Showing posts with label simpang mengayau kudat. Show all posts
Showing posts with label simpang mengayau kudat. Show all posts

Friday, April 17, 2015

Simpang Mengayau (Tip Of Borneo) ~ Part 2

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم / Bismillahirrahmanirrahim‎.

Assalamulaikum? Hallo, blog!

Ini sambungan n3 semalam. Cantiknya Simpang Mengayau (Tip Of Borneo) ~ part 2. Ok, lepas lepak lama di atas puncak simpang mengayau tu, tibalah masa nak ke pantai pula.. Mulalah melangkah dalam terik matahari untuk kembali ke tempat letak kereta.

Sempat lagi singgah di sini, macam pelantar. Panas sangat tapi sebab excited dengan keindahan tempat ni, pergi juga ke tempat yang baru di buat ni. Sebab masa tu tengahari jadi cuma kitaorang yang layan pemandangan di sini. Semua orang berlindung di pondok atau bawah pokok. Kitaorang aje yang macam sakai. Tengahari buta pula tu. Siap berposing bagai kat sini.

Pantainya dekat aje. Depan pantai tu banyak chalet dan kabin untuk kemudahan pengunjung yang nak menginap. Kat sini ramai pelancong asing.

Cantikkan pantainya...air lautnya warna hijau lagi. Memang mengasyikkan duduk kat sini. Kat sini kita orang makan2 bekal yang di bawah dari rumah. kira macam picnic la kononnya. Tengok budak baju merah ni...teringin sangat nak mandi tapi takde kawan. Jadi tengok je la orang lain mandi.

cantikkan pemandangannya...
Cantiknya Simpang Mengayau (Tip Of Borneo)

Puas dah menikmati pemandangan cantik di Simpang Mengayau, kita orang pun pulang. Teruskan perjalanan, singgah kejap di tepi jalan untuk beli jagung. Banyak gerai tepi jalan yang jual jagung bakar. Tengok gambar kat bawah ni, tu nampak berasapkan. Tu tengah bakar jagunglah tu.

kraftangan pun banyak di jual di sini

Masa pulang, kami pergi ke Kota Marudu. Saja jalan2 sambil cari makan! Memang perut lembu betul. Tak cukup makan masa di Simpang Mengayau , ini nak sumbat makanan lagi. Saya ikut ajelah. Makanan di restoran ini murah aje. Terkejut aje tengok harganya makanannya. Tapi saya lupa nak ambil gambar makanan pula. Maklumlah sibuk aje berbual tentang Simpang Mengayau tu.

Lepas dari Kota Marudu terus sambung perjalanan pulang. Sampai KK, sempat lagi singgah kejap di Karamunsing. Dengan kaki yang rasa nak tercabut, gagah juga melangkah masuk dalam ni.

Karamunsing...masa ni nak naik tingkat atas tengok2 barangan komputer

Lepas dari Karamunsing, sambung perjalanan lagi. Sampai Putatan, singgah di Restoran Sinar Mustika tapi dah nak tutup. Awal tutup pula padahal baru 9 lebih masa tu. Carilah tempat makan lain di bahagian area Giant dan Servey tu. Ada restoran Tomyam. Aku lupa nama restoran tu tapi tomyam dia sedap sangat.

Antara menu yang di order. Baru perasan, lupa ambik gambar tomyamnya!

Lepas dari restoran ni, terus sambung perjalanan pulang. Sampai rumah mandi dan tidur. Penat gila...ok habis. K, bye.

Thursday, March 1, 2012

Tanjung Simpang Mengayau ( Tip Of Borneo )

Tanjung Simpang Mengayau ( Tip Of Borneo )

dah lama aku nak pergi sini, akhirnya tercapai juga niat tu. tanjung simpang mengayau yang terletak di kudat juga dikenali sebagai tip of borneo ni memang cukup terkenal dikalangan pelancong asing dan tempatan. tempat ni selalu keluar kat tv. istimewanya tempat ini, ianya penghujung benua borneo (utara). lagi satu tanjung ini merupakan pertemuan laut china selatan dan laut sulu. bestkan? memang teruja la bila sampai walaupun masa tu sangat penat. perjalanan berjam2 dari beaufort memang berbaloi bila melihat keindahan tempat ini.

tengok ombak2 yang menghempas batu2 besar dibawah tu, memang mengasyikkan. cantik sangat la pemandangan kat sini. sebenarnya frust jugalah sebab gambar yang aku ambil semuanya kabur. maklumlah ambil gambar cuma guna hp murahan saja. camera tak ada.

tapi takpe la, tak clear pun takpe...janji ada gambar sebagai kenangan. sebelum balik sempat singgah di pantainya. cantik ombaknya sangat putih dengan air laut yang bersih ala2 kehijauan aku tengok. memang cantiklah. patut ramai pelancong luar tinggal di resort yang banyak terdapat di situ.

ini bukan kereta kita ye...kereta pengantin yang buat pengambaran kat sini, masa tu kami dah nak balik pun. best juga mengabadikan pemandangan cantik kat sini dalam potret perkahwinan. tanjung simpang mengayau (tip of borneo) ni memang selalu jadi pilihan untuk pengantin mengabadikan gambar perkahwinan. Jurugambar pun selalu juga berkampung di sini. biasalah pemandangan di tanjung simpang mengayau ni memang cukup cantik dan menarik.

Tanjung Simpang Mengayau ( Tip Of Borneo )

Tanjung Simpang Mengayau ( Tip Of Borneo )

Tanjung Simpang Mengayau ( Tip Of Borneo )

kalau nak tahun lebih lanjut tentang tanjung simpang mengayau atau tempat menginap klik laman kat bawah ni..

http://www.sabahtravelguide.com/mapguide/default.asp?page=kudat
http://www.sabahtourism.com/sabah-malaysian-borneo/en/destination/76-the-tip-of-borneo-tanjung-simpang-mengayau/
http://tipofborneoresort.com/