Monday, June 8, 2015

Novel September - Farah Husain


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِي/ Bismillahirrahmanirrahim‎.

Assalamulaikum? Hallo, blog!

Hari ke 4 selepas kejadian gempa di Ranau.

Dalam kesibukan, saya sempat baca novel ini. Padahal sebelum ni kata nak baca lepas raya. Tapi sebab takut basi, saya bacalah cepat2. Saya sebenarnya tak ada idea sangat nak mengulas novel september karya Farah Husain ini. Sebelum ni, ada baca 1 bab di blog Farah Husain. Terus excited nak tahu kesudahannya. Secara jujurnya, saya tak berapa nak enjoy baca novel Sepetember-Farah Husain ini. Bukan tak best...tapi entahlah macam ada yang kurang. Saya lagi suka novel Dia Random Guy dan Hanya dia cinta. 

Kisah tentang Zayn yang salah sangka dengan Jazleen. Dia ingat Jazleen tu curang dengan dia. Dorang putus. Lepas tu mereka jumpa semula gara-gara Jazleen menyamar jadi girlfriend adik Zayn. Jazleen pun mengelak dari jumpa Zayn. Tapi asyik terjumpa semula. Zayn jadi bos Jazleen. Jazmeen pula nak ambil anak dia yang dalam jagaan Jazleen. Anak tu anak Jazmeen dengan Ashraf. Ashraf lah yang Zayn ingat ada hubungan dengan Jazleen dulu. 

Jazleen jaga anak itu sebab Jazmeen tak nak jaga anak itu. Ayah mak dorang pun tak nak jaga anak luar nikah itu. Jazleen saja yang nak jaga sampai dia dibuang keluarga. Jazmeen yang dah insaf nak guna undang2 untuk dapatkan anak dia tu. Untuk pertahankan hak Jazleen dia kahwin dengan Zayn. Zayn dah tahu Jazleen tu baik. Akhirnya Jazleen dan Jazmeen berbaik juga. Kemudian masa Jazmeen, suaminya, Ariq dan Amy, mereka kemalangan dan meninggal.

Jazleen terus jadi murung dan salahkan Zayn sebab Zayn yang izinkan mereka keluar masa tu. Lepas tu Jazleen mula tak layan Zayn. Kemuncaknya bila dia nak pergi dari Zayn, konon nak minta bagi masa. Zayn ikutkan saja. Beberapa tahun kemudian mereka jumpa semula dan endingnya, Jazleen dah mengandung. Ok, tamat...

Bagi saya, konflik cerita ni biasa2 saja dan langsung tak kuat mana. Tapi cara penulis mencerita tu, macam konflik ni besar sangat. Saya memang salute dengan penulis sebab cukup pandai bercerita biarpun kisahnya biasa2 saja. Cara penulisan dan penceritaannya sangat menarik. Gambaran untuk hero pun, macam biasalah kacak dan sado tahap tak boleh ukur! Ada kisah pendek tentang Hana dan Rio di hujung novel ini. Lupa nak cakap, novel ketiga Farah ini juga agak lain sikit dari novel 2nya sebelum ini. Novel ni banyak flash back... saja nak buat pembaca tertanya2. Apa2 pun, jangan lupa dapatkan novel ini.

Tuesday, May 26, 2015

Yehhh...Sampai Sudah




بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِي / Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamulaikum? Hallo, blog!

Novel yang saya pesan dah sampai 19 mei hari tu. Tapi baru hari ni buat n3 pula...pemalas sejak akhir2 ni. Dua novel ni terbitan IKP novel Farah Husain dan Melati Shafika. Masa order hari tu tak sabar nak baca. Tapi bila novel dah ada depan mata, rasa malas lagi nak membacanya. Nanti ajelah...tunggu mood datang.

Novel Ratu Bulan dan Wawa Taufiq tu pun sampai sekarang belum habis baca lagi. Tambah dua novel lagi..entah bila nak baca. Puasa pun dah dekat...mesti tak ada masa nak bersenang-lenang. Takpelah, peram aje. Lepas raya baru baca... :))

 

















Friday, May 15, 2015

Novel Yang Dia Pilih

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم / Bismillahirrahmanirrahim‎.


Assalamualaikum? Hallo, blog!
 
Novel YANG DIA PILIH, saya dah habis baca dua hari lepas. Oklah...berbaloi beli sebab ceritanya tak menghampakan. Jalan cerita biasa aje...konflik cuma tentang gangguan dari pihak ke-3 dan masalah salah faham dan tak berterus-terang.

Awal-awal lagi saya dah suka Hareez...seorang lelaki yang agak sosial mulanya tapi lepas terperangkap dengan Melisa dia berubah. Balik Malaysia, jatuh cinta dengan Lya pula. Tapi Lya akhirnya kahwin dengan Zhafran pula. Kesian gila...nasib baik dia ni tabah walaupun susah sangat nak lupa Lya. Macam mana nak lupa kalau Lya tu jadi adik ipar sendiri? Mau kau tak gila. perempuan kau suka sentiasa ada depan mata tapi tak boleh kau nak dekat?

Susahkan? Tapi Hareez dapat juga mengharungi semua tu. Lepas tu jatuh suka dengan Fatia pula. Saya suka kisah mereka tapi geram sangat bila Fatia jauhkan diri sebab salah faham...Hareez pula terus bagi masa untuk Fatia. Nasib baiklah beberapa bulan kemudian dorang dah jadi baik. Hareez memang suami yang baik dan tak bertindak terburu-buru. Fatia kena tangkap dengan Tengku Badri, dia masih cool walaupun dah rasa nak membunuh. Jahat betul Fazura dan Tengku Badri tu. Memang sesuai jadi adik-beradik. Ending, semuanya baik dan bahagia...

Ini kali pertama aku beli novel Hani Fazuha. Lepas ni nak beli novel dia yang lain pula. K, bye

Thursday, May 14, 2015

El Gamma Penumbra Pemenang Asia's Got Talent musim pertama

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم / Bismillahirrahmanirrahim‎.

Assalamulaikum? Hallo, blog!

 El Gamma Penumbra pemenang Asia's Got Talent musim pertama

Siapa tengok Asia's Got Talent di AXN tu? Saya memang tak pernah ketinggalan tengok tiap minggu. Peserta favourite saya Junior New System. Suka tengok dorang menari macam2 rentak dan irama dalam satu persembahan. Triqstar pun saya minat juga. Tapi dari awal dah yakin memang El Gamma Penumbra yang menang sebab persembahan dorang penuh mesej dan cukup menarik. Kagum sangat dengan bakat dorang buat tarian dan bayang2 itu.

Tuesday, May 12, 2015

Novel Baru Beli

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم / Bismillahirrahmanirrahim‎.


Assalamulaikum? Hallo, blog!

Ini koleksi terbaru saya. Novel lama terbitan IKP. Hari tu pergi KK, saya memang dah senaraikan beberapa novel yang saya nak jumpa. Sayangnya semua novel yang saya nak beli, tak ada stok disemua kedai buku yang saya pergi. Tapi balik sandakan, jumpa pula buku2 ini di kedai alat tulis yang juga menjual sedikit novel. Saya pun belilah. 

Tapi kedua2 novel ini saya belum sempat baca lagi. Saya mula tertarik nak baca novel Wawa Taufik lepas baca review novel J.A.D (novel barunya). Terus nak baca semua novel dia. Hani Fazuha pula, saya rasa tertarik lepas baca sinopsis novel Selimut Malam tu. Inilah berusaha mencari novel2 lama mereka berdua. Kalau tak jumpa, kena beli online la nampaknya. Harap2 ada stok lagi. K. bye.