Showing posts with label blog. Show all posts
Showing posts with label blog. Show all posts

Wednesday, September 14, 2011

wajah baru!





wajah baru? ya, blog ku bertukar wajah lagi selepas hampir 2 bulan berlatarkan warna hitam. kali ni aku pilih warna lembut pula. pink colour...kebetulan memang aku suka warna ini. untuk kali ni, aku dah lupa kali keberapa blog aku bertukar rupa.









pasti bukan 5 kali aje...tapi lebih. biasa sebelum tukar aku akan save dulu gambar blog aku yang SS ini. saja, buat kenangan. tapi ada juga yang aku lupa ambil gmbrnya. ini sebahagian je yang aku simpan. aku cepat bosan dengan sesuatu. tu pasal asyik2 tukar wajah blog aje.


\




tapi yang masalahnya lepas tukar, kenalah pasang semula iklan nuff di bahagian atas dan tengah blog. malas lagi...nanti2 lah.

Wednesday, June 22, 2011

tukar wajah blog

untuk kali yang ke 4, aku tukar lagi wajah blog 'the facts of life' ini. aku ni cepat sangat bosan dengan apa yang aku tengok. asal bosan gatallah tangan nak tukar background lagi. kalau jumpa template yang cantik2 pun, cepat je aku nak cuba smua template2 tu.

wajah baru ni, entah bertahan sampai berapa hari or minggu. harap2 lah bertahan sampai sebulan dua. kadang2 rasa malas juga nak tukar2. paling malas nak pasang iklan nuff semula. sekarang ni pun aku belum pasang iklan nuff tu semula (utk di header dan petikan catatan)...nanti2 la.


ini bertahan beberapa hari saja...hehehehe





Sunday, March 20, 2011

i love my blog

aku baru habis baca entry di beberapa blog yang aku lawat tadi. menarik, semuanya best. tak jemu baca setiap entry mereka. tak macam blog aku ni...blog ss lepas tu entry macam taik ayam je...hahaha...bila agaknya aku menghasilkan tulisan2 yang menghiburkan macam isi blog2 mereka tu?!!!

blog yang menarik boleh dinilai dari cara tulisan dan cerita yang disampaikan. cerita2 kelakar pun mampu menarik orang ramai membaca entry yang dipublishkan. sayangnya blog aku tak macam tu. blog aku....? aku sendiri pun tak tahu nak tafsirkan apa bentuk dan jenis blog aku ni. tapi yang pasti blog aku ni memang jenis ss.


sejak kembali ke dunia blog, aku rajin nak update tapi yang aku update tu, entah apa2 je. aku sorang je yang seronok tengok entry aku. hahaha, tu lah semakin lama semakin bertambah ke ss blog aku ni. dalam kata lain, aku tulis sendiri...aku juga yang baca sendiri!

tapi tak mengapa, sebab aku kena ingat tujuan aku berblog awal2 dulu....aku cuma mencari tempat untuk meluah apa yang aku tak dapat luahkan di alam realiti. disamping tu blog ni tempat aku simpan macam2 info yang aku jumpa masa mengoogle.

bukan tak boleh simpan dalam folder di lappy tapi kalau simpan dalam blog, boleh letak gambar2 hiasan disetiap info2 tu. lagi satu blog aku ni sengaja aku isi tentang perkara2 lama yang pernah berlaku pada aku sebelum2 ini. termasuklah yang berkaitan hiburan. moga2 satu hari nanti boleh jadi rujukan bila aku mengalami kenyanyukan yang melampau!

ops, bukan minta2....tapi kita tak tahu apa akan terjadi esok. tapi harap2 tu ingatan sentiasa segar dan memori tak berkurang biarpun usia meningkat tua dikemudian hari...insyaAllah.

sumber : google

apa2 pun aku harus bangga dengan blog sendiri! kalau bukan aku yang bangga, siapa lagi kan? hahaha...harus bangga dengan kemampuan yang kita ada biarpun kemampuan kita tak sehebat kemampuan orang lain. bersyukur sentiasa....akhir kalam, i love my blog...


Tuesday, February 1, 2011

kembali ke dunia blog

setelah lama bercuti dari blogging, akhirnya aku kembali juga ke dunia yang paling aku minati ni. sebelum ni, di sini...aku punya blog yang cukup aku sayang tapi sebab rasa malas nak update, aku tinggalkan macam tu je...gantung tak bertali...hehehe

sepanjang masa tu, dunia maya ku cuma di fb...aku boleh dikira sebagai fb tegar juga. but lama2 aku sedar, dunia fb tak seindah dunia blog. makin lama aku rasa tak selari dengan jiwa ku yang sedikit sensitif pada semua perkara yang berlaku di sekeliling.

ada rakan2 fb yang menjadikan isu2 semasa atau kejadian2 menyedihkan sebagai bahan perbualan santai yang tidak kemana...dan lebih teruk perkara tersebut dijadikan bahan gurauan semata2. mungkin tidak semua begitu...segelintir sahaja. masih ramai yang mengunakan fb sebagai laman sosial untuk berniaga, ini yang aku suka. disamping mencari kawan lama dan baru, dapat juga mempromosikan perniagaan atau page kebajikan dan sebagainya.

lagi satu sebab kenapa aku kembali ke dunia blog...aku suka meluahkan perasaan suka atau duka berkaitan dengan masalah2, isu semasa dan apa2 saja. dengan blog, aku bebas beri apa saja pendapat (tapi jangan lebih2, nanti kena saman pula). selalu, aku tiada tempat untuk menyalurkan segala pandangan ku. dengan blog....segalanya BOLEH.

biarpun tiada sesiapa yang membacanya, aku tak kisah...asalkan diterbitkan di blog ini, sudah cukup untuk memberi kepuasan. lagi pun aku menulis bukan kerana nama...cuma suka2 untuk diri sendiri...disamping merakamkan apa jua aktiviti seharian...mana tahu, esok2 dah nyanyuk, bolehlah aku baca jurnal ini untuk mengembalikan ingatanku...


Tuesday, July 21, 2009

Saya Dan Nama Blog




Assalamulaikum? Hola, blog!

The Facts Of Life? Itu lah nama blog saya ni. Kenapa The Facts Of Life? Kenapa tidak Diary Oh Diary? Hehehe...sebabnya Diary Oh Diary dah banyak orang guna tajuk tu. Tapi sebenarnya saya pun bukannya nak guna tajuk 'Diary Oh Diary' pun.

Saya suka nama yang lain sikit la...nama yang mengingatkan saya sesuatu yang manis2 gitu. Jadi saya pilihlah The Facts Of Life, memandangkan blog ini juga bakal merakamkan liku2 kehidupan sehari2. So, saya rasa sangat sesuailah tu.

The Facts Of Life pun salah satu sitcom popular waktu dulu. Search kat google or yutube...mesti banyak jumpa tentang sitcom ni.

BZ The Witch? Hahaha, saya saje je guna nama tu...tapi saya mana ada magic or sihir2 pun...hihihi. Saya tak guna nama sebenar atas keselamatan. Bukan apa sejak akhir2 ni jenayah cyber makin menjadi2. Lagi pun saya menulis cuma suka2 jak, sekadar mengabadikan aktiviti seharian atau apa saja yg mahu saya catatkan di diary maya ini.

Tapi mungkin nama saya akan berubah dr masa ke semasa...mugkin saya akan guna nama lain 'insan biasa' atau 'bzthw'....apa2 ajelah. Lagipun saya tak menetapkan nama tu satu kepentingan. Ok, bye.


Monday, July 20, 2009

The Facts Of Life

Assalamulaikum? Hola, blog?

1st entry utk blog ini. Saya memang dah lama nak ada blog sebab saya rasa blog ni menyeronokkan. Boleh publish apa2 yang kita nak tanpa siapa2 pun nak pantau. Bukan macam buku, surat khabar yang kena tapis dengan editor dulu.

Dalam dunia blog kita sendirilah yang jadi editor. Tapi walaupun tiada batasan, saya tak ada niat nak cakap lepas dalam blog. Selagi boleh kawal perasaan...kawallah jangan ikut suka hati nak melepaskan geram dalam blog. Nak taip apa pun kena hati2 juga jangan komen sembarangan.


Kadang2 kita tak tahu ada ayat2 kita yang menyinggung hati orang lain. Tahu sajalah, manusia ni darah je sama merah tapi hati lain2. Kalau jumpa pembaca yang happy go luck oklah tapi kalau jumpa pembaca yang sentap, sikit2 nak tersinggung...tu yang susah.
 

Jadi lagi baik berhati2 dalam apa saja yang kita nak publish dalam blog. Ops, ini nasihat untuk diri saya bukan untuk siapa2. Ok, bye.