Novel Mencari Cinta-Leeya Myra
Assalamualaikum? Holla, blog!
Novel Mencari Cinta-Leeya Myra ni antara 10 novel Alaf21 yang saya suka. Sangat suka dan baca berulang2 kali. Kali pertama tengok cover novel ni memang langsung tak tertarik. Sampai nak baca isinya pun saya rasa macam tak ada mood masa tu. Kena2 lagi sinopsis belakang novel tu pun macam tak menarik untuk orang nak baca. Tapi lepas baca muka surat pertama aje, terus tertarik dengan 'Faris' yang tinggalkan Ann di majlis reunion sekelasnya. hihihi...
Ok, novel Mencari Cinta-Leeya Myra ni bermula dengan reunion kelas Ann masa form5. Di sana dia bertemu dengan Rizman teman baiknya masa sekolah dulu. Melalui Rizman, Ann dapat cerita tentang Illham yang masih duduk di Jepun dan sudah berkahwin. Illham adalah cinta pertama Ann dan sampai masa tu pun Ann masih terbelenggu dengan cinta lelaki itu.
Faris lelaki yang cuba meraih cinta Ann dan setia menanti jawapan Ann tentang lamarannya. Faris ni jatuh hati pada Ann masa mereka selalu bertemu dalam tren. Hampir sebulan selalu naik tren yang sama tapi kelakarnya Ann langsung tak ingat pun Faris! Selepas sebulan asyik pendam perasaan, Faris bertekad nak tegur Ann. Tapi hari dia nak tegur Ann, Ann dah tak naik tren lagi Faris frust dan tak pernah nampak Ann lagi. Hinggalah satu hari tu dia nampak Ann di rumah abang Ann, jiran ibu saudaranya. Jadi, Faris pun minta ibu saudaranya tu pinangkan Ann.
Ann belum bagi jawapan, dia cuba kenal Faris dulu. Faris pun tak pernah desak. Sofea kawan baik Ann masa di U datang jumpa Ann. Masa di u dulu, mereka sangat rapat. Sofea ada masalah dengan suaminya sebab tu dia balik Malaysia. Lepas tu Illham pula muncul dan cuba dapatkan cinta Ann semula. Tapi Ann serba-salah sebab Ilham dah kahwin. Illham sebenarnya dalam proses nak bercerai. Lepas dia bercerai barulah dia nak lamar Ann. Ann yang masih cintakan Illham, ok je. Kena pula Rizman dan Sofea pun sentiasa bagi dia semangat untuk bersama dengan Ilham semula.
Ann pun bagi kata putus dengan Faris, tak mahu Faris tunggu dia lagi. Tapi kemudian Ann pula kecewa bila dia tahu llham sebenarnya suami Sofea! Ilham kahwin dengan sSofea sebab Sofea mengingatkan dia pada Ann di Malaysia. Mereka tak bahagia sebab tu Sofea balik Malaysia dan sengaja rapatkan Ann dengan llham. dia terus tolak lamaran llham. Dalam Ann kecewa tu, Faris jugalah tempat dia mengadu dan tempat luahkan tangisan. Lepas tu selamba ajak Faris kahwin cepat2. Jadi mereka pun buatlah persiapan.
Ann nasihatkan Sofea agar berbaik dengan Ilham. llham pun nak balik Kepun semula. Sofea pula meninggal dalam kemalangan. Ann rasa sedih dengan kejadian tu. Rizman pula kata, itu petunjuk Ann memang ada jodoh dengan llham. keputusan Ann berubah dia batalkan perkahwinannya dengan Faris yang tinggal 3 minggu itu. Abang Ann sangat marah dan Faris memang kecewa tapi dia tetap terima keputusan Ann dan minta Ann berjanji untuk hidup bahagia dengan llham. Ann rasa bersalah sangat dengan sikap baik Faris itu. Malah faris tetap sedia jadi kawannya.
Ann bertemu dengan Joseph bekas boyfriend Sofea masa di U dulu. Sebelum meninggal sofea ada jumpa lelaki tu dan sempat tinggalkan kaset rakamannya untuk Ann. Masa Ann dengar rakaman suara tu Ann sedih sangat. Dia ziarah kubur Sofea dan sedar banyak perkara waktu tu. Ilham akhirnya pulang ke Jepun semula. Ann mula membantu Joseph (dah masuk islam) dalam menguruskan rumah bakti yang lelaki tu uruskan. Malah Joseph juga banyak sedarkan dia tentang perangainya yang pentingkan diri dan kecewakan Faris dulu.
Ann berubah dan dia pergi umrah, Faris juga yang hantar dia di airport. Masa tu Ann kali pertama pakai tudung dan tudung tu pula pemberian Faris. Masa berpisah tu dia tiba2 rasa berat nak tinggalkan Faris. Dalam flight, dia baca nota Faris bagi sebelum berlepas tadi. Masa tu dia rasa sangat rindu pada Faris. Tapi bila dia balik dari umrah mereka tak ada jumpa lagi. Sebulan lepas tu, dia jumpa Rizman. Melalui rizman Ann dapat tahu yang Faris kursus sebulan di Unimas Sarawak. Rizman sebenarnya kawan dengan sepupu Faris. Rizman juga ada cakap tentang llham tapi Ann tak rasa apa2 pun. Baginya llham sudah tamat kisahnya.
Sepupu Faris datang jumpa Ann dan minta Ann jemput Faris di KLIA. Sepupu Faris tu dapat rasa, Faris nak tengok Ann yang datang, bukannya dia. Jadi masa Faris balik Ann datang jemput tapi dia puas tunggu dan cari di sana, Faris tak ada pun. Ann pun pulang dengan kecewa dan dia redha mungkin tiada lagi pertemuan dengan Faris. Dalam dia sedih masa dalam tren tu, tiba2 Faris muncul dan kenalkan diri pada Ann. Ann pun gembira.
Komen? Memang best sangatlah...ending dia tu yang best. Bagi sesetangah orang ending macam tu, agak tergantung. Tapi saya lagi suka ending macam tu. Tak perlulah buat mereka kahwin lepas tu beranak kembar. Macam ending novel2 sekarang ni. Banyak yag macam tu. Nampak sangat khayalannya. Memanglah cuma rekaan tapi jangan sampai terlalu berangan sangat. Biar seimbang realiti dan fantasinya. Baru cerita tu menarik.
Ok berbalik dengan ending novel Mencari Cinta-Leeya Myra ini, saya memang tak sangka nak habis tu baru tahu Ann nakkan Faris. Rasanya, banyak2 ending novel yang saya baca, inilah yang paling buat saya tersenyum lebar. Senyum sampai dalam hati hehe. Nampak simple je ayat2nya tapi cukup bermakna maksudnya bagi Ann dan Faris.
Saya memang cadangkan korang yang suka baca novel melayu, dapatkanlah novel ini. Jalan cerita yang menarik. Cara penulis bercerita pun sangat matang dan tak membosan. Bukan cerita kosong semata2. Jangan lupa cari novel ini ya. Sata jamin korang akan jatuh tersungkur dengan watak Faris. Ok, bye.
3 comments:
sy pn minat sangat novel ni tp hilang dr simpanan :(((
alaa...sayangnya kalau hilang. takde la dpt baca semula kan...
Cerita ni kan. Ann tu ada kedai buku ke? 😅🤣
Post a Comment