Showing posts with label jalan-jalan cari makan. Show all posts
Showing posts with label jalan-jalan cari makan. Show all posts

Sunday, April 21, 2013

medan selera tun razak, sandakan


medan selera tun razak, sandakan. tempat ni tepi laut...pemandangannya memang cantiklah. aku suka makan di sini sebab suasana tempatnya tak sesak. sambil makan boleh tengok laut di depan gerai ni. makanan di sini pun tak agak berpatutan harganya. menu di sini pelbagai...steambot pun ada. tapi masa aku makan hari tu, aku cum minta sup daging dan nasi udang mayonis je.

di bawah medan selera tun razak ni, tempat letak kereta dan di tepi medan ni pula banyak gerai2 rombengan. rombengan tu bahasa sabah. err...tempat jual baju2 dan apa2 saja barang terpakai. macam bundle la gitu. dari medan ni juga boleh nampak bot atau kapal2 di laut sana. kapal TLDM pun boleh nampak juga kalau kebetulan ada berlabuh di pangkalan tu. di sebelah medan selera tun razak ni ada dewan masyarakat sandakan. taman tun razak pun ada dekat2 situ tapi taman tu macam tak berapa menarik lagi. kalau dulu, taman tu nampak ramai juga pengunjungnya. orang pun selalu datang bergambar. tu dulu2 la..sekarang macam sunyi je taman tu.

selain pasar ikan bakar sim-sim, medan selera tun razak ni tempat yang aku suka makan. cuma kalau makan malam minggu...suasana tak berapa best sebab selalu ada budak2 rempit di kawasan jalan tu. kebetulan di bawah tu kan jalan 2 hala, sedaplah dorang merempit2. kena pula ada bulatan di situ, tambahlah seronok dorang buat pusingan. sakit telinga dengar bunyi preng prengggggggggggggggggggg...







Tuesday, March 19, 2013

Ikan Bakar Sim-Sim

 ikan bakar sim-sim

Assalamulaikum? Holla, blog! 

Salam selasa untuk diri sendiri. Hari ni mendung saja harap2lah hujan sebab saya lagi suka suasana hujan. Sejuk dan bila tengok hujan tu rasa damai aje. Udara lepas hujan pun cukup nyaman. Itu yang saya suka kalau musim hujan. 

Ok, ahad lepas saya makan di pasar Sim-Sim. Kalau datang pasar Sim-Sim, sudah semestinya nak makan ikan bakar. Tempat ni memang terkenal dengan 'ikan bakar sim-sim'. Tempat lain ada juga ikan bakar, macam di pasar malam dekat pejabat pos tu dan di batu 5. Tapi ikan bakar sim-sim lagi menjadi pilihan utama kalau nak rasa ikan bakar yang sedap.

Saya bukanlah penggemar ikan bakar pun. Tapi kalau ada peluang makan memang saya tak tolak. Lagi pun saya suka makan ikan bakar di sim-sim ni sebab banyak pilihan ikan dan makan laut yang lain. Lepas tu ada sedia sayur2 kampung lagi macam jantung pisang, labu, nangka, pucuk ubi dan pakis. Siap dengan sambal belacan dan sambal belimbing/tomato untuk cecah ikan bakarnya. 

Di pasar ikan bakar sim-sim ni pun paling best kalau tambah nasi free aje. Dorang kira sepinggan aje. Jadi bagi yang kuat makan memang sesuai makan di sini. Tak perlulah malu2 nak minta nasi sebab memang dorang sedia nasi tambahan dalam besen yang dihidang dengan menu2 yang kita minta tu. Memang macam makan di rumah rasanya.

Ahad memang ramai orang, biasalah tengah hari memang ramai pengunjung. Hujung minggu pula tu. Tapi dalam pic yang saya ambil ni tak nampak meriah sebab sata segan nak snap gambar meja2 bahagian dalam yang ramai orang. 

Harga ikan bakar sim-sim pun berpatutan. Tak mahal tak murah. Tapi kebanyakan orang datang sini bukan sebab harganya tapi sebab rasanya yang sedap. Layanan pun bagus. Kejap aje order sampai. Lagi saya suka tempat ni, banyak kucing yang comel2, rasa nak bawa balik aje.


 ikan bakar sim-sim

ikan bakar sim-sim

ikan bakar sim-sim

ikan bakar sim-sim

Kalau korang datang ke Sandakan, jangan lupa makan di sini. Sedap dan murah. Harga sangat berpatutan. Nama tempat ni Pasar Sim-Sim. Bersebelahan dengan perkampungan air sim-sim. Kampung air sim-sim antara penenmpatan awal di bandar Sandakan. Ok, bye.



Sunday, January 15, 2012

Makan-Makan Di Ni Fu Ni Fa Cafe



Ni Fu Ni Fa Cafe

Assalamulaikum? Holla, blog!

Semalam, kitaorang keluar makan di luar. Mula2 tu cadang makan di Mc D, tapi punyalah ramai manusia di dalam tu. Depan kaunter jangan cakaplah...memang penuh pun. Tempat letak kereta pun sama. Sebenarnya Mc D baru je buka di Sandakan hujung tahun lepas. Kiranya orang2 kat sini, macam 'kebaru-baruan' lah dengan Mc D...maklum je la, lama mereka tunggu Mc D buka di bandar ni.

Memandangkan McD penuh, kitaorang pun cari tempat makan lain. Pusing2 di bandar Prima, kat sini memang banyak tempat makan pun. Kedai2 pun masih buka walaupun dah lebih 9 malam. Mungkin sebab chinese new year dah dekat kan, semua kedai nampak penuh je dengan pelanggan.

Selalunya kalau di bandar Prima ni, kitaorang biasa makan di restoran Nur'ain atau restoran Pinggan Besar. Tapi semalam memang tempat tu penuh juga. Pusing punya pusing, akhirnya kitaorang berhenti depan restoran baru 'ni fu ni fa cafe'. Mula2 ingatkan ni kedai cina. Tengok dari luar pun macam tak menarik. Nampak betul macam kedai kopi dulu2...(kopitiam).

Tapi dah masuk, baru tahu ni kedai melayu...dalam pun ada juga hiasan ayat2 suci. Mungkin hiasan kedai ni memang sengaja guna latar dan warna ala2 kedai kopi lama...macam retro la lebih kurang. Nama restoran ni pun agak pelikkan, ni fu ni fa cafe. Tapi saya suka menyebutnya, ni fu ni fa cafe.



Menu macam2 ada...oklah tu, boleh pilih macam2 kan. Tapi semalam saya cuma minta milo sejuk tabur, nasi goreng ayam mayonis dan sup daging. Mula2 saya minta nasi je...tapi bila tahu sup dia kononnya kaw-kaw....saya pun cubalah. Kalau nak tahu, menu yang di oder agak lama baru sampai sebab tukang masak dia seorang je. Mungkin sebab nak makanan tu sedap dan rasa sama setiap masa. 

Tapi memang betullah, makanan semua sedap. Sup special dia, memang sedap terasa bahan2nya. Itu yang buat saya selera. Cuma nasi, saya tak makan habis. Bukan sebab tak sedap tapi kuantiti nasi tu terlalu banyak. Saya ni bukan kuat makan nasi pun. Lagipun sebelum makan nasi tu, saya makan sup dulu. Kira dah kenyanglah.

Makan-makan di Ni Fu Ni Fa Cafe

 ~ milo ais tabur

Makan-makan di Ni Fu Ni Fa Cafe

  nasi goreng ayam mayonis

Makan-makan di Ni Fu Ni Fa Cafe

Sup daging dan meehon. Memang sedap.

Apa2 pun saya memang puas hati dengan makanan kat ni fu ni fa cafe ni. Lain kali nak makan situ lagi. Semalam sambil makan tu layan juga badminton...yehhh Lee Chong Wei menang! 

Lupa nak bagi tahu ni fu ni fa cafe ni kat bandar Prima, berhadapan dengan bandar Indah. Kalau korang datang sandakan, tak tahu nak makan kat mana, pergi aje ke bandar Prima bt 4, banyak restoran boleh pilih. Kat bandar Indah pun sama, banyak restoran dan ada tempat makan satey juga. Secret Resipi dan Old Town White Coffee pun ada kat situ.

Lepas makan di Ni Fu Ni Fa Cafe terus pergi fun fair...enjoy jugalah cuma jemu je...tak ada permainan yang baru. 12 lebih baru balik rumah tapi singgah kejap di McD...tapau. Ingat orang dah tak ramai, rupanya tak surut2 pun orang kat situ.

Nak tunggu giliran pesan makanan pun punyalah lama. berbaris kereta tunggu giliran. Nasib baiklah kaunter tempat bayar dan ambik makanan tu cepat. Yang lambat cuma bahagian pilih menu aje. Sampai rumah dah 1 lebih, terus makan burger yang masih panas2 tu. Lepas tu baru zzzzzzzzzzzz. Ok, bye.