Friday, December 24, 2010

kisah nabi sulaiman dengan seekor semut


gambar sumber : google
Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu, lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.

Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut:
" Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".

Semut pun menjawab:
"Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku".

Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya:
" Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"

Jawab semut:
"Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".

Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan:
"Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong".

Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam
bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut di dalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.

Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut:
"Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".

Jawab semut:
"Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apa pun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku.

Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".


credits to http://tazkirahs.blogspot.com


Thursday, December 23, 2010

belajar bahasa korea

ini sebab tengok drama2 korea lah punya pasal sampai aku pun berminat nak belajar bahasa korea. alaa, belajar dua tiga patah perkataan je. kira ok la tu...dari sepatah haram tak faham kan..hihihi. aku google2 terjumpa juga web yang ada ajar bahasa korea ni.

네.(예.)
[ Ne.(ye.)]
Ya.

아니오.
[Anio.]
Tidak. (Bukan.)

여보세요.
[Yeoboseyo.]
Halo.

안녕하세요.
[Annyeong-haseyo.]
Apa kabar.

안녕히 계세요.
[Annyong-hi gyeseyo.]
Selamat tinggal.

안녕히 가세요.
[Annyeong-hi gaseyo.]
Selamat jalan.

어서 오세요.
[Eoseo oseyo.]
Selamat datang.

고맙습니다.(감사합니다.)
[Gomapseumnida. (Gamsahamnida.)]
Terima kasih.

천만에요.
[Cheonmaneyo.]
Kembali. (Sama-sama.)

미안합니다.(죄송합니다.)
[Mianhamnida. (Joesong-hamnida.)]
Minta maaf. (Mohon maaf.)

괜찮습니다.(괜찮아요.)
[Gwaenchansseumnida.]
Tidak apa-apa.

실례합니다.
[Sillyehamnida.]
Pergi Dulu.


sumber : google

Thursday, October 21, 2010

6 sebab kenapa single itu best


sumber : google

Tidak berteman? Rasa sunyi? Usah harungi detik bersendirian dengan perspektif pesimistik. Berikut adalah antara alasan mengapa single ROCKS!!!
1. Bebas dan berdikariJika terasa ingin membeli belah, jangan fikir lama-lama. Dengan kebebasan yang ada, anda boleh membuat apa sahaja yang anda suka, sama ada menonton wayang romantiks seorang diri atau ke salun kecantikan. Jika teringin mencuba stail rambut baru, pergilah ke salun dan dapatkan nasihat. Bukan sahaja kebebasan ini dapat memberi anda ruang untuk mebuat perkara yang diinginkan, anda juga dapat berkenalan dengan lebih ramai rakan baru tanpa perlu risau boyfriend berasa cemburu.
2. Jadi rakan yang baikSememmangnya tanpa kekasih di sisi, anda mempunyai banyak masa berkualiti bersama rakan-rakan. Anda boleh ke spa bersama-sama dan mengadakan parti di rumah. Bukan sahaja mengeratkan hubungan malah memberi peluang mengenali diri dan rakan. Detik yang dikongsi bersama boyfriend ke padang bola atau futsal boleh digantikan dengan membuat aktiviti yang lebih berfaedah dengan rakan baik.
3. Lebih banyak masa berkualiti di rumahIbu bapa sering terasa keseorangan apabila anak gadis sudah besar dan mempunyai boyfriend terutamanya apabila anak-anak sudah bekerja dan mempunyai rumah sendiri. Kalau single, lebih banyak masa boleh diluangkan bersama mereka di rumah. Sama ada makan malam bersama atau berbual-bual di hujung minggu cukup bermakna kepada kedua-dua ibu bapa anda. Bukan itu sahaja, anda juga boleh membantu ibu mengemas rumah atau menolong ayah mencuci kereta. Hubungan kekeluargaan akan lebih erat.
4. Kuat keuntungan dengan part-timeDengan banyak masa terluang, anda boleh membuat kerja part-time. Bukan sahaja memberi wang lebih malah berpeluang berkenalan dengan orang baru. mungkin anda bertuah bertemu teman baru yang berkongsi minat yang sama.
5. Jimat kosBila berdating, perbelanjaan akan meningkat. Bila single, perbelanjaan boelh dijadikan simpanan dan digunakan untuk aktiviti yang diinginkan seperti melancong ke luar negara dan membeli komputer riba baru. Anda boleh memilih untuk makan fast food dan pulang ke rumah menikmati makanan ibu. Bukan itu sahaja, anda tidak perlu keluarkan bajet untuk hari2 speselseperti hari kekasih, ulang tahun dan sebagainya.
6. Kurang beban tanggungjawabAnda tidak perlu risau sama ada rakan-rakan boyfriend sukakan anda atau tidak. Anda juga tidak perlu risau sama ada ibu bapabya mempunyai impresi positif terhadap anda. Dengan menjadi single, anda hanya perlu bertanggungjawab pada diri sendiri. Segala keputusan terletak di tangan anda dan tak rasa gusar atau bimbang sama ada ia akan merisaukan boyfriend anda.

Tuesday, June 22, 2010

coklat termahal di dunia


godiva
pencipta: godiva "G" collection
harga: us$ 117 per gram
tempat: new york city, new york


richart
pencipta: richart
harga: us$ 120 per gram
tempat: lyon, perancis


delafee
pencipta: delfee
harga: us$ 504 per 450 gram
tempat: neuchatel, swiss


noka
pencipta: noka vintage collection
harga: us$ 854 per 450 gram
tempat: dallas, texas


chocopolagie
pencipta: knipschildt
harga : us $ 2.600 per 450 gram
tempat: norwalk, connecticut

credits to http://www.fcukz.co.cc



Friday, June 4, 2010

family trip

yup! family trip 28 mei-01jun...hahaha, kenapa ya aku cuma rajin nak buat entry tentang jalan2 ni? biasa malas nak mengupdate...ni tiba2 je rajin. bukan apa, baru lepas holiday...jadi mood happy tu masih ada lagi. tu sebab rajin dan ringan pula nak mengUpdate blog yang sekian lama tak dikunjungi.

selama ni asyik layan fb je, sampai blog pun terabai. kesian si blog...nasib kau lah dapat tuan pemalas macam aku ni.

family trip tu, saja untuk suka2. first tempat kami singgah di bt32...hahaha, bukan tempat melancong tu tapi sebenarnya singgah untuk beli2 makanan. sambil2 tu ada juga yang tumpang membuang...hehehe.

teruskan perjalanan, biasalah kalau jalan ramai ni memang banyak betul tempat mahu singgah. 1 singgah semua yang di belakang pun mahu singgah. macam mana mahu sampai cepat di kk, kalau macam ni.

singgah kejap di tempat ikan tu (tagal, sg.morali, luanti baru) di ranau. ramai pula orang. tempat ni terkenal dengan pelian fish massage. geram betul tengok ikan2nya. tapi tu lah masa ni terlampau ramai pula orang.

tak sangka pula, sebelum ni kami ada singgah juga tapi tak ramai sangat pengunjungnya. mungkin sebab hari tu cuti umum, tu lah ramai pengunjung. lepas dari situ, terus pi kundasang...isi perut yang lapar. kena2 makan sayap yang panas tu...sedap betul. hujan masa tu pun tak rasa sejuk sudah....semuanya penangan sayap ayam tu!

sampai kk, hujan lebat pula. pusing2 kejap mahu singgah minum petang konon. tapi tak jadi hujan. last pergi di tanjung aru (2nd beach)...tiada lah pula hujan. lepak2 di situ, minum2...sambil makan mee. sedap pula mee di situ. menyesal tak oder 2 piring...

sempat juga bergambar2, main ombak di tepi pantai tu. ingat mahu balik terus berehat. tapi tiba2 dorg yang lain ni merancang pula mahu pi keningau. jadi, apa lagi....perjalanan di teruskan lah ke keningau. hujan mula turun balik, sepanjang jalan tu. sampai keningau, lepak di queen hotel.

esoknya......................................nantilah aku sambung, masih panjang dan banyak aktiviti lagi tu.
see ya....