Showing posts with label ramadhan. Show all posts
Showing posts with label ramadhan. Show all posts

Monday, August 15, 2011

peniaga bazaar ramadhan

sekadar gambar hiasan-sumber google

ramadhan yang ke 15, menu berbuka beli di bazaar atau bahasa di sini sebut pasar ramadhan. salah satu kuih yang dibeli ondeh2 sebab bentuknya yang cantik dan bersalut kelapa putih. tapi aku rasa kecewa betul sekali makan ondeh2 tu sebab rasanya tidak seindah rupanya dan harganya. sudahlah nda sedap...intinya pula bukan alang2 cair baru campur gula biasa lagi. aduiiii..inilah orang kita yang berniaga di pasar ramadhan ni...terlampau mau untung.

ada pula yang sekadar buat kuih dengan rasa yang melampau2 'sedap'nya! ASALKAN ADA DIJUAL , kali begitulah tagline dan motto dorang berniaga ni! huh, kalau mau berniaga pun, berniagalah bagus2, buat betul2, jujur dan ikhlas. janganlah mau untung saja sedangkan makanan tu disediakan sekadar2 jak, baru harga bukan alang2...memang nda setimpal. bukan ondeh2 saja, segala air2 buah yang dijual pun macam langsung tiada rasa buahnya. telampau banyak air paip dicampur!

takkanlah di bulan ramadhan yang mulia ni pun peniaga mau kaut untung dengan sikap nda jujur macam tu. apa salahnya buat jualan betul2 untuk bulan ini disamping kaut pahala. sudah2 lah buat kerja nda jujur sama pembeli. tapi tu lah, kalau hati sudah biasa dengan didikan 'seth tan' nda kira apa hari pun tetap juga buat jahat.

bukan juga semua peniaga bazaar nda jujur...banyak juga yang jujur. cuma yang aku cakap di atas tu....segelintir peniaga jak. ada lagi yang aku hairan di pasar ramadhan ni, telampau banyak lalat terutamanya di pasar ramadhan bt8. bukan alang2 lalat...baru kebanyakan peniaga di sana nda tutup pun jualan dorang dengan plastik atau apa2 saja penutup. sentiasa jak terdedah. terang2 depan mata lalat di makanan! aku rasa baik lah nda payah buat pasar ramadhan di sana tahun depan.

kalau kira pasar ramdahan yang terbaik...di taman fajar la. walau sempit dan tiada tmpt letak kereta tapi tetap jadi pilihan ramai orang sebab kawasan ni bersih. peniaga2nya pun rata2 penduduk tempatan dan makanan pun semua ok2 saja. patut tahun depan pihak berwajib di sana tu kasi sedia tapak yang lagi luas dengan tempat letak kereta sekali.

sekadar gambar hiasan- sumber google


Wednesday, August 10, 2011

terkenang-kenang

hari ni masuk hari ke 10 sudah umat islam berpuasa. aktiviti macam biasa mengadap kerja yang bertimbun2...kalau ikutkan hati rasa mahu undur dari buat semua kerja2 ni tapi bila fikir tentang duit dan amanah orang, kuatkan juga hati ini selesaikan semua kerja2 yang diamanahkan.

awal pagi lagi sudah teringat pula kenangan masa kecil di lahad datu. masa tu kami ramai2 tengok rumah yang baru siap di hujung kawasan perumahan tempat kami tinggal tu. rumah baru tu, di buat di hujung, ada 3 buah semuanya. rindunya saat tu...paling ingat masa tengok2 bilik dalam rumah tu.

teringat juga makcik si akob yang tinggal di rumah hujung (pertama), makcik ni kerja di office. aku suka lalu depan rumah ni sebab ada bunga yang cantik. tak silap nama bunga tu 'telinga tikus' dan warna unggu. rumahnya juga banyak bunga ekor kucing. rindu sangat masa tu....

Tuesday, August 9, 2011

9 ramadhan/ 9 ogos 2011

sumber : google

hari ni masuk hari yang ke 9 berpuasa. syukur sama yg maha esa sebab aku masih lagi puasa. jangan la dulu cuti umum ku datang...nanti2lah. aku takut kalau sudah teberenti, nanti lama pula mau sambung tu!

tiada yang menarik, biasa2 jak hari ni...macam kemarin cuma tiba2 rasa rindu pula sama si june. lama suda nda jumpa sama dia. paling last jumpa dia masa kawin di pkt 5. sempat juga berbual2 tapi nda lama sebab durang mau pulang suda. nama jak 1 kampung tp jarang jumpa juga!

betul2 ingat sama dia...masa belajar sama2 di kelas, masa naik bas, dengan kawan2 lain. si kak salmie, jai rambut kuning, lyana...cikgu dyg yg aku syg tu...hehehe...rindu sangat...teringat2 kenangan masa di tawau dulu.


Tuesday, August 2, 2011

2 ramadhan/ 2 ogos 2011

gambar sumber : google

adui naaa.......hari ni punya puasa betul2 penuh dugaan. rasa mahu pengsan, mahu tidur...badan betul2 lemas selemas2nya. rasa mahu tidur..mahu berbuka pun ada! hahaha...mengalahkan budak2 yang baru belajar puasa.

aku pun tak tahu lah kenapa hari ni betul2 badan berat dan tak berdaya. semua kerja pun macam tak larat nak buat. bila difikir2 balik, mungkin sebab semalam aku minum banyak air ais. semalam kan berbuka dengan air bandung campur dengan ais (nyaman.....). my sis buat 1 jag besar sedangkan yang minum cuma 3 orang je. untuk tak membazir aku lah yang tolong habiskan air tu!

badan aku ni sensitif sikit dengan air sejuk/ais batu. kalau perut tak kembung, memang badan akan rasa lemas sangat2. rasa menyesal sangat sebab minum dan makan tanpa had. semua pun mahu disumbat dalam perut!

hari ni juga aku rasa masa tersangatlah lambatnya bergerak. untuk sampai ke jam 6.26 (untuk area bandar sandakan) tu merupakan detik yang betul2 mencabar...tak sabar nak berbuka! cepatlah azan maghrib...hehehe...

saat berbuka tiba, rasa sangat2 bersyukur walaupun hari ni penuh dugaan tapi dapat juga sempurnakan puasa untuk hari yang kedua ini. menu sungkai kali ni kek lapis, martabak ayam, donat, kuih talam dan milo panas. semua beli di pasar ramadhan taman fajar...bazaar ramadhan yang paling bersih di sandakan.

gambar sumber : google

oh, milo panas tu bukan beli tapi buat sendiri. semalam minum sejuk2 kan sampai badan berat dan lemah sangat2...jadi berbuka tadi minum yang panas2 pula. apa2 pun sangat2 bersyukur padaNYA kerana menguatkan hati dan semangat ku menempuh hari ini...alhamdulillah.


Monday, August 1, 2011

1 ramadhan/1 august 2011



yup! hari ni 1 ramadhan bersamaan dengan 1 ogos. rasa istimewa sangat sebab seingat aku ini kali pertama aku bertemu dengan ramadhan yang hari pertamanya sama dengan hari pertama untuk bulan dalam kalendar gregorian. rasa berdebar, gembira, terharu menyambut kedatangan bulan yang penuh keberkataan ini.

untuk hari pertama ni, alhamdulillah...syukur pada Allah SWT sebab dikuatkan hati dan semangat untuk aku menyempurnakan puasa. rasa macam biasa je, tiada rasa haus dan lapar sangat. cuma tekak memang rasa kering. tapi memang ok je la...alhamdulillah.

sepanjang hari ni pun macam biasa...busy dengan kerja2 yang bertimbun2. mungkin sebab sibuk sampai tak rasa berat untuk menyempurnakan puasa hari ni. sangat2 lah bersyukur pada yang esa kerana beri peluang bertemu ramadhan kali ini.

untuk hidangan berbuka, cuma sediakan mee goreng, air bandung, kurma dan nasi putih (dengan lauk sekali ). semua buat sendiri sebab tak sempat nak ke pasar ramadhan. apa pun tetap bersyukur banyak2 dengan rezeki yang ada. insaf sikit sebab di luar sana masih ramai orang yang berbuka cuma dengan air putih saja.