Showing posts with label penulis meen zulaikha. Show all posts
Showing posts with label penulis meen zulaikha. Show all posts

Tuesday, February 26, 2013

Novel Rindu Di Awan Biru-Meen Zulaikha

Novel Rindu Di Awan Biru-Meen Zulaikha

Assalamualaikum? Hallo, blog!

Novel Rindu Di Awan Biru-Meen Zulaikha ni mengisahkan tentang Hanan yang mengalami kepahitan hidup masa zaman kanak-kanan. Ibunya di madukan dan ayahnya langsung tidak bertanggungjawab terhadap mereka adik beradik. Ini mebuat Hanan fobia untuk menerima kehadiran lelaki dalam hidupnya.

Dia yang berkerja di syarikat pelancongan bertemu dengan Akmal yang kebetulan bertugas sebagai pilot. Dari pertemuan itu, Akmal terus jatuh cinta dengan hanan. Perhatian Akmal membuat Hanan menerima Akmal dan masa di Turki, mereka bernikah di masjid biru berwalikan adiknya Adi yang kebetulan bertugas di sana. Hubungan mereka sangat bahagia hinggalah satu masa Hanan tahu yang Akmal sebenarnya sudah berkahwin tapi tidak punya zuriat. Hanan kecewa tapi dia tetap sayangkan Akmal. Akmal pula cuba berterus terang dengan keluarganya dan isteri pertamanya tapi isteri pertama Akmal lebih dulu bertindak.

Maira (isteri Akmal) menfitnah Hanan dengan mengupah Bahari (lelaki yang tergila2kan Hanan dulu) kononnya dia tidur dengan Hanan bila Akmal fly. Akmal salah sangka dan percaya terus menceraikan Hanan dengan talak 3. Maira sangat berpuas hati dan Bahari pun rasa puas sebab dapat balas dendam dengan Hanan yang menolak cintanya dulu.

Hanan sangat sedih. Akmal pula menyesal bila tahu semua itu fitnah yang dibuat oleh Maira. Lantas dia mengupah teman baiknya Shah untuk menjadi cina buta. Shah setuju kerana waktu itu dia sangat terdesak bila   perniagaannya lingkup akibat ditipu. Hanan mula buka lembaran baru dan dia berkenalan dengan Ridz. Ridz tertarik dengan Hanan dan tak lama lepas tu mereka kahwin. Lepas tu pula rahsia pecah bila Hanan terjumpa cek Akmal yang disimpan oleh Ridz. Rupa2nya Ridz ni Shah kawan Akmal tu (ridzwan shah). Hanan sangat kecewa dan rasa tertipu dia lari dari Ridz dan menghilangkan diri.

Ridz sangat menyesal tak sempat terangkan hal sebenar pada Hanan. Sebenarnya memang mulanya dia mahu bantu Akmal tapi lepas bertemu dengan Hanan, dia jatuh cinta dan ikhlas terhadap Hanan. Malah cek yang Akmal bagi itu pun memang dia mahu pulangkan bila bertemu dengan Akmal nanti. Sayangnya Hanan pula yang jumpa cek itu.
2 tahun kemudian, mereka bertemu di majlis perkahwinan kawan lama Hanan. Hanan tak peduli pun dengan Ridz tapi Ridz terus tangkap Hanan tak bagi perempuan tu lari lagi. Lepas tu Ridz terangkanlah apa sebenarnya yang berlaku. Ridz juga tak pernah berubah sepanjang 2 tahun ini. Akhirnya mereka pun berbaik semula. the end...

Komen: Saya jatuh cinta habis dengan Ridz walaupun wataknya tak banyak dalam ni tapi saya tetap puas hati dia akhirnya dapat juga bersama dengan Hanan. Mula2 saya teruja juga dengan kapten Akmal tapi lama2 makin menyampah pula. Lebih2 dengan Maira dan Bahari, bencinya. Cover novel ni saya suka sangat, cute. Tapi saya tak suka nama Hanan tu, tak cantik langsung. Apa2 pun saya memang puas hati dengan novel Rindu Di Awan Biru ni. Terus teringat kisah cinta ratu rock Ella dan kapten Azhar. Ok, bye.

Novel Gerimis Rindu-Meen Zulaikha

Novel Gerimis Rindu-Meen Zulaikha

Assalamualaikum? Hallo, blog!

Novel Gerimis Rindu ni novel ketiga Meen Zulaikha selepas Warna Hati dan Kasih yang suci. Suka juga tengok cover novel Gerimis Rindu ni macam cool aje. Novel Gerimis Rindu-Meen Zulaikha ni mengisahkan tentang Ailani yang agak liar dan dijaga oleh neneknya. Ailani ni juga berkonflik dengan ayah dan ibu tirinya. Selepas satu kemalangan yang mengakibatkan neneknya meninggal, Ailani terus berubah dan lari dari keluarganya. Mak su Ailani pula menyalahkan Ailani atas kematian neneknya itu. Dalam masa yang sama mak su dan suaminya mahu mengambil harta yang ditinggalkan arwah ibunya kepada Ailani.

Ailani berubah jadi kasar dan berpakaian lelaki. Dia bekerja sebagai pemandu teksi limousin airport. Masa tu dia bertemu dengan Fatimi yang ego (Fatimi jadi penumpangnya). Kebetulan Ailani dapat tawaran kerja dari dato Rahim (ayah Fatimi). Mereka sering bertengkar dan Fatimi menyangka Ailani ada niat buruk terhadap bapanya. Lebih2 lagi bila dato Rahim sewenang2nya mengambil Ailani dari pemandu peribadi kepada pembantu peribadi. Timbul juga gosip kononnya Ailani ada affair dengan dato Rahim bila Ailani diberi pinjam kereta syarikat dan tinggal pula di kondo dato Rahim. Makin teballah benci Fatimi pada Ailani. Tapi akhirnya mereka berbaik juga, Ailani gadis yang baik. Kemudian jatuh cinta..kahwin. Masalah Ailani dengan familynya pun semua selesai. Habis la...

Komen saya? Ok jugalah novel Gerimis Rindu-Meen Zulaikha ni. Tapi kalau nak banding dengan novel Warna hati, novel Warna Hati tu lagi best. Novel Gerimis Rindu ni biasa saja pada saya. tapi biasa2 pun sata habiskan juga baca novel ni. Lagipun saya memang minat dengan karya2 Meen Zulaikha. Dalam novel ni juga ada kisah tim dan Li. Dua watak ni wujud dalam novel Warna Kasih. Lepas tu ada juga watak Seth Tan dari novel Kasih Yang Suci. 

Kalau ikutkan, saya lagi teruja dengan kisah Tim dan Li berbanding kisah cinta Ailani dan Fatimi. Suka  bila part Li mengenakan Tim di pejabat atau waktu mereka keluar bersama2 dengan Ailani dan Fatimi. Apa2 pun, novel ni memang sesuai dibaca oleh siapa2 yang nak tahu kisah perempuan ala2 tomboy. K, bye.

Monday, February 7, 2011

novel warna hati- meen zulaikha


novel warna hati-meen zulaikha

novel warna hati~meen zulaikha ni novel kedua dia aku baca selepas novel 'kasih yang suci'. mula2 tengok cover novel dan sinopsis macam tak menarik je. cover betul2 tak menarik kalau nak banding dengan cover novel kasih yang suci. cover novel kasih yang suci tu bagi aku merupakan yang paling cantik dan menariklah setakat ni. tu pandangan akulah, orang lain tak tahulah pula, kan. lain mata lain kata hati...

novel warna hati- meen zulaikha

novel warna hati~meen zulaikha ni mengisahkan zara lisa yang menghadapi masalah untuk mencari pasangan. kerana didesak oleh ibunya, zara mengikut speed dating untuk mencari pasangan. di sana dia berkenalan dengan erman, lelaki idamannya dan harith seorang lelaki budiman yang menjadi kawan baiknya.

zara kemudian kecewa bila erman tidak serius dalam hubungan. malah lelaki itu juga curang terhadapnya. zara kemudian bertunang dengan jefri. tapi kemudian putus bila zara dapat tahu jefri sebenarnya gay. dia saja bertunang dengan zara semata2 mahu menutup kehidupan tidak sihatnya tu.

zara kemudian menerima harith yang sudah lama menaruh hati padanya. tapi hubungan mereka terputus bila rahsia harith pula terbongkar. harith sebenarnya sudah berkahwin dengan nilam, anak ibu angkatnya. itu sebab menghormati permintaan ibu angkatnya. kebetulan harith juga sayangkan nilam. tapi nilam tidak pernah menerima harith sebagai suami sedangkan harith banyak berkorban untuknya. nilam punya anak, haiqal hasil hubungannya dengan erman.

tapi harith tetap sayangkan haiqal yang sudah dianggapnya sebagai anak kandung. lama-kelamaan, cinta harith pudar dan mereka berpisah. nilam sememangnya sudah lama minta dibebaskan. kemudian nilam sedar dan mahu kembali pada harith tapi harith sudah tidak mahu menerimanya lagi. kebetulan harith juga sudah jatuh cinta dengan zara.

selepas semuanya selesai, harith berjaya juga memujuk zara kembali padanya. happy ending lorr...(^_^)....ini kali pertama aku baca novel tentang dilema seorang gadis yang belum berkahwin. ok juga...lagi satu, aku suka novel ni sebab watak tim tu...penulis betul2 menjiwai watak budak2 pengkid ni. bestlah...kena2 lagi dalam novel ni pun banyak babak yang boleh buat pembaca ketawa sendiri.

bagi aku, antara part yang buat aku tersenyum sendiri masa zara menghadiri speed dating tu...CLK cute little kancil. lagi, masa kak jun dan geng pak imam datang serbu rumah zara dan tim. kelakar sangat sebab tak sangka nama tim 'sayangku fatimah'...hahaha...lagi satu, tahi lalat latipah omar tu...hehehe...luculah.
p/s: kenapa ada farid kamil kat sini? sebab aku terbayang harith macam tu, kulit putih tapi jadi gelap sebab banyak berjemur di laut. lepas tu rambut panjang...berjambang...hmmm, lebih kurang macam gambar farid tu la, serabai...