Showing posts with label novel alaf21. Show all posts
Showing posts with label novel alaf21. Show all posts

Sunday, January 6, 2013

Novel Seribu Kali Sayang-Anis Ayuni

Novel Seribu Kali Sayang-Anis Ayuni

Assalamualaikum? Holla, blog!

Siapa pernah baca novel Seribu Kali Sayang-Anis Ayuni? Best tak? Mestilah best sebab Anis Ayuni yang tulis. Sejak dulu saya memang peminat karya Anis Ayuni. Semua novel dia best dan meninggalkan kesan mendalam dalam diri saya. Ok, berbalik tentang novel Seribu Kali Sayang-Anis Ayuni ini, ianya mengisahkan tentang Abby yang kurang disukai oleh Lisa (kakak kandung dia sendiri). Abby kemudian rapat dengan Faiz salah seorang teman lelaki Lisa. Abby kesiankan Faiz yang selalu disisihkan oleh Lisa.

Bila Abby sudah habis belajar, Faiz dtg merisik. Abby dan family sgt terkejut mereka ingatkn dia merisik Lisa rupa2nya merisik Abby. Lisa sgt marah dan tuduh mcm2 pd Abby. Family Abby tak kisah sbb mereka memang suka pd Faiz dan sudah lama tahu yg Faiz sukakan Abby. Lagi pun Lisa ramai teman lelaki dan selama ini dia tak pernah melayan Faiz sbg teman lelakinya.

Abby terima Faiz dan berkahwin, Lisa pula sakit. Sebenarnya Faiz sendiri cuma anggap Lisa sbg teman biasa saja. Cuma Lisa marah waktu Faiz merisik Abby sbb waktu itu dia disahkan menghidap lukiemia. Dia terasa Abby sangat bertuah dari dirinya. Tanpa pengetahuan Lisa, Abby dermakan sumsum tulang utk selamatkan Lisa. Akhirnya Lisa sedar dan berbaik dengan Abby. Ibubapa mereka yg terpisah bertahun2 lamanya akhirnya dapat bersama juga.

Banyak juga babak yang best2 dalam novel Seribu Kali Sayang ini terutamanya masa Abby dan Faiz mula2 kenal. Novel ini juga banyak berkisar dan berlatar belakangkan Kota Sumatera Barat. Banyak pekan2 kecil yang menjadi tumpuan pelancong diceritakan dalam novel ini.

Gambar kat kulit novel tu saya tampal dgn gmbr barbie dress kuning sbb saya tak suka model dalam cover novel tu!!! Lupa nak cakap dalam novel ni Anis Ayuni kata hero tu macam Sheikh Muzaffar, angkasawan negara. Ok, pada peminat novel jangan lupa beli novel ini sebab ceritanya best.

Saturday, February 5, 2011

novel oh novel



aku memang suka novel sejak dulu lagi. masa sekolah rendah memang dah minat baca buku cerita kanak-kanak. aku masih ingat buku cerita yang aku suka masa tu...tajuknya aku dah tak ingat tapi kisah tentang putera kamaruzaman yang tak nak kahwin.

tapi satu malam dia bermimpi bertemu dengan puteri cantik. puteri tu pun tak mahu berkahwin. tapi dalam mimpi tu mereka jatuh cinta. lebih kurang macam tulah jalan ceritanya.

lagi satu masa sekolah rendah pun aku suka baca buku2 siri salma. satu buku yang aku baca berulang2 tajuknya misteri rumah tumpangan. kalaulah ada buku2 ni dijual, aku memang nak beli semuanya untuk koleksi. agak2 ada siapa yang jual tak?

lagi satu aku juga suka baca buku seri melur. buku ni bersiri2 juga dari tahun pertama sampai tahun terakhir di sekolah seri melur tu. pendek kata semua buku2 enid blyton menjadi kegemaran aku masa tu. sampai sekarang pun masih suka juga...hehehe.



masa darjah 6 pun aku dah mula curi2 baca novel cinta kakak aku. kalau dia tahu mesti dia marah dan tak bagi aku baca. tu pasal curi2 je...hehehe...tapi aku rasa novel2 remaja dulu memang best. kebanyakan novel remaja dari luar negara memang best2.

bila dah sekolah menengah, dah kira lulus kalau nak baca novel2 cinta...hehehe. kakak dan sepupu memang banyak beli novel cinta2 masa tu. aku pun ada juga beli 1,2 novel cinta remaja masa tu.

tak banyak sangat beli sebab duit tak banyak, masa tu masih sekolah...duit pun cukup untuk belanja sekolah je. selalu pinjam buku kawan2 juga. tapi sayangnya novel2 lama aku tu, satu pun tak ada dikembalikan.

tak tahulah siapa yang pinjam. bila tanya, semua tak tahu...menyesal bagi pinjam. hmm, bukan rezeki aku simpan buku2 tu buat koleksi...tinggal kenangan dalam minda je lah.

sekarang ni aku lebih banyak beli novel2 alaf...terbitan lain pun ada juga cuma tak banyak sebab kadang2 ada novel yang langsung tak best. tapi bukan bermakna novel alaf semua best...ada juga yang biasa2 je jalan ceritanya.



Wednesday, February 2, 2011

Novel Gemersik Kalbu-Anis Ayuni

Novel Gemersik Kalbu-Anis Ayuni

Assalamualaikum? Holla, blog!

Novel Gemersik Kalbu-Anis Ayuni salah satu novel Alaf21 yang saya suka. Cover cantik dan cerita pun best. Boleh dikatakan semua novel Anis Ayuni yang saya baca memang best semuanya. Tak baca sinopsis pun dah tahu best. Novel ini juga antara novel Anis Ayuni yang paling tebal.

Novel Kemersik kalbu-Anis Ayuni ini mengisahkan Raihana seorang guru di kg Layangan. Di sana dia berkenalan dengan cikgu Wan. Kemudian jatuh cinta dan bertunang. Mereka banyak merancang tentang kehidupan mereka termasuk membina rumah impian mereka.

Malangnya, abang Wan meninggal dunia kerana lemas di sungai sewaktu aktiviti dengan pelajar. Raihana kecewa dan sukar untuk melupakan abang Wan. Dia sering ke kubur untuk membacakan yassin. Kemudian, muncul cikgu Syikin yang baru mengajar di sekolah itu. Mereka jadi rapat dan sama2 menyambung pelajaran di IPT.

Raihana kemudian bertemu dengan Sufian anak auntie Zarina yang juga ibu saudara cikgu syikin. Sejak mula2 lagi Sufian sudah jatuh cinta dengan Raihana. Pelbagai cara dia guna untuk cuba memikat hati Raihana tapi Raihana masih setia pada cinta abang Wan.

Demi untuk dapatkan Raihana, Sufian perangkap Raihana. Raihana pun tertipu dan setuju kahwin dengan Sufian. Raihana kemudian cemburu bila Sufian ada hubungan dengan perempuan lain. Masa itu barulah dia sedar dia sayangkan Sufian. Sebenarnya Sufian tu baik dia buat macam tu sebab nak sedarkan Raihana.

Lebih kurang macam tulah ceritanya. Banyak babak2 menarik antara Sufian dan Raihana. Saya paling suka masa Raihana kira berapa cucuk lidi satey yang Sufian letak depan pinggannya, lepas tu dalam hati raihana cakap...'kuatnya dia makan satey' hahaha. Suka sangat part tu. Lagi satu masa Sufian tiba2 datang masa sekolah buat hari terbuka. Semua pelajar suka dengan sufian.

Kalau cakap pasal Sufian dalam novel Gemersik Kalbu, memang tak kan habis2 sebab boleh dikatakan semua tentang sufian saya suka. Cerita abang Wan, saya tak berapa suka. Saya  suka sufian aje. Yang belum baca novel Gemersik Kalbu, cepatlah beli. Tak rugi beli sebab jalan cerita memang best sangat. Ok, bye.

Sunday, May 2, 2010

Novel Cinta Edis Terhad-Lynn Dayana



Assalamulaikum? Holla, blog!

Saya baru aje habis baca novel ini. Suka sangat cover novel ini sebab berlatar belakangkan gunung kinabalu. Tajuknya pun lain dari yang lain Edisi Cinta Terhad. Tapi Lynn Dayana memang suka letak tajuk yang macam tu. Sebelum ini pun tajuk novelnya Tarikh Luput Cinta. Itu yang saya rasa tertarik baca novel lynn dayana sebab tajuk lain dari yang lain.

Novel ini memuatkan 3 kisah perempuan yang masing2 ada masalah. Zira, Haida dan Julia. Mereka terperangkap dalam runtuhan bangunan dan dari situlah mereka berkawan baik. Zira seorang yang berkerjaya tapi agak kesepian kerana tidak punya keluarga. Haida pula berhadapan masalah dengan tunangnya Fariz. Julia pula sudah bersuami tapi suaminya curang.

Qairil muncul dalam hidup Zira, tapi Zira sedaya upaya menolak kehadiran Qairil. Dalam masa yang sama Qairil sebenarnya sudah punya teman wanita. Masa Zira tahu barulah dia rasa sukakan Qairil. tapi kemudian Qairil memutuskan hubungan dengan teman wanitanya sebab perempuan itu terlalu cemburu. Malah dia hampir mencederakan Zira. Dia juga sanggup menyaman Qairil dan Zira.Qairil kemudian cuba meraih cinta Zira tapi Zira tak layan.

Haida pula sudah berbaik dengan Fariz. Kemudian ada seorang lelaki yang cuba membunuh Fariz. Malah lelaki itu sudah membunuh suami Julia, Hairul. Hairul mati terbakar dengan teman wanitanya. Sebelum hal itu terjadi lelaki misteri itu ada menghubungi Julia. Malah sebelum Fariz diculik, lelaki misteri itu juga menghubungi Haida. Dia juga menghubungi Zira. Atas nasihat Qairil, mereka melaporkan hal itu kepada polis. Fariz selamat biarpun cedera parah.

Akhirnya lelaki misteri itu sudah tertangkap. dia sebenarnya sama2 terperangkap masa runtuhan bangunan dulu. Dia sebenarnya sakit jiwa. Sebelum itu dia juga sudah membunuh seorang jururawat. Zira mula sedar dan menghargai kehidupan. Dia akhirnya menerima Qairil. The End...

Macam tu lah ceritanya. Saya sebenarnya suka kisah Zira dan Qairil aje. Lain2 saya tak layan sangat, sekadar baca aje. Tapi bab Qairil dan Zira, saya memang baca banyak kali terutamanya masa mereka daki gunung kinabalu tu. Lagi pun saya suka cara lynn dayana menulis kisah cinta dalam setiap novel2nya. Ringkas saja tanpa banyak kata2 cinta tapi padat dengan perhatian dan tanggungjawap seorang lelaki terhadap perempuan.

Oh ya, ini novel lynn dayana yang ke3 saya baca. Saya memang mula menyenaraikan lynn dayana sebagai salah seorang penulis yang saya  minat selain Kreisya Reisya, Anis Ayuni, Umi Azrini, Dhiya Zafira dan Meen Zulaikha. Ok, bye.