Saturday, May 11, 2013

pahala yang berterusan

selepas anak adam meninggal semua amalan akan terputus kecuali beberapa perkara...


~ sesiapa yang mendirikan masjid, pahala akan tetap padanya selagi masjid itu digunakan oleh orang di dalamnya untuk beramal ibadat.

~ sesiapa yang mengelairkan air sungai, selagi ada orang minum daripadanya.

~ sesiapa yang menulis mushaf, ia akan mendapat pahala selagi ada orang membacanya.

~ orang yang mengali perigi, selagi ada orang menggunakannya.

~ sesiapa yang menanam tanam-tanaman, selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau pun burung.

~ mereka yang mengajar ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.

~ orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuannya dan beristghfar baginya.


~ anak yang selalu diajari ilmu alQuran, maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.

sumber : google


Tuesday, April 30, 2013

kota antara-dazrin kamarudin



seringkali ku rasai
alam ini bagaikan terhenti
tiada cahaya tiada lagi nyawa
merana kerana cinta di dada

tak terdaya ku melangkah
segala perjalanan mengundang padah
relaku menunggu biarpun dalam pilu
sehingga masanya kita bersama

hanya di kota antara aku yang meniti
panas mentari salju menggigil
aku terpenjara sepi dan menanti di antara
di antara kau dan dia

biar cinta ku rasai
bersemadi abadi di kota ini
takkan aku mampu melihat airmatamu
biarkan ku bersendiri di sini

dan bila rasa terseksa
ku sering mencari jalan keluar
mengharapkan semuanya berakhir

kau maafkanlah diriku
ku takkan bisa menghulurkan cinta
yang separuh bersamanya...



Monday, April 29, 2013

jodoh episod akhir

jam 11 tadi, selesai tengok episod akhir drama jodoh. seronoknya jodoh episod akhir tadi sebab azlan pilih olly. memang awal2 pun dah tahu azlan pilih olly cuma untuk tunggu masa tu punyalah lama. tunggu dari episod 1 sampai episod 13 barulah dapat tengok adegan sweet antara azlan dan olly.

olly dan azlan iskandar

jodoh episod akhir tu kisahnya....mula2 azlan dating dengan katya. katya cemburu bila tahu azlan nak ke rumah family olly. tapi azlan pujuk dan kata dia pergi balik dalam sehari je. katya bagitahu, makbapa dia nak jumpa azlan. azlan nampak terkejut tapi kata ok je.

lepas tu, di rumah olly...azlan dilayan dengan baik. azlan seronok je dengan adik2 olly. masa tu juga baru azlan tahu bapa olly dah lama meninggal. nampak dia kagumlah juga dengan olly. then, masa pulang kl azlan nak jumpa katya. olly minta azlan turunkan dia di mana2 je. tapi kemudian olly tertidur.

azlan jumpa makbapa katya. bapa katya semacam je tanya2 tentang azlan dan olly. dia kata azlan lelaki jadi kena bertegas pilih katya. lepas tu, azlan pulang rupanya olly masih lagi tidur dalam kereta azlan. bila olly sedar, dia pulang tapi masa di luar kereta tu dia jatuh. esoknya olly sedar, rupanya azlan bawa olly balik rumah familynya. olly bagi balik cincin azlan tu pada mak azlan. lepas tu pula ada sesi bertemu dengan wedding planner.

kemudian tu, azlan dating dengan katya lagi. katya nampak tak puas hati bila dengar cerita azlan yang jumpa wedding planner dengan olly. masa tu ada peminat olly datang dan kerjakan muka katya...(hahaha...padan muka mu katya ). katya stay kejap di klinik dan dapat jahitan di muka. nora dan put datang melawat. azlan pun cakap pada nora dia nak putus dengan olly.

lepas tu, masa ada sesi temuramah dengan tauke restoran tempat olly dan azlan selalu dating (kononnya la). azlan datang dan cakap dekat olly dia nak tarik diri dari sejalan sejoli. kalau kena saman pun dia tak kisah. olly nampak lemas dan hampa je masa tu tapi tetap kata ok.masa azlan pergi jumpa nora, dani datang dan marah2 olly. malah dia paksa olly pergi jumpa nora untuk buat juga sejalan sejoli tu biarpun kena buat sorang2 (apa punya lelaki..) masa tu la azlan datang dan tumbuk dani. dia siap bagi amaran jangan ambik kesempatan pada olly lagi. 

jodoh episod akhir

azlan pun cakap pada olly jaga diri jangan sampai dibuli oleh dani lagi. olly yang memang nampak stress pun marah dan suruh azlan pergi je. dia cakap, mereka tamat masa tu juga. dengan dani pun olly cakap habis masa tu juga (hahaha...padan muka mu dani...kikikiki ). 

lepas tu keluarlah berita dalam tv yang azlan dah putus dengan olly. masa tu dia di rumah makbapa dia. bapa dia pun nasihatkan dia pilih je bakal isteri dengan cara lama...tak payah program2 macam tu. mak azlan bagi cincin yang olly pulangkan dulu. dia suruh azlan bagi dekat olly semula. kakak azlan terus tanya ''mak suka olly ke?" then mak azlan jawap " azlan yang suka olly." bapa dan kakak azlan diam...azlan pun macam berfikir2 je muka dia.

kemudian, ada rakaman baru...azlan dan katya pergi shopping barang tunang. lebih2 betul katya tu...nampak sangat dia yang terlebih suka dekat azlan. azlan pula nampak tak seronok. katya gembira pilih2 baju tapi azlan asyik teringat olly je (flash back beberapa babak dia dengan olly ). sampailah katya panggil dia..azlan berat je nak datang tapi dia pergi juga datang tempat katya. 

lepas tu, dia tengok camera dan cakap "cik nora, saya rasa saya dah silap pilih." reaksi katya? macam biasalah "youuuuuuuuuuuuuuu..." di studio sana, nora dan put happy. lepas tu babak nora dan azlan pergi rumah olly. sempat lagi nora kata azlan memang patut dengar katanya dulu dan percaya pilihan penonton dan nora tu yang terbaik untuk azlan. sampai rumah olly, olly pula dah jalan ke jb sebab dapat job baru di sana. azlan terus kejar kereta olly. nora pula kalang kabut ambil camera...macam biasa la nak record.

olly tak sedar azlan kejar dia sebab dia asyik nyanyi lagu jambannya tu. tapi bila dia perasan dia terus berhenti dan dapatkan azlan. azlan masa tu jatuh dan terus minta olly jangan pergi. olly yang bodoh2 pandai tu tetap kata nak pergi jb sebab takut lambat. azlan pun letak tangan olly kat dada dan tanya apa yang olly rasa. olly blank tapi lepas azlan kata...jantung dup dap dup dap...baru olly faham dan senyum2. azlan pun sarungkan la cincin tu ke jari olly. masa tu baru dorang perasan nora tengah record. hahaha...kelakarnya babak yang nak habis tu.

jodoh episod akhir




akhirnya dapat juga tengok olly dengan azlan tapi babak tu kejap je...macam tak puas pula tengok. tapi untuk drama ni memang puas hatilah. sangat2 menghiburkan...gandingan olly dan azlan memang sesuai. lepas ni tak tahu mana nak tengok azlan lagi. harap2 adalah drama barunya yang best macam jodoh ni. ganti drama ni misiku kuza...hairul azreen. hmm...murah je rezeki dorang lepas menang fear factor hari tu.


credit gambar : fb astro gempak

Sunday, April 21, 2013

bandar sandakan - part 1

bandar sandakan - part 1

saja pos gambar2 sekitar sandakan yang aku ambil. bandar sandakan ni taklah besar mana pun. pembangunannya pun agak lambat sikit kalau mahu dibandingkan dengan kk dan tawau. sejak akhir2 ni je baru nampak bandar ni macam hidup bila ada bangunan baru dibina. hari tu berpeluanglah juga aku jalan2 di harbour mall. tapi parkir kereta di atas, jadi tak dapatlah aku snap gambar bahagian luar bangunan four point tu. biasa di luar tu ramai yang melepak2. istimewanya tempat ni, tepi laut...jadi memang ramailah yang duduk2 di bahagian luar tu. dekat four points ni pun ada hotel sheraton.

bandar sandakan-part 1

bandar sandakan - part 1

 pasar besar sandakan

 ni sebelah four point
 ni pemandangan dari atas bangunan harbour mall, sandakan


aku ambik gambar dari tempat parking


pemandangan dari atas harbour mall


tu yg atap biru dalam hutan tu english tea house


pangkalan TLDM



ni dalam harbour mall tu

harbour mall sandakan

harbour mall, sandakan

harbour mall, sandakan

harbour mall, sandakan

harbour mall, sandakan


medan selera tun razak, sandakan


medan selera tun razak, sandakan. tempat ni tepi laut...pemandangannya memang cantiklah. aku suka makan di sini sebab suasana tempatnya tak sesak. sambil makan boleh tengok laut di depan gerai ni. makanan di sini pun tak agak berpatutan harganya. menu di sini pelbagai...steambot pun ada. tapi masa aku makan hari tu, aku cum minta sup daging dan nasi udang mayonis je.

di bawah medan selera tun razak ni, tempat letak kereta dan di tepi medan ni pula banyak gerai2 rombengan. rombengan tu bahasa sabah. err...tempat jual baju2 dan apa2 saja barang terpakai. macam bundle la gitu. dari medan ni juga boleh nampak bot atau kapal2 di laut sana. kapal TLDM pun boleh nampak juga kalau kebetulan ada berlabuh di pangkalan tu. di sebelah medan selera tun razak ni ada dewan masyarakat sandakan. taman tun razak pun ada dekat2 situ tapi taman tu macam tak berapa menarik lagi. kalau dulu, taman tu nampak ramai juga pengunjungnya. orang pun selalu datang bergambar. tu dulu2 la..sekarang macam sunyi je taman tu.

selain pasar ikan bakar sim-sim, medan selera tun razak ni tempat yang aku suka makan. cuma kalau makan malam minggu...suasana tak berapa best sebab selalu ada budak2 rempit di kawasan jalan tu. kebetulan di bawah tu kan jalan 2 hala, sedaplah dorang merempit2. kena pula ada bulatan di situ, tambahlah seronok dorang buat pusingan. sakit telinga dengar bunyi preng prengggggggggggggggggggg...