sumber : google
semalam aku tak sabar2 nak tengok ending drama 'terlanjur cinta' di tv9 tu. ingatkan bestlah endingnya...terbayang fareth dan nia akan bersama memulakan hidup baru. tp realitinya? adoiii...jauh betul dari apa yang aku bayangkan. betul2 biul punya ending!
kenapalah erma suka betul buat ending drama tak best macam tu? macam takde idea jak. buang masa betul aku tengok dari episod pertama. paling aku menyampah drama ni sengaja jak ambik pelakon2 yang muka lawa bagi orang suka tengok drama tu. lepas tu hidangkan penonton dengan ending yang entah apa2 tu. macam takde idea langsung jak. tapi aku rasa memang dia tiada idea pun...tu pasal ending drama ni hancur habis!
teringat deejavu kinabalu hari tu...pelakon pun semua sama dengan terlanjur cinta ni. tu lagi ending biul dan tersangatlah paluinya. sudahlah bab ganti jantung tu betul2 tak lojik langsung (sedap2 jak tukar bila pesakit nak jantung lain lagi...haktuiii ketaralah palui betul). lepas tu boleh pula minta penonton tentukan endingnya dengan pilih siapa hero yang patut dapat heroin...hero yang banyak undian, tu la yg menang. tu lagi betul2 tak tahan, bagus jangan buat drama kalau tiada idea mahu tamatkan cerita tu!
telemovie bayangan rindu tu tak silap aku erma juga yang buat. harapnya tiadalah dia ubah2 ending cerita tu pula. aku sebenarnya tak kisahlah kalau satu2 drama tu berakhir dengan kesedihan. kehidupan memang macam tu ada suka duka. cuma aku hangin betul tengok ending yang sedih (macam terlanjur cinta tu) lepas tu macam tak masuk akal. ahhh...cakap banyak pun tak guna...baik aku ingatkan diri sendiri agar tak tengok drama2 erma fatima lagi. cukup2lah dua kali dibiul2kan dengan 2 ending drama yang hancur tu! takkan ada yang ketiga lagi!
No comments:
Post a Comment