Showing posts with label tempat menarik. Show all posts
Showing posts with label tempat menarik. Show all posts

Sunday, September 22, 2013

Jalan-Jalan Di Semporna Ocean Tourism Centre, Semporna


Jalan-Jalan Di Semporna Ocean Tourism Centre, Semporna
 
Assalamulaikum? Holla, blog!

Kali ni saya buat entry tentang pekan Semporna pula. Semporna cukup terkenal dengan pulau2nya yang cukup cantik. Malah pulau Sipadan dan Mabul tersenarai dalam pulau2 yang tercantik di dunia. Masyarakatnya berbilang suku-kaum dan anutan agama. Tapi paling ramai penduduknya berbangsa Bajau yang berasal dari selatan, barat laut dan barat daya kepulauan Filipina. Selain terkenal dengan aktiviti menyelam, Semporna juga terkenal dengan acara regatta lepa iaitu pertandingan lumba perahu kecil.

Saya ke sini masa raya hari tu, kebetulan nak pulang Sandakan. Pagi tu awal jugalah dari Tawau sebab plan nak singgah pekan Kunak dan Lahad Datu lagi. Sampai Semporna terpesona dengan rumah2 di tepi jalan. Semua besar2 macam istana. Hurmmm...kaya betul orang Semporna ni. Semua hasil mutiara dan rumpai laut agaknya. Tempat mula2 saya pergi di Semporna Ocean Tourism Centre. Di sini boleh tengok ikan yang besar2. Ada juga hotel disediakan, restoran dan gerai2 menjual pelbagai kraftangan. Mutiara pun ada juga dijual di gerai2 yang terdapat di kawasan ni.

Jalan-Jalan Di Semporna

Jalan-Jalan Di Semporna Ocean Tourism Centre, Semporna


Saya habiskan masa lebih dari dua jam untuk lepak2 di sini. Duduk2 melihat keindahan sekitar tempat ni. Ada bot laju yang lalu. Lepas tu dari situ nampak perkampungan yang berlatar belakangkan bukit bukau dan pokok2 kelapa. Best sangat kalau berpeluang tinggal di sini. Bertuah orang Semporna dapat tinggal di tempat yang penuh dengan keindahan alam. Masa di sini juga saya nampak masyarakat bajau laut yang masih mengamalkan kehidupan lama tinggal dalam perahu. 

Jalan-Jalan Di Semporna Ocean Tourism Centre, Semporna

nampak tak baju pela'uh dalam perahu tu?

Jalan-Jalan Di Semporna Ocean Tourism Centre, Semporna

antara barang kraf yang banyak terjual di gerai sepanjang jambatan panjang ni

Nanti saya buat entry tentang tempat yang namanya 'Tampi-Tampi'. Kawasan tu terkenal sebab dulu tempat tu pernah menjadi lokasi pengambaran filem Duyung lakonan Apek dan Maya Karin. Ingat tak lagu Aspalela tu? Tapi tunggu saya edit gambar dulu. Malas sikit nak edit saiz gambar lagi. Nak upload terus lambat sebab line internet di tempat sata ni tersangatlah 'lajunya' hehe. Kali ni pun tak banyak gambar saya upload malas nak tunggu lama2 depan lappy. Ok, bye.



Monday, September 16, 2013

pekan menumbok


ini terminal feri di pekan menumbok. masa ni aku jalan2 je, bukan nak pergi labuan pun. kecil je pekan menumbok ni. oklah juga suasananya pun aman je. aku suka kawasan laut macam ni, panoramanya cukup indah dan menarik. bagi akulah peminat pantai dan laut. tempat ni terkenal juga dengan makanan lautnya. pekan menumbok ni terletak di muara sungai klias.

mengikut sejarah, kononnya nama pekan menumbok berasal dari seekor ikan besar (ikan menumbok) yang terdampar di perkampungan ini. ada juga yang mengatakan nama pekan menumbok ni di ambil dari kejadian pertembungan air sungai padas damit yang mengalir deras ke muara sungai dan bertembung dengan air laut yang pasang ketika tu. Pertembungan itu kononnya mengakibatkan tumbukan kuat dan deras di muara itu. dari situlah nama menumbok itu wujud.

daerah menumbok ini mempunyai keluasan 74 batu persegi atau 19,165 hektar terletak di barat daya negeri sabah, iaitu di bahagian pedalaman kawasan kuala penyu. jarak kk dengan pekan menumbok 165km. pekan menumbok juga berhadapan dengan pulau labuan dan menjadi pintu masuk untuk ke tanah besar sabah. terdapat 2 buah sungai utama di daerah menumbok ini iaitu sg klias dan sungai padas damit.
aku snap gambar rumah yang cantik tu


 jadual feri di pekan menumbok

terminal feri pekan menumbok

terminal feri pekan menumbok

 tepi jeti



 nun jauh di sana...

terminal feri pekan menumbok


pekan menumbok 

 ini gerai makan tempat aku singgah. biasa je, masakan pun ala-kadar je
tapi layanan dia bagus. ramah je pakcik tu...dia layan dia juga
yang masak

 ingatkan si tanggang je disumpah jadi batu...rupanya ada juga ketam, ikan, kerang, sotong dan 
penyu disumpah jadi batu...hahaha...derhaka juga rupanya dorang ni 

 aku ada kawan di kg.mempakul. apa khabar dia sekarang ya?


pekan menumbok

Saturday, May 11, 2013

Air Terjun Madai

Assalamualaikum? Holla, blog!

Air Terjun Madai. Tempat ni antara tempat yang kira menariklah juga yang terdapat di sabah. Kawasan rekreasi Air Terjun Madai ni terletak 10km dari bandar kunak, di laluan jalan antara bandar Lahad Datu dan Tawau. Dulu2 aku ingat Air Terjun Madai ni masih area Lahad Datu, rupanya dah masuk sempadan Kunak.

Kawasan Air Terjun Madai ni dikelilingi flora dan fauna dan terletak di hutan simpan Madai Baturong.  Selain dihidangkan dengan air terjun setinggi 40 meter, tempat ini juga ada menyediakan canopy walk sepanjang 119 meter dan tinggi 40 meter merentasi sungai. 

Pengunjung juga boleh melawat gua purba yang terletak berhampiran kawasan air terjun (ambik masa 45 minit berjalan kaki dari situ) yang mempunyai kesan pendudukan manusia lampau termasuk kubur dan keranda lama. 

Tapi masa datang sini hari tu kedua tempat ni tak dibuka (utk keselamatan org awam). Kawasan persekitaran pun tak berapa nak bersih...agak semak. Laluan tangga ke air terjun pun nampak uzur. Sebelum ni saya pernah juga datang ke sini 2003 tak silap. Sempat juga lari2 kat canopy walk tu. Banyak ambik gambar lagi. Masa tu zaman masih guna camera filem lagi.

Ini beberapa gambar yang sempat saya ambil masa berkunjung di Air Terjun Madai tempoh hari. 

Air Terjun Madai

Air Terjun Madai

Air Terjun Madai

Air Terjun Madai

Air Terjun Madai

Air Terjun Madai

Air Terjun Madai

Air Terjun Madai


Sunday, April 14, 2013

tokong puh jih syh (puh jih syh temple), sandakan~bahagian 3

ini entry terakhir tentang tokong puh jih syh. kebanyakan gambar2 di luar kawasan tokong puh jih syh. tempat ni ada 2 tokong tapi cuma dapat ambil gambar di tokong utama je. dulu pernah juga pergi tengok tokong yang lagi satu tu. tapi kali ni aku malas nak turun ke bawah, tanggannya tu macam curam sikit. dalam entry yang 2011, ada gambar2 tokong lagi satu tu. klik SINI kalau nak tengok. nak tengok entry bahagian pertama dan kedua  tentang tokong ni, klik SINI dan SINI.

tokong puh jih syh (puh jih syh temple), sandakan~bahagian 3 ~ pemandangan dari atas tokong. boleh tengok laut dan bandar sandakan

tokong puh jih syh (puh jih syh temple), sandakan ~ pemandangan di kawasan bawah, depan tokong

tokong puh jih syh (puh jih syh temple), sandakan~bahagian 3

tokong puh jih syh (puh jih syh temple), sandakan~bahagian 3

tokong puh jih syh (puh jih syh temple), sandakan~bahagian 3

tokong puh jih syh (puh jih syh temple), sandakan~bahagian 3


tokong puh jih syh (puh jih syh temple), sandakan~bahagian 3 ~ pintu gerbang

tokong puh jih syh (puh jih syh temple), sandakan~bahagian 3

tokong puh jih syh (puh jih syh temple), sandakan~bahagian 3

tokong puh jih syh (puh jih syh temple), sandakan~bahagian 3

tokong puh jih syh (puh jih syh temple), sandakan~bahagian 3

tokong puh jih syh (puh jih syh temple), sandakan~bahagian 3

tokong puh jih syh (puh jih syh temple), sandakan~bahagian 3

Tokong Puh Jih Syh (puh jih syh chinese buddhist temple) -bahagian 2

Assalamualaikum? Holla, blog!

Ini sebahagian lagi gambar yang saya ambil masa di tokong puh jih syh hari tu. Nak tengok entry bahagian pertama klik SINI. Tokong ni salah satu kuil yang terkenal di Sandakan. Terletak 100 meter di atas puncak bukit Tanah Merah, kira2 4km dari pusat bandar Sandakan (sebelah barat bandar Sandakan).

Dari puncak tokong ni boleh tengok teluk Sandakan di bawah sana. Selain tu boleh juga tengok  bandar Sandakan dari kejauhan ni. Binaan tokong ini nampak mewah dan mengkagumkan, terutamannya binaan di bahagian dalam yang banyak guna warna emas dan merah.

Tokong Puh Jih Syh (puh jih syh chinese buddhist temple) ~ bahagian 2

Tokong Puh Jih Syh (puh jih syh chinese buddhist temple) ~ bahagian 2

Tokong Puh Jih Syh (puh jih syh chinese buddhist temple) ~ bahagian 2

Tokong Puh Jih Syh (puh jih syh chinese buddhist temple) ~ bahagian 2

Tokong Puh Jih Syh (puh jih syh chinese buddhist temple)-bahagian 2

Tokong Puh Jih Syh (puh jih syh chinese buddhist temple)- bahagian 2


Tokong Puh Jih Syh (puh jih syh chinese buddhist temple)




Tokong Puh Jih Syh (puh jih syh chinese buddhist temple)

Tokong Puh Jih Syh (puh jih syh chinese buddhist temple)


Tokong Puh Jih Syh (puh jih syh chinese buddhist temple) ~ bahagian 2

Kalau korang datang ke Sandakan, jangan lupa berkunjung ke sini. Ok, bye.