Showing posts with label rose harissa. Show all posts
Showing posts with label rose harissa. Show all posts

Friday, August 8, 2014

Novel Guy Next Door ~ Rose Harissa

Novel Guy Next Door ~ Rose Harissa

Salam raya...hari ni syawal yang keberapa ye? Lupa dah berapa...hehe. Tapi kemeriahan tu dah semakin kurang. Cuma rumah2 terbuka aje masih banyak.

Oklah aku nak cakap pasal novel Guy Next Door-Rose Harissa. Hehe...masa tengok tajuk terus ingat  kumpulan GUYS NEXT DOOR yang top dengan lagu I've Been Waiting For You dulu (minat habis dengan group tu dulu hehe). Aku dah lama tak baca novel Rose Harissa. Dulukan aku baca buku2 alaf21 saja. Lepas tiga novel (tak silap akulah...kalau salah sila betulkan) dengan alaf21, dia dibawah penerbitan lain Nb dan PTS. masa tu aku dah tak ikut perkembangan Rose Harissa lagi. Hanya lepas baca novel baru dia ni (novel guy next door), barulah aku ikut perkembangan dia semula ( fp dan blog). Jumpa buku dia ni pun secara tak sengaja. Masa tu aku nak beli novel baru, bukalah laman web kaki novel. Tak sangka pula ada novel Rose Harissa. Tapi sebenarnya aku lagi tak sangka dia keluarkan novel baru. Memandangkan aku dulu suka novel2nya, aku terus aje beli novel Guy Next Door ni. Tajuk je pun dah menarik untuk aku beli.

Belum baca pun aku dah tahu novel ni best. Sebabnya penulisnya Rose Harissa...aku memang suka style dia menulis sejak dulu lagi...dia selalu bahasakan diri watak utamanya 'aku'. Tu yang rasa macam dekat saja dengan hati aku. Maklumlah bahasa pertuturan dan ganti diri di tempat aku memang ber'aku-aku'. Tu yang suka baca novel Rose Harissa ni.

Ok, novel Guy Next Door ~ Rose Harissa ni pasal Kristal dan Adam. Dorang ni berjiran tapi tak bertegur-sapa. Kristal pandang rendah pada Adam. Dia ingatkan Adam ni melepak aje harap mak dia tanggung makan pakai aje. Kristal ni taksub sangat dengan bf dia si Fandi tu. Tapi Fandi sebenarnya dah kahwin pun! Mereka putus tapi Fandi masih selalu kacau Kristal. Adam mula rapat dengan Kristal tapi Kristal anggap kawan aje. Lepas mak adam meninggal, Adam balik ke US kerja kat sana. masa tu barulah Kristal teringat2kan Adam. Dia ikut perkembangan Adam melalui kawan dia Mia. 

Adam & Kristal~Guy Next Door (Rose Harissa)

Adam~Guy Next Door (Rose Harissa)

Masa raya, rombongan Fandi datang meminang. masa tu Kristal ingat Adam di US. Tup2 Adam pun muncul masa tu juga. Saja nak suprisekan si Kristal. Mereka pun kahwin dan Adam bawa Kristal tinggal di US. Ok, macam tulah ceritanya.

Sebenarnya banyak part yang best dalam novel Guy Next Door ~ Rose Harissa ...aku cerita ringkas aje. Korang yang suka novel dan suka penulis Rose Harissa ni, silalah beli buku ni. Tak rugi beli...best sangat2. Percakapan mereka memang santai-bantai. Aku suka sangat, ada masa ketawa sendiri baca dialong mak Kristal dan dia...memang kasar tapi kelakar dan mengelikan hati. Aku juga suka adam dalam nakal2 pun dia sangatlah baik dan bertanggungjawab pada mak dia.

Novel Guy Next Door ~ Rose Harissa
Novel Guy Next Door ~ Rose Harissa


Ini kali pertama saya baca novel yang cara penceritaannya POV1 Adam dan Kristal. Terkejut juga style baru agaknya. Dalam hati saya, tak sangka rupanya dah ada style baru dalam penulisan novel. selalu baca novel cuma jumpa yang guna sudut pandangan orang pertama pencerita atau orang ketiga pencerita. Tapi novel Guy Next Door ni, berbeza sangat. Sebenarnya sudut pandangan POV1 untuk  hero dan heroin ni dah pernah orang buat sebelum ni dalam novel tapi aku aje yang agak ketinggalan.

Tapi walaupun ini kali pertama aku baca novel sudut pandangan POV1 untuk 2 watak utama ni, aku mudah aje rasa serasi dan masuk dalam cerita ni. Lagi best sebab dapat selami dua watak hero dan heroin. Memang best sangatlah. Ada yang cakap, penggunaan POV1 untuk 2 watak  ni mesti letak nama pencerita di setiap bab agar pembaca tak keliru. Tapi dalam novel ni, tak letak pun takpe sebab tak rasa terganggu pun. Mudah je tahu tu monolog atau cerita siapa, Kristal ke Adam. Kalau langkah 3 ke 4 bab pun masih lagi dapat tahu tu bahagian siapa. Monolog dan pandangan/penceritaan Kristal sangat berbeza dengan Adam, jadi sangat mudah untuk dibezakan.

Aku rasa ketagih nak baca novel yang guna sudut pandangan macam ni. Harap Rose Harissa akan hasilkan lebih banyak novel macam ni. Satu aku suka Rose Harissa ni dia berani dan ikut perkembangan semasa dalam buat ceritanya. Oklah, korang jangan lupa beli novel Guy Next Door~Rose Harissa ni ye...

P/S~ aku letak gambar pelakon Thailand tu sebab Rose Harissa bayangkan rupa Adam dan Kristal macam mereka berdua. Cutekan...

Thursday, August 7, 2014

Novel Saranghaeyo Arumi ~ Rose Harissa

Novel Saranghaeyo Arumi ~ Rose Harissa

Ini novel remaja...tapi sebab aku peminat Rose Harissa aku beli juga novel Saranghaeyo Arumi ni. Orang kata novel Saranghaeyo Arumi ~ Rose Harissa ni best. Aku dah baca sikit...baru beberapa muka surat. Ramai yang kata nak tunggu sambungan buku ni. Tapi baru2 ni aku ada terbaca di fp Rose Harissa, katanya novel ni takkan disambung sebab masa dia buat cerita ni malaysia demam kpop. Sekarang kalau buat novel macam ni, tak berapa nak laku katanya. sayanglah juga tak disambungkan. Aku tak kisah sangatlah sebab tak berapa ikut novel2 remaja ni...Aku baca novel ni pun sebab minat dengan Rose Harissa..hehe.

Cover novel Saranghaeyo Arumi ni memang cute habis... Tu model perempuan tu si Fatin Liyana. Memang cantiklah. Kena pula dilukis macam tu...Bestnya kalau buat novel dan dapat lukis cover macam Rose Harissa ni. Tangan dan otak seni betul Rose Harissa ni...tabik habis aku dengan dia.

Memandangkan aku tak baca lagi novel Saranghaeyo Arumi sampai habis jadi tak dapatlah aku nak cerita panjang2 apa yang terselit dalam novel Rose Harissa ni. Banyak dah blog buat review novel Saranghaeyo Arumi ni...google ajelah..hehe.


Sunday, March 3, 2013

Novel Cinta Mekar Di Hati ~ Rose Harissa


Novel Cinta Mekar Di Hati-Rose Harissa

Ini kali kedua aku baca novel karya Rose Harissa. Best juga novel Cinta Mekar Di Hati ni. Tapi cover novel Cinta Mekar Di Hati ni aku tak suka tengok...model tu tak sepadan dengan hero dan heroin yang digambarkan dalam novel ni. Dalam novel Cinta Mekar Di Hati ni hero dan heroin digambarkan sangatlah kacak dan cun melecun...tp yang kat cover tu, aduhai...malaslah nak cakap.

 ~ady rafizal & nur fasha ~
novel Cinta Mekar Di Hati - Rose Harissa

Berbalik tentang novel Cinta Mekar Di Hati - Rose Harissa ni, mengisahkan tentang Ady Rafizal anak keterunan Tengku tapi kerja sebagai pelayan di restoran rempah ratus. Semua gara2 dia nak lari dari desakan ibunya yang mahu dia berkahwin dengan Tengku Alis. Tengku Alis ni jahat dan obses sangat dengan Ady Rafizal. Ady Rafizal kemudian jatuh cinta dengan Fasha dan berkahwin. 

:epas 4 bulan, Fasha diculik (masa ni dia tengah mengandung) dan hampir dibunuh. Fahrin selamatkan dia dan bawa Fasha tinggal di pulau sibu. Ady Rafizal hilang arah dengan kehilangan Fasha. Lepas tu macam2 perkara terjadi pada Ady Rafizal, termasuk di sihir dan dipaksa kahwin dengan Tengku Alis. Ady Rafizal juga dikurung oleh ibunya dari keluar rumah. Dia benar2 sakit dan badannya semakin susut tak bermaya. Tapi mummy dan Tengku Alis tetap tak lepaskan Ady Rafizal. mereka buat begitu sebab mahu Ady lupa tentang fasha.

Tengku Razlan (ayah Ady Rafizal) datang selamatkan anaknya itu dari kejahatan bekas isterinya itu dan Tengku Alis. Ady akhirnya dibawa berubat dengan ustaz, selepas tu barulah dia sembuh. selepas lima tahun berlalu, Ady kembali hidup macam biasa tapi Tengku Alis masih lagi tergila2kan dia, Walaupun mereka sudah berpisah. Fasha pula masih tinggal di pulau Sibu dengan Fahrin dan adik2nya. Anak Fasha (Adri) pun sudah 4 tahun setengah dan sangat rapat dengan Fahrin.

Satu masa tu Ady datang ke pulau Sibu dengan rakan2nya dan tak sangka dia bertemu dengan Fasha di sana. So mereka pun berbaik dan pulang ke KL. Fahrin sangat sedih sebab sepanjang 5 tahun ni dia yang jaga Fasha dan Ardi dengan baik. Tengku Alis pula semakin marah dan buat macam2 fitnah untuk pisahkan Fasha dan Ady semula. Dia juga sakit hati bila mummy Ady sudah insaf dan berbaik2 dengan Fasha. Sebab fitnah juga, mummy Ady sakit strok.


 ~ Fahrin ~
novel Cinta Mekar Di Hati-Rose Harissa

Tengku alis juga pecahkan rahsia lama Fahrin. Fahrin yang diupah untuk bunuh Fasha (Tengku Alis yang suruh). Fasha sangat marah dengan Fahrin bila tahu hal itu. Tapi Ady memaafkan Fahrin sebab kalau tak kerana Fahrin selamatkan Fasha, mungkin benda lain yang akan berlaku. Lagi pun Fahrin jaga Fasha dengan Adri dengan baik selama ini. Malah dia berterim kasih kerana Fahrin selamatkan Fasha dari kejahatan Tengku Alis. Kalau Fahrin tak sembunyikan Fasha, Ady sendiri tak mampu jaga Fasha sebab sepanjang masa tu pun Ady sakit dan tak dapat lari dari genggaman Tengku Alis.

Tengku Alis nak langgar Adri tapi Fahrin selamatkan budak tu. Jadi, Fahrinlah yang kena langgar. Akhirnya Tengku Alis kena tangkap polis. Bila Fahrin dah sembuh dia pun balik ke pulau Sibu sebab tak mahu ganggu Fasha dan Adri lagi. the end...

Komen ~ macam aku cakap awal2 tadi memang novel Cinta Mekar Di Hati ~ Rose Harissa ni best. Aku suka watak Ady rafizal yang setia dan handsome macam Dennis Oh tu cuma nampak lembek sikit bila berhadapan dengan Tengku Alis. Kalau dia betul2 lawan Tengku Alis pada awalnya pasti dia boleh selamatkan diri dari kejahatan perempuan tu. Aku memang geram habis dengan Tengku Alis tu...tp paling geram dengan mummy yang macam buta dek kejahatan perempuan tu. Ady pun baik dengan Fahrin.

Dekat2 nak habis novel Cinta Mekar Di Hati - Rose Harissa ni, aku benci sangat2 dengan Fasha pula. Macam tak kenang budi, masa dia tahu kes lama Fahrin tu dia pula yang melebih2 benci dan hasut Ady  agar tak maafkan Fahrin! Sudahlah Fahrin yang selamatkan dia dari di bunuh ( 2 kali lagi tu). Lepas tu masa kena racun, Fahrin juga yang selamatkan dia bagi dia minum susu. Kalau tak, doktor cakap memang mati si Fasha tu! Sepanjang 5 tahun tu pun Fahrin yang jaga dia dan Adri. Ahhh, geram betul kalau nak ingat sikap perempuan tu.

Watak Fahrin? Hmm...memang aku suka sangat2. Walaupun dia asalnya buat kerja menculik tapi akhirnya dia tak buat juga kerja tu. Malah selamatkan Fasha lagi dari kekejaman Tengku Alis. bagi aku, kalau dari segi pengorbanan, Fahrin lagi layak dapat Fasha. Tapi nak buat macam mana, hero tetap dapat heroinnya semulakan. Aku sedih baca bab Fahrin pergi tinggalkan Adri tu...kan Adri nangis masa tu...sob..sob...
 

~gambar selebriti sumber google

Thursday, February 10, 2011

Novel Mulanya Satu Cinta-Rose Harissa

Novel Mulanya Satu Cinta-Rose Harissa

Novel Mulanya Satu Cinta antara novel Rose Harissa yang 'terbest' pernah aku baca. Cara pertuturan 'aku' 'kau' tu yang aku rasa paling menarik. santai je, macam betul2 berlaku disekeliling kita. Watak2nya pun semua ok, berpijak di bumi yang nyata...tidak ada gambaran yang lebih2. Tu yang  best tu...

Novel ni mengisahkan  tenang Ezli yang menutup pintu hatinya terhadap perempuan. Semuanya gara2 kegagalan perkahwinannya dengan Khairina. Hasil perkahwinan itu mereka punya seorang anak Afi. Selama 7 tahun, Ezli membesarkan aAi dengan bantuan ibunya, Faridah.


Kemudian Ezli dipertemukan dengan Iryanie yang ditugaskan menjaga Afi. Mereka kemudian jatuh cinta. Dalam masa yang sama, Khairina mahu menuntut semula hak penjagaan Afi. Dia begitu terdesak hinggakan sanggup menculik dan membawa lari Afi ke luar negara. Niatnya digagalkan oleh Johan.

Hubungan Ezli dengan Iryanie mula terputus gara2 Zamri. Malah Iryanie terpaksa berkahwin dengan Zamri. Ezli terlalu kecewa hinggakan satu ketika dia terlibat dalam kemalangan gara2 teringatkan Iryanie. Iryanie pula tidak dapat menerima Zamri dan masih mencintai Ezli. Waktu melawat Ezli, Iryanie kecewa bila Ezli menghalaunya.


Novel Mulanya Satu Cinta-Rose Harissa
 
Ezli kemudian menasihati Iryanie agar jadi isteri yang baik. Iryanie pun kembali pada Zamri tapi kemudian dia ternampak Zamri dengan Suhaina, kakak tirinya. Mereka sebenarnya sudah lama ada hubungan. Iryanie kecewa dan mereka bercerai. Iryanie kemudian menghilangkan diri.

Ezli kemudian dapat tahu hal sebenarnya tentang Iryanie melalui kawan baiknya hana. Ezli rasa
menyesal sebab menuduh Iryanie curang dan memperminkan perasaannya sedangkan dia tidak tahu Iryanie terlalu menderita dek perbuatan ayah dan kakak tirinya termasuk juga Zamri.


Iryanie menetap di taiping dekat dengan rumah keluarga Ezli. Tapi tiada siapa yang tahu pun. Iryanie terlalu sayangkan Afi dan ibu Ezli yang sudah dianggapnya sebagai ibu. Ezli kemudian dapat menjejak Iryanie. Atas bantuan ibunya, Ezli dapat juga merancang pertemuan dengan Iryanie di tasik Taiping. Happy ending lorr.....:D

Ok macam tulah lebih kurang cerita novel Mulanya Satu Cinta-Rose Harissa. Nampak tak kulit novel tu? Lunyai dah sebab aku selalu ulang balik baca novel ni. Selain tu lunyai sebab kawan-kawan pinjam. Aku selitkan gambar Yana Samsuddin ni, sebab aku terbayang muka dia aje masa baca novel ni...hehe...