Thursday, January 3, 2019

Cara Delete Akaun Instagram Untuk Selamanya

Assalamualaikum? Hallo, blog!

Sebelum ini saya buat entri tentang cara memadam akaun instagram untuk sementara. Kali ini saya share cara untuk padam secara kekal. Maksudnya delete untuk selama-lamanya. Ok pertama, masuk ke lama web instagram dan login. 

Masukkan username dan password. Pada sesiapa yang lupa password IG, bolehlah logout dulu melalui aplikasi kat phone korang. Lepas tu cuba login semula dan pilih untuk 'Forget Password' dan pilih untuk buat password baru. Yang penting korang ingat USERNAMA korang.


Selepas instagram korang sudah terpapar, tinggalkan dulu dan buka lama baru. Masuk ke instagram help center.


 

Pilih 'Mengurus Akaun Anda'

Pilih dan klik di bahagian yang saya bulatkan tu

Kemudian pilih alasan kenapa nak padam akaun korang

Masukkan password dan klik 'Permanently delete my account'

Kemudian akan keluar macam ni, klik ok dan akaun anda akan dipadam untuk selamanya.

Selesai. Semoga entri Cara Delete Akaun Instagram Untuk Selamanya  dapat membantu korang yang berniat nak memadam instagram secara kekal. K, bye 😻

Cara Delete Akaun Instagram Untuk Sementara

Assalamulaikum? Hallo, blog!

Baru2 ini saya delete Instagram lama saya. Kemudian saya terfikir, ada baiknya saya buat tutorial berkaitan instagram dulu sebelum saya delete akaun saya itu. So saya pun cubalah print screen langkah2 untuk mendelete insta.

Ok, Ada tak sesiapa yang nak padam akaun intsagram untuk sementara waktu? Tapi tak tahu macam mana caranya? Di sini saya share cara delete akaun instagram untuk sementara. Bila2 masa korang nak berInstagram semula, bolehlah login aje.

Mula2 sekali, korang buka laman web Instagram melalui pc atau laptop. Sebab button untuk delete instagram tak ada dalam aplikasi tu. Boleh juga buka melalui smartphone korang. Google dan buka instagram dengan paparan laman web.

Login ke instagram korang

Cara Delete Akaun Instagram Untuk Sementara
 
Kemudian di Instagram korang akan terpapar macam dalam gambar di bawah. Tinggalkan dulu Instagram korang dan buka paparan baru dan google Instagram Help Center.

Klik Instagram Help Center

Dan korang akan dapat paparan macam di bawah ini. Klik Mengurus Akaun Anda seperti yang saya tanda di gambar bawah.


Kemudian klik Padam Akaun Anda

Klik seperti yang saya tanda dalam gambar

Kemudian klik Instagram.com

Memandangkan korang dah login sebelumnya, Instagram korang terus terpapar. Sila klik icon yang saya tanda anak panah tu di Instagram korang.

Kemudian klik edit profile

Klik Temporarily disable my account

Pilih alasan korang nak padam instagram

Masukkan password dan klik temporarily disable my account

Kemudian pilih yes dan selesai... 😺

Semoga entri Cara Delete Akaun Instagram Untuk Sementara ini dapat membantu korang yang berniat nak berehat untuk sementara waktu dari asyik melayari instagram. Kalau nak share entri ini juga, silakan. Semoga dapat memberi manfaat pada yang lain 😻

Monday, December 31, 2018

I'm Back! Did You Miss Me?


Assalamualaikum? Hallo, blog!

Lamanya saya tak buat entry baru. Entry terakhir saya buat pada 9.10.2016. Lamanya... Sejak oktober 2015, saya memang dah mula malas nak update blog. Update oktober 2016 dengan tekad nak aktif berblog semula. Tapi tekad hanya tinggal tekad. Saya kembali dengan perangai malas nak mengupdate. Saya sempat terfikir nak padam blog ini tapi rasa sayang pulak.

Sebenarnya saya rindu nak aktif berblog seperti dulu2. Masa tu saya belum ada smartphone lagi. Bila dah ada smartphone, mulalah masa saya habis dengan mengadap bermacam2 aplikasi yang saya download dan install di smartphone. Facebook, WhatsApp, Wattpad dan Instagram...memang tak boleh dipisahkan dengan saya. Kebetulan rumah saya pun ada wifi, mudahlah untuk saya melayari semuanya. Dulu zaman berblog, saya guna broadband aje. Laptop pun tak ada. Saya guna PC dengan CPU yang selalu hang. Tapi masa tu, dah cukup bersyukur dan rasa heaven. 

Waktu tu saya memang rajin berblog. Rajin cari apa2 peraduan. Tapi bila dah ada smartphone, saya terus malas nak berblog lagi. Cuma akhir2 ini, saya mula rasa rindu nak berblog macam dulu. Sebab itu saya mula buka blog ini semula (sebelum ni saya memang dah tutup blog ini). Kali ini saya bertekad semula untuk update sekerap yang boleh, insyaAllah.

Saya juga nak mengembalikan semangat menulis saya...tulis apa yang ada dalam hati dan fikiran sendiri. Menulis bukan untuk orang lain tapi untuk kepuasan diri sendiri. Saya juga berniat untuk kongsi sesuatu yang bermanfaat di blog ini. Sebelum ini saya banyak kongsi rencana tentang agama dan motivasi. InsyaAllah selepas ini saya akan kembali share apa2 saja info, tips dan rencana yang menarik dan berguna.
 

Sunday, October 9, 2016

Semangat Baru

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم/ Bismillahirrahmanirrahim‎. 


Assalamualaikum? Hallo, blog!

Lamanya tak update blog ini. Padahal tiap hari, kerja saya asyik online aje. Tapi nak ke blog ni, rasa macam susah pula.

Saya rasa malas dan terfikir nak delete saja blog ini. Tapi sayanglah pula. Rasa sedih saja bila saya teringat entri2 lama. Saya ni memang jenis yang nostalgia sikit. Jenis yang sayang benda2 lama. Nasib saja tak menyebelahi saya untuk jadi dj radio kat klasik fm tu.

Tadi sempat juga baca 2, 3 entri lama saya. Astaga! punyalah teruk ayat2 saya dulu. Nak kata ayat baku, jauh sekali. Nak kata bahasa pasar pun tak juga. Tapi memang teruklah. Saya macam tak percaya, itu hasil tulisan saya dulu 😺.

Tapi bukan saya kata tulisan saya sekarang ni baik. Rasanya sama saja. Cuma mungkin ayatnya sedikit kemaslah dan betul kalau nak banding yang dulu.

Pada mulanya saya buat blog ni untuk ikut giveaway. Tapi cuma separuh jalan, saya jadi malas nak join sebab tak menang2. Memang muka tak ada luck, saya ni! Lepas tu saya tukar pula jadi macam diary, cerita tentang kisah2 seharian, Terutamanya tentang kisah jalan2, makan2, majlis2 semua tu. Tapi lama2 separuh jalan juga. Saya malas edit gambar. Lama2 blog ni jadi terbiar, kadang2 saja saya update itu pun sebab share info2 yang saya rasa best.

Bila tengok orang datang blog ni sebab baca sinopsis novel, saya jadi semangat pula update tentang novel. Asal ada novel baru beli, saya memang buat sinopsisnya. Tapi sejak tahun lepas saya jadi malas. Novel yang ada pun masih banyak yang saya tak baca lagi.

Tak tahulah banyak sangat perkara yang saya tangguh2 buat. Makin lama makin bertimbun buku yang saya tak baca lagi. Konon nak baca tapi....buku terbiar macam tu saja.

Sekarang ini, saya ingat nak aktif update blog ini semula. Saya juga nak jual novel saya yang bertimbun tu. Saya sebenarnya sayang nak jual. Nak simpan sebagai koleksi tapi fikir semula sampai bila nak simpan? Ada sebahagian buku dah rosak sebab disimpan terlalu lama dalam kotak.


Jadi, lebih baik saya jual saja. Manalah tahu ada yang nak belikan? Saya pun dah buat instagram untuk jual novel2 terpakai. Kalau nak follow, silakan. Tapi kalau tak jumpa IG saya, tu memang tanda kita tak berjodoh 😼.

Ok sampai sini saja. InsyaALLAH, esok2 aku cuba update lagi. K, bye.

Assalamualaikum.

Wednesday, October 7, 2015

Cerpen Cinta Tetap sama-Hani Fazuha

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم / Bismillahirrahmanirrahim‎.

Cerpen Cinta Tetap sama-Hani Fazuha

Assalamualaikum...Hallo, blog!

Cinta Tetap Sama ini bukan novel tapi cerpen karya Hani Fazuha. Cerpen ni terselit di belakang novel Hani Fazuha yang tajuknya Yang Bernama Cinta. Saya pun tak tahu ada cerpen kat belakang novel itu.

Cerpen Cinta Tetap sama-Hani Fazuha mengisahkan Azad dan Hana yang sudah lama berkawan. Tapi kemudian Hana minta putus sebab dia ni dah alim kononnya. Dia anggap Azad tu  tak sesuai lagi untuk dia. Dia siap kata Azad tak boleh jadi pemimpin dalam rumahtangga sebab Azad kononnya tak jaga solat. Hana ni rapat dengan Zura. Zura yang selalu nasihat dia agar tinggalkan lelaki macam Azad itu.

Azad rasa tercabar dan putuskan hubungan dengan Hana. Selepas beberapa lama mereka bertemu di kampung semula. Azad terus mengaku masih sayang Hana. Dia hantar rombongan meminang. Hana sebenarnya rasa hidupnya sepi sejak putus dengan Azad. Akhirnya dia terima Azad.

Lepas kahwin, barulah Hana tahu Zura tu lesbian. Perempuan yang hanya berselindung disebalik tudung labuhnya. Zura ni jahat. Dia suka Hana. Itu yang dia hasut Hana bencikan Azad dulu. Masa Azad takde, Zura datang serang Hana. Hana cedera di pipi. Lepas tu Hana jadi down sangat. Dia juga tak suka Azad tengok muka dia yang berparut itu. 

Ok lebih kurang macam tulah cerita Cerpen Cinta Tetap sama-Hani Fazuha. Awal2 lagi saya dah jatuh hati dengan Azad. Punyalah baik dan penyabar dia ni. Layan Hana yang tiba2 fikiran terganggu itu. Saya rasa banyak2 hero novel Hani Fazuha, inilah hero yang saya suka. K, bye.