Showing posts with label penulis novel Rose Harissa. Show all posts
Showing posts with label penulis novel Rose Harissa. Show all posts

Saturday, March 7, 2015

Novel Wasilah Cinta Weera Versi 2015 karya Rose Harissa

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم / Bismillahirrahmanirrahim‎.

 Novel Wasilah Cinta Weera Versi 2015 karya Rose Harissa

Assalamulaikum? Hallo, blog!

Tadaa...ini novel terbaru yang saya beli. Novel Wasilah Cinta Weera karya Rose Harissa. Tapi ni bukan novel baru. Novel ini pernah diterbitkan tahun 2010 tak silap. Cuma diberi nafas baru dari segi bahasa mengikut suasana sekarang. Itu yang saya kata novel Wasilah Cinta Weera versi 2015. Jalan cerita masih sama dengan yang lama juga. Ok, kalau nak beli novel ini order dengan Idea Kreatif atau datang beli kat sana, lagi senang. Beli cepat sebab novel Wasilah Cinta Weera versi 2015 karya Rose Harissa ini limited edition.

Novel Wasilah Cinta Weera versi 2015 karya Rose Harissa ini banyak selit petikan2 ayat alQuran dan doa sebab asal novel ini novel islamik. Jadi harus banyak unsur2 keislaman di dalamnya. Korang akan dapat banyak pengajaran dalam novel ini. Watak utama adalah Weera...Tajul Aweera yang berdarah siam yang bercinta dengan Jasnita. Tapi kemudian putus sebab Weera bosan dengan tingkah-laku perempuan itu. Jasnita kemudian kahwin dengan Firdaus, kawan sekampung Weera dan pernah menumpang di rumah Weera. Firdaus ni jahat dari syaitan! Dia cemburukan Weera dan bercita-cita mahu musnahkan hidup Weera yang dia rasa tak layak dapat kesenangan dan kebahagian hidup.

Weera ini, punya kenangan pahit masa budak2. Dia sangat rapat dengan mak dia tapi kemudian mak dia diceraikan dan dihalau dari kampung. Kononnya mak dia tu buat onar dengan peniaga siam dan murtad. Weera tak percaya pun dia. Bapa dia selalu pukul dan dera Weera. Masa Weera masuk sekolah asrama pun, bapa dia tak peduli. Masa kena pukul hampir nak mati, Weera terjumpa Ray. Ray selamatkan dia dan didik dia jadi manusia yang berguna dan baik. Mereka ini rapat sangat dan saling menyayangi sampaikan hubungan mereka disalah ertikan. Mereka dituduh gay tapi sikit pun tak melunturkan rasa persahabatan mereka. Wee kemudian kahwin dengan Ayu, bekas tunang Firdaus. Mula ok tapi Firdaus mula tabur fitnah sana sini sampaikan Ayu pun termakan hasutan percaya Ray dan Wee itu gay! Firdaus juga tabur fitnah di tempat kerja Wee dan di kilang percetakan Ray. Firdaus juga fitnah Wee di kampung sampai semua orang kampung mengata dia. Makin bencilah bapa Wee pada dia. Nasib baik mak bapa Ayu tak termakan hasutan fitnah. Malah mak Ayu yang banyak sedarkan Ayu agar percaya pada Wee.

Ray kemudian sakit, masa itu Wee yang jaga Ray. Ayu sangat memahami dan insaf dengan peristiwa itu. Ray akhirnya meninggal dunia. Atas bantuan Dean (orang Thai yang Ray upah untuk cari mak Wee), Wee jumpa juga mak dia. Ray berhasrat nak buat kejutan tapi sayangnya dia dah meninggal dunia. Wee pula sakit kena sihir. Jasnita bongkar kegiatan buruk Firdaus yang terjumpa barang sihir itu di stor rumah mereka. Jasnita bagitahu pada Wee. Tapi kesudahannya Firdaus pukul Jasnita setengah mati! Jasnita kemudian berjanji datang ke rumah Wee. Tapi kemudian Jasnita ditemui mati kena rogol. Wee kena tangkap sebab Firdaus tuduh dia yang bunuh. Tapi Wee dilepaskan bila takde bukti pun. Masa pergi kubur Jasnita, Firdaus serang Wee dengan 2 pengikutnya. Dia juga hampir rogol Ayu. Tapi Wee dapat kalahkan 2 samseng tu dan Firdaus. Tapi masa bawa Ayu lari, Firdaus tikam dia.

Wee kritikal, mak dan bapa tiri Wee datang jenguk. Malah bapa Wee pun datang. Masa tu bapa Wee kata macam2 pada Wee dan mak kandung Wee. Ayu hilang sabar dan cuci otak bapa mertua dia tu! Dia bongkar semua cerita...bapa Firdaus yang buat onar pada mak Wee. Malah dia juga yang fitnah mak Wee dan hasut bapa Wee. Ayu juga terangkan Firdaus pun buat benda sama pada Ayu, hampir perkosa Ayu, fitnah Wee dan nak bunuh Wee. Masa tu barulah bapa Wee menyesal dan insaf.

Akhirnya, Wee sedar dan Firdaus pun dah kena tangkap. Dia yang buat semua kerja kotor selama ini. Termasuk bakar depan kilang Ray. Paling sadis dia yang upah 2 samseng tu rogol dan bunuh Jasnita depan mata dia! Sabit kesalahan dia akan ke tali gantung. Semuanya kembali aman...Wee dan Ayu bahagia dengan kehadiran Rayyan yang di panggilnya Ray.
 
Secara jujurnya, saya mengaku ini novel terbaik pernah saya baca sepanjang hidup saya! Novel yang penuh dengan pengajaran. Sepanjang masa Ray sakit tu, saya nangis aje baca betapa kuat dan redhanya dia menerima semua dugaan itu. Saya harap dapat sedut segala kekuatan dan ketabahan itu :(  Banyak part yang betul2 menjentik hati saya untuk sedar, insaf disamping pengetahuan tentang beberapa perkara, terutama tentang penyakit Ray. Persahabatan mereka juga begitu tulus. Bertemu dan berpisah kerana ALLAH. Pendek kata novel ni meninggalkan kesan mendalam dalam diri saya. Ya, Wasilah Cinta Weera...bukan semata hiburan, bukan sekadar novel biasa tapi sangat luar biasa. Bagi saya, sebaik-baik novel adalah novel yang membawa kegembiraan dan membawa banyak kesedaran pada pembaca.
Wasilah Cinta Weera- Rose Harissa
Sebuah kisah yang sarat makna kasih sayang sesama manusia. Ia menawarkan keharuan ikhlasnya perhubungan antara Weera dan Ray, dua sahabat yang disalah erti hubungan hanya kerana mereka lelaki. Namun pada mereka setiap manusia boleh berbicara soal keteguhan hati, kasih dan keikhlasan asalkan ia kerana Allah.   Ujian Tuhan akhirnya menyentuh Weera. Fitnah tidak malu-malu menghambur namun Weera tetap teguh kerana dia percaya ujian mendatangkan kebahagian untuk sesiapa yang mengertikannya.  Pengertiannya, menitis lembut pada kata Wasilah Cinta Weera. 

K, bye.

Thursday, November 27, 2014

Jom Terjah Blog Rose Harissa - A Blog To Remember

As'salamualaikum? Holla, blog!

Kali ni saya nak cerita banyak pasal blog penulis novel Rose Harissa (Nora Ismail). Dia ada dua blog, satu di wordpress dan satu lagi di blogspot. Ramai juga blog novelis yang saya follow. Salah satunya dia nilah, Rose Harissa. Saya suka pergi blog dia untuk baca entry dia sambil tengok-tengok lukisan dia. Serius saya kagum dengan Rose Harissa ni. Sangat berbakat dalam bidang seni lukis.

*ex-UTM Skudai (Architecture)
*former ITF (1st Dan)
*ex-Designer / Art metal (1999-2007)
*APO? Magazine (writer + illustrator) - 2003 — current
*freelance designer + autho

Kalau korang suka baca cerita ala-ala macam e-novel, boleh baca A Blog To Remember yang kat wordpress. Ada beberapa cerita yang dia share kat situ...Rindu Itu Cinta, Raid Arjuna, Arsalan dan cerita yang paling meletop, A Kiss Before You Go. Saya cakap A Kiss Before You Go tu cerita meletop sebab, gara-gara cerita ni Rose Harissa pindahkan karya dia dari blogspot ke wordpress. Katanya ada orang yang tak bertanggungjawab cedok ideanya. Hmm...tak hairanlah, sekarang ni memang ramai pun orang yang suka ambik jalan pintas curi idea penulis lain dan jadikan cerita sendiri! Memalukan sangat...curi idea orang ni, samalah juga macam curi hasil titik peluh orang lain!

 Blog Rose Harissa di wordpress

Jom terjah blog Rose Harissa - A Blog To Remember

Semua cerita tu (Rindu Itu Cinta, Arsalan, Raid Arjuna dan A kiss Before You Go) tak habis pun lagi. Baru beberapa bab ada dalam blog. Biasa cerita yang banyak pengikut macam ni, akan jadi novel juga akhirnya. Saya suka cerita Rindu Itu Cinta...suka watak Al-Hadi dan Nissa. Harapnya akan dapat jadi novel juga satu hari nanti. Rose Harissa gambarkan Al itu Fatah Amin. Kenal Fatah Amin tu siapa? Saya tak minat pun mamat tu tapi sebab dalam blog Rose Harissa tu, muka dia dilukis cantik-cantik. Jadi nampaklah dia macho dan menarik. Sebenarnya tingkah-laku dan keperihatian watak Al tu yang buat cerita ini sangat menarik. Sayangnya dah lama cerita ni tak disambung.

blog Rose Harissa di blogspot

Jom terjah blog Rose Harissa - A Blog To Remember

A kiss Before You Go pun sangatlah bestnya...hari tu Rose Harissa bagi sampai 20 bab. Tapi lepas masalah idea kena curi, Rose Harissa terus tutup cerita tu. Katanya A Kiss Before You Go akan diteruskan untuk jadi novel. Hari tu baca kat fp Rose Harissa, cerita tu dah nak habis dia buat tapi mungkin ada masalah untuk menerbitkannya. Novel tu banyak isu tentang anak haram dan masalah pengunaan ubat anti stress. Mungkin sebab tu susah editor nak lepas untuk pasaran. 

Entah tak faham saya, padahal dalam cerita tu rasanya sangat banyak pengajarannya dan beberapa info tentang hal-hal kesihatan. Biasalah kalau ada selit part yang nakal-nakal sikit tu pun tak nampak sangat dan semuanya sebab nak pembaca lebih faham masalah si watak tu. Kalau nak kata ada unsur lucah, banyak je novel melayu sekarang ni yang selit kisah-kisah romantik hero dan heroinnya. Boleh aje lepas pun. Tapi kenapa cerita yang ada pengajaran dan ilmu macam A kiss Before You Go tu boleh aje orang kritik? Belum pun jadi novel lagi dah banyak rintangan pula.


Jom terjah blog Rose Harissa - A Blog To Remember
Jom terjah blog Rose Harissa - A Blog To Remember

Saya bukannya kenal pun Rose Harissa ni, cuma peminat dia dari jauh aje. Tapi bila baca luahan hati dia di fp dia, rasa kesian sangat. Rasa macam ada orang tertentu yang nak sekat dia dari menghasilkan novel! Cuaklah juga kalau A Kiss Before You Go tu tak jadi nak dibuat novel macam Guy Next Door. Tapi saya harap jadilah juga, edisi terhad pun takpe...janji dapat peluk dan baca novel A Kiss Before You Go tu. Ada lagi cerita baru Rose Harissa dia kongsi di fp dia...lupa pula tajuk dia. Tapi watak2nya terdiri dari Zaim, Amyra, Sara, Leo dan Haidar. Best juga.

Salah satu sebab kenapa cerita Rose Harissa Best dan menarik sebab dia akan sediakan rupa dan heroin dalam setiap cerita dia. Selalu dia lukislah....tu yang best. Suka sangat tengok hasil kerjanya. Kalau kau nak tengok, sila pergi ke blog dia atau fan page dia.

ini aje gambar saya
 Lain2 kat atas tu semua ambik dari blog Rose Harissa

                 http://roseharissa.blogspot.com
                 http://romanfiksi.wordpress.com

Friday, August 8, 2014

Novel Guy Next Door ~ Rose Harissa

Novel Guy Next Door ~ Rose Harissa

Salam raya...hari ni syawal yang keberapa ye? Lupa dah berapa...hehe. Tapi kemeriahan tu dah semakin kurang. Cuma rumah2 terbuka aje masih banyak.

Oklah aku nak cakap pasal novel Guy Next Door-Rose Harissa. Hehe...masa tengok tajuk terus ingat  kumpulan GUYS NEXT DOOR yang top dengan lagu I've Been Waiting For You dulu (minat habis dengan group tu dulu hehe). Aku dah lama tak baca novel Rose Harissa. Dulukan aku baca buku2 alaf21 saja. Lepas tiga novel (tak silap akulah...kalau salah sila betulkan) dengan alaf21, dia dibawah penerbitan lain Nb dan PTS. masa tu aku dah tak ikut perkembangan Rose Harissa lagi. Hanya lepas baca novel baru dia ni (novel guy next door), barulah aku ikut perkembangan dia semula ( fp dan blog). Jumpa buku dia ni pun secara tak sengaja. Masa tu aku nak beli novel baru, bukalah laman web kaki novel. Tak sangka pula ada novel Rose Harissa. Tapi sebenarnya aku lagi tak sangka dia keluarkan novel baru. Memandangkan aku dulu suka novel2nya, aku terus aje beli novel Guy Next Door ni. Tajuk je pun dah menarik untuk aku beli.

Belum baca pun aku dah tahu novel ni best. Sebabnya penulisnya Rose Harissa...aku memang suka style dia menulis sejak dulu lagi...dia selalu bahasakan diri watak utamanya 'aku'. Tu yang rasa macam dekat saja dengan hati aku. Maklumlah bahasa pertuturan dan ganti diri di tempat aku memang ber'aku-aku'. Tu yang suka baca novel Rose Harissa ni.

Ok, novel Guy Next Door ~ Rose Harissa ni pasal Kristal dan Adam. Dorang ni berjiran tapi tak bertegur-sapa. Kristal pandang rendah pada Adam. Dia ingatkan Adam ni melepak aje harap mak dia tanggung makan pakai aje. Kristal ni taksub sangat dengan bf dia si Fandi tu. Tapi Fandi sebenarnya dah kahwin pun! Mereka putus tapi Fandi masih selalu kacau Kristal. Adam mula rapat dengan Kristal tapi Kristal anggap kawan aje. Lepas mak adam meninggal, Adam balik ke US kerja kat sana. masa tu barulah Kristal teringat2kan Adam. Dia ikut perkembangan Adam melalui kawan dia Mia. 

Adam & Kristal~Guy Next Door (Rose Harissa)

Adam~Guy Next Door (Rose Harissa)

Masa raya, rombongan Fandi datang meminang. masa tu Kristal ingat Adam di US. Tup2 Adam pun muncul masa tu juga. Saja nak suprisekan si Kristal. Mereka pun kahwin dan Adam bawa Kristal tinggal di US. Ok, macam tulah ceritanya.

Sebenarnya banyak part yang best dalam novel Guy Next Door ~ Rose Harissa ...aku cerita ringkas aje. Korang yang suka novel dan suka penulis Rose Harissa ni, silalah beli buku ni. Tak rugi beli...best sangat2. Percakapan mereka memang santai-bantai. Aku suka sangat, ada masa ketawa sendiri baca dialong mak Kristal dan dia...memang kasar tapi kelakar dan mengelikan hati. Aku juga suka adam dalam nakal2 pun dia sangatlah baik dan bertanggungjawab pada mak dia.

Novel Guy Next Door ~ Rose Harissa
Novel Guy Next Door ~ Rose Harissa


Ini kali pertama saya baca novel yang cara penceritaannya POV1 Adam dan Kristal. Terkejut juga style baru agaknya. Dalam hati saya, tak sangka rupanya dah ada style baru dalam penulisan novel. selalu baca novel cuma jumpa yang guna sudut pandangan orang pertama pencerita atau orang ketiga pencerita. Tapi novel Guy Next Door ni, berbeza sangat. Sebenarnya sudut pandangan POV1 untuk  hero dan heroin ni dah pernah orang buat sebelum ni dalam novel tapi aku aje yang agak ketinggalan.

Tapi walaupun ini kali pertama aku baca novel sudut pandangan POV1 untuk 2 watak utama ni, aku mudah aje rasa serasi dan masuk dalam cerita ni. Lagi best sebab dapat selami dua watak hero dan heroin. Memang best sangatlah. Ada yang cakap, penggunaan POV1 untuk 2 watak  ni mesti letak nama pencerita di setiap bab agar pembaca tak keliru. Tapi dalam novel ni, tak letak pun takpe sebab tak rasa terganggu pun. Mudah je tahu tu monolog atau cerita siapa, Kristal ke Adam. Kalau langkah 3 ke 4 bab pun masih lagi dapat tahu tu bahagian siapa. Monolog dan pandangan/penceritaan Kristal sangat berbeza dengan Adam, jadi sangat mudah untuk dibezakan.

Aku rasa ketagih nak baca novel yang guna sudut pandangan macam ni. Harap Rose Harissa akan hasilkan lebih banyak novel macam ni. Satu aku suka Rose Harissa ni dia berani dan ikut perkembangan semasa dalam buat ceritanya. Oklah, korang jangan lupa beli novel Guy Next Door~Rose Harissa ni ye...

P/S~ aku letak gambar pelakon Thailand tu sebab Rose Harissa bayangkan rupa Adam dan Kristal macam mereka berdua. Cutekan...

Thursday, August 7, 2014

Novel Saranghaeyo Arumi ~ Rose Harissa

Novel Saranghaeyo Arumi ~ Rose Harissa

Ini novel remaja...tapi sebab aku peminat Rose Harissa aku beli juga novel Saranghaeyo Arumi ni. Orang kata novel Saranghaeyo Arumi ~ Rose Harissa ni best. Aku dah baca sikit...baru beberapa muka surat. Ramai yang kata nak tunggu sambungan buku ni. Tapi baru2 ni aku ada terbaca di fp Rose Harissa, katanya novel ni takkan disambung sebab masa dia buat cerita ni malaysia demam kpop. Sekarang kalau buat novel macam ni, tak berapa nak laku katanya. sayanglah juga tak disambungkan. Aku tak kisah sangatlah sebab tak berapa ikut novel2 remaja ni...Aku baca novel ni pun sebab minat dengan Rose Harissa..hehe.

Cover novel Saranghaeyo Arumi ni memang cute habis... Tu model perempuan tu si Fatin Liyana. Memang cantiklah. Kena pula dilukis macam tu...Bestnya kalau buat novel dan dapat lukis cover macam Rose Harissa ni. Tangan dan otak seni betul Rose Harissa ni...tabik habis aku dengan dia.

Memandangkan aku tak baca lagi novel Saranghaeyo Arumi sampai habis jadi tak dapatlah aku nak cerita panjang2 apa yang terselit dalam novel Rose Harissa ni. Banyak dah blog buat review novel Saranghaeyo Arumi ni...google ajelah..hehe.


Thursday, February 10, 2011

Novel Mulanya Satu Cinta-Rose Harissa

Novel Mulanya Satu Cinta-Rose Harissa

Novel Mulanya Satu Cinta antara novel Rose Harissa yang 'terbest' pernah aku baca. Cara pertuturan 'aku' 'kau' tu yang aku rasa paling menarik. santai je, macam betul2 berlaku disekeliling kita. Watak2nya pun semua ok, berpijak di bumi yang nyata...tidak ada gambaran yang lebih2. Tu yang  best tu...

Novel ni mengisahkan  tenang Ezli yang menutup pintu hatinya terhadap perempuan. Semuanya gara2 kegagalan perkahwinannya dengan Khairina. Hasil perkahwinan itu mereka punya seorang anak Afi. Selama 7 tahun, Ezli membesarkan aAi dengan bantuan ibunya, Faridah.


Kemudian Ezli dipertemukan dengan Iryanie yang ditugaskan menjaga Afi. Mereka kemudian jatuh cinta. Dalam masa yang sama, Khairina mahu menuntut semula hak penjagaan Afi. Dia begitu terdesak hinggakan sanggup menculik dan membawa lari Afi ke luar negara. Niatnya digagalkan oleh Johan.

Hubungan Ezli dengan Iryanie mula terputus gara2 Zamri. Malah Iryanie terpaksa berkahwin dengan Zamri. Ezli terlalu kecewa hinggakan satu ketika dia terlibat dalam kemalangan gara2 teringatkan Iryanie. Iryanie pula tidak dapat menerima Zamri dan masih mencintai Ezli. Waktu melawat Ezli, Iryanie kecewa bila Ezli menghalaunya.


Novel Mulanya Satu Cinta-Rose Harissa
 
Ezli kemudian menasihati Iryanie agar jadi isteri yang baik. Iryanie pun kembali pada Zamri tapi kemudian dia ternampak Zamri dengan Suhaina, kakak tirinya. Mereka sebenarnya sudah lama ada hubungan. Iryanie kecewa dan mereka bercerai. Iryanie kemudian menghilangkan diri.

Ezli kemudian dapat tahu hal sebenarnya tentang Iryanie melalui kawan baiknya hana. Ezli rasa
menyesal sebab menuduh Iryanie curang dan memperminkan perasaannya sedangkan dia tidak tahu Iryanie terlalu menderita dek perbuatan ayah dan kakak tirinya termasuk juga Zamri.


Iryanie menetap di taiping dekat dengan rumah keluarga Ezli. Tapi tiada siapa yang tahu pun. Iryanie terlalu sayangkan Afi dan ibu Ezli yang sudah dianggapnya sebagai ibu. Ezli kemudian dapat menjejak Iryanie. Atas bantuan ibunya, Ezli dapat juga merancang pertemuan dengan Iryanie di tasik Taiping. Happy ending lorr.....:D

Ok macam tulah lebih kurang cerita novel Mulanya Satu Cinta-Rose Harissa. Nampak tak kulit novel tu? Lunyai dah sebab aku selalu ulang balik baca novel ni. Selain tu lunyai sebab kawan-kawan pinjam. Aku selitkan gambar Yana Samsuddin ni, sebab aku terbayang muka dia aje masa baca novel ni...hehe...