Wednesday, March 6, 2013

fear factor selebriti malaysia

aku suka tengok rancangan ni sejak episod pertama lagi. mula2 dulu aku suka team nik micheal/ezlyn dan arthu/azri. kalau ikutkan, aku minat gambit tapi entah menyampah pula tengok gelagat gambit yang ek tu. pula tu dua kali selamat dari penyingkiran. sakit jiwa juga tengok rancangan ni...

minggu ni, tak sabar nak tengok...entah team siap pula yang tersingkir? harapnya bukan team faris/akim or dazrin/hairul. aku suka mereka ni...lagi2 faris yang selalu buat lawak pendek. aaron aziz pun macam selalu kenakan faris yang 'pindik2 tagap' tu..hihi. aku tengok iklan untuk minggu ni, macam cabaran kali ni nampak susah pula...dah lah kena hayun atas drum di udara. lepas tu buat cabaran dengan scorpion lagi...mataiii...

fear factor selebriti malaysia
~episod minggu ni~

fear factor selebriti malaysia
~episod minggu ni~

 ~team dazrin/hairul~

~ team dazrin/hairul~

~team faris/akim~

olly dan azlan iskandar

mula tengok iklan drama jodoh ni, aku tak fikir pun nak tengok. tapi lepas 'tertengok' episod 2 dulu, terus 'terminat' pula. mulalah rasa tak sabar nak tengok episod2nya yang akan datang. kelakar betul watak olly dan en.azlan tu. sempoi je cara mereka cakap...lepas tu mimik muka pun lawak habis. aku suka pelakon yang macam scha dan dazrin kamarudin ni, tak control lawa or hensem...belasah je buat mimik muka yang macam2. tapi dah muka dorang ni pun memang jenis yang comel...so, buat mimik muka buruk pun tetap comel orang tengok...hihi

aku suka episod 5 yang baru2 ni, olly hilang fokus masa masak tu. lepas tu kena marah oleh en.azlan lagi sebab dapur dia terbakar. sedih je masa tu muka olly, siap lagu latar pun sedih... tapi kelakarnya bila masa tunjuk hasil masakan tu. bulat mata en.azlan tengok ukiran pisang di pinggan olly tu...hahaha. tapi paling best masa en.azlan dating dengan katya dan el, dia tak habis2 cakap tentang olly pula. sweet sangat...

lagi satu aku suka episod ni sebab lagu2nya sesuai dengan situasi yang olly hadapi masa tu. tapi paling aku suka lagu yang last tu, sedap je suara yang nyanyi tu. sebijik macam suara en.azlan. lepas tengok twitter dazrin kamarudin dan fb jodoh, eh..betullah lagu tu dazrin kamarudin yang nyanyi pun. patut sedap...hihi. lagu tu tajuknya 'kota antara' ciptaan audi mok...







~gambar sumber:  fb astro gempak ~

novel rindu belum berhenti-dhiya zafira

novel rindu belum berhenti-dhiya zafira

novel rindu belum berhenti-dhiya zafira ni aku memang suka. setakat ni, ini satu2nya novel dhiya zafira yang aku baca. memang nak beli novel2nya lain tapi sampai sekarang belum 'terbeli' lagi lagi..hihi. novel rindu belum berhenti-dhiya zafira ni mengisahkan tentang adni yang bertunang dengan khairy. zack pula yang terlibat dengan gengster, keluar dari kumpulannya dan ingin kembali kepangkal jalan. zack kemudian dapat maklumat tentang arahan untuk black membunuh adni. dia pun selamatkan adni masa gadis tu nak diculik. 

novel rindu belum berhenti-dhiya zafira
~ zack @ izz dan adni @dinie~
novel rindu belum berhenti-dhiya zafira

adni ni sebenarnya jiran zack dulu. sejak umur 15 tahun lagi dia sudah tergila2kan zack yang sudah tahun akhir di U. macam2 cara zack buat agar adni tak suka dia. tapi gadis tu tetap degil. lepas tu, mereka terpisah 10 tahun lamanya. kemudian zack dikhabar dah meninggal dunia. adni sangat sedih dan bertunang dengan khairy, adik zack sendiri. 2 tahun zack hilang ingatan dan bila dia sedar dan pulang rumah, khairy sudah bertunang dengan adni. khairy juga bagi amaran agar zack tak muncul2 lagi. zack kecewa dan dari situlah dia terlibat dalam kumpulan black. 

black dan orang2nya pula dendam pada zack sebab menganggu kerja2 mereka. pada masa yang sama zack juga mencari dalang sebenar dan siapa yang mengupah black untuk membunuh adni. dalam masa pelarian zack dan adni, macam2 perkara yang mendebarkan terjadi. semuanya berkaitan dengan black yang memburu zack.

pada masa yang sama, zack juga dituduh menculik adni. malah wang tebusan pun sudah dibayar. kemudian khairy akhirnya diketahui terlibat dengan hal ini. dia memang mengupah orang culik adni untuk dapatkan wang tebusan. khairy ni banyak hutang sebab kaki judi sebab tu dia sanggup peras wang tebusan dari pihak adni. adni sangat kecewa bila tahu hal tu. dia tak sangka tunangnya itu sanggup buat begitu terhadapnya.

zack masih tercari2 siap yang mahu adni mati. zack kemudian berkerjasama dengan polis untuk perangkap dalang disebalik kejadian itu. rupanya itu perbuatan murni dan pot. mereka sebenarnya adik beradik. murni ni kawan baik adni. dia tahu adni ni banyak harta, jadi dia berniat mahu merampas dan bunuh adni. akhirnya murni ditangkap dan pot pula mati ditembak oleh zack. zack cerdera parah sebab pot pun tembak dia. sebenarnya pot nak tembak adni tapi zack selamatkan dia. so, zack la yang kena tembak.

zack kemudian dijatuhkan hukuman penjara beberapa tahun. memandangkan dia bantu polis, hukumannya diringankan. lepas 3 tahun zack bebas sebab berkelakuan baik. dia larikan diri tapi adni datang cari dia. macam2 dia buat supaya adni jauh darinya tp adni ni degil tetap mahukan zack. sampai satu tahap, adni putus-asa dan tinggalkan zack. lepas tu barulah zack sedar dan dia tak boleh hidup tanpa adni. akhirnya mereka kahwin juga.

komen tentang novel rindu belum berhenti-dhiya zafira, memang bestlah...aku rasa zack tu macho habis. suka sangat watak zack tu. kalau semua penculik macam zack tu, sure ramai perempuan nak minta kena culik..hihi. masa baca novel ni juga terfikir, mana saja dhiya zafira dapat idea buat cerita best macam ni. rasa macam real je...

~gambar selebriti sumber google ~

Sunday, March 3, 2013

Novel Cinta Mekar Di Hati ~ Rose Harissa


Novel Cinta Mekar Di Hati-Rose Harissa

Ini kali kedua aku baca novel karya Rose Harissa. Best juga novel Cinta Mekar Di Hati ni. Tapi cover novel Cinta Mekar Di Hati ni aku tak suka tengok...model tu tak sepadan dengan hero dan heroin yang digambarkan dalam novel ni. Dalam novel Cinta Mekar Di Hati ni hero dan heroin digambarkan sangatlah kacak dan cun melecun...tp yang kat cover tu, aduhai...malaslah nak cakap.

 ~ady rafizal & nur fasha ~
novel Cinta Mekar Di Hati - Rose Harissa

Berbalik tentang novel Cinta Mekar Di Hati - Rose Harissa ni, mengisahkan tentang Ady Rafizal anak keterunan Tengku tapi kerja sebagai pelayan di restoran rempah ratus. Semua gara2 dia nak lari dari desakan ibunya yang mahu dia berkahwin dengan Tengku Alis. Tengku Alis ni jahat dan obses sangat dengan Ady Rafizal. Ady Rafizal kemudian jatuh cinta dengan Fasha dan berkahwin. 

:epas 4 bulan, Fasha diculik (masa ni dia tengah mengandung) dan hampir dibunuh. Fahrin selamatkan dia dan bawa Fasha tinggal di pulau sibu. Ady Rafizal hilang arah dengan kehilangan Fasha. Lepas tu macam2 perkara terjadi pada Ady Rafizal, termasuk di sihir dan dipaksa kahwin dengan Tengku Alis. Ady Rafizal juga dikurung oleh ibunya dari keluar rumah. Dia benar2 sakit dan badannya semakin susut tak bermaya. Tapi mummy dan Tengku Alis tetap tak lepaskan Ady Rafizal. mereka buat begitu sebab mahu Ady lupa tentang fasha.

Tengku Razlan (ayah Ady Rafizal) datang selamatkan anaknya itu dari kejahatan bekas isterinya itu dan Tengku Alis. Ady akhirnya dibawa berubat dengan ustaz, selepas tu barulah dia sembuh. selepas lima tahun berlalu, Ady kembali hidup macam biasa tapi Tengku Alis masih lagi tergila2kan dia, Walaupun mereka sudah berpisah. Fasha pula masih tinggal di pulau Sibu dengan Fahrin dan adik2nya. Anak Fasha (Adri) pun sudah 4 tahun setengah dan sangat rapat dengan Fahrin.

Satu masa tu Ady datang ke pulau Sibu dengan rakan2nya dan tak sangka dia bertemu dengan Fasha di sana. So mereka pun berbaik dan pulang ke KL. Fahrin sangat sedih sebab sepanjang 5 tahun ni dia yang jaga Fasha dan Ardi dengan baik. Tengku Alis pula semakin marah dan buat macam2 fitnah untuk pisahkan Fasha dan Ady semula. Dia juga sakit hati bila mummy Ady sudah insaf dan berbaik2 dengan Fasha. Sebab fitnah juga, mummy Ady sakit strok.


 ~ Fahrin ~
novel Cinta Mekar Di Hati-Rose Harissa

Tengku alis juga pecahkan rahsia lama Fahrin. Fahrin yang diupah untuk bunuh Fasha (Tengku Alis yang suruh). Fasha sangat marah dengan Fahrin bila tahu hal itu. Tapi Ady memaafkan Fahrin sebab kalau tak kerana Fahrin selamatkan Fasha, mungkin benda lain yang akan berlaku. Lagi pun Fahrin jaga Fasha dengan Adri dengan baik selama ini. Malah dia berterim kasih kerana Fahrin selamatkan Fasha dari kejahatan Tengku Alis. Kalau Fahrin tak sembunyikan Fasha, Ady sendiri tak mampu jaga Fasha sebab sepanjang masa tu pun Ady sakit dan tak dapat lari dari genggaman Tengku Alis.

Tengku Alis nak langgar Adri tapi Fahrin selamatkan budak tu. Jadi, Fahrinlah yang kena langgar. Akhirnya Tengku Alis kena tangkap polis. Bila Fahrin dah sembuh dia pun balik ke pulau Sibu sebab tak mahu ganggu Fasha dan Adri lagi. the end...

Komen ~ macam aku cakap awal2 tadi memang novel Cinta Mekar Di Hati ~ Rose Harissa ni best. Aku suka watak Ady rafizal yang setia dan handsome macam Dennis Oh tu cuma nampak lembek sikit bila berhadapan dengan Tengku Alis. Kalau dia betul2 lawan Tengku Alis pada awalnya pasti dia boleh selamatkan diri dari kejahatan perempuan tu. Aku memang geram habis dengan Tengku Alis tu...tp paling geram dengan mummy yang macam buta dek kejahatan perempuan tu. Ady pun baik dengan Fahrin.

Dekat2 nak habis novel Cinta Mekar Di Hati - Rose Harissa ni, aku benci sangat2 dengan Fasha pula. Macam tak kenang budi, masa dia tahu kes lama Fahrin tu dia pula yang melebih2 benci dan hasut Ady  agar tak maafkan Fahrin! Sudahlah Fahrin yang selamatkan dia dari di bunuh ( 2 kali lagi tu). Lepas tu masa kena racun, Fahrin juga yang selamatkan dia bagi dia minum susu. Kalau tak, doktor cakap memang mati si Fasha tu! Sepanjang 5 tahun tu pun Fahrin yang jaga dia dan Adri. Ahhh, geram betul kalau nak ingat sikap perempuan tu.

Watak Fahrin? Hmm...memang aku suka sangat2. Walaupun dia asalnya buat kerja menculik tapi akhirnya dia tak buat juga kerja tu. Malah selamatkan Fasha lagi dari kekejaman Tengku Alis. bagi aku, kalau dari segi pengorbanan, Fahrin lagi layak dapat Fasha. Tapi nak buat macam mana, hero tetap dapat heroinnya semulakan. Aku sedih baca bab Fahrin pergi tinggalkan Adri tu...kan Adri nangis masa tu...sob..sob...
 

~gambar selebriti sumber google

Saturday, March 2, 2013

Novel Mencari Cinta-Leeya Myra


Novel Mencari Cinta-Leeya Myra

Assalamualaikum? Holla, blog!

Novel Mencari Cinta-Leeya Myra ni antara 10 novel Alaf21 yang saya suka. Sangat suka dan baca berulang2 kali. Kali pertama tengok cover novel ni memang langsung tak tertarik. Sampai nak baca isinya pun saya rasa macam tak ada mood masa tu. Kena2 lagi sinopsis belakang novel tu pun macam tak menarik untuk orang nak baca. Tapi lepas baca muka surat pertama aje, terus tertarik dengan 'Faris' yang tinggalkan Ann di majlis reunion sekelasnya. hihihi...

Ok, novel Mencari Cinta-Leeya Myra ni bermula dengan reunion kelas Ann masa form5. Di sana dia bertemu dengan Rizman teman baiknya masa sekolah dulu. Melalui Rizman, Ann dapat cerita tentang Illham yang masih duduk di Jepun dan sudah berkahwin. Illham adalah cinta pertama Ann dan sampai masa tu pun Ann masih terbelenggu dengan cinta lelaki itu.

Faris lelaki yang cuba meraih cinta Ann dan setia menanti jawapan Ann tentang lamarannya. Faris ni jatuh hati pada Ann masa mereka selalu bertemu dalam tren. Hampir sebulan selalu naik tren yang sama tapi kelakarnya Ann langsung tak ingat pun Faris! Selepas sebulan asyik pendam perasaan, Faris bertekad nak tegur Ann. Tapi hari dia nak tegur Ann, Ann dah tak naik tren lagi Faris frust dan tak pernah nampak Ann lagi. Hinggalah satu hari tu dia nampak Ann di rumah abang Ann, jiran ibu saudaranya. Jadi, Faris pun minta ibu saudaranya tu pinangkan Ann. 

Ann belum bagi jawapan, dia cuba kenal Faris dulu. Faris pun tak pernah desak. Sofea kawan baik Ann masa di U datang jumpa Ann. Masa di u dulu, mereka sangat rapat. Sofea ada masalah dengan suaminya sebab tu dia balik Malaysia. Lepas tu Illham pula muncul dan cuba dapatkan cinta Ann semula. Tapi Ann serba-salah sebab Ilham dah kahwin. Illham sebenarnya dalam proses nak bercerai. Lepas dia bercerai barulah dia nak lamar Ann. Ann yang masih cintakan Illham, ok je. Kena pula Rizman dan Sofea pun sentiasa bagi dia semangat untuk bersama dengan Ilham semula. 

Ann pun bagi kata putus dengan Faris, tak mahu Faris tunggu dia lagi. Tapi kemudian Ann pula kecewa bila dia tahu llham sebenarnya suami Sofea! Ilham kahwin dengan sSofea sebab Sofea mengingatkan dia pada Ann di Malaysia. Mereka tak bahagia sebab tu Sofea balik Malaysia dan sengaja rapatkan Ann dengan llham. dia terus tolak lamaran llham. Dalam Ann kecewa tu, Faris jugalah tempat dia mengadu dan tempat luahkan tangisan. Lepas tu selamba ajak Faris kahwin cepat2. Jadi mereka pun buatlah persiapan.

Ann nasihatkan Sofea agar berbaik dengan Ilham. llham pun nak balik Kepun semula. Sofea pula meninggal dalam kemalangan. Ann rasa sedih dengan kejadian tu. Rizman pula kata, itu petunjuk Ann memang ada jodoh dengan llham. keputusan Ann berubah dia batalkan perkahwinannya dengan Faris yang tinggal 3 minggu itu. Abang Ann sangat marah dan Faris memang kecewa tapi dia tetap terima keputusan Ann dan minta Ann berjanji untuk hidup bahagia dengan llham. Ann rasa bersalah sangat dengan sikap baik Faris itu. Malah faris tetap sedia jadi kawannya.

Ann bertemu dengan Joseph bekas boyfriend Sofea masa di U dulu. Sebelum meninggal sofea ada jumpa lelaki tu dan sempat tinggalkan kaset rakamannya untuk Ann. Masa Ann dengar rakaman suara tu Ann sedih sangat. Dia ziarah kubur Sofea dan sedar banyak perkara waktu tu. Ilham akhirnya pulang ke Jepun semula. Ann mula membantu Joseph (dah masuk islam) dalam menguruskan rumah bakti yang lelaki tu uruskan. Malah Joseph juga banyak sedarkan dia tentang perangainya yang pentingkan diri dan kecewakan Faris dulu.

Ann berubah dan dia pergi umrah, Faris juga yang hantar dia di airport. Masa tu Ann kali pertama pakai tudung dan tudung tu pula pemberian Faris. Masa berpisah tu dia tiba2 rasa berat nak tinggalkan Faris. Dalam flight, dia baca nota Faris bagi sebelum berlepas tadi. Masa tu dia rasa sangat rindu pada Faris. Tapi bila dia balik dari umrah mereka tak ada jumpa lagi. Sebulan lepas tu, dia jumpa Rizman. Melalui rizman Ann dapat tahu yang Faris kursus sebulan di Unimas Sarawak. Rizman sebenarnya kawan dengan sepupu Faris. Rizman juga ada cakap tentang llham tapi Ann tak rasa apa2 pun. Baginya llham sudah tamat kisahnya. 

Sepupu Faris datang jumpa Ann dan minta Ann jemput Faris di KLIA. Sepupu Faris tu dapat rasa, Faris nak tengok Ann yang datang, bukannya dia. Jadi masa Faris balik Ann datang jemput tapi dia puas tunggu dan cari di sana, Faris tak ada pun. Ann pun pulang dengan kecewa dan dia redha mungkin tiada lagi pertemuan dengan Faris. Dalam dia sedih masa dalam tren tu, tiba2 Faris muncul dan kenalkan diri pada Ann. Ann pun gembira. 

Komen? Memang best sangatlah...ending dia tu yang best. Bagi sesetangah orang ending macam tu, agak tergantung. Tapi saya lagi suka ending macam tu. Tak perlulah buat mereka kahwin lepas tu beranak kembar. Macam ending novel2 sekarang ni. Banyak yag macam tu. Nampak sangat khayalannya. Memanglah cuma rekaan tapi jangan sampai terlalu berangan sangat. Biar seimbang realiti dan fantasinya. Baru cerita tu menarik. 

Ok berbalik dengan ending novel Mencari Cinta-Leeya Myra ini, saya memang tak sangka nak habis tu baru tahu Ann nakkan Faris. Rasanya, banyak2 ending novel yang saya baca, inilah yang paling buat saya tersenyum lebar. Senyum sampai dalam hati hehe. Nampak simple je ayat2nya tapi cukup bermakna maksudnya bagi Ann dan Faris.

Saya memang cadangkan korang yang suka baca novel melayu, dapatkanlah novel ini. Jalan cerita yang menarik. Cara penulis bercerita pun sangat matang dan tak membosan. Bukan cerita kosong semata2. Jangan lupa cari novel ini ya. Sata jamin korang akan jatuh tersungkur dengan watak Faris. Ok, bye.