Friday, April 17, 2015

Tanjung Simpang Mengayau (Tip Of Borneo)

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم / Bismillahirrahmanirrahim‎.

Assaalamualaikum? Hallo, blog!

Kali ini saya  nak kongsi gambar masa pergi ke Simpang Mengayau hari tu. Tempat ini terletak di bahagian paling utara Borneo di daerah Kudat. Apa yang menariknya, tempat ni merupakan titik pertemuan Laut China Selatan dan Laut Sulu. Tempat ini juga di kenali sebagai Tanjung Simpang Mangazou oleh kaum Rungus (etnik paling ramai di daerah ini). Jarak dari KK ke Simpang Mengayau lebih kurang 180km. Tapi perjalanan kami hari itu, mula dari Beaufort jadi memang rasa jauh sangatlah. Kebas punggung sebab lama sangat duduk dalam kereta! 

Nasib baiklah sepanjang perjalanan, pemandangannya cantik2. Dari KK, lalu daerah Tuaran dan Kota Belud. Di Kota Belud boleh nampak sawah padi yang berlatar belakangkan gunung kinabalu. Memang cantik sangat. Saya dah pernah pergi ke Simpang Mengayau tahun 2010. Masa tu jalan masuk ke kawasan tu agak teruk. Kali ini pun jalannya masih tak siap lagi. Nasib baik dah ok sikit berbanding dulu. Cuma tanda jalan tu buat orang keliru. Malah ada tempat yang langsung tak ada tanda jalan pun. Tapi sekarang, takde tanda jalan pun senang aje sampai. GPSkan ada...

Sebelum tiba di KK kami sempat singgah sarapan di Putatan (Restoran Sinar Mustika). Saya tak ambik sarapan berat. Cuma makan sebijik pau dan minum nestum panas. Lagi pun, dah bawa makanan dari rumah. Lepas tu, teruskan perjalanan ke Kota Marudu. Tak jauh dari kilang sawit Langkon, singgah beli makanan ringan.

 deretan kedai yang jual makanan ringan.

 segala keropok, kacang tanah, kuih semua digantung rendah2 macam ni

Kota Marudu

Tadaaa...sampai Kudat sudah. Masa ni dah dekat pukul 11. Panas gila...terpaksa pakai payung untuk turun. Tapi payung masa tu satu aje. Selongkar belakang kerusi, jumpa pula payung BN. Pakai ajelah...walaupun ada yang pandang pelik. Mesti dorang fikir geng kitaorg ni kaki politik hehe.
Tanjung Simpang Mengayau (Tip Of Borneo)

Tanjung Simpang Mengayau (Tip Of Borneo)

Tanjung Simpang Mengayau (Tip Of Borneo)

Selepas meredah jalan di bawah matahari yang terik, akhirnya sampai juga ke destinasi utama.
Ini monumen Tip Of Borneo. Belakang batu ni ada peta dunia dan ada tulis 'YOU ARE HERE' di hujung peta borneo tu. Tapi saya lupa pula ambik gambar.

 Yang ini monumen tepi pagar...atas rumput mengadap laut laut sulu

 Tanjung Simpang Mengayau (Tip Of Borneo)

Tanjung Simpang Mengayau (Tip Of Borneo)

 
 Saya suka pemandangan ini. Rasa seperti di luar negara, ada tebing tinggi. Di bawah ada batu-batu besar

 Tangga turun ke bawah

Di hujung tangga ni pun ada papan, macam monemun jugalah. Selalu orang ambil gambar kat situ. Tapi sebab ramai orang, hujung tangga agak terlindung. Sebenarnya, sampai hujung ini aje kawasan dalam jagaan. Lepas hujung tangga tu, keselamatan adalah tanggungjawab sendiri.

 Saya ambik gambar dari atas aje masa ini.

 Mengadap Laut Sulu

 Ada rumah api di bahagian laut sebelah sini. Tapi lupa nak ambil gambar. Peliknya boleh pula tersnap gambar couple ni...

 Ok, lense camera dihala ke depan semula. Cantikkan warna air lautnya. Memang gatal sangat kaki nak turun bawah masa ini.

Akhirnya saya turun bawah juga. Dah alang2 sampai sini. Rugilah kalau tak turun. Risiko memang tanggung sendiri. Takut juga tengok ombak datang tapi lagi takut masa turun dan naik batu2 tu. Tangga takde, pandai2 la panjat batu2 tu.

Tanjung Simpang Mengayau (Tip Of Borneo)

Bersambung... 


Tuesday, April 14, 2015

Tumpi ( Pankek)

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم / Bismillahirrahmanirrahim‎.


Assalamualaikum? Hallo, blog!

Ini breakfast saya pagi tadi. Tumpi kosong. Sesetengah orang sebut nama kuih ini apam balik atau pankek. Tapi tumpi saya ini, bahannya tak serumit buat pankek.

Bahan2nya pun tak ikut sukatan, main 'taruh' aje ikut suka. Untuk 'tumpi' simple macam ini cuma perlu tepung gandum, air, gula dan baking powder. Sukatan semua main agak2 aje. Gaul aje semua bahan...jadi adunan yang lebih kurang macam buat kek tu. Panaskan kuali, sapu minyak sikit atas kuali tu. Guna api yang kecil aje. Lepas tu barulah masukan adunan dan ratakan sikit. Tunggu sampai atas kuih tu kering baru terbalikkan. Tak pun, tengoklah kalau kuih tu dah kembang tinggi bolehlah terbalikkan.

Dah masak, angkat dan makan. Boleh makan dengan cecah susu atau madu. Tak pun dengan planta yang digaul dengan gula. Memang terbaik dan sedap. 


Monday, April 13, 2015

Novel Proposal Cinta Selamannya-Rose Harissa

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم / Bismillahirrahmanirrahim‎.

Novel Proposal Cinta Selamanya-Rose Harissa

Assalamulaikum? Hallo, blog!

Happy sangat sebab dah habis baca novel Proposal Cinta Selamanya-Rose Harissa. Novel Proposal Cinta Selamanya-Rose Harissa mengisahkan tentang Amyra yang bercinta 7 tahun dengan Haidar. Tapi kemudian putus sebab Haidar kata tak sekufu. Amyra kemudian bertemu dengan ZAIM ARMANI, arkitek anak Tan Sri dan Puan Sri. Dalam masa yang sama juga Amyra bertemu LEONARD, pemilik perusahan ukir mengukir kayu. Zaim ada Sara tapi macam hubungan tu ibarat telur dihujung tanduk. Sara si gila glamour. Yang selalu Irina kutuk 'Sara Iman yang tak beriman.' 

Lepas putus hubungan dengan Sara, Zaim teruskan niat nak lamar Amyra. Sebelum ini pun memang Zaim dah usha Amyra. Cuma Amyra tak layan aje. Leo pula si pengukir kayu yang gila kerja sangat2. Sampai takde kawan, takde masa bersosial...kawan dia pekerja kat bengkel dia ajelah (pekerja Indonesia). Tapi bestnya Leo ni alim dan kuat agama. Amyra kata dia tak perlu tengok rancangan 'tanyalah ustaz' sebab dah ada Leo yang boleh bagi dia ceramah agama! Irina suka sangat dekat Leo. Dia sengaja cerita lebih2 tentang Zaim pada Amyra agar Amyra suka Zaim dan tak layan Leo.

Tapi kemudian Leo hantar proposal lamaran pada Amyra. Malamnya pula Zaim datang melamar dengan bunga dan cincin. Leo nampak dan terus blah. Leo kena tangkap khalwat dengan Liana. Lepas hal ni selesai, Amyra bagi jawapan pada Leo dan Zaim. Leo dah merajuk awal2 tapi Amyra bagi jawapan pada proposal dia. Irina frust gila tengok gambar kahwin Leo, nangis2 mengadu pada Zaim. Zaim lagi terkejut sebab tak percaya tengok Amyra dalam gambar tu. Dorang pun layanlah rasa sedih tu sampai terlupa diri. Sebelum Leo kahwin, terbuka rahsia yang Leo tu keturunan bangsawan keraton. 

Jujur, yang bab akhir2 ini Saya tak baca sangat. Entah rasa macam malas nak baca. Banyak sangat cerita tentang kebaikan2 Leo yang Amyra tak sangka2.  Penulis seolah2 nak menunjukkan Leo memang lagi baik dari Zaim. Tapi saya tak happy baca sebab rasa terluka dengan nasib menimpa Zaim. Amyra pula seolah tak tahu hormat perasaan Zaim. Zaimkan terluka, tak perlu cakap atau komen apa pun masa Zaim bagi kad tu. Terima kasih cukuplah. Ini sempat lagi dia cakap Zaim memang patut dah lama kahwin dengan Irina. Dia lupa agaknya Zaim pernah lamar dia dan tengah frust! Memang kalau novel dua hero, mesti ada yang tak puas hati. Nak buat macam mana, dah penulis yang buat jalan cerita macam tu...terima ajelah walaupun tak suka.

Saya tak pastilah korang yang sokong Zaim sejak novel ini masih dalam pembikinan dulu, lepas baca novel ini masih suka dia ke tak? Tapi saya tetap suka  ZAIM ARMANI. Ini pendapat dan pandangan sayalah...novel ini memang hero dia dua2 meletop. Mula2 baca bab2 awal di Novelkreatif-KN dan dalam fanpage Rose Harissa pun, saya dah jatuh suka dekat dua2 hero ni. Mula2 memang suka Leo sebab Amyra memang nampak awal2 dah macam senang dengan Leo. Terutama masa kereta Amyra rosak dan Leo hantar. Leo sempat singgah solat di masjid yang berhampiran dengan rumah Amyra. Dari situ saya dah yakin endingnya, Amyra dengan siapa. 

Saya baca novel Proposal Cinta Selamanya-Rose Harissa sampai habis sebab nak tahu kenapa boleh jadi macam tu sedangkan dari bab awal sampai nak habis Rose Harissa cukup cantik lukis watak Zaim. Saya suka sangat bila Amyra datang rumah Zaim...mak bapa Zaim yang kaya raya tu layan dan sayang dia. Tak tahu nak kata apalah...memang tak sangkalah pula, hujung2 sisi jahat Zaim terkeluar pula. Sedangkan Leo taklah banyak sangat menonjolnya dalam setiap bab. Kenapa Rose Harissa tak biarkan Zaim sorang-sorang aje? Tanpa ada calar hitam macam tu? Biar bersih aje sampai habis? Tak kisahlah pun kalau Amyra tak pilih dia, kan. Janji reputasi Zaim tak jatuh. Kesian yang sokong Zaim sebelum ni. Mesti terkejut bila penulis buat Zaim 'berdosa' di hujung cerita. Tabik untuk Zaim sebab tetap bertanggungjawab dengan apa yang dia telah buat.

Lepas letak novel ini, fikiran saya pun mula merewang. Selepas beberapa tahun Amyra kahwin dengan Leo, Amyra mula rasa menyesal sebab Leo sangat2 gila kerja dan masih meneruskan sikap yang tidak suka bersosial dan bergaul dengan ramai orang. Leo juga suka mengongkong Amyra dan anak mereka. Leo juga dalam diam-diam punya sisi buruk. Pendek mereka tak bahagia mana pun. Akhirnya Amyra berpisah dengan Leo yang mula menjadi seorang psiko. Then Amyra jumpa Zaim semula yang sudah jadi bapa tunggal. Zaim cerai sebab Irina yang tak mampu mencintai Zaim. Dia cuba mencari kebahagian lain. Tapi hubungan dia dan Zaim tetap baik. Amyra jatuh cinta dengan Zaim tapi Zaim tak ada rasa cinta dengan Amyra lagi. Then Amyra sangat menyesal kerana melukai Zaim dahulu. Dia sudah terlepas cinta sejati yang sepatutnya dia miliki dulu. Hahaha....gitulah ending yang ada dalam kepala saya. Pendek kata saya nak Amyra menyesal sebab memilih Leo dan bukannya Zaim.😼😼😼😼

Saya memang selalu sambung cerita novel kalau rasa tak puas hati dengan endingnya. Tapi sambung dalam kepala otak ajelah! Tapi dalam novel Proposal Cinta Selamanya-Rose Harissa, bukan saya tak puas hati ending yang Rose Harissa buat. SETUJU SANGAT cuma tersambung cerita dalam otak tu sebab rasa kesian sangat2 dekat Zaim. 

Oklah, bebel banyak pun tak guna. Jangan lupa beli novel Proposal Cinta Selamanya-Rose Harissa. Cover sangat cantik dan comel. Cuma bila nampak papan hijau tu tak pasal2 saya terus ingat cover novel Cinta Pandang Ke-2 Laila Kamila pula. Hijau dia tu mengingatkan saya pada papan hijau zaman sekolah. Jangan lupa beli...RM22 aje. Ahli KN murah sikit kalau beli online , RM18 tak salah. Kalau Sabah/Sarawak RM25...ahli RM22. Beli jangan tak beli.

 Zaim mengayat Amyra...

Novel Proposal Cinta Selamannya-Rose Harissa
 Ini perbualan Zaim dan Amyra yang saya rasa sangat menyentuh hati

 Novel Proposal Cinta Selamannya-Rose Harissa
 Masa ini saya harap sangat Amyra pilih Zaim 😢😢😢

 Ini pun buat saya terharu sebab mak Zaim suka kat Amyra

Novel Proposal Cinta Selamannya-Rose Harissa

Thursday, April 9, 2015

Novel Prince Charming ~ Ratu Bulan

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم / Bismillahirrahmanirrahim‎.

Novel Prince Charming ~ Ratu Bulan

Assalamulaikum? Hallo, blog!

Lama tak buat entry baru. Malas nak mengadap lappy sebab line selalu siput! Oklah, saya nak cakap tentang novel Prince Charming karya Ratu Bulan. Novel lama tapi saya baru aje baca awal tahun ini. Kelambatan betul bilang urang sabah 😁. Novel yang saya beli ini dah masuk cetakan yang ke 9, tahun 2012. Cetakan pertama 2010...lama dahkan? Tapi novel ini sangat2lah laris. Kalau tak laris takdenya cetak sampai kali ke 9. Hebat tak? 

Tahun 2010 dulu ada kawan pinjamkan saya 3 buah novel, salah satunya novel Prince Charming. Kawan saya datang kejap aje, jadi saya tak sempat baca ketiga2 novel tu, cuma sempat baca dua aje. Yang tak sempat tu novel Prince Charming. Tapi masa tu saya taklah sangat terkilan sebab rasa macam tak best aje. Hinggalah saya terbaca beberapa bab di blog Ratu Bulan, terus minat pulak. Cari kat kedai tak pernah jumpa. Tak sangka pula hari tu pergi POPULAR terjumpa novel ini. Terus ajelah beli.

Saya malas nak buat review dan sinopsis sebab dah berjuta orang buat review dan sinopsis novel ini. Kalau nak baca bab awal pergi aje blog Ratu Bulan. Masa baca novel ini, nostalgia sikit masa zaman sekolah saya dulu. Cerita ini berkisar tentang pelajar sekolah menengah yang ada kelab bola sepak. Pengurusnya pula perempuan. Saya suka cerita ini, macam misteri sikit tapi tak misteri. Macam mana nak cakap ye? Ahh...baca ajelah novel ini mesti faham apa maksud saya. Heronya nama Nazrul. Heroin dia pula Nurul. Saya suka Nurul ini sebab dia sorang aje tak percaya carta Prince Charming itu. 

Sebenarnya saya suka baca karya2 Ratu Bulan. Semua yang dia tulis di blog, habis dah saya baca. Tapi susah nak jumpa novelnya di sini. Ok, dah habis idea. K, bye.

Saturday, March 7, 2015

Novel Wasilah Cinta Weera Versi 2015 karya Rose Harissa

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم / Bismillahirrahmanirrahim‎.

 Novel Wasilah Cinta Weera Versi 2015 karya Rose Harissa

Assalamulaikum? Hallo, blog!

Tadaa...ini novel terbaru yang saya beli. Novel Wasilah Cinta Weera karya Rose Harissa. Tapi ni bukan novel baru. Novel ini pernah diterbitkan tahun 2010 tak silap. Cuma diberi nafas baru dari segi bahasa mengikut suasana sekarang. Itu yang saya kata novel Wasilah Cinta Weera versi 2015. Jalan cerita masih sama dengan yang lama juga. Ok, kalau nak beli novel ini order dengan Idea Kreatif atau datang beli kat sana, lagi senang. Beli cepat sebab novel Wasilah Cinta Weera versi 2015 karya Rose Harissa ini limited edition.

Novel Wasilah Cinta Weera versi 2015 karya Rose Harissa ini banyak selit petikan2 ayat alQuran dan doa sebab asal novel ini novel islamik. Jadi harus banyak unsur2 keislaman di dalamnya. Korang akan dapat banyak pengajaran dalam novel ini. Watak utama adalah Weera...Tajul Aweera yang berdarah siam yang bercinta dengan Jasnita. Tapi kemudian putus sebab Weera bosan dengan tingkah-laku perempuan itu. Jasnita kemudian kahwin dengan Firdaus, kawan sekampung Weera dan pernah menumpang di rumah Weera. Firdaus ni jahat dari syaitan! Dia cemburukan Weera dan bercita-cita mahu musnahkan hidup Weera yang dia rasa tak layak dapat kesenangan dan kebahagian hidup.

Weera ini, punya kenangan pahit masa budak2. Dia sangat rapat dengan mak dia tapi kemudian mak dia diceraikan dan dihalau dari kampung. Kononnya mak dia tu buat onar dengan peniaga siam dan murtad. Weera tak percaya pun dia. Bapa dia selalu pukul dan dera Weera. Masa Weera masuk sekolah asrama pun, bapa dia tak peduli. Masa kena pukul hampir nak mati, Weera terjumpa Ray. Ray selamatkan dia dan didik dia jadi manusia yang berguna dan baik. Mereka ini rapat sangat dan saling menyayangi sampaikan hubungan mereka disalah ertikan. Mereka dituduh gay tapi sikit pun tak melunturkan rasa persahabatan mereka. Wee kemudian kahwin dengan Ayu, bekas tunang Firdaus. Mula ok tapi Firdaus mula tabur fitnah sana sini sampaikan Ayu pun termakan hasutan percaya Ray dan Wee itu gay! Firdaus juga tabur fitnah di tempat kerja Wee dan di kilang percetakan Ray. Firdaus juga fitnah Wee di kampung sampai semua orang kampung mengata dia. Makin bencilah bapa Wee pada dia. Nasib baik mak bapa Ayu tak termakan hasutan fitnah. Malah mak Ayu yang banyak sedarkan Ayu agar percaya pada Wee.

Ray kemudian sakit, masa itu Wee yang jaga Ray. Ayu sangat memahami dan insaf dengan peristiwa itu. Ray akhirnya meninggal dunia. Atas bantuan Dean (orang Thai yang Ray upah untuk cari mak Wee), Wee jumpa juga mak dia. Ray berhasrat nak buat kejutan tapi sayangnya dia dah meninggal dunia. Wee pula sakit kena sihir. Jasnita bongkar kegiatan buruk Firdaus yang terjumpa barang sihir itu di stor rumah mereka. Jasnita bagitahu pada Wee. Tapi kesudahannya Firdaus pukul Jasnita setengah mati! Jasnita kemudian berjanji datang ke rumah Wee. Tapi kemudian Jasnita ditemui mati kena rogol. Wee kena tangkap sebab Firdaus tuduh dia yang bunuh. Tapi Wee dilepaskan bila takde bukti pun. Masa pergi kubur Jasnita, Firdaus serang Wee dengan 2 pengikutnya. Dia juga hampir rogol Ayu. Tapi Wee dapat kalahkan 2 samseng tu dan Firdaus. Tapi masa bawa Ayu lari, Firdaus tikam dia.

Wee kritikal, mak dan bapa tiri Wee datang jenguk. Malah bapa Wee pun datang. Masa tu bapa Wee kata macam2 pada Wee dan mak kandung Wee. Ayu hilang sabar dan cuci otak bapa mertua dia tu! Dia bongkar semua cerita...bapa Firdaus yang buat onar pada mak Wee. Malah dia juga yang fitnah mak Wee dan hasut bapa Wee. Ayu juga terangkan Firdaus pun buat benda sama pada Ayu, hampir perkosa Ayu, fitnah Wee dan nak bunuh Wee. Masa tu barulah bapa Wee menyesal dan insaf.

Akhirnya, Wee sedar dan Firdaus pun dah kena tangkap. Dia yang buat semua kerja kotor selama ini. Termasuk bakar depan kilang Ray. Paling sadis dia yang upah 2 samseng tu rogol dan bunuh Jasnita depan mata dia! Sabit kesalahan dia akan ke tali gantung. Semuanya kembali aman...Wee dan Ayu bahagia dengan kehadiran Rayyan yang di panggilnya Ray.
 
Secara jujurnya, saya mengaku ini novel terbaik pernah saya baca sepanjang hidup saya! Novel yang penuh dengan pengajaran. Sepanjang masa Ray sakit tu, saya nangis aje baca betapa kuat dan redhanya dia menerima semua dugaan itu. Saya harap dapat sedut segala kekuatan dan ketabahan itu :(  Banyak part yang betul2 menjentik hati saya untuk sedar, insaf disamping pengetahuan tentang beberapa perkara, terutama tentang penyakit Ray. Persahabatan mereka juga begitu tulus. Bertemu dan berpisah kerana ALLAH. Pendek kata novel ni meninggalkan kesan mendalam dalam diri saya. Ya, Wasilah Cinta Weera...bukan semata hiburan, bukan sekadar novel biasa tapi sangat luar biasa. Bagi saya, sebaik-baik novel adalah novel yang membawa kegembiraan dan membawa banyak kesedaran pada pembaca.
Wasilah Cinta Weera- Rose Harissa
Sebuah kisah yang sarat makna kasih sayang sesama manusia. Ia menawarkan keharuan ikhlasnya perhubungan antara Weera dan Ray, dua sahabat yang disalah erti hubungan hanya kerana mereka lelaki. Namun pada mereka setiap manusia boleh berbicara soal keteguhan hati, kasih dan keikhlasan asalkan ia kerana Allah.   Ujian Tuhan akhirnya menyentuh Weera. Fitnah tidak malu-malu menghambur namun Weera tetap teguh kerana dia percaya ujian mendatangkan kebahagian untuk sesiapa yang mengertikannya.  Pengertiannya, menitis lembut pada kata Wasilah Cinta Weera. 

K, bye.