Saturday, October 26, 2013

Novel Love you mr. Arrogant~Alisha Kirana

Love you mr. Arrogant~Alisha Kirana

Aku tak sangka novel ni di adaptasi jadi drama untuk slot akasia. masa aku baca, tidak terfikir pun novel ni menarik. pada aku nampak sangat watak Zaara Amirah ni over sangat digambarkan oleh penulis. Eh, sorry pada penulisnya. Tapi tu la yang aku rasa masa baca cerita ni. Macam bidan terjun je terus dapat jumpa Zafriel dan bapa mentua pula terus terfikir Zaara tu girlfriend anak dia. Di situ yang aku rasa sangatlah tidak lojik. 

Tapi di sudut lain, aku rasa novel ni bagus. Kalau tak bagus takkan diadaptasi jadi drama, kan? Kena pula untuk slot akasia. Novel ni juga karya pertama penulis. Jadi memang ok la untuk buah tangan pertama. Cuma cover novel ni memang tak menarik langsung! Macam cover buka cerita kanak-kanak!

Drama love you mr. Arrogant di slot akasia tu, aku tengok satu episod je...dalam babak yang Zaara baru kahwin dengan Zafriel. Masa tu zaara pusing2 dalam bilik tengok semua benda2 yang ada dalam bilik tu. Lepas tu mereka gaduh kejap sampai mak mertua dia sibuk nak tahu apa yang bising2 tu. Nasib baik bapa mertua zaara tu ok je. Lepas tu aku tak pernah tengok lagi. entah dah habis ke belum drama tu. 

Masa aku publish entry tentang aku baca novel ni  ( klik SINI ), aku tak buat sinopsisnya sebab masa tu aku baca 3 novel jadi otak pun serabut, bercampur baur cerita yang aku ingat. Tu yang buat aku malas nak buat reviewnya. Tapi kali ni aku buat, lepas belek2 kejap novel ni. Tapiiiiiiiiiiiiii aku buat untuk hujung2 novel, selalu kan orang buat sinopsis berpandukan cerita di awal novel. Apa salahnya aku buat berkisar dari tengah atau dekat2 bab yang terakhir. 

Ok sinopsis akhir novel love you mr. Arrogant ~ di majlis perkahwinan Irham dan Sherry, Tan Sri Zahir bagitau dekat Irham yang mama dia sebenarnya tak sakit. dia tipu irham sebab nak anaknya tu kahwin dengan sherry. lepas tu tan sri pun bagi idea agar irham cabut sebelum tok kadi sampai. so, irham pun lari tinggalkan majlis tu, dia bawa zaara sekali. mereka pergi ke penang dan duduk di hotel batu ferringhi. masa di sana zaara jumpa dengan safiya.

lepas tu mereka pulang ke rumah. puan sri di hospital masuk icu sebab strok, sebahagian tubuhnya lumpuh. irham menyalahkan dirinya atas kejadian yang menimpah mamanya. melalui hardy, zaara tahu yang safiya tu bekas kekasih irham. zaara pula dah hamil tapi puan sri masih benci dia. zaara berjanji dia akan jaga puan sri sampai sembuh lepas tu baru dia pergi jauh dari kehidupan irham.

puan sri pun dah ok, irham gembira. zaara kemudian minta irham jumpa dia di restoran, irham ingat nak sambut ulang tahun perkahwinan pertama dorang. tapi sampai sana safiya pula yang ada. dia bagi surat yang zaara suruh bagi dekat irham. zaara izinkan irham kembali pada safiya! tapi irham tak mahu pun sebab dah lupakan safiya.

balik rumah irham bagitahu semua yang zaara dah pergi. puan sri pun bagitahu la yang dia sebabkan zaara lari. kan dorang pernah janji kalau puan sri dah sihat, zaara akan keluar dari rumah tu. masa ni puan sri dah sedar dengan kejahatannya. zaara sebenarnya balik rumah mak bapa dia. tapi irham tak jumpa pun...sebab mak bapa zaara dah berpakat pun. dalam masa yang sama mak bapa zaara gembira sebab bakal dapat cucu.

sseminggu berlalu, syarikat terabai sebab irham tak fokus pada kerja. atas nasihat hardy, irham pun ambil cuti dan cari zaara. masa dia datang rumah mak bapa zaara, irham ada cerita yang mamanya sakit sejak zaara pergi. mama dia pun dah insaf. zaara dengar dari bilik je masa tu. lepas irham pulang baru dia keluar bilik dan dengar nasihat mak dia. zaara pun berniat la pulang ke rumah irham.

masa nak ke sana, faizal culik dia. bapa zaara pula bagitahu pada irham, zaara dah pulang ke rumah irham. irahm pelik sebab zaara tak muncul2 pun. polis report pun dah buat, tak lama lepas tu irham dapat sms dari zaara, dia minta cerai. irham lama fikir2 then dia pun minta jumpa dengan zaara. sebenarnya irham dah tahu zaara kena culik.

Faisal sebenarnya nak balas dendam pada Irham. Dia mahu Zaara minta cerai, kalau Irham tak ceraikan Zaara dia akan tembak Irham. mereka pun jumpa di belakang lorong...Zaara yang takut Irham ditembak mendesak berkali2 agar Irham ceraikan dia. Tapi irham tak peduli pun sampai Faisal lepaskan tembakan tapi tak sempat sebab dia pula yang rebah. Polis dah tembak dia dulu. Ini pun atas jasa baik Hardy yang bawa polis untuk ekori Irham.

Lepas tu, Irham pun luahlah isihatinya yang sebenar yang dia cintakan Zaara. Puan Sri pun dah layan Zaara dengan baik. masa ni zaara tengah mengandung.  Fiz pula bakal berkahwin dengan Hardy. The End.... 

Sunday, September 22, 2013

Jalan-Jalan Di Semporna Ocean Tourism Centre, Semporna


Jalan-Jalan Di Semporna Ocean Tourism Centre, Semporna
 
Assalamulaikum? Holla, blog!

Kali ni saya buat entry tentang pekan Semporna pula. Semporna cukup terkenal dengan pulau2nya yang cukup cantik. Malah pulau Sipadan dan Mabul tersenarai dalam pulau2 yang tercantik di dunia. Masyarakatnya berbilang suku-kaum dan anutan agama. Tapi paling ramai penduduknya berbangsa Bajau yang berasal dari selatan, barat laut dan barat daya kepulauan Filipina. Selain terkenal dengan aktiviti menyelam, Semporna juga terkenal dengan acara regatta lepa iaitu pertandingan lumba perahu kecil.

Saya ke sini masa raya hari tu, kebetulan nak pulang Sandakan. Pagi tu awal jugalah dari Tawau sebab plan nak singgah pekan Kunak dan Lahad Datu lagi. Sampai Semporna terpesona dengan rumah2 di tepi jalan. Semua besar2 macam istana. Hurmmm...kaya betul orang Semporna ni. Semua hasil mutiara dan rumpai laut agaknya. Tempat mula2 saya pergi di Semporna Ocean Tourism Centre. Di sini boleh tengok ikan yang besar2. Ada juga hotel disediakan, restoran dan gerai2 menjual pelbagai kraftangan. Mutiara pun ada juga dijual di gerai2 yang terdapat di kawasan ni.

Jalan-Jalan Di Semporna

Jalan-Jalan Di Semporna Ocean Tourism Centre, Semporna


Saya habiskan masa lebih dari dua jam untuk lepak2 di sini. Duduk2 melihat keindahan sekitar tempat ni. Ada bot laju yang lalu. Lepas tu dari situ nampak perkampungan yang berlatar belakangkan bukit bukau dan pokok2 kelapa. Best sangat kalau berpeluang tinggal di sini. Bertuah orang Semporna dapat tinggal di tempat yang penuh dengan keindahan alam. Masa di sini juga saya nampak masyarakat bajau laut yang masih mengamalkan kehidupan lama tinggal dalam perahu. 

Jalan-Jalan Di Semporna Ocean Tourism Centre, Semporna

nampak tak baju pela'uh dalam perahu tu?

Jalan-Jalan Di Semporna Ocean Tourism Centre, Semporna

antara barang kraf yang banyak terjual di gerai sepanjang jambatan panjang ni

Nanti saya buat entry tentang tempat yang namanya 'Tampi-Tampi'. Kawasan tu terkenal sebab dulu tempat tu pernah menjadi lokasi pengambaran filem Duyung lakonan Apek dan Maya Karin. Ingat tak lagu Aspalela tu? Tapi tunggu saya edit gambar dulu. Malas sikit nak edit saiz gambar lagi. Nak upload terus lambat sebab line internet di tempat sata ni tersangatlah 'lajunya' hehe. Kali ni pun tak banyak gambar saya upload malas nak tunggu lama2 depan lappy. Ok, bye.



3 novel dalam seminggu

bukan minggu ni tapi 2 minggu lepas, aku baca novel2 ni. ok je la...dah beli jadi baca je la. best tak best tu belakang kira yang penting baca sampai habis. tapi jujurnya aku tak berapa nak enjoy baca semuanya...sekadar oklah. cuma aku tak katalah 'jangan beli novel ni sebab tak best.' eh, itu macam jahat la pula kan. bagi aku semua novel tu ok, pembaca ni kan lain2 ada yang suka itu dan ada yang suka ini. sama macam novel2 ni la juga... kita tak boleh nak kata yang tak best pada kita, akan tak best juga pada orang lain..kan.

sinopsis? memandang sudah 2 minggu berlalu jadi aku dah lupa jalan cerita novel2 ni...dahsyat2. nak belek malas la pula. lagi pun blog orang lain banyak juga buat review pasal novel2 ni. apa lagi ya...sebenarnya ada satu lagi novel yang aku baca tajuknya hello, mr perfect. tapi lupa nak ambil gambar. lepas ni ingat nak lunaskan hutang buat entry tentang semporna. tu pun kalau masih rajin...wah! 3 entry dalam sehari hebat2 sangat2 hehe. tak kisahlah aku pun bukan selalu mengadap blog, kalau ada masa terluang je.



Novel Tertulis Buat Kita ~ Dhiya Zafira

Novel Tertulis Buat Kita ~ Dhiya Zafira

Salam pagi ahad, awal2 lagi dah mengadap blog...nak buat entry tentang novel2 yg aku dah baca. sejak minggu lepas nak buat tp tak ada masa pula. Novel Tertulis Buat Kita ~ Dhiya Zafira ni aku beli sebab suka heronya seorang tentera. Kisah ni sambungan dari novel jauh kau pergi. Tapi aku tak pernah baca novel tu pun. Dalam novel tertulis buat kita-dhiya zafira ni, mengisahkan tentang Jimmy (Mejar Najmi Hariri) yang menyamar sebagai orang biasa dan bercuti di Langkawi. Di sana dia bertemu dengan Auni dan jatuh cinta.

Auni tak suka tentera sebab abangnya mati kena tembak. Abang dia ni jahat tapi Auni tetap dendam dengan tentera. kebetulan yang bunuh abang Auni tu Jimmy. Jimmy menyamar sebab ada misi nak hapuskan saki baki kumpulan penjahat yang dia join dulu. Masa tu pun dia menyamar juga dan masa tulah dia geng dengan abang Auni. Auni dan Jimmy kahwin tapi lepas Auni tahu Jimmy tu pembunuh abangnya, dia pun perangkap Jimmy dan bersubahat dengan geng penjahat tu. 

Dia tembak Jimmy. Lepas tu Auni mengandung dia keguguran. Mulanya dia nak gugurkan anak tu sebab marah dengan Jimmy tapi dia insaflah konon2nya. Hubungan mereka makin tegang tapi endingnya mereka berbaik juga lepas semua kes selesai, mereka pergi lawat kubur abang Auni tu.

komen~tebal novel Tertulis Buat Kita ~ Dhiya Zafira ni, banyak babak2 aksi bersesuaian dengan cerita komando dengan penjahat. Aku tak berapa nak ingat babak2 yang sepenuhnya. Biasalah...aku ni cepat sangat lupa. Kebetulan masa ni ada beberapa novel lain yang aku baca. Habis cerita bercampur aduk...hihi. Nak belek buku tu semula, rasa malasla pula. Tapi novel ni memang bestlah juga. Tak rugi beli...aku pun memang suka Dhiya Zafira ni cuma tak semua novelnya aku ada.

Ok korang yang minat novel jenis macam ni, silalah beli novel Tertulis Buat Kita ~ Dhiya Zafira ni. Tak rugi beli tau...cerita best....

Monday, September 16, 2013

pekan menumbok


ini terminal feri di pekan menumbok. masa ni aku jalan2 je, bukan nak pergi labuan pun. kecil je pekan menumbok ni. oklah juga suasananya pun aman je. aku suka kawasan laut macam ni, panoramanya cukup indah dan menarik. bagi akulah peminat pantai dan laut. tempat ni terkenal juga dengan makanan lautnya. pekan menumbok ni terletak di muara sungai klias.

mengikut sejarah, kononnya nama pekan menumbok berasal dari seekor ikan besar (ikan menumbok) yang terdampar di perkampungan ini. ada juga yang mengatakan nama pekan menumbok ni di ambil dari kejadian pertembungan air sungai padas damit yang mengalir deras ke muara sungai dan bertembung dengan air laut yang pasang ketika tu. Pertembungan itu kononnya mengakibatkan tumbukan kuat dan deras di muara itu. dari situlah nama menumbok itu wujud.

daerah menumbok ini mempunyai keluasan 74 batu persegi atau 19,165 hektar terletak di barat daya negeri sabah, iaitu di bahagian pedalaman kawasan kuala penyu. jarak kk dengan pekan menumbok 165km. pekan menumbok juga berhadapan dengan pulau labuan dan menjadi pintu masuk untuk ke tanah besar sabah. terdapat 2 buah sungai utama di daerah menumbok ini iaitu sg klias dan sungai padas damit.
aku snap gambar rumah yang cantik tu


 jadual feri di pekan menumbok

terminal feri pekan menumbok

terminal feri pekan menumbok

 tepi jeti



 nun jauh di sana...

terminal feri pekan menumbok


pekan menumbok 

 ini gerai makan tempat aku singgah. biasa je, masakan pun ala-kadar je
tapi layanan dia bagus. ramah je pakcik tu...dia layan dia juga
yang masak

 ingatkan si tanggang je disumpah jadi batu...rupanya ada juga ketam, ikan, kerang, sotong dan 
penyu disumpah jadi batu...hahaha...derhaka juga rupanya dorang ni 

 aku ada kawan di kg.mempakul. apa khabar dia sekarang ya?


pekan menumbok