Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Tuesday, December 4, 2012

sandakan dan sejarahnya

serba sedikit tentang sejarah daerah sandakan. elopura atau sandakan ditubuhkan pada 21 jun 1879 oleh inggeris bernama william b. pryer yang juga merupakan residensi pantai timur sabah, semasa pemerintahan syarikat berpaigam borneo utara british. sandakan diisytiharkan sebagai ibu negeri borneo utara yang kedua pada tahun 1884.
sumber : google

syarikat tertua di sandaka ditubuhkan pada tahun 1882, dan sekolah st.mary merupakan sekolah tertua di sabah yang ditubuhkan  pada tahun 1887. pada tahun 1883 sebuah surat khabar bulanan, british north borneo herald diterbitkan sehingga kependudukan jepun pada tahun 1942.
sementara itu perkhidmatan telefon telah beroperasi di sandakan seawal-awalnya pada tahun 1896 komunikasi telegraf di antara sandakan dengan united kingdom telah ditubuhkan dengan aktifnya pada 8 april 1897.

bandar sandakan telah siap dibangunkan pada tahun 1930 dan menjadi tumpunan perdagangan antarabangsa sehingga ia digelar 'little hong kong of borneo'. jalan raya telah diturap buat kali pertama pada 1899 ddan kereta bermoto diperkenalkan di sandakan seawal tahun 1912. bekalan elektrik diperkenalkan pada tahun 1909. pada 1923, sandakan telah dipasangkan dengan pertukaran telefon automatik antarabangsa yang terawal di sabah dan juga lebih awal dari hong kong di shanghai. kelab golf pula ditubuhkan pada tahun 1917.
sumber : google

bagaimana pun, bandar sandakan telah mengalami perubahan setelah ranap musnah dibom oleh tentera bersekutu semasa perang dunia kedua. selepas mencapai kemerdekaan, sandakan telah menampakan rupa wajah yang baru dengan pembangunan mapan yang dapat kita lihat pada masa kini

Monday, July 11, 2011

jenama buruan wanita


CANTIK, mempersona dan bergaya. Tiga perkataan ini cukup untuk menggambarkan keunggulan jenama Coach dalam menghasilkan fesyen kasut, beg tangan dan aksesori.
Tanya sahaja pada mana-mana wanita, semuanya pasti teruja memiliki sesuatu yang berjenama termasuk pakaian atau aksesori lain seperti beg tangan atau kasut daripada jenama terkenal di Amerika, Coach.
Tentu seronok membeli-belah dengan koleksi aksesori terbaru dari Coach yang menawarkan beg untuk musim bunga tampil dengan pelbagai pilihan warna dan bentuk.
Pada musim ini, Coach mengetengahkan warna terang seperti merah samar dan oren. Beg tangan kali ini menggunakan kulit lembut dengan perincian menarik. Versatil.
Antara koleksi yang menjadi kegemaran ialah Madosin Sophia yang mempunyai rekaan gaya mewah dengan bentuk versatil. Koleksi Poppy Galm Tote turut mendapat tempat di hati penggemar beg tangan wanita yang lebih santai sesuai digayakan pada hujung minggu.
Bagi mendapatkan beg tangan terbaik, setibanya di butik Coach, anda boleh mendapatkan khidmat nasihat daripada kakitangan Coach.
Golongan yang inginkan beg untuk ke pejabat atau koleksi tertentu akan diberi pilihan untuk memilih material fabrik, warna atau jenis kulit yang bersesuaian dengan penampilan anda.
Beg tangan yang anda bawa juga akan memberitahu jenis personaliti anda sama ada anda seorang yang sukakan warna klasik atau meriah.
Berbeza dengan jenama lain, Coach akan sentiasa tampil dengan koleksi baru setiap bulan selain memenuhi keperluan wanita dan lelaki untuk pelbagai jenis beg termasuk melancong, dompet, harian dan sebagainya.


sumber : berita harian

baharudin mati bukan angkaran polis

ini lagi kisah lanjut dari perhimpunan BERSIH yang tak BERSIH tu. semua orang ada tengok berita ni yang salah seorang perusuh meninggal dunia. macam biasa isu ni diperbesarkan dan PDRM dituduh menjadi punca kematian si perusuh ni. aku baca petikan akhbar tentang hal ni di beberapa blog yang aku google tadi.

entah kenapa aku rasa seumurlah jumpa blog yang anti kerajaan? macam belum ada blog yang menulis baik2 dan berterima kasih pada M'sia yang aku jumpa selama ni! tak kisahlah semua ada pendapat dan fahaman masing2. dibawa ni petikan akhbar dari BH yang aku baca. aku tak pernah ragu dengan berita BH dan Utusan Malaysia sebab dari dulu mereka sentiasa melaporkan berita yang betul. lagi pun akhabr2 ini sudah lama bertumbuh di negara kita. akhbar inilah yang melihat susah-payah negara nak membangun dulu.


KUALA LUMPUR: Polis menafikan dakwaan disebarkan melalui twitter dan blog pembangkang kononnya kematian peserta perhimpunan haram, Baharudin Ahmad berpunca daripada tindakan polis ketika menyuraikan perhimpunan itu.

Dalam kejadian itu, Baharudin, 59, pemandu teksi dan menetap di AU3 Hulu Klang didakwa rebah akibat sesak nafas selepas terkena gas pemedih mata serta dipukul polis ketika menyertai perarakan di hadapan KLCC.

Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh, menjelaskan dakwaan itu tidak benar kerana arwah dikatakan rebah ketika cuba melarikan diri apabila Unit Simpanan Persekutuan (FRU) menghampiri penyokong perhimpunan untuk menyuraikan mereka.

“Siasatan menunjukkan arwah tidak dipukul dan polis juga tidak melepaskan tembakan gas pemedih mata untuk menyuraikan lebih 1,500 penyokong yang berarak di hadapan KLCC.

“Arwah yang berada di perhimpunan lari ke bangunan berhampiran (Bangunan K Avenue) dengan seorang rakannya selepas anggota FRU tiba untuk mengawal keadaan sebelum rebah akibat sesak nafas,” katanya.

Amar berkata, rakan Baharudin menghubungi ambulans dan mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) jam 5.10 petang, tetapi disahkan meninggal dunia 20 minit kemudian selepas menerima rawatan kecemasan.

“Laporan bedah siasat menunjukkan dia meninggal akibat masalah jantung. Jantungnya membengkak dan tiga arterinya tersumbat. Pemeriksaan juga mendapati tiada kecederaan luaran dan dalaman tubuhnya. Anak arwah juga mengesahkan dia ada darah tinggi,” katanya.

berita sumber  : berita harian

Tuesday, June 21, 2011

erti disebalik kesetiaan

Ramai insan yang masih lagi tidak faham akan apakah erti kesetiaan dalam sebuah perhubungan. Ramai yang bertanya mengapa kita perlu setia, sedangkan belum tentu kekasih kita itu menjadi pasangan hidup kita? Disebabkan persoalan inilah kecurangan sering berlaku dimasa kini, sehingga ramai antara insan di muka bumi ini dilanda kekecewaan dan ada yang menyedihkan sehingga sanggup membunuh diri apabila ditinggalkan kekasih.

Kesetiaan dalam perhubungan adalah sangat penting, ini adalah kerana kita telah mengambil amanat dan tanggungjwab daripada pasangan kita itu untuk menjadikan dirinya hanya satu dihati kita sewaktu kita mengambilnya sebagai kekasih. Alangkah sedihnya apabila tanggugjawab atau amanat yang seharusnya kita jaga itu, tidak kita tunaikannya...? Tidakkah ia sama dengan penipuan...? Jangan taburkan janji jika kita tidak mampu untuk tepati dan jangan mengata cinta kalau kita tidak mampu untuk memberikannya sepenuh hati...
Ingatlah bahawa, hidup kita seperti roda, tidak semestinya kita sentiasa berada di atas. Jika kita permainkan hati insan lain, suatu masa kita juga akan dipermainkan... Dan pada waktu itu, penyesalan tiada gunanya... Setiap apa yg kita lakukan pasti ada balasanya, hanya masa yang dapat menentukan...


Untuk insan yang menjaga kesetiaan terhadap pasangan, anda adalah yang terbaik. Jadilah insan yang boleh membahagaian pasangan kita tanpa rasa jemu. Jika anda dicurangi, jaganlah bersedih ataupun berdendam, tetaplah menjadi yang terbaik. Kerana anda mempunyai maruah diri, jangan samakan diri anda dengan insan yang tidak setia. Anda telah melakukan yang terbaik untuk pasangan anda dengan menjaga keperibadian diri dengan sebaiknya. Mereka tidak pandai menjaga harga diri mereka. Suatu hari nanti mereka akan menyesal dan akan menyedari akan kebaikan yang anda lakukan...

Tidak penting utk kita ketahui sama ada pasangan kita jujur, ikhlas atau setia dengan kita yang penting Allah tahu kita bagaimana, dan Allah tidak akan mensia-siakan apa yang kita lakukan... Tawakal dan redha lah...
Lelaki atau wanita yang baik hanya untuk lelaki atau wanita yang baik...
Manakala lelaki atau wanita yang tidak baik hanya untuk lelaki yang tidak baik...
Pilihan adalah di tangan anda…


Tuesday, April 26, 2011

kad kahwin zed zaidi

hola...lama juga aku tak update blog, malas sebab line internet tempat aku tersangatlah lajunya mengalahkan kelajuan siput merayap! tapi tadi aku tiba2 buka lappy dan terus google 'setelah kau tiada' drama yang aku baru tertengok pagi tadi di tv1. drama tu lakonan intan azura dan zed zaidi. google punya google terjumpa pula kad kahwin zed zaidi ni...kreatif lah juga, kan.



kad kahwin zed zaidi



kad kahwin zed zaidi

ni ala2 facebook sebab mereka jumpa melalui fb juga. ini sebagai mengenang saat mula2 perkenalanlah ni. hmmm, tak sangka pula ada yang bertemu jodoh dalam fb...artis pula tu... agak2 kalau jumpa dalam kapal terbang, bolehlah buat kad kreatif macam kapal terbang juga...hehehe...

gambar sumber : google


Friday, March 11, 2011

jepun dilanda gempa bumi dan tsunami


aku senyap seketika masa tengok berita tentang gempa bumi yang melanda jepun siang tadi. gempa bumi 8.9 magnitud di timur laut negara itu mengakibatkan tsunami setinggi 4 meter.





kereta banyak yang hanyut dan bangunan, rumah pun banyak yang musnah. takutnya...harap2 m'sia selamat dari bencana alam yang dahsyat macam tu. moga2 Allah swt sentiasa melindungi kita semua




gambar sumber : google


Saturday, February 5, 2011

koleksi kasut mahal

ini pula koleksi kasut paling mahal di dunia. tengok harganya buat aku kagum betul. mahal giler sampai juta lagi. tapi memang nampak buatannya cukup halus dan cantik sangat. sekali pandang jer terus rasa nak miliki kasut2 ni. bertuah habis orang yang dapat kasut2 mahal ni.

Retro Rose Stuart Weitzman
Harga: US$ 1 juta


Stiletto Guild Platinum Stuart Weitzman
Harga: US$ 1,09 juta

Stiletto Rubi Stuart Weitzman
Harga : US$ 1,6 juta

High Heels Tanzanite Stuart Weitzman
Harga: US$ 2 juta

Kasut Wanita Cinderella Stuart Weitzman
Harga: US$ 2 juta

Stuart Weitzman’s Rita Hayworth Heels
Harga: US$3 juta

Kasut Nike Dilapisi Berlian
Harga: US$ 50 ribu

Stiletto Diamond Dream Stuart Weitzman
Harga : US$ 500 ribu

Kasut Milik Raja India
Harga: US$ 160 ribu

Kasut Wanita 'The Wizard of Oz'
Harga: US$ 666 ribu

credits untuk gambar http://fcukz.co.cc

beg tangan pelik

aku tak tahulah sama ada beg2 sisi macam ni memang ada dikeluarkan atau saja untuk iklan macam ni. tapi memang boleh tahan juga imej2 yang digunakan di atas beg2 ni. ada yang nampak pelik, lucu tapi memang kreatif.


kelakar pun ada, seksi pun ada. mesti jadi tumpuan kalau pakai beg ni pergi shopping.


imej gantung diri atau terjerut. nampak kejam sikitlah. tapi memang kreatiflah yang bagi idea ni.


hahaha...ni lagi lucu, macam gigit tangan kita je...aku suka beg ni. cantik dan menarik.


ini pun menarik juga. sesuai untuk lelaki...memang otak bestlah orang yang terfikir idea ni.


beg ni menarik juga. macam pimpin tangan budak dibeg tu. comel lagi, memang cantik beg ni.


ayoyo..aku tak mahu beg ni...kesian itu tu, leher dia dicekek.hahaha...walaupun cuma gambar tapi nampak macam berkesan untuk kempen selamatkan binatang ini...huhuhuhu


ini lagi nampak ganas, imej orang yang ditarik rambut. memang kesian punya gambar!


beg paling simple...cantik juga


beg paling bahaya...jaga2 jangan dekat nanti kena tembak! hehehe...

sumber : google

Friday, February 4, 2011

ucapan tahun baru dalam pelbagai bahasa

sumber : google

tahun baru dah lama pun berlalu...tapi kenapa aku buat entry tentang ucapan tahun baru pula ni? hahaha, takde la...aku saja2 nak masukan info bahasa di blog ini. nanti bila2 aku nak guna, boleh rujuk di sini saja kan. dapat juga belajar bahasa dari negara luar.

AFRIKAANS - gelukkige nuwejaar
ALBANIAN - Gëzuar vitin e ri
ALSATIAN - e glëckliches nëies / güets nëies johr
ARABIC- aam saiid / sana saiida
ARMENIAN- shnorhavor nor tari
AZERI - yeni iliniz mubarek
BAMBARA- bonne année
BASQUE- urte berri on
BELARUSIAN- З новым годам (Z novym hodam)
BENGALI- subho nababarsho
BERBER- asgwas amegas
BETI- mbembe mbu
BOBO- bonne année
BOSNIAN- sretna nova godina
BRETON- bloavezh mat / bloavez mad
BULGARIAN- честита нова година (chestita nova godina)
BURMESE- hnit thit ku mingalar pa
CANTONESE- kung hé fat tsoi
CATALAN- bon any nou
CHINESE- xin nian kuai le / xin nian hao
CORSICAN- pace e salute
CROATIAN- sretna nova godina
CZECH- šťastný nový rok
DANISH- godt nytår
DUTCH- gelukkig Nieuwjaar
ESPERANTO- felicxan novan jaron
feliæan novan jaron (Times SudEuro font)
ESTONIAN- head uut aastat
FAROESE- gott nýggjár
FINNISH- onnellista uutta vuotta
FLEMISH- gelukkig Nieuwjaar
FRENCH- bonne année
FRISIAN- lokkich neijier
FRIULAN- bon an
GALICIAN- feliz aninovo
GEORGIAN- გილოცავთ ახალ წელს (gilocavt akhal tsels)
GERMAN- ein gutes neues Jahr / prost Neujahr
GREEK- kali chronia / kali xronia
eutichismenos o kainourgios chronos (we wish you a happy new year)
GUJARAT-I sal mubarak
GUARANÍ- rogüerohory año nuévo-re
HAITIAN CREOLE- bònn ané
HAWAIIAN- hauoli makahiki hou
HEBREW- shana tova
HINDI- nav varsh ki subhkamna
HMONG- nyob zoo xyoo tshiab
HUNGARIAN- boldog új évet
ICELANDIC- farsælt komandi ár
INDONESIAN- selamat tahun baru
IRISH GAELIC- ath bhliain faoi mhaise
ITALIAN- felice anno nuovo, buon anno
JAVANESE- sugeng warsa enggal
JAPANESE- akemashite omedetô
KABYLIAN- asseguèsse-ameguèsse
KANNADA- hosa varshada shubhaashayagalu
KAZAKH- zhana zhiliniz kutti bolsin
KHMER- sur sdei chhnam thmei
KIRUNDI- umwaka mwiza
KOREAN- seh heh bok mani bat uh seyo
KURDE- sala we ya nû pîroz be
LAO- sabai di pi mai
LATIN- felix sit annus novus
LATVIAN- laimīgu Jauno gadu
LIGURIAN- feliçe annu nœvu / feliçe anno nêuvo
LINGALA- bonana / mbula ya sika elamu na tonbeli yo
LITHUANIAN- laimingų Naujųjų Metų
LOW SAXON- gelükkig nyjaar
LUXEMBOURGEOIS- e gudd neit Joër
MACEDONIAN- srekna nova godina
MALAGASY- arahaba tratry ny taona
MALAY- selamat tahun baru
MALTESE- is-sena t-tajba
MAORI- kia hari te tau hou
MARATHI- navin varshaachya hardik shubbheccha
MONGOLIAN- shine jiliin bayariin mend hurgeye (Шинэ жилийн баярын мэнд хvргэе)
MORÉ- wênd na kô-d yuum-songo
NORWEGIAN- godt nyttår
OCCITAN- bon annada
PERSIAN- sâle no mobârak
POLISH- szczęśliwego nowego roku
PORTUGUESE- feliz ano novo
ROMANCHE- bun di bun onn
ROMANI- bangi vasilica baxt
ROMANIAN- un an nou fericit / la mulţi ani
RUSSIAN С- Новым Годом (S novim godom)
SAMOAN- ia manuia le tausaga fou
SANGO- nzoni fini ngou
SARDINIAN- bonu annu nou
SCOTTISH GAELIC- bliadhna mhath ur
SERBIAN- srećna nova godina
SHIMAORE- mwaha mwema
SHONA- goredzwa rakanaka
SINDHI- nain saal joon wadhayoon
SINHALA- suba aluth avuruddak vewa
SLOVAK- stastlivy novy rok
SLOVENIAN- srečno novo leto
SOBOTA- dobir leto
SPANISH- feliz año nuevo
SRANAN- wan bun nyun yari
SWAHILI- mwaka mzuri / heri ya mwaka mpya
SWEDISH- gott nytt år
SWISS-GERMAN- es guets Nöis
TAGALOG- manigong bagong taon
TAHITIAN -ia orana i te matahiti api
TAMIL- iniya puthandu nalVazhthukkal
TATAR - yaña yıl belän
TELUGU- nuthana samvathsara subhakankshalu
THAI- สวัสดีปีใหม่ (sawatdii pimaï)
TIBETAN- tashi délek
TURKISH- yeni yiliniz kutlu olsun
UDMURT- Vyľ Aren
UKRAINIAN Z - novym rokom
URDU- naya saal mubarik
UZBEK- yangi yilingiz qutlug’ bo’lsin
VIETNAMESE- Chúc Mừng Nǎm Mới / Cung Chúc Tân Niên / Cung Chúc Tân Xuân
WALOON- (“betchfessîs” spelling) bone annéye / bone annéye èt bone santéye
WELSH- blwyddyn newydd dda
WEST INDIAN CREOLE- bon lanné
WOLOF- dewenati
YIDDISH- a gut yohr

sumber : google


8 makanan pelik dan menjijikan di dunia

mungkin ada antara kita yang suka mencuba makanan dari negara luar. tidak kiralah sama ada makan itu baru dicipta, tradisi atau pelik. tapi agak2nya boleh tak tekak kita menerima makanan2 macam ni? mesti ramai yang kata TIDAK kan. jangankan nak kata ya...nak tengok gambar2 ni pun mesti ada yang rasa tekak kembang...nak muntah...


1.ulat rebus di botswana
hidangan ini menjadi santapan seharian oleh suku kaum di botswana. ulat2 direbus dengan perencah terpilih.



2.belalang
beberapa jenis belalang (serangga) dijual sebagai makanan ringan di thailand. rasanya lebih kurang macam udang goreng!


3.baby mice wine
tikus kecil dimasukan dalam botol berisi anggur beras. diperap beberapa ketika dan merupakan anggur tradisonal cina dan korea yang berfungsi sebagai tonik.


4.tikus goreng di china
kebanyakan bekalan tikus diperolehi dari petani2 yang mengusahakan sawah. daging tikus goreng menjadi kegemaran masyarakat di china. biasanya tikus goreng dimakan dengan marica dan dipercayai mempunyai kandungan protin yang tinggi.



5. balut
telur itik yang sudah menjadi janin direbus dan dimakan dengan kicap masin. makanan ini cukup popular di filipina dan kemboja.


6.daging buaya di singapura
Di negara Singapura, daging buaya (kebanyakan anak buaya) di olah menjadi Steak buaya. Daging-daging buaya (terutama bagian paha tangan dan kaki) disajikan bersama kentang goreng. Hanya restoran-restoran tertentu di Singapura yang menyajikan menu spesial ini.


7.otak monyet
Di China, dipercaya bahwa otak monyet yang masih hidup (Otaknya yang masih berdenyut) merupakan obat yang paling ampuh untuk obat kuat. Monyet yang masih hidup dimasukkan kedalam karung, kemudian di pukul kepalanya sampai pingsandan diusahakan jangan sampai mati, kemudian kulit kepala bahagian atas dikuliti dan di kupas batoknya untuk diambil otaknya
mentah-mentah dan di santap dengan menggunakan straw.


8.buger cindil
Cindil atau anak tikus yang baru lahir di percaya boleh menambah stamina dan membuat tubuh lebih fit, selain itu Cindil juga mempunyai kandungan protein yang tinggi. Cindil juga boleh mengubati berbagai macam penyakit, dan salah satunya adalah asma. Dinegara China penyajian Cindil beraneka macam dan salah satunya adalah dengan Burger.


macam mana, nak cuba...ada berani? hahaha...kena fikir berjuta kali dulu. tu pun kalau ditawarkan 1 juta us...mungkin boleh dipertimbangkan...huhuhu...pada aku makanan2 ni bukan saja pelik atau menjijikan...malah orang yang makan makanan ni pun memang pelik dan menjijikan. lagi satu KEJAM....terutamanya yang makan otak monyet yang masih berdenyut tu!

gambar & info sumber : google


kimchi makanan tradisi korea


sumber : google

Siapa yang tidak kenal Kimchi? Makanan yang berasal dari Korea ini merupakan asinan sayur yang diperam. Jenis sayur yang dapat dijadikan Kimchi beraneka ragam, sesuai selera pembuatnya. Namun, sayur yang paling dikenal di luar korea sebagai bahan dasar Kimchi adalah sawi putih dan lobak, yang dicampur bawang putih, bawang merah, daun bawang, cumi-cumi, tiram atau makanan laut lain, jahe, garam, gula, dan tentunya campuran cabai merah.

Kimchi diperam dalam suhu yang rendah. Proses pembuatannya alami sehingga tercipta sayuran segar yang baik untuk tubuh. Strain bakteri asam laktat yang menghasilkan bakteriosin dari kimchi diberi nama Lactobacillus kimchi. Bakteri ini menghasilkan asam laktat yang lebih tinggi dari yoghurt.

Asam laktat berfungsi untuk memperkaya rasa dan membasmi bakteri-bakteri serta virus yang berbahaya. Singkatnya, Kimchi mengandung zat anti bakteri. Kandungan asam laktat yang tinggi tersebut juga baik untuk pencernaan.

Kimchi berkalori rendah, berserat tinggi, dan mengandung banyak vitamin, antara lain vitamin A, vitamin B1 (Thiamin), vitamin B2 (riboflavin), kalsium, dan zat besi.

Secara keseluruhan, manfaat yang didapat dari Kimchi antara lain:

1. Meningkatkan daya tahan tubuh
2. Mencegah kanser
3. Melancarkan metabolime tubuh
4. Mencegah penyakit oleh virus seperti radang usus dan penyakit lambung.
5. Kandungan selulosanya mengobati sembelit
6. Kandungan cabainya mencegah stroke, penyumbatan pembuluh darah, dan gangguan jantung koroner.

Berbagai khasiat diatas membuat Kimchi dinyatakan sebagai salah satu dari lima makanan tersehat di dunia versi Health Magazine.

Selain itu, ketika wabah SARS melanda Asia pada tahun 2003 lalu, Korea aman. Masyarakatnya terbebas dari penyakit mematikan tersebut. Bahkan, kalaupun ada yang terjangkit, orang tersebut boleh sembuh dengan cepat. mungkin, hal tersebut kerana kimchi yang banyak dikonsumsi oleh warga Korea. Sejak itu, permintaan ekspor Kimchi dari Korea meningkat. Kimchi menjadi makanan terkenal dan digemari di seluruh pelusuk dunia, dan merupakan aset budaya yang sangat berharga bagi Korea.

credits to http://ptc-cam.blogspot.com/2010/06/kimichi-makanan-asli-dari-korea.html


sejarah tulisan hangul korea


Tulisan Hangul Korea

Secara keseluruhan terdapat sekitar 78 juta penutur bahasa Korea di seluruh dunia termasuk kelompok-kelompok besar di Uni Soviet, AS, Kanada dan Jepun. Klasifikasi resmi bahasa Korea masih belum disetujui secara universal, namun dianggap oleh banyak orang sebagai bahasa isolat.

Beberapa ahli bahasa memasukkannya ke dalam kelompok bahasa Altaik. Bahasa Korea juga banyak mirip dengan bahasa Jepun yang status kekerabatannya juga kurang jelas. Sistem penulisan bahasa Korea yang asli —disebut Hangul— merupakan sistem yang silabik dan fonetik.

Aksara-aksara Sino-Korea (Hanja) juga digunakan untuk menulis bahasa Korea. Walaupun kata-kata yang paling umum digunakan merupakan Hangul, lebih dari 50% kosakata bahasa Korea terdiri dari kata-kata yang dibentuk dari Hanja.

Huruf ini dikenalkan oleh Raja Sejong pada abad ke-15, dikenal sebagai Hunmin Jeong eum. Namun istilah Hangul (atau tepatnya disebut Hangeul) baru dikenal pada permulaan abad ke-20. Setelah Hangeul digunakan pun, Hanja masih tetap dipakai, sedang Hangeul dipakai oleh orang-orang tidak berpendidikan, wanita dan anak-anak.

Namun pada perkembangannya, Hangeul makin banyak digunakan bahkan pada abad ke-19 dan permulaan abad ke-20, penggunaan Hangeul dan Hanja seimbang. Namun kini, Hanja hanya dijumpai pada tulisan-tulisan akademik dan resmi, sedangkan hampir semua papan nama, jalan, petunjuk, bahkan tulisan-tulisan informal ditulis dalam Hangeul.

Bahasa Korea pada dasarnya memiliki dialek-dialek yang saling bertalian satu sama lain. Setiap wilayah dapat memahami dialek lainnya, kecuali dialek Pulau Jeju yang dianggap paling aneh.
Belajar Bahasa Korea

Beberapa Istilah Umum
네.(예.)
[ Ne.(ye.)]
Ya.

아니오.
[Anio.]
Tidak. (Bukan.)

여보세요.
[Yeoboseyo.]
Halo.

안녕하세요.
[Annyeong-haseyo.]
Apa kabar.

안녕히 계세요.
[Annyong-hi gyeseyo.]
Selamat tinggal.

안 녕히 가세요.
[Annyeong-hi gaseyo.]
Selamat jalan.
어서 오세요.
[Eoseo oseyo.]
Selamat datang.

고맙습니다.(감사합니다.)
[Gomapseumnida. (Gamsahamnida.)]
Terima kasih.

천만에요.
[Cheonmaneyo.]
Kembali. (Sama-sama.)

미안합니다.(죄송합니다.)
[Mianhamnida. (Joesong-hamnida.)]
Minta maaf. (Mohon maaf.)

괜찮습니다.(괜찮아요.)
[Gwaenchansseumnida.]
Tidak apa-apa.

실례합니다.
[Sillyehamnida.]
Permisi.

credits to http://sansan7877.multiply.com/reviews/item/7

Thursday, February 3, 2011

khasiat ubi kentang


gambar sumber : google

RASANYA yang enak menjadikan ubi kentang diterima dan disukai oleh kebanyakan masyarakat dunia. Terdapat beratus-ratus jenis ubi kentang yang tumbuh di serata dunia adalah dari keluarga Solanaceac seperti terung dan tomato.

Tumbuhan yang berasal dari Bolivia dan Peru ini mula ditanam sejak tujuh ribu tahun dahulu. Ia menjadi bahan penting dalam masakan Eropah sejak orang Sepanyol membawa keluar dari negara Amerika Selatan itu.

Ubi kentang kini ditanam secara besar-besaran terutamanya oleh peladang di Amerika syarikat. Ini kerana ianya mempunyai pelbagai khasiat untuk penjagaan kesihatan.

Ubi kentang kaya dengan kandungan potassium, vitamin C, karbohidrat kompleks, fiber atau gentian kepada gula darah (blood sugar) dan pengawalan tekanan darah.

Selain itu, ia juga mengandungi protien, zat besi, vitamin B1, B2 dan B3. Ia mempunyai kandungan potassium yang jumlahnya dua kali ganda daripada buah pisang.

Manakala jumlah lemaknya pula di bawah para 25 peratus. Ubi kentang sangat sesuai bagi mereka yang mengalami kekurangan gula dalam darah yang menghidap darah tinggi.

Di dalam pembentukan zat besi di dalam darah, ubi kentang adalah merupakan sumber yang terbaik. Ia juga adalah merupakan sumber yang mampu menjamin sistem ketahan badan kerana kandungan vitamin dan kalsiumnya tinggi.

Kandungannya juga terdapat bahan yang boleh meneutralkan virus carcinogens dan ianya lebih berkesan berbanding kacang soya. Manakala kulit ubi kentang kaya dengan clorogenic polypherol iaitu ianya dapat membantu mengelakkan daripada mutasi sel yang boleh membawa kepada barah.

Satu kajian yang pernah dijalankan mendapati hirisan ubi kentang mentah dan jusnya boleh membantu seseorang mengurangkan kesakitan penyakit yang menyerang sendi-sendi dan radang otot. Hirisannya juga boleh melegakan kesakitan seperti pada urat atau tergeliat, kebakaran ringan dan luka-luka kecil dengan melekapkannya di atasnya.

Sos ubi kentang dikatakan boleh mengurangkan luka, mengurangkan kesakitan, mengelakkan jangkitan dan pencemaran bakteria. Manakala parutannya yang diletakkan di bahagian mata dikatakan mampu menghilangkan bulatan hitam pada mata (dark circles). Apabila paruatan itu dicampurkan bersama krim putar, ianya mampu untuk melambatkan kedutan pada muka.


credits to http://dmoshimoshi.4.forumer.com/a/khasiat-kentang_post862.html



Saturday, December 25, 2010

belajar bahasa jepun

perbualan dalam bahasa jepun

Ohayou gozaimasu-selamat pagi
Konnchiwa-selamat tgh hari
Konbanwa-selamat malam
Oyasuminasai-selamat mlm(diucapkan sblom tido)
Tadaima-sy dh balik
Okaerinasai-slmt pulang
Itadakimasu-diucapkan sblom makan
Gochisousamadeshita-diucapkan slps makan
Irasshaimase-slmt dtg
Ittekimasu-sy pegi dulu dan akan pulang
Wakarimasu-sy faham
Wakarimasen-sy x faham

nombor dalam bahasa jepun

ichi = satu
ni = dua
san = tiga
yon/si = empat
go = lima
roku = enama
shichi/nana = tujuh
hachi = lapan
ku/kyuu = sembilan
juu = sepuluh

juu-ichi = sebelas
juu-yon = empat belas
juu-roku = enam belas

nii-juu = dua puluh
hachi-juu = lapan puluh

hyaku = seratus
ni hyaku = dua ratus
san-byaku = tiga ratus
roppyaku = enam ratus
happyaku = lapan ratus

p/s: lepas ni bolehlah selit 2,3 perkataan dalam bahasa jepun bila nak cakap dengan kawan2...hahahah


sumber : google

Thursday, December 23, 2010

belajar bahasa korea

ini sebab tengok drama2 korea lah punya pasal sampai aku pun berminat nak belajar bahasa korea. alaa, belajar dua tiga patah perkataan je. kira ok la tu...dari sepatah haram tak faham kan..hihihi. aku google2 terjumpa juga web yang ada ajar bahasa korea ni.

네.(예.)
[ Ne.(ye.)]
Ya.

아니오.
[Anio.]
Tidak. (Bukan.)

여보세요.
[Yeoboseyo.]
Halo.

안녕하세요.
[Annyeong-haseyo.]
Apa kabar.

안녕히 계세요.
[Annyong-hi gyeseyo.]
Selamat tinggal.

안녕히 가세요.
[Annyeong-hi gaseyo.]
Selamat jalan.

어서 오세요.
[Eoseo oseyo.]
Selamat datang.

고맙습니다.(감사합니다.)
[Gomapseumnida. (Gamsahamnida.)]
Terima kasih.

천만에요.
[Cheonmaneyo.]
Kembali. (Sama-sama.)

미안합니다.(죄송합니다.)
[Mianhamnida. (Joesong-hamnida.)]
Minta maaf. (Mohon maaf.)

괜찮습니다.(괜찮아요.)
[Gwaenchansseumnida.]
Tidak apa-apa.

실례합니다.
[Sillyehamnida.]
Pergi Dulu.


sumber : google

Tuesday, June 22, 2010

coklat termahal di dunia


godiva
pencipta: godiva "G" collection
harga: us$ 117 per gram
tempat: new york city, new york


richart
pencipta: richart
harga: us$ 120 per gram
tempat: lyon, perancis


delafee
pencipta: delfee
harga: us$ 504 per 450 gram
tempat: neuchatel, swiss


noka
pencipta: noka vintage collection
harga: us$ 854 per 450 gram
tempat: dallas, texas


chocopolagie
pencipta: knipschildt
harga : us $ 2.600 per 450 gram
tempat: norwalk, connecticut

credits to http://www.fcukz.co.cc