Saturday, February 2, 2013

apa ada pada jenama?

kebanyakan orang ada yang pentingkan brand pada barangan yang dipakai. macam baju, beg tangan, kasut dan sebagainya. tak kurang juga untuk makanan dan kerperluan harian seperti sabun, ubat gigi dan lain2 tu. aku pun lebih kurang macam tu juga tapi kebanyakan barangan untuk keperluan seharian dan makanan. kebanyakan produk yang aku guna lebih kepada keselesaan dan mungkin sebab dah biasa guna produk tu dari kecil, jadi berterusanlah sampai sekarang. contoh macam barangan di bawah ni la...

ini bab makanan dulu la, ini sebahagiannya. kebanyakannya aku dah makan makanan ni sejak kecil lagi jadi sampai sekarang memang setia biarpun sekarang dah macam2 jenama makanan yang serupa macam ni. tapi yang lama juga tetap sedap ditekak ku.




ini pula barang2 keperluan seharian. sama dengan makanan, produk kat bawah ni pun aku dah guna sejak kanak2 sampailah sekarang. kalau guna jenama lain, badan macam tak kena...lagipun kebanyakan barangan ni memang sudah wujud sejak zaman aku membesar sekitar 80an dulu. kiranya jenaman terawal yang aku kenal la...









gambar sumber : google

Wednesday, January 16, 2013

tazkirah untuk aku

aku terbaca di blog iluvislam, cara merawat penyakit hati. sesuai sangat sebab aku rasa hati aku sejak akhir2 ini sangat s.a.k.i.t... memang harus aku praktikkan sebelum hati semakin s.a.k.i.t dan semakin m.a.t.i. ada 18 cara semuanya...

1.   mentarbiah hati supaya mencintai ALLAH SWT dengan sedalam2nya
2.   membaca serta bertadarus (menyelidik) makna dan maksud ayat2 al-quran
3.   mendekatkan diri pada ALLAH SWT dengan amalan2 sunat
4.   khusyuk dalam solat
5.   memperbanyakan zikir dan memohon ampun kepada ALLAH SWT
6.   melakukan kebaikan kerana ikhlas kepada ALLAH SWT dan mengharapkan keredaan-NYA
7.   melakukan amal dan ibadah berdasarkan perintah ALLAH dan rasul
8.   beriktikad dengan akidah yang betul
9.   sentiasa melakukan muhasabah diri
10. memperuntukkan masa bagi ALLAH menerusi penggarapan ilmu2 agama
11. memperbanyakkan qiyamullail, berdoa terutamanya sepertiga malam
12. tunduk dan kusyuk kepada ALLAH SWT dalam segenap tinddakan dan perbuatan
13. memastikan sumber makanan dan pakaian adalah halal di sisi ALLAH SWT
14. menundukkan penglihatan kepada perkara2 yang diharamkan
15. suka menziarah kubur dan ingat mati
16. sentiasa bersyukur dan reda kepada ALLAH SWT atas segala nikmat yang dikurniakan
17. suka membantu anak2 yatim dan bermesra dengan mereka
18. suka bersahabat dan duduk dengan orang2 yang soleh yang boleh dijadikan teladan


Saturday, January 12, 2013

Novel Yang Terindah-Anis Ayuni

Novel Yang Terindah-Anis Ayuni

Assalamulaikum? Holla, blog!

Pertama sekali saya nak sentuh tentang cover novel Yang Terindah ini. Simple tapi masih nampak menarik. Saya suka cover yang ringkas macam ini berbanding cover yang guna gambar manusia. Oh ya, walaupun cover novel ini nampak ringkas sahaja tapi isi dalam novel ini cukup padat dan menarik. Novel Yang Terindah ini novel kedua Anis Ayuni selepas novel Suara Hati.

Novel Yang Terindah-Anis Ayuni mengisahkan tentang Elly yang tinggal di Estate Bukit Beringin bersama atuk dan ibunya. Elly rapat dengan keluarga tuan Zufri terutamanya Diana dan abang Zahari. Kebaikan mereka membuat Elly melupakan kekurangan dalam hidupnya.

Elly kemudian berpindah dan melanjutkan pelajaran di KL tapi hubungannya dengan abang Zahari masih berterusan. Abang Zahari tempat Elly meluahkan segalanya. Masalah cinta, putus cinta dan sebagainya. Abang Zahari banyak menasihati dan membantu Elly melupakan kesedihannya. 

Abang Zahari kemudian melamar dia. Elly terkejut sebab selama ini cuma menganggap abang Zahari sebagai seorang abang. Elly juga melarang abang Zahari dari menemuinya selagi perasaan cinta itu ada dalam hati lelaki itu. Abang Zahari pun akur dan tak muncul depan Elly lagi.

Elly kemudian kenal dengan pak usu melalui Wan Zakiah. Lelaki itu sebenarnya ayah kandung Elly. Dia hilang ingatan waktu kemalangan. Bila dia sedar ibu dan Elly sudah berpindah. Keluarga ayah Elly tak tahu pun yang ayah Elly sudah berkahwin. Ayah dan ibu Elly akhirnya berbaik semula.

Elly mula keliru dengan perasaannya pada abang Zahari. Sejak dulu lelaki itu memang sering tunjuk sikap ambil berat dan sukanya pada Elly. Tapi Elly tak peduli sebab takut salah faham. Abang Zahari kemalangan dan hilang ingatan. Elly sedih sebab lelaki itu tak kenal dia. Elly juga cemburu sebab Dr Hazlin selalu datang melawat abang Zahari di hospital.

Bla bla bla...ending Elly dengan abang Zahari juga. Sebenarnya lelaki tu memang dah lama suka dengan Elly sejak di Bukit Beringin lagi. Malah dia pernah suruh mak dia pinang Elly masa itu. Nasib baiklah, akhirnya mereka berjodoh juga.

Kalau belum ada novel Yang Terindah-Anis Ayuni ini, cepat2lah pergi cari di bookstore. Tak rugi beli sebab ceritanya best sangat. Kalau yang nak tahu suasana duduk etate, bacalah novel ini. K, bye.

Friday, January 11, 2013

sayap ayam madu di kundasang

ramai yang suka makan sayap ayam terutamanya yang dijual di pasar malam. aku pun suka juga makan tapi kalau sedaplah. dulu, aku rasa sayap ayam yang dijual di pasar malam atau pasar ramadhan sedap betul rasanya. tapi sekarang macam hambar aje rasanya. patutnya harga makin mahal makinlah sedap, kan. ini makin mahal makin tak sedap pula.  kadang tu sayap ayam sedap, sosnya pula kurang kaw-kaw. sos sedap, sayap ayam pula rasa semacam. susahnya nak cari tempat makan sayap ayam yang sedap dekat2 sini. 

aku paling suka kalau pergi kundasang. bukan sebab pemandangan di sana cantik dan sejuk aje...tapi sebab ada gerai jual sayap ayam yang sedap di situ. ramai orang singgah situ mesti nak makan sayap madu yang sedap tu. aku memang suka sayap ayam madu di gerai tu. rasanya tak sama dengan sayap2 madu yang dijual di tempat lain. kalau di sini, aku makan banyak pun tak rasa mual, tak tahulah kenapa.

mungkin juga sebab cuaca sejuk jadi makan yang panas2 tambahlah selera, kan. lagi pun sambil makan layan jugalah pemandangan cantik di sekitar kawasan tu. oh, selain sayap ayam...buntut ayam pun banyak jual di gerai ni. tapi aku tak makan buntut. kulit ayam pun aku tak makan, ni kan pula mau makan buntut! 

masa ni kabus, tak nampak gunung kinabalu

sayap ayam madu di kundasang
 pemandangan dari depan restoran
sayap ayam madu di kundasang
 tu yang berasap2 tu la gerai sayap ayam tu
sayap ayam madu di kundasang
inilah sayap ayam madu yang sedap tu

Tuesday, January 8, 2013

Novel Diari Seorang Guru-S.Hawa

Novel Diari Seorang Guru-S.Hawa

Assalamualaikum? Holla, blog!

Masih tentang novel lama yang pernah saya baca dulu. Novel Diari Seorang Guru terbitan Alaf21. Penulisnya S.Hawa. Tak pastilah kalau penulis ni masih aktif menulis sebab saya dah lama tak beli novel2 baru. Novel Diari Seorang Guru-S.Hawa ni berkisar tentang cikgu Kamalia yang baru memulakan tugasnya sebagai guru di sebuah sekolah yang dekat dengan kampungnya di negeri Sabah.

Di sana dia bertemu dengan cikgu Azhar, seorang guru yang baik dan sering membantunya. Sebelum kedatangan Kamalia, cikgu Rozita sangat rapat dengan cikgu Azhar (sebenarnya cikgu Rozita sangat menyukai cikgu Azhar). Di rumah pula, Kamalia sering berhadapan dengan masalah kak Jam yang sudah berpisah dengan abang Joe. Mereka berpisah kerana fitnah dan Kamalia berusaha untuk menyatukan mereka semula.

Hubungan Kamalia dan cikgu Azhar semakin rapat lebih2 lagi bila mereka sebenarnya sudah bertemu dalam satu insiden lucu waktu di UM. Rozita sangat marah tapi kemudian dia dapat juga menerima kenyataan yang cikgu azhar tak pernah menyukainya. Lebih kurang macam tu lah cerita novel diari seorang guru-S.Hawa ini. 

Sebenarnya Novel Diari Seorang Guru-S.Hawa  ni jenis catatan diari (tengok tajuk pun sudah tau....), jadi dalam tu macam2lah kisah sedih, gembira, lucu yang ada dalam setiap catatan. paling seronok masa Kamalia mula2 mengajar...macam2 kisah lucu terjadi. Lagi kisah yang lucu masa Kamalia tinggal di asrama dan berhadapan dengan karenah pelajar yang pelbagai ragam. Novel Diari Seorang Guru-S.Hawa ni memang best, cuma saya yang tak pandai sangat nak ceritakan semula. Novel ini juga antara novel alaf21 yang terawal saya beli. Ok, bye.