dan Kalimantan di selatan. Manakalah di sebelah barat pula bersempadan dengan Brunei dan Labuan. Penduduk di sini terdiri dari Suku kaum Kedayan, Lundayeh, Brunei dan murut.

Ini sebahagian gambar yang saya ambil masa jalan2 di esplande Sipitang hari tu. Air laut dia agak keruh mungkin sebab masa ni hujan kerap turun di kawasan ni.
























Banjir Di Negeri Kelantan

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم  / Bismillahirrahmanirrahim‎.

Assalamulaikum? Holla, blog!

Tiap kali tengok berita mesti ada cerita banjir. Biasalah hujung tahun...memang musim banjir di mana-mana tempat pun. Terutamanya di kawasan yang memang berisiko banjir. Tapi di Kelantan, tahun ni banyak tempat yang banjirnya agak teruk dan luar biasa. Kesian betul tengok dalam berita tu. Saya memang tak pernah merasai banjir. Syukur kawasan rumah memang kawasan tinggi dan tak pernah ada sejarah banjir di kawasan ni. Setakat air parit melimpah atas jalan tu, biasalahkan. Tapi banjir besar macam ni memang tak pernahlah. Harap sangatlah moga bencana macam ni takkan berlaku di tempat saya. 

Tengok banjir teruk di Kelantan ni, saya tak tahu nak cakap apa. Doa sajalah moga tak ada nyawa yang terkorban. Minta-minta banjir ni cepat surut. Sekolah pun dah kena tunda bukannya pada minggu depan lagi. Tahun ni, banyak sangat musibah menimpah negara...sedih. Tapi ALLAH tak turunkan sesuatu ujian tu, andai manusia tak mampu menghadapinya. Sebab DIA tahu kita mampu, tu DIA turunkan semua tu. Sekurang-kurangnya bila keadaan macam ni, kita akan kembali meminta dan bergantung padaNYA. Bila senang, manusia memang selalu lupa dan terleka. Semuanya ada sebab dan hikmah yang tersembunyi. Hanya DIA yang maha mengetahui...







gambar sumber :
Utusan Malaysia Online Berita Harian


Monday, December 15, 2014

Novel Arluna-Rin Ahmad Memang Best

Novel Arluna-Rin Ahmad Memang Best
 
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم / Bismillahirrahmanirrahim‎.

Assalamulaikum? Holla, blog!

Novel ni saya baru je beli hari sabtu lepas  (13 hb december). Saya masuk Eatons bukan nak beli novel pun tapi saja2 masuk untuk lengkapkan tawaf di CP. Selalu memang excited nak beli novel tapi sebab hujung tahun konon plan nak pergi jalan2, jadi kena jimat2lah. Tak mau dulu beli novel. Lagi pun, saya tak tertarik nak beli apa2 novel sekarang ni. Saya tunggu novel baru Farah Husain atau Anna Lee, Rose Harissa atau novelis lain yang saya minat. Tapi buat masa ni belum ada pula. Tak tahulah kalau tanpa pengetahuan saya, mereka ada novel baru. Saya ni nama aje follow blog atau fp dorang tapi nak tengok hari2, memang taklah. FB saya pun jarang berjenguk. Tu yang agak ketinggalan dengan apa2 saja perkembangan novelis yang top2 sekarang ni.

 Novel Arluna-Rin Ahmad Memang Best

Cakap pasal novel Arluna-Rin Ahmad ni. Saya memang tak sengaja jumpa buku ni dilonggokan novel di Eatons sabtu lepas. Lama saya kat situ semata-mata baca sinopsis kat kat belakang novel2 yang berlambak di rak buku kedai tu. Konon kalau terjumpa novel lama Rose Harissa (yang bukan keluaran ALAF21) memang saya nak beli juga. Kalau terjumpa novel Ratu Bulan pun (Prince Charming), saya akan pertimbangkan untuk beli. Tapi takde pula kat situ. Masa nak keluar, ternampak pula novel Arluna-Rin Ahmad ni. Terus ingat hari tu Rose Harissa kata buku ni best (status kat fp dia). Kalau dah novelis cakap novel Arluna-Rin Ahmad ni best, maknanya memang bestlah. Jadi saya terus capai dan bayar kat kaunter. Masuk dalam kereta terus mula baca...hehe...

 ni part Johan bagi Nina pensil warna Luna tu..

Novel Arluna-Rin Ahmad ni mengisahkan tentang Johan Arif dan Nia Arluna Najib. pertemuan pertama di sands skypark...Nina jatuh dalam kolam. Kali kedua jumpa masa Nina praktikal di tempat Raziq. Perkenalan mereka singkat aje, tapi Johan terus ambil keputusan untuk kahwin dengan Nina. Masa nak kahwin, muncul Fazleen bekas teman wanita Johan. Tapi sebab Nina tak mahu malukan keluarga dan sebab dia pun sayang Johan, perkahwinan mereka tetap diteruskan. Lepas kahwin Fazleen memang selalu nak kacau daun. Johan pula masih juga layan Fazleen. Kebetulan mereka pun masih rakan sebisnes. Cuma Johan memang dah lupakan Fazleen pun. Fazleen saja yang masih gilakan Johan.

Fazleen dan Johan tu memang nak kahwin pun dulu tapi Hanna tak izinkan sampai ugut macam2. Sebab Hanna, Johan terpaksa berpisah dengan Fazleen untuk sementara. Fazleen kecewa dan pergi luar negara. Masa tulah Johan kenal Arluna dan terus suka. Lagipun masa tu Raziq pun macam suka Arluna. Johan tak nak Raziq suka Nina sebab Johan nak Raziq tu kawan dengan Hanna. Tu sebab Johan terus nak kahwin dengan Nina. Tapi sebenarnya tu alasan aje...memang pun Johan suka dengan Nina.

Lepas kahwin, memang bermasalah sebab Fazleen selalu kacau. Nina memang sakit jiwa sebab Johan pun masih juga layan Fazleen dengan alasan dia kesiankan Fazleen. Dah nak habis baru Johan tahu, Fazleen tu tak sebaik mana. Hanna yang tahu Fazleen tu  buat benda tak senonoh dan liar. Hanna sebenarnya ada kembar (Hanni) tapi dah meninggal. Hanni ni liar dan kawan Fazleen juga...Hanni yang tahu aktiviti ta kbaik Fazleen tu. Hanna tak berani nak cakap dengan sesiapa sebab tak nak buka aib Hanni yang dah meninggal. Lepas tu barulah Johan putus habis dengan Fazleen dan berbaik dengan Nina. Nina pun dah mengandung. Hujung cerita hidup mereka dah aman dan punya anak dua orang Iman dan Hanni.

Ok, lebih kurang macam tulah jalan cerita novel Arluna-Rin Ahmad ni. Jalan cerita novel Arluna-Rin Ahmad memang best...cuma saya aje yang tak berapa pandai nak cerita semula. Kalau korang belum baca buku ni, silalah pergi kedai bukan dan beli. Tak rugi beli... Dalam buku ni pun ada selit resipi tau...tentang home water birth pun ada.

Novel Arluna-Rin Ahmad Memang Best
Nina terima lamaran Johan

Tapi part saya suka masa pertemuan Johan dan Nina di sands skypark tu...secara tak langsung tahu jugalah tentang tempat mewah macam tu. Tapi paling kelakar masa Joe dan Nina di KL Birdpark.

"Sit and Practice calling."
"Joe."
"Ya." Burung kakak tua yang bersuara
Johan hanya menutup mulutnya dan meletakkan jarinya ke mulut membuat isyarat diam. Arluna bengang. "Joe!"
"Ya." Burung kakak tua bersuara lagi.
"Joe. Janganlah main-main." Arluna bertambah bengang melihat Johan menahan ketawa sambil menutup mulut. Arluna bangun dan bergerak selangkah meninggalkan Johan.
"I love you Nina. Be mine."
Owh My coach! Did he train the parrot to say that he loves me?

 ~Novel Arluna-Rin Ahmad: m/s 125

Lagi part saya suka masa Joe tanya pasal lamaran dia kat tepi kolam renang tu. Lama sangat Joe tunggu Nina lempar bunga dalam kolam tu...sampai dia merajuk dan jalan dulu. Then Nina jerit nama dia dan tunjuk bunga kat kolam tu...hehe...sweet gila...

Yang Johan bagi hadiah pensel warna Luna jadi Arluna tu pun best juga. Semualah best...tak ada yang tak best melainkan best-best belaka!  Saya perasan juga penulis ni banyak je sebut Oh my chanel, Owh my Bottege Veneta, Owh my March Jacob, Owh my batenciaga dan Oh my coach.

Cakap pasal hero Johan Arif @ Joe, saya memang suka dia. Cool aje cara dia ambik hati Nina. Masa dia beli hp baru untuk Nina tu pun, lawak juga. Selalu sata baca novel hero2nya macam tak berapa nak realiti. Kebanyakan semua bersih dan jenis stok imam2 la gitu. Lepas tu semua hero dibayangkan bibir merah tanda tak merokok! Haha...tu hero2 novel yang selalu saya baca. Bersih bukan main.  Tapi dalam cerita ni hero dia nakal, sosial, lepak di club. Rajin merokok lagi. Tu sebab saya rasa hero dia macam betul2 ada di alam realiti. 

Lagi satu kenapa saya rasa novel Arluna-Rin Ahmad ni berbeza dengan novel lain, heroin dia yang kejap bertudung kejap tak. Lepas tu seksi pakai bikini. Bapa dia suruh solat istikharah (sebelum terima Johan) pun dia tak buat tapi dia kahwin juga dengan Johan dan bahagia. Nakal samalah dengan Johan tapi hujungnya dia terbuka hati untuk bertudung juga. Kalau novel lain tu...saya rasa macam bosan sebab semua heroin dia macam sama aje...stok macam ustazah semua. Lepas tu nak kahwin mesti ada babak solat istikharah yang sah2 jawapannya terima hero. Bukanlah mempertikaikan solat tapi yang saya bosan part tu semua ada dalam novel. Macam sama aje semua... Nasib baiklah watak dan perwatakan Arluna sangat2 berbeza. Tu yang saya suka novel ni.

Ada satu ayat yang buat saya terkesan dalam ni...dialog Joe pada Nina..m/s 406... "Apa yang kita makan hari ini kita akan dapat hasilnya sepuluh tahun akan datang. Apa yang kita amalkan hari ini kita akan dapat hasilnya bila kita sakit. Nak tengok sejauh mana amalan kita, lihatlah siapa kita ketika sakit." Touching gitu...

Jangan lupa beli novel Arluna-Rin Ahmad ni ya Rm21 kat west dan rm 24 kat Sabah dan Sarawak. Masa kat Eatons tu saya beli Rm21 aje (eaton mmg jual buku ikut harga west sebab tu saya suka masuk kedai ini). Nasib baik saya beli kat situ sebab masa masuk kat Popular tu, nampak buku ni dengan harga Rm24. Kalau beli Online rasanya lagi dapat diskaun... Lepas ni ingat nak cari novel Rin Ahmad yang lain pula. Ok, bye.


Tuesday, December 9, 2014

Ulam Pisang Muda (Tetak Pisang)

Ulam Pisang Muda (Tetak Pisang)

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم / Bismillahirrahmanirrahim‎.

Assalamulaikum? Hola, blog!

Lama saya tak post tentang makanan. Padahal saya rajin juga ambil gambar makanan yang saya masak. Tapi selalu upload kat IG dan FB aje. Kali ni saya rajinkan sikit untuk buat entry di sini pula. Korang tahu tak apa dalam gambar tu? Boleh teka apa dia?

Tu sebenarnya Ulam Pisang Muda (Tetak Pisang). Sebenarnya saya tak pasti nama melayunya apa. Memandangkan ianya guna pisang mentah dan tak di masak...jadi saya andaikan sayur ni masuk dalam kategori ulam-ulaman. Tu yang saya memandai-mandai namakan Ulam Pisang Muda. Kalau salah, minta mahap ajelah hehe...

Sayur ni kalau dalam bahasa kaum saya disebut 'tetak pisang'. Kenapa namanya Tetak Pisang? Nanti, korang akan tahu jawapannya lepas baca penerangan saya yang seterusnya. Untuk buat ulam ni kena guna pisang menurung. Pisang menurung ni nama lain dia pisang saba atau pisang sanggar. Cara membuatnya pun ringkas aje...

Ulam Pisang Muda

4 biji pisang mentah (pisang tua tapi belum masak ye)
1 biji bawang merah
3 biji cili padi
Asam secukupnya
Sedikit belacan
Garam
Bahan perasa

Cara membuatnya...
Kupas pisang muda tu, basuh dan mula tetak dari hujung. Dah tetak bolehlah potong2. Nanti jadi potongan kecil2 macam dalam gambar kat atas tu. Dah siap, bolehlah gaul dengan asam, belacan, garam, bahan perasa dan sedikit air. Dah sebati, pecahkan cili padi tu dan gaul bersama ulam tu. Hiris bawang merah halus-halus dan gaulkan juga dalam ulam tu. Ok, dah siap dan sedia untuk dimakan dengan nasi. 

Saya memang suka makan tetak pisang @ ulam pisang muda ni...mesti tambah nasi banyak kali. Saya lagi suka makan ulam pisang muda macam ni berbanding sayur pisang yang orang selalu masak lemak tu. Ok, kalau korang nak cuba...silakan. Kalau korang nak campur udang kering pun boleh juga...lagi sedap.

Saya nak bagi tip, kalau nak kupas pisang mentah tu...lap dulu permukaan pisau dengan minyak masak. Nanti takdelah getah pisang tu melekat kat pisau tu. Jari2 korang pun boleh juga oles dengan minyak...senang nak basuh nanti. Lepas je kupas pisang tu terus rendam dalam air. Sementara korang belum tetak...nanti takdelah pisang tu macam lebam. Ok, bye.