Showing posts with label manisnya cinta-anis ayuni. Show all posts
Showing posts with label manisnya cinta-anis ayuni. Show all posts

Thursday, December 6, 2012

Kisah Ratu Rock Ella Dengan Pilot

Assalamulaikum? Holla, blog!

Semalam saya ada tengok majlis kahwin Ella di 104. Seronoklah pula dengar kisah pertemuan dan percintaan mereka. Walaupun usia berbeza tapi nampak sangat keserasian mereka berdua. Azhar pun rock2 sikit dan pandai main gitar. Best tengok dia main gitar sambil Ella nyanyi.
sumber : google

sumber : google

Rupanya pertemuan pertama mereka di Sutera Harbour KK. Malah Ella selalu turun KK untuk undangan menyanyi plus nak jumpa Azhar. Haha tak sangka betul. Mesti SABAH banyak meninggalkan kenangan manis pada pasangan ini. Nasib baiklah mereka tak daki gunung kinabalu, kalau tak mesti ala2 drama dejavu kinabalu 😃

sumber : google

Part paling saya  rasa tersentuh, masa Ella dan Azhar cerita, Ella ada show di Terengganu, Azhar call bos dan kawan2nya minta tukar, semata2 nak bawa  flight yang Ella naik dari Terengganu itu. Dalam penerbangan tu, Azhar keluar jumpa Ella dan ajak Ella masuk ke kokpit. Ella sendiri teruja dengan perlakuan Azhar tu. Memang bertuahlah Ella dapat pilot Firefly ini. 

Saya terus teringat novel lama Anis Ayuni Manisnya Cinta. Kisah Ifti Liyana yang tak tahu   boyfriend dia Nazmi tu pilot Airbush. Nazmi pun bawa flight yang Ifti naik masa pulang dari melancong di luar negara. Best sangat kalau kisah cinta Ella dan Azhar pun di novelkan. Ok, bye.

sumber : google

Sunday, July 26, 2009

Novel Manisnya Cinta-Anis Ayuni


Novel Manisnya Cinta-Anis Ayuni

Masa novel ini baru2 keluar, saya sikit pun tak tertarik nak beli sebab sinopsisnya kurang menarik. Lepas tu dengan nama hero dia Alfredo lagi. Terus rasa tak best. Tapi bila my sis kata novel ini best (dia baca novel kawan dia), saya pun terus beli novel ini. Lepas baca saya memang puas hati sangat.

Novel Manisnya Cinta mengisahkan tentang Ifti Liyana yang bercinta dengan Alfredo. Alfredo ni anak kawan baik mak Ifti. mak ifti dan mak alfrredo memang sudah lama berhajat untuk berbesan. tapi dalam diam2 Alfredo curang. Ifti kemudian kawan dengan Nazmi yang dikenalinya  di McDonalds masa bawa anak2 saudaranya.

Izelea adik Ifti bertunang dengan Syahril, mereka nak kenalkan Ifti dengan kawan Syahril tapi Ifti tak mahu. Masa majlis tu juga ada sorang makcik dari rombongan Syahril yang ramah berbual dengan Ifti. Makcik tu tertarik tengok Ifti yang tak berenggang dengan anak2 saudaranya.

Satu hari tu ifti terjumpa Nazmi di pasaraya, Nazmi nampak selekeh dengan tshirt dan jeans lusuhnya. Ifti pelik juga tapi dia tetap layan Nazmi juga. Ifti ikut rakan sekerjanya bercuti di Janda baik. Ifti terkejut bila Nazmi pun datang bercuti di situ. Nazmi join kumpulan Ifti. Ifti mula senang dengan Nazmi.

Bekas abang ipar Ifti, Bakthiar pula bercadang nak kahwin dengan Ifti. Keluarga mereka pun setuju sebab Ifti memang rapat dengan anak2 saudaranya. Bakhtiar tu suami arwah kakak Ifti. Tapi Ifti tak suka. Ifti bercuti di Cairo dan terserempak dengan Nazmi. Ifti hairan tapi malas nak fikir sebab dia nampak Nazmi dengan perempuan2 cantik. Masa di Cairo juga Nazmi sempat luahkan cintanya pada Ifti.

Bagaimana kesudahan kisah ini? Adakah Ifti sudi menerima Nazmi? Dan siapa Nazmi sebenarnya? Korang kenalah cari novel ini. Saya penat nak cerita panjang2. Ok, bye.