Tuesday, February 28, 2012

Taman Pertanian sabah di Tenom (Sabah Agriculture Park)


Taman Pertanian sabah di Tenom (Sabah Agriculture Park)

taman pertanian sabah, aku paling happy masa datang ke sini sebab dapat tengok macam2 jenis orkid. memang tak rancang pun nak masuk sini, sekadar pusing2 bandar tenom je. mula2 masuk, masa tu waktu operasi sebelah pagi dah tamat. jadi, kena tunggu jam 2 petang. nak keluar balik tak boleh sebab dah bagi tiket. sudahnya kenalah tunggu sampai 2 petang!

ramai juga pengunjung masa tu, lepak2 je sementara keretapi mini tu bergerak. ramai juga yang sewa basikal dan pusing2 kawasan taman pertanian sabah ni. sayangnya aku tak pandai naik basikal, jadi tengok je la orang main basikal.

jam 2 petang, ramai2 la naik kereta ala2 keretapi tu...then, pusing2 kawasan taman tu...taman orkid, buah2han, herba...apa lagi ye? lupalah...hehehe. aku tak dapat ambik banyak gambar sebab cas camera habis! jadi ambik guna hp je...tu pun hp pun dah nak habis cas juga...sob! sob!...apa2 pun kenangan sepanjang kat sini memang paling bestlah...


Taman Pertanian sabah di Tenom (Sabah Agriculture Park)


Taman Pertanian sabah di Tenom (Sabah Agriculture Park)


Taman Pertanian sabah di Tenom (Sabah Agriculture Park)


Taman Pertanian sabah di Tenom (Sabah Agriculture Park)


Taman Pertanian sabah di Tenom (Sabah Agriculture Park)


Taman Pertanian sabah di Tenom (Sabah Agriculture Park)


Taman Pertanian sabah di Tenom (Sabah Agriculture Park)


Taman Pertanian sabah di Tenom (Sabah Agriculture Park)


Taman Pertanian sabah di Tenom (Sabah Agriculture Park)


Taman Pertanian sabah di Tenom (Sabah Agriculture Park)



nak tahu lebih lanjut lagi tentang sabah agriculture park ni...klik je laman kat bawah ni

http://www.sabahtourism.com/sabah-malaysian-borneo/en/destination/46/
http://www.sabah.net.my/agripark

Istimewa dan cantiknya pemandangan di mesilau nature centre

first time ku pergi sini, mesilau nature centre. serius, sebelum ni aku memang tak tahu tempat ni wujud. hahaha, bikin malu urang sabah jak! cantik sangat pemandangan mesilau nature centre ni. ada tempat menginap, restoran, golf...tempat ni tak jauh dari kinabalu park, dalam 30 minit macam tu la.


pemandangan sebelum sampai ke mesilau


mesilau nature centre


mesilau nature centre


mesilau nature centre


mesilau nature centre antara tempat yang best di sabah


mesilau nature centre ~ padang golf


mesilau nature centre


mesilau nature centre


mesilau nature centre


mesilau nature centre

aku memang menghayati habis pemandangan cantik disepanjang jalan masuk kawasan ni...sampai dalam lagilah cantik dengan kabus...memang cantik dan indah sangat... subahanAllah. rasa macam kat luar negara pula...hehehe biasalah cuaca sejuk, pemandangan pun nampak lain.


mesilau nature centre


Istimewa dan cantiknya pemandangan di mesilau nature centre


Istimewa dan cantiknya pemandangan di mesilau nature centre


Istimewa dan cantiknya pemandangan di mesilau nature centre


Istimewa dan cantiknya pemandangan di mesilau nature centre


Istimewa dan cantiknya pemandangan di mesilau nature centre


Istimewa dan cantiknya pemandangan di mesilau nature centre


Istimewa dan cantiknya pemandangan mesilau nature centre


mesilau nature centre

tapi sayangnya tak dapat round kawasan tu semua sebab hujan....sob..sob..sob. gambar pun tak banyak sangat ambil masa tu. tapi apa2 pun puas hatilah juga sebab dapat pergi tempat cantik macam tu.


mesilau nature centre


mesilau nature centre


bulan madu di mesilau nature centre



mesilau nature centre

Sunday, February 26, 2012

blueberry cafe



mula2 tengok memang rasa best sebab pelakonnya intan ladyana dan aqasha. tak lama2 aku rasa macam tak best pula ceritanya. ending pun entah apa2.. story tentang Ben yang terlalu dikongkong oleh ibubapanya walaupun sudah 26tahun. dia kemudian jatuh cinta dengan melati seorang yang bermaruah tapi kemudian jadi lemah, bapa dikena caci maki pun dia tetap nak kawan dengan Ben juga. makbapa ben kaya, dan terlalu pandang hina pada orang lain.






then, ben dan melati pun lari. ini part yang aku fikir sangat2 'bengong'. lepas tu tiba2 insaf, memang la bagus tp macam tak lojik jer. aku rasa nak ketawa dengar dialog ben-melati masa di rumah api itu. patut makbapa ben yang 'kureng' tu yang insaf. aku memang rasa buang masa betul follow cerita ni dari awal.

lagi satu, tajuk blueberry cafe tu macam tak sesuai jer dengan jalan cerita ini. mati2 aku ingatkan melati akan buka cafe besar dan makbapa ben terkejut beruk melihat melati yang dihina2 tu berjaya jadi usahawan. tapi hampeh...nasib baiklah lokasi telefilem ini sangat cantik.

homestay di melaka...memang cantik...dekat pantai, rumah tu pula kawasannya memang mendamaikan. seronok betul kalau dapat buat rumah dekat pantai macam tu. maklumat lanjut tentang homestay tu klik je http://www.facebook.com/pages/HOMESTAY-KUALA-SG-BARU-MELAKA-SEA-FRONTAGE
credit utk gmbr http://www.budiey.com

Wednesday, February 22, 2012

lu'lu


sumber : google

baru2 ni aku ada tengok cerita lu'lu di ria. actually cerita ini bukan baru...tak silap tahun lepas punya cerita. ada beberapa kali astro tayang balik tapi aku tak pernah tengok cerita ini dari mula. asal tengok mesti cerita dah main separuh!

ceritanya biasa2 jer but yang biasa2, simple, happy ending ni lah story yang aku suka sebab dalam kehidupan sehari2 ni banyak perkara yang mengstresskan. my life pun tak seindah pelangi (tapi tetap bersyukur dengan apa yang ada...). so, dengan tengok story-mory yang happy macam lu'lu ni, bolehlah jadi terapi untuk menghilangkan stress dan buang cas negatif dalam diri ni.

aku tak suka sad ending, story yang berat2, penuh dengan konflik...bagi aku kehidupan realiti sudah cukup penuh dengan cabaran yang pelbagai sampai kekadang tu rasa tidak mampu menghadapinya. jadi, kenapa nak tambah stress dengan layan story yang berat2 or sad ending, kan. hehehe...tapi tu pandangan akulah. setiap manusia memang berbeza kemahuan dalam hati.


sumber : google

berbalik tentang lu'lu tu, aku suka jalan ceritanya. pelakon pun sangat2 cute...yana dan farid. ini kali pertama aku tengok mereka berlakon menjadi pasangan kekasih. ok juga la...memang sepadan pun. memang terhibur dengan watak yang mereka bawakan (lu'lu dan shauki). satu babak yang aku suka, masa shauki nak naik motor lu'lu tapi helmet cuma 1 tapi farid nak naik juga, lu'lu cakap "tak boleh, nanti kena saman." then farid terus kata, "takpe...saya kan kaya." hehehe...


sumber : google

cuma aku tak berapa berkena dengan rambut yana dalam lu'lu ni...kalau guna rambut sebenar kan lagi comel. ni guna rambut palsu...semacam je aku tengok. tapi apa2 pun, aku memang suka cerita ni. kalau difilemkan lagi la best. tapi biarlah pelakon2nya tetap yang asal...yana dan farid. kalau orang lain yang dapat watak shauki, baik tak payah filemkan...^______^

persoalan tentang IKHLAS

IKHLAS adalah paling tinggi selepas iman. Ia adalah rahsia Tuhan hinggakan para malaikat pun tidak tahu dan yang empunya diri pun tidak dapat mengesannya.

Ia adalah penentu samada amalan diterima atau ditolak.

Ada para sahabat apabila mendengar tentang ikhlas menangis mereka. Mereka merasa tidak selamat, rasanya tidak mungkin dapat perolehinya yang begitu tinggi nilainya kerana susahnya mendapat sifat ikhlas.

Islam tidak membenarkan seseorang mengaku ikhlas.

Siapa yang mengaku ikhlas walaupun sebelum ini ikhlas, automatik, ikhlasnya terbatal.

Contoh-contoh bagaimana yang dikatakan mengaku ikhlas: Membantu seseorang sambil berkata,

"Ambillah, saya ikhlas…"

Menolong seseorang tapi pertolongannya ditolak.

"Saya tolong awak ini ikhlas, tapi sedih, awak menolak.."

Dalam menulis surat kita selalu mengakhiri dengan tandatangan, "Yang ikhlas." "Yang Benar."

Dalam Islam, mengaku baik adalah salah. Siapa yang mengaku ikhlas, siang-siang lagi terbatal. Tiada siapa yang mengetahui siapa yang ikhlas sekalipun yang empunya diri.

Tiada siapa yang berhak mengaku ikhlas, Cuma berusaha moga-moga jadi ikhlas dan moga-moga diterima Allah.

Erti Ikhlas

Murni, bersih, jenis dia sahaja, tidak bercampur jenis-jenis yang lain. Tidak dinodai seperti air yang tidak bercampur dengan sabun, tepung, sebab apabila sudah bercampur dengan benda lain, sudah tidak khalis lagi (tidak pure).

Begitulah dalam beramal, solat, zakat, baca Quran,mengajar, berdakwah, menolong, motivasi, forum, ceramah, belajar, semata-mata kerana Allah: kerana suruhan-Nya kerana keredhaan-Nya kerana arahan-Nya kerana mentaati-Nya kerana patuh pada-Nya

Jadi, perkara di atas adalah dari sebab atau kerana-Nya yang satu, tujuan
satu, dan didorong oleh yang satu iaitu Allah. Abdikan diri kerana Allah,
tidak dicampur atau bercampur selain Allah - itulah ikhlas - dorongannya
satu.

Apa yang nak berlaku atau nak jadi atau tidak jadi, tidak timbul sama sekali sebab niat semata-mata kerana Allah.

Sekiranya niat, dorongannya telah tercampur atau terselit niat-niat yang lain dari Allah seperti kerana riak, megah, glamor, pangkat, orang minta, takut orang tidak suka, mental exercise, boring tinggal di rumah, undi, uji kemampuan, hendak berlawan, hendakkan piala, hadiah, kerana kawan - maka ia tidak khalis atau ikhlas telah ternoda. Dengan itu boleh jatuh syirik khafi.

Di akhirat nanti Allah menyuruh dia meminta pada orang yang dia niat kerananya. Allah tidak balas kebaikan itu kerana ia mempunyai "kerana-kerana" yang selain dari "kerana Allah".

Untuk ikhlas, sebenarnya amat susah sekali terutama yang ada kaitan kepentingan umum atau orang ramai yakni yang terdedah kepada pandangan umum seperti berdakwah, mengajar, gotong-royong, baca Al-Quran di depan orang, forum, upacara memberi hadiah - lebih-lebih lagi orang yang tidak memikirkan hati lalu hati dibiar dan terbiar.

Jarang diambil kira, selalunya ramai yang terjebak.

Khususul Nafs - kepentingan diri seperti ingin popular, disedari atau tidak kerana kurang menyuluh hati. Awal-awal lagi nawaitu (niat) telah rosak seperti membuat rumah di atas lumpur.

Ada tiga jenis kerosakan yang berlaku pada 3 jenis kedudukan:

- awal
- pertengahan
- akhir

Kerosakan awal contohnya seperti berdakwah. Sebelum memberi ceramah, hati kecilnya berkata:

"Inilah masanya nak jadi popular" "Aku akan jadi terkenal…" "Dengan ceramah ini dapatlah duit poket."

Ada juga yang berniat untuk menghentam seseorang atau golongan tertentu sebelum berceramah, akibatnya rosaklah ikhlasnya ibarat orang yang melukis di atas air.

Kerosakan pertengahan pula contohnya niat untuk berceramah sudah baik tetapi sewaktu berceramah, ada pendengar yang angguk-angguk atau ada yang menangis kerana mendengar ceramah yang memberi kesan itu hingga hati kecil kita berkata: "Hebat juga aku hingga ada orang boleh terima ceramah ini dan ada pula yang menangis."

Kerosakan akhir pula contohnya niat dan sewaktu berceramah tidak ada apa-apa yang rosak, berjalan dengan baik tetapi sewaktu balik dari berceramah ada kawan yang datang bersama di dalam kereta berkata: "Hebat betul ceramah ustaz tadi hingga ada yang menangis."

Waktu itu maka datanglah rasa ujub hingga lupa ia semua itu datang dari Allah jua. Sepatutnya ia merasa malu kerana ini semua bukan dari dirinya tetapi hakikatnya dari Allah. Orang begitu ibarat membangunkan rumah tiba-tiba siap sahaja rumah itu terus runtuh.

Orang ramai yang mendengar ceramah tersebut juga tidak berubah sebab hati sudah cacat. Mereka memuji kita, tetapi tetap tidak berubah sebab dari rasa riak. Sifat taqwa sudah ternafi. Oleh itu buatlah kerja-kerja dengan penuh tawadhuk, takut dan cemas samada diterima amalan kita atau ditolak.

credit http://mr-tazkirah.blogspot.com