Showing posts with label the facts of life. Show all posts
Showing posts with label the facts of life. Show all posts

Tuesday, July 21, 2009

Saya Dan Nama Blog




Assalamulaikum? Hola, blog!

The Facts Of Life? Itu lah nama blog saya ni. Kenapa The Facts Of Life? Kenapa tidak Diary Oh Diary? Hehehe...sebabnya Diary Oh Diary dah banyak orang guna tajuk tu. Tapi sebenarnya saya pun bukannya nak guna tajuk 'Diary Oh Diary' pun.

Saya suka nama yang lain sikit la...nama yang mengingatkan saya sesuatu yang manis2 gitu. Jadi saya pilihlah The Facts Of Life, memandangkan blog ini juga bakal merakamkan liku2 kehidupan sehari2. So, saya rasa sangat sesuailah tu.

The Facts Of Life pun salah satu sitcom popular waktu dulu. Search kat google or yutube...mesti banyak jumpa tentang sitcom ni.

BZ The Witch? Hahaha, saya saje je guna nama tu...tapi saya mana ada magic or sihir2 pun...hihihi. Saya tak guna nama sebenar atas keselamatan. Bukan apa sejak akhir2 ni jenayah cyber makin menjadi2. Lagi pun saya menulis cuma suka2 jak, sekadar mengabadikan aktiviti seharian atau apa saja yg mahu saya catatkan di diary maya ini.

Tapi mungkin nama saya akan berubah dr masa ke semasa...mugkin saya akan guna nama lain 'insan biasa' atau 'bzthw'....apa2 ajelah. Lagipun saya tak menetapkan nama tu satu kepentingan. Ok, bye.


Monday, July 20, 2009

The Facts Of Life

Assalamulaikum? Hola, blog?

1st entry utk blog ini. Saya memang dah lama nak ada blog sebab saya rasa blog ni menyeronokkan. Boleh publish apa2 yang kita nak tanpa siapa2 pun nak pantau. Bukan macam buku, surat khabar yang kena tapis dengan editor dulu.

Dalam dunia blog kita sendirilah yang jadi editor. Tapi walaupun tiada batasan, saya tak ada niat nak cakap lepas dalam blog. Selagi boleh kawal perasaan...kawallah jangan ikut suka hati nak melepaskan geram dalam blog. Nak taip apa pun kena hati2 juga jangan komen sembarangan.


Kadang2 kita tak tahu ada ayat2 kita yang menyinggung hati orang lain. Tahu sajalah, manusia ni darah je sama merah tapi hati lain2. Kalau jumpa pembaca yang happy go luck oklah tapi kalau jumpa pembaca yang sentap, sikit2 nak tersinggung...tu yang susah.
 

Jadi lagi baik berhati2 dalam apa saja yang kita nak publish dalam blog. Ops, ini nasihat untuk diri saya bukan untuk siapa2. Ok, bye.