Sunday, July 26, 2009

Novel Manisnya Cinta-Anis Ayuni


Novel Manisnya Cinta-Anis Ayuni

Masa novel ini baru2 keluar, saya sikit pun tak tertarik nak beli sebab sinopsisnya kurang menarik. Lepas tu dengan nama hero dia Alfredo lagi. Terus rasa tak best. Tapi bila my sis kata novel ini best (dia baca novel kawan dia), saya pun terus beli novel ini. Lepas baca saya memang puas hati sangat.

Novel Manisnya Cinta mengisahkan tentang Ifti Liyana yang bercinta dengan Alfredo. Alfredo ni anak kawan baik mak Ifti. mak ifti dan mak alfrredo memang sudah lama berhajat untuk berbesan. tapi dalam diam2 Alfredo curang. Ifti kemudian kawan dengan Nazmi yang dikenalinya  di McDonalds masa bawa anak2 saudaranya.

Izelea adik Ifti bertunang dengan Syahril, mereka nak kenalkan Ifti dengan kawan Syahril tapi Ifti tak mahu. Masa majlis tu juga ada sorang makcik dari rombongan Syahril yang ramah berbual dengan Ifti. Makcik tu tertarik tengok Ifti yang tak berenggang dengan anak2 saudaranya.

Satu hari tu ifti terjumpa Nazmi di pasaraya, Nazmi nampak selekeh dengan tshirt dan jeans lusuhnya. Ifti pelik juga tapi dia tetap layan Nazmi juga. Ifti ikut rakan sekerjanya bercuti di Janda baik. Ifti terkejut bila Nazmi pun datang bercuti di situ. Nazmi join kumpulan Ifti. Ifti mula senang dengan Nazmi.

Bekas abang ipar Ifti, Bakthiar pula bercadang nak kahwin dengan Ifti. Keluarga mereka pun setuju sebab Ifti memang rapat dengan anak2 saudaranya. Bakhtiar tu suami arwah kakak Ifti. Tapi Ifti tak suka. Ifti bercuti di Cairo dan terserempak dengan Nazmi. Ifti hairan tapi malas nak fikir sebab dia nampak Nazmi dengan perempuan2 cantik. Masa di Cairo juga Nazmi sempat luahkan cintanya pada Ifti.

Bagaimana kesudahan kisah ini? Adakah Ifti sudi menerima Nazmi? Dan siapa Nazmi sebenarnya? Korang kenalah cari novel ini. Saya penat nak cerita panjang2. Ok, bye.

3 comments:

Anonymous said...

Hi sis. Begitu bagus review anda . Saya suka. Tadi saya dah lihat cerita ni di wayang. Sangat sangat best. So bila di rumah saja google sinopsis novel manisnya cinta. Tak sabar nak baca novel. Tq sis

Unknown said...

Ptang tadi Tgok wayang Manisnya Cinta..Lakonan Fazura Dan Shaheizy sam.Sweet And Best..Kan Baguss Kalau semua cerita mcam Niee

Unknown said...

💖💙👍