Novel Yang Terindah-Anis Ayuni
Assalamulaikum? Holla, blog!
Pertama sekali saya nak sentuh tentang cover novel Yang Terindah ini. Simple tapi masih nampak menarik. Saya suka cover yang ringkas macam ini berbanding cover yang guna gambar manusia. Oh ya, walaupun cover novel ini nampak ringkas sahaja tapi isi dalam novel ini cukup padat dan menarik. Novel Yang Terindah ini novel kedua Anis Ayuni selepas novel Suara Hati.

Novel Yang Terindah-Anis Ayuni mengisahkan tentang Elly yang tinggal di Estate Bukit Beringin bersama atuk dan ibunya. Elly rapat dengan keluarga tuan Zufri terutamanya Diana dan abang Zahari. Kebaikan mereka membuat Elly melupakan kekurangan dalam hidupnya.
Elly kemudian berpindah dan melanjutkan pelajaran di KL tapi hubungannya dengan abang Zahari masih berterusan. Abang Zahari tempat Elly meluahkan segalanya. Masalah cinta, putus cinta dan sebagainya. Abang Zahari banyak menasihati dan membantu Elly melupakan kesedihannya.

Abang Zahari kemudian melamar dia. Elly terkejut sebab selama ini cuma menganggap abang Zahari sebagai seorang abang. Elly juga melarang abang Zahari dari menemuinya selagi perasaan cinta itu ada dalam hati lelaki itu. Abang Zahari pun akur dan tak muncul depan Elly lagi.
Elly kemudian kenal dengan pak usu melalui Wan Zakiah. Lelaki itu sebenarnya ayah kandung Elly. Dia hilang ingatan waktu kemalangan. Bila dia sedar ibu dan Elly sudah berpindah. Keluarga ayah Elly tak tahu pun yang ayah Elly sudah berkahwin. Ayah dan ibu Elly akhirnya berbaik semula.
Elly mula keliru dengan perasaannya pada abang Zahari. Sejak dulu lelaki itu memang sering tunjuk sikap ambil berat dan sukanya pada Elly. Tapi Elly tak peduli sebab takut salah faham. Abang Zahari kemalangan dan hilang ingatan. Elly sedih sebab lelaki itu tak kenal dia. Elly juga cemburu sebab Dr Hazlin selalu datang melawat abang Zahari di hospital.
Bla bla bla...ending Elly dengan abang Zahari juga. Sebenarnya lelaki tu memang dah lama suka dengan Elly sejak di Bukit Beringin lagi. Malah dia pernah suruh mak dia pinang Elly masa itu. Nasib baiklah, akhirnya mereka berjodoh juga.
Kalau belum ada novel Yang Terindah-Anis Ayuni ini, cepat2lah pergi cari di bookstore. Tak rugi beli sebab ceritanya best sangat. Kalau yang nak tahu suasana duduk etate, bacalah novel ini. K, bye.

1 comment:
Yep, memang best jalan cerita novel ni ... bagi saya, selepas Suara Hati ni pun ok juga.
Post a Comment