Wednesday, October 7, 2015

Cerpen Cinta Tetap sama-Hani Fazuha

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم / Bismillahirrahmanirrahim‎.


Assalamualaikum...Cinta Tetap Sama adalah cerpen karya Hani Fazuha. Cerpen ni terselit di belakang novel Yang Bernama Cinta...yang aku baca semalam.
Best cerpen ni. Mengisahkan Azad dan Hana yang sudah lama kawan. Tapi kemudian Hana minta putus sebab dia ni dah alim kononnya. Dia anggap Azad tu  tak sesuai lagi untuk dia. Dia siap kata Azad tak boleh jadi pemimpin dalam rumahtangga sebab Azad kononnya tak jaga solat. Hana ni rapat dengan Zura. Zura yang selalu nasihat dia agar tinggalkan lelaki macam Azad itu.

Azad rasa tercabar juga tapi dia putuskan juga hubungan dengan Hana. Selepas beberapa lama mereka jumpa di kampung semula. Azad terus mengaku masih sayang Hana. Dia hantar rombongan meminang. Hana sebenarnya rasa hidupnya sepi sejak putus dengan Azad. Akhirnya dia terima Azad.

Lepas kahwin, barulah Hana tahu Zura tu lesbian. Perempuan yang hanya berselindung disebalik tudung labuhnya. Zura ni jahat. Dia suka Hana tu yang dia hasut Hana bencikan Azad dulu. Masa Azad takde, Zura datang serang Hana. Hana cedera di pipi. Lepas tu Hana jadi down sangat. Dia juga tak suka Azad tengok muka dia yang berparut itu. 

Ok lebih kurang macam tulah ceritanya. Awal2 lagi aku dah jatuh hati dengan Azad. Punyalah baik dan penyabar dia ni. Layan Hana yang tiba2 fikiran terganggu itu. Aku rasa banyak2 hero novel Hani Fazuha, nilah hero yang aku suka. ok, chow dulu...bye

Review dan Sinopsis novel Yang Bernama Cinta-Hani Fazuha

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم / Bismillahirrahmanirrahim‎. 



 Review dan Sinopsis novel Yang Bernama Cinta-Hani Fazuha

Assalamualaikum. Kemarin dulu (isnin) aku dapat dah novel kombo september terbitan Idea Kreatif. Dua novel tu Pergi Tanpa Alasan dan Yang Bernama Cinta. Dua2 karya Hani Fazuha...bos IKP sendiri. Bestkan jadi bos, boleh terbit novel bila2 masa aje. Rasa nak buka syarikat penerbitan novel aje lepas ni. Hahaha...berangan aku...

Novel Yang Bernama Cinta-Hani Fazuha ni, aku start baca petang semalam terus baca sampai habis dekat 11 malam habis. Henti2lah juga sebab kena buat kerja lain juga. Apa aku nak cakap tentang novel Yang Bernama Cinta-Hani Fazuha ni? Banyak sangat... Tapi pertama sekali aku nak cakap tentang cover novel nilah. Cantikkan? Kertas novel ni pun macam kertas novel Inggeris. Warna hitam tu sangat menonjol. Memang cantik, aku suak tengok.

Untuk pengetahuan kau, novel Yang Bernama Cinta-Hani Fazuha ni special edition. Jadi kalau kau nak beli order dengan IKP secepat mungkin. Nanti stok habis. Kalau nak tunggu cetak semula, lambat lagi agaknya. Harga novel ni RM 31 (harga sabah sarawak). West RM 28. Tapi sebab aku beli kombo jadi harga RM73.

 Review dan Sinopsis novel Yang Bernama Cinta-Hani Fazuha

 Ini muka surat pertama novel tu. Dah ada tandatangan tapi bukan ori...cetak punya. Hampa juga ingatkan dapat tandatangan original. Tapi takpelah, aku pun bukan kisah sangat. Ada ke tak, janji novel selamat sampai dan aku dapat baca. Lagipun aku lagi fikirkan isi buku dari hal-hal yang remeh ni. 

Ok, novel Yang Bernama Cinta-Hani Fazuha ni mengisahkan tentang Hazril dan Hani. Sejak kecil duduk berjiran di kampung. Masa sekolah, Hani ni syok habis dengan Hazril. Tapi Hazril tak suka pun. Dia couple dengan Nurlily. Ada satu insiden, Hazril jumpa gambar dia dalam buku Hani. Hazril pun canang dalam kelas. Lepas tu hal tu tersebar satu sekolah. Hani malu dan sejak tu dia tanam kebencian pada Hazril. 

Hazril kemudian lanjutkan pelajaran di oversea dan kerja kat sana. Lepas umur dah 29 tahun balik Malaysia, masa datang rumah Hani dia nampak Hani cantik dan berbeza dari dulu. Dia terus jatuh cinta. Lepas tu mulalah dia pikat Hani. Hani mula2 elak tapi lama2 sukalah pula. Mereka kemudian kahwin senyap-senyap. Hazril pula kena pinang oleh bapa si Nurlily, skandal lama dia dulu. 
Apa yang jadi lepas tu? Hehe...korang kena beli novel nilah.  

Review aku tentang novel Yang Bernama Cinta-Hani Fazuha : Bagi akulah novel ni santai aje ceritanya. Hani Fazuha pun kata cerita ni biasa2 aje. Betullah tu sebab kisahnya cuma cinta antara Hani dan Hazril aje. Macam selalu aku tak berapa suka heroin dalam mana2 novel (SEBAB AKU JELES hero kacak tergila2kan dia hehe...) gitu jugalah dengan Hani ni... sebab kena malu macam tu pun terus simpan benci dengan Hazril. Tapi benci dia tu macam hangat2 tahi ayam aje. monolog dalaman bukan main berapi2...tak suka Hazril konon. Cakap dengan Hazril pun bukan main macam gengster. Tapi lepas tu lentuk aje dek godaan Hazril. 

Paling tak suka bab Hani layan si syed tu. Dah tahu gatal boleh pula dia pergi parti rumah lelaki tu dengan kebaya. Insiden nak kena rompak tu macam tak drama sangat. Mula2 kena ganggu lelaki mabuk lepas tu, syed pun nak ambil kesempatan dengan dia. Lepas tu sambung lagi kena rompak. Nasib baik tak kena rogol oleh pemandu teksi jahanam tu. Ingatkan si Pian pun nak ambil kesempatan juga. Syukurlah si Pian tu manusia baik. Selamat si Hani ni.

Lagi aku tak suka Hani ni sebab dia digambarkan seksi masa kat kampung. Pakai tuala singkat dengan tshirt sendat! Masa nilah Hazril nampak dia lepas berpuluh tahun tak nampak Hani.(bab ini mengingatkan aku adegan Yana Samsuddin dalam satu filem...ala aku lupa pula filem tu tapi part ni Yana pakai tshirt dan tuala singkat paras atas lutut juga. Masa tu Ashraff Muslim pandang dia di ruang tamu). Lagi satu part yang aku ta suka Hani masa dia berkemban sendangkan Azrul ada. Walaupun adik beradik, tapi takkan suka hati dia tayang body pada adik dia? Peliklah sebab Hani macam digambarkan seorang yang jaga batas-batas pergaulan dan aurat. Mesti tahu hal2 macam tu.

Tapi mungkin penulis memang suka gambarkan heroin dia seksi sebab dalam novel Hani Fazuha (ala aku lupa tajuk lagi...malas nak selongkar almari buku) heroin dia pun dalam rumah seksi juga. pakai baju tali halus dan seluar pendek then baca novel. Hehe...aku rasa ini treadmark novel Hani Fazuha...tak apalah, aku boleh aje terima dan tak kisah. Janji novel best hehe.

Tentang Hazril? Aku rasa bosan sikit sebab asyik diulang2 sebut dia ni kacak nak mampus! Rasanya penulis tak perlu sebut banyak kali pun sebab aku belum baca novel ni pun memang dah terbayang Hazril tu hensem tahap tak boleh ukur. Jadi memang sedia maklum tahu Hazril hensem, jumpa ayat puji dia tak habis2 memang bosanlah. Aku suka watak Hazril ni sebab dia gila-gila dan gatal2 sikit. Bagi aku biasa aje lelaki gatal2 macam ni sebab dia suka perempuan tu. Baru ngam jadi hero. Kalau hero pendiam ala-ala ustaz yang tenung perempuan pun tak nak, memang aku tak suka. Bagi aku hero macam tu tak lojik langsung, memang khayalan syok sendiri penulis tu aje. Aku suka hero yang gila2 macam hero Hani Fazuha ni. Real aje...macam biasa aje jumpa di sekeliling kita.

Selain hensem, nakal dan gatal2 aku suka Hazril sebab dia ni memang bertanggungjawab dan anak yang baik. Patut je dengan bapa dan mak dia. Lepas tu rajin lagi jemaah. Nakal2 pun tapi suruhan ALLAH tak pernah lupa. Lagi teramat suka bila dia sayang sangat pada Hani. Lindung Hani dari si Syed tu. Paling terharu bila sanggup drive dari kampung bila tahu Hani deman. Tu pun dia tahu dari Azrul sebab Hani tak cakap dengan dia. Cantiknya, sampai KL si Hani boleh pula ada kat kampung! Masa ni aku pula yang angin dengan si Hani ni. 

Aku rasa satu aje silap si Hazril ni bila dia ajak si Hani kahwin kat sempadan. Tapi aku rasa benda ni tak jadi kalau Hani nak terus-terang. Hazril banyak kali pujuk nak cakap dengan family dorang tapi Hani ni pula degil. Tak faham aku! Aku berdebar juga dekat nak habis cerita ni, risau macam mana penerimaan mak ayah dorang bila tahu anak dah kahwin. Tup2 ok je semua takde pula yang terkejut semua bersyukur. Dalam hati aku, sia2 aje dorang kahwin senyap2. Mak bapa dorang tu baik aje pun.

Lupa nak cakap novel Yang Bernama Cinta-Hani Fazuha ni banyak selit2 babak yang agak tak berapa sesuailah budak2 baca. Aku pun macam malas nak baca, sikit2 ada aje babak yang ke arah ehem2 tu. Tapi aku ok je...boleh aje terima. Lagipun dah biasa dengan novel Hani Fazuha, memang ada selit babak2 macam ni. Aku anggap ini treadmark Hani Fazuha juga. Aku tak kisah pun, suka aje baca semua cerita Hani Fazuha.

Lagipun Hani Fazuha selit babak tu dengan gurau2 yang buat pembaca senyum sendiri jadi takdelah babak tu nampak serius ke atau lucah. Paling lawak bila si Hazril tu terpegang breast si Hani masa kat depan condo dan masa kat bilik ofis si Hani. Gila siot si Hazril ni hahaha. Lepas tu selamba aje dia ajak Hani kahwin sebab kononnya dia dah mencabul si Hani. Hahaha...
Lagi satu aku gelak bila si Hani jatuh dari atas katil lepas tu si Hazril mencangkuk depan Hani dengan tak pakai apa2! Siap si Hani cakap Hazril dah macam bapa toyol!

Oklah panjang dah aku bebel tentang novel Yang Bernam Cinta-Fazuha ini. Kau jangan lupa beli cepat2 dengan IKP.  Lupa nak cakap lagi, novel Yang Bernama Cinta-Hani Fazuha ni sampai m/s 351 aje. Belakang novel tu ada cerpen Cinta Tetap Sama. Nanti aku review cerpen tu di entry lain sebab entry ni dah panjang. ok bye.

p/s: Kenapa agaknya semua penulis novel mesti gambarkan hero dia berkening hitam dan lebat? Hampir semua penulis gambarkan hero dia kening lebat dan hitam. Apa kalau kening tak hitam dan lebat, tak handsome ke?

Novel Limited Edition Hani Fazuha dah sampai!


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم / Bismillahirrahmanirrahim‎.

Novel Limited Edition Hani Fazuha dah sampai! Alhamdulillah, novel yang aku order dah sampai hari Isnin tu. Happy sgt ni tak sabar nak baca. cover pun sangat cantik. Macam novel luar pun ada... Novel ni limited edition. Kalau korang nak beli...cepat order dengan IdeaKreatif sebelum habis.

Monday, September 28, 2015

blog tak update


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم / Bismillahirrahmanirrahim‎.

Hallo...lamanya aku tak update blog ni. Pemalaslah sangat2. Lepas raya puasa hari tu terus malas nak update lagi. Nak jalan2 gi blog orang pun malas. Lagipun line selalu tak bagus. Slow tahap siput plus kura2! Jadi mood nak upadete blog pun takde!

Kebetulan juga, aku tak ada beli novel. Yang novel RATU BULAN dengan WAWA TAUFIK tu sampai sekarang aku belum baca lagi. Hehe...teruk kan? Jadi aku malaslah nak beli novel lagi. Lagipun bajet utk novel pun agak kurang.

Tapi aku ada order novel baru Hani Fazuha. Combo sepetember dari Idea Kreatif. Awal october baru sampai buku tu. Tak sabar nak bulan october. Nanti lepas baca, aku buat review.

Ok, baiii...noktah.

Monday, June 8, 2015

Novel September - Farah Husain


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِي/ Bismillahirrahmanirrahim‎. 

 Hari ke 4 selepas kejadian gempa di Ranau 

Dalam kesibukan, aku sempat baca novel ini. Padahal sebelum ni kata nak baca lepas raya. Tapi sebab takut basi, aku bacalah cepat2. Aku sebenarnya tak ada idea sangat nak mengulas novel september karya Farah Husain ini. Sebelum ni, ada baca 1 bab di blog Farah Husain. Terus excited nak tahu kesudahannya. Secara jujurnya, aku tak berapa nak enjoy baca novel Sepetember-Farah Husain ini. Bukan tak best...tapi entahlah macam ada yang kurang. Aku lagi suka novel Dia Random Guy dan Hanya dia cinta. 

Kisah tentang Zayn yang salah sangka dengan Jazleen. Dia ingat Jazleen tu curang dengan dia. Dorang putus. Lepas tu mereka jumpa semula gara-gara Jazleen menyamar jadi girlfriend adik Zayn. Jazleen pun mengelak dari jumpa Zayn. Tapi asyik terjumpa semula. Zayn jadi bos Jazleen. Jazmeen pula nak ambil anak dia yang dalam jagaan Jazleen. Anak tu anak Jazmeen dengan Ashraf. Ashraf lah yang Zayn ingat ada hubungan dengan Jazleen dulu. 

Jazleen jaga anak itu sebab Jazmeen tak nak jaga anak itu. Ayah mak dorang pun tak nak jaga anak luar nikah itu. Jazleen saja yang nak jaga sampai dia dibuang keluarga. Jazmeen yang dah insaf nak guna undang2 untuk dapatkan anak dia tu. Untuk pertahankan hak Jazleen dia kahwin dengan Zayn. Zayn dah tahu Jazleen tu baik. Akhirnya Jazleen dan Jazmeen berbaik juga. Kemudian masa Jazmeen, suaminya, Ariq dan Amy, mereka kemalangan dan meninggal.

Jazleen terus jadi murung dan salahkan Zayn sebab Zayn yang izinkan mereka keluar masa tu. Lepas tu Jazleen mula tak layan Zayn. Kemuncaknya bila dia nak pergi dari Zayn, konon nak minta bagi masa. Zayn ikutkan saja. Beberapa tahun kemudian mereka jumpa semula dan endingnya, Jazleen dah mengandung. Ok, tamat...

Bagi aku, konflik cerita ni biasa2 saja dan langsung tak kuat mana. Tapi cara penulis mencerita tu, macam konflik ni besar sangat. Aku memang salute dengan penulis sebab cukup pandai bercerita biarpun kisahnya biasa2 saja. Cara penulisan dan penceritaannya sangat menarik. Gambaran untuk hero pun, macam biasalah kacak dan sado tahap tak boleh ukur! Ada kisah pendek tentang Hana dan Rio di hujung novel ini. Lupa nak cakap, novel ketiga Farah ini juga agak lain sikit dari novel 2nya sebelum ini. Novel ni banyak flash back... saja nak buat pembaca tertanya2. Apa2 pun, jangan lupa dapatkan novel ini.

Tuesday, May 26, 2015

yehhh...sampai sudah




بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِي / Bismillahirrahmanirrahim.

Novel yang aku pesan ni dah sampai 19 mei hari tu. Tapi baru hari ni buat n3 pula...pemalas sejak akhir2 ni. dua novel ni terbitan IKP novel Farah Husain dan Melati Shafika. Masa order hari tu tak sabar nak baca. Tapi bila novel dah ada depan mata, rasa malas lagi nak membacanya. Nanti ajelah...tunggu mood datang.

Novel Ratu Bulan dan Wawa Taufiq tu pun sampai sekarang belum habis baca lagi. Tambah dua novel lagi..entah bila nak baca. Puasa pun dah dekat...mesti tak ada masa nak bersenang-lenang. Takpelah, peram aje. Lepas raya baru baca... :))

 

















Friday, May 15, 2015

Novel Yang Dia Pilih

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم / Bismillahirrahmanirrahim‎.


Assalamualaikum dan salam jumaat...
Novel YANG DIA PILIH, dua hari lepas aku habis baca. Oklah...berbaloi beli sebab ceritanya tak menghampakan. Jalan cerita biasa aje...konflik cuma tentang gangguan dari pihak ke-3 dan masalah salah faham dan tak berterus-terang.

Awal-awal aku dah suka Hareez...seorang lelaki yang agak sosial mulanya tapi lepas terperangkap dengan Melisa dia berubah. Balik Malaysia, jatuh cinta dengan Lya pula. Tapi Lya akhirnya kahwin dengan Zhafran pula. Kesian gila...nasib baik dia ni tabah walaupun susah sangat nak lupa Lya. Macam mana nak lupa kalau Lya tu jadi adik ipar sendiri? Mau kau tak gila. perempuan kau suka sentiasa ada depan mata tapi tak boleh kau nak dekat?

Susahkan? Tapi Hareez dapat juga mengharungi semua tu. Lepas tu jatuh suka dengan Fatia pula. Aku suka kisah mereka tapi geram sangat bila Fatia jauhkan diri sebab salah faham...Hareez pula terus bagi masa untuk Fatia. Nasib baiklah beberapa bulan kemudian dorang dah jadi baik. Hareez memang suami yang baik dan tak bertindak terburu-buru. Fatia kena tangkap dengan Tengku Badri, dai masih cool walaupun dah rasa nak membunuh. Jahat betul Fazura dan Tengku Badri tu. Memang sesuai jadi adik-beradik. Ending, semuanya baik dan bahagia...

Ini kali pertama aku beli novel Hani Fazuha. Lepas ni nak beli novel dia yang lain pula.


Thursday, May 14, 2015

El Gamma Penumbra pemenang Asia's Got Talent musim pertama

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم / Bismillahirrahmanirrahim‎.

 El Gamma Penumbra pemenang Asia's Got Talent musim pertama

Siapa tengok Asia's Got Talent di axn tu? aku memang tak pernah ketinggalan tengok tiap minggu. peserta favourite aku New System Junior. Suka tengok dorang menari macam2 rentak dan irama dalam satu persembahan. Triqstar pun aku minat juga. Tapi dari awal dah yakin memang El Gamma Penumbra yang menang sebab persembahan dorang penuh mesej dan cukup menarik. Kagum sangat dengan bakat dorang buat tarian dan bayang2 itu.

Tuesday, May 12, 2015

Novel Baru Beli

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم / Bismillahirrahmanirrahim‎.

 Ini novel terbaru dalam koleksiku. Novel lama terbitan IKP. Hari tu pergi KK, ini antara novel dalam senarai yang aku cari di semua kedai. Tapi tak jumpa. Aku mula tertarik nak baca novel Wawa Taufik lepas baca review novel J.A.D (novel barunya). Terus nak baca semua novel dia. Hani Fazuha pula, aku rasa tertarik lepas baca sinopsis novel Selimut Malam tu. Inilah berusaha mencari novel2 lama mereka berdua. Kalau tak jumpa, kena beli online la nampaknya.

Saturday, May 9, 2015

Novel Kalau Sayang katalah Sayang - Fazuin

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم / Bismillahirrahmanirrahim‎.


Novel Kalau Sayang Katalah Sayang -Fazuin aku beli lepas tengok sinopsisnya. Kebetulan novelnya diletak depan pintu POPULAR tu...keluaran baru. Jadi aku pun beli. Sampai rumah terus buku plastik dan tengok tarikh cetakan...eh, Jun 2014? Laa...novel lama rupanya...tapi diletak dibahagian fiksyen keluaran terbaru di bahagian hadapan kedai! Tipah Tertipu sudah!!! Aiii...apa macam pekerja POPULAR tu susun buku? Lama dan baru pun tak tahu. Memandai susun di depan. 

Aku terus google tengok review novel ni di goodreads dan blog. Kebanyakan review semua cakap tentang abang Joey. Dalam sinopsis pun abang Joey tu macam menarik dan penyelamat Malia lepas kecewa dengan Zakuan. Jadi aku pun tak sabar nak baca. Jatuh cinta terus dengan Joey padahal belum pun baca novel lagi. Balik sandakan, baru aku mula baca novel tu dan kesimpulannya...
Aku tarik balik cinta aku yang jatuh itu. Aku nak bagi pada Zakuan!

Mula baca, aku suka juga dengan Joey tapi lama-lama...aku rasa dia tu macam gila sikit. Ok, dia memang gila pada Malia...obses. Jadi perangai dia macam meloyakan, bagi akulah. Hari2 ajak Malia dating bawah pangkin. Pendek kata asyik nak melakat dengan Malia aje. Kawan pun tak ada! Sikit-sikit nak peluk Malia dan cium Malia. Lepas tu paling mengting-tongkan kepala aku bila Joey ni asyik menjerit aje! Sawan menjerit agaknya. Bosannya...

Malia...digambarkan gadis yang baik dan bertudung tapi agak bebas laku dengan Joey. Tahulah dorang macam adik-beradik tapi agak-agaklah. Sesuka hati aje dia dipeluk oleh Joey. Paling aku pelik, dia ni suka aje cabar Joey. Contoh Joey cakap 'aku cium kang.' Dan laju aje Malia jawab 'ciumlah kalau berani.' Banyak kali benda ni ulang-ulang...bosan. Bagi aku Malia pun gatal. Mana ada perempuan baik macam tu...tak segan-segan bergurau dengan lelaki dengan cabar2 macam tu. Ada satu babak tu, dia masuk bilik Joey dan baring (alasan penat) dan Joey lempar boxer dia di muka Malia. Malia nampak biasa aje. Tu gadis baik ke? Lagi aku angin dekat Malia ni bila dia buat bodoh2 tak faham tingkah-laku dan kata2 Joey. Lagi tanya itu ini, siapa girlfriend Joey. Padahal terang-terang apa yang Joey cakap tu semua tentang dia. Kucing pun boleh tahu dan rasa. Dia pula buat2 tak faham. Sama macam kes mak dan kakak Zakuan berbual tu, Malia digambarkan tak faham. Masa ni aku nak ketuk aje kepala Malia yang tak faham tu. Macam tak lojik langsung dia tak faham. Heroin yang betul2 menganginkan kepala aku! 

Zakuan...aku rasa nilah watak lelaki paling bodoh aku jumpa. Suka tapi tak cakap. Tapi aku tak nafikan ada lelaki macam ni. Dah nasib dia jumpa perempuan macam Malia yang tak faham Zakuan suka dia. Lagi aku nak kutuk Malia yang sengal tu, bohonglah dia tak faham kalau Zakuan dah bawah dia pulang dan kenalkan dengan mak dan kakak dia. Memang tak masuk akal. Balik cakap tentang Zakuan, aku kesian dia ni...mangsa keadaan. Dia kena perangkap oleh Anna dan terpaksa kahwin dengan Anna. Yang si Malia terus pula terima Joey! Dulu kahwin dari Zakuan lagi. Hurmm... Tapi ending, Zakuan cerai dengan Anna dan mulakan hidup baru. 

Novel ni, aku tak tahulah nak cakap best ke apa...ok2 ajelah. Kalau kau yang jenis suka romantik...bacalah novel ni, memanjang kisah romantik joey dan malia. Aku ada baca review seorang pembaca, dia kata sangat penat baca kisah abang Joey dan malia... Aku faham, sebab aku pun bosan juga. Ini pendapat akulah, lain pembaca lain seleranya. 

Untuk penulis baru macam Fazuin ni dan novel pertama pula tu, kira novel ni oklah juga. Kalau tak ok IKP tak terbit. Aku percaya IKP terbit novel yang best aje. Lagi baik kalau Fazuin sambung kisah Zakuan bertemu cinta baru dalam novel lain. Trend novelis sekarang, selalu sambung kisah cinta watak lain yang tak kesampaian. Ok, kau jangan lupa dapatkan novel ni...jangan sebab review aku ni kau tak nak beli. Sekali lagi aku cakap, lain orang lain seleranya... :))

Friday, May 8, 2015

Jalan-Jalan Cari Novel

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم / Bismillahirrahmanirrahim‎.


Minggu lepas pergi kk sempena cuti 1 mei tu. Niat di hati mau beli novel sebab sakit jiwa tengok fb...kebanyakan kawan yang duduk di west semua post pasal PBAKL. Gila, untung habis orang sana sebab dapat beli novel murah (20% - 60% diskaunya). RM100...sudah berapa buku kau dapat beli? Memang borong habislah kalau aku ada di sana. Cubalah ada pesta buku macam tu di sini, kan bagus.

Terpengaruh dengan PBAKL, aku pun mau beli novel banyak2 bila sampai KK. Hari pertama sampai terus pergi Eaton's. Novel tak berapa banyak...macam takde stok yang baru2. Rak pun banyak kosong. Tapi aku perasan Eaton's macam tak banyak jual novel macam dulu2 lagi.. Kalau dulu novel sampai berlambak atas lantai. Siap jual murah lagi. Di rak pun penuh. Dari depan kedai dah nampak jualan novel. Sekarang kena pergi belakang, baru nampak rak novel.

Memandangkan novel tak banyak dan senarai novel yang aku nak beli pun tiada di Eaton's, aku pergi naik ke palm Square masuk kedai POPULAR. Sekali lagi rasa kecewa bila rak di kedai ni pun banyak yang kosong. Lagi teruk dari Eaton's... Terus tiada mood nak beli. Pulang rumah dengan rasa kecewa.

Hari kedua, pergi 1Borneo pula. Mula-mula terus pergi kdeai buku Times. Berganda lagi kecewa bila di situ pun tak rak novel melayu kosong. Padahal hari tu bertimbun novel melayu dekat tepi pintu masuk. Kecewa betul aku... Lepas tu pergi Harris tapi tutup. Hurmm...hujung2 naik tingkat atas masuk POPULAR. Sini pun sama juga...novel tak banyak. Mungkin sebab PBAKL jadi stok novel tak dapat hantar ke sini buat sementara. Aku agak macam tulah.

Banyak novel yang aku senaraikan tapi satu pun tak ada. Frust sangat. Sudahnya aku capai 2 novel aje untuk dibeli. Jauh-jauh datang macam pelik pula, kalau tak beli apakan. Aku beli novel Seseorang Untuk Dinikahi dan novel Kalau sayang katalah sayang.
 



Inilah novelnya. Hari ni baru dapat upload. Dah habis baca Kalau Sayang Katalah Sayang. Seseorang Untuk Dinikahi tu baru mula baca semalam. Tapi perasaan tak tepi novel tu macam novel lama? Nampak macam rosakkan? Tu sebab novel ni aku simpan dalam beg plastik aje. Campur dengan barang lain yang di letak di belakang hilux. Dalam perjalanan pulang tu hujan...terpaksa bungkus semua barang di belakang tu dengan plastik sampah yang hitam tu. Air bertakung sikit di lantai belakang tu, ada masuk dalam beg plastik... tu yang novel aku ni pun kena... Jadilah macam dah lama tepi buku tu.


Hari ke-3, masa pergi di KK Plaza, sempat merayau di area segama tu. Ada satu kedai buku yang selalu juga aku masuk kalau jalan2 di kawasan ni. Happylah kononnya, sekali tengok TUTUP! Astaga...memang kecewa jak kerja aku di kk hari tu! Apa boleh buatkan. Mungkin lain kali saja.

 

Friday, April 17, 2015

Cantiknya Simpang Mengayau (Tip Of Borneo) ~ Part 2

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم / Bismillahirrahmanirrahim‎.

Ini sambungan n3 semalam. Cantiknya Simpang Mengayau (Tip Of Borneo) ~ part 2. Ok, lepas lepak lama di atas puncak simpang mengayau tu, tibalah masa nak ke pantai pula.. Mulalah melangkah dalam terik matahari untuk kembali ke tempat letak kereta. 
 

 Sempat lagi singgah di sini. macam pelantar pun ya juga. Panas sangat tapi sebab excited dengan keindahan tempat ni, pergi juga ke tempat yang baru di buat ni. Sebab masa tu tengahari jadi cuma kitaorang yang layan pemandangan di sini. Semua orang berlindung di pondok atau bawah pokok. Kitaorang aje yang macam sakai berpeleseran. Tengahari buta pula tu. Siap berposing macam-macam kat sini.



Pantainya dekat aje. Depan pantai tu banyak chalet dan kabin untuk kemudahan pengunjung yang nak menginap. Kat sini ramai pelancong asing.


cantikkan pantainya...air lautnya warna hijau lagi. Memang mengasyikkan duduk kat sini. Kat sini kita orang makan2 bekal yang di bawah dari rumah. kira macam picnic la kononnya.
tengok budak baju merah ni...teringin sangat nak mandi tapi takde kawan. Jadi tengok je la orang lain mandi.

cantikkan pemandangannya...
Cantiknya Simpang Mengayau (Tip Of Borneo)


Puas dah menikmati pemandangan cantik di Simpang Mengayau, kita orang pun pulang. Teruskan perjalanan, singgah kejap di tepi jalan untuk beli jagung. Banyak gerai tepi jalan yang jual jagung bakar. Tengok gambar kat bawah ni, tu nampak berasapkan. Tu tengah bakar jagunglah tu.

kraftangan pun banyak di jual di sini


masa pulang ni, kami pergi ke Kota Marudu. saja jalan2 sambil cari makan! Memang perut lembu betul. Tak cukup makan masa di Simpang Mengayau , ni nak sumbat makanan lagi. Aku ikut ajelah. Makanan di restoran ni murah aje. Terkejut aje tengok harganya makanannya. Tapi aku lupa nak ambil gambar makanan pula. Maklumlah sibuk aje berbual tentang Simpang Mengayau tu.


Lepas dari Kota Marudu terus sambung perjalanan pulang. Sampai KK, sempat lagi singgah kejap di Karamunsing. Dengan kaki yang rasa nak tercabut, gagah juga melangkah masuk dalam ni.



Karamunsing...masa ni nak naik tingkat atas tengok2 barangan komputer


Lepas dari Karamunsing, sambung perjalanan lagi. Sampai Putatan, singgah di Restoran Sinar Mustika tapi dah nak tutup. Awal tutup pula padahal baru 9 lebih masa tu. Carilah tempat makan lain di bahagian area Giant dan Servey tu. Ada restoran Tomyam. Aku lupa nama restoran tu tapi tomyam dia sedap sangat.



Antara menu yang di order. Baru perasan, lupa ambik gambar tomyamnya!

 Lepas dari restoran ni, terus sambung perjalanan pulang. Sampai rumah mandi dan tidur. Penat gila...ok habis.

Cantiknya Tanjung Simpang Mengayau (Tip Of Borneo)

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم / Bismillahirrahmanirrahim‎.

Holla...kali ni nak kongsi gambar masa pergi ke Simpang Mengayau hari tu. Tempat ni terletak di bahagian paling utara Borneo di daerah Kudat. Apa yang menariknya, tempat ni merupakan titik pertemuan Laut China Selatan dan Laut Sulu. Tempat ni juga di kenali sebagai Tanjung Simpang Mangazou oleh kaum Rungus (etnik paling ramai di daerah ini). Jarak dari KK ke tempat ni lebih kurang 180km. Tapi perjalanan hari tu, mula dari Beaufort jadi memang rasa jauh sangatlah. Kebas punggung sebab lama sangat duduk dalam kereta! 

Nasib baiklah sepanjang perjalanan, pemandangannya cantik2.. Dari KK, lalu daerah Tuaran dan Kota Belud. Kat Kota Belud boleh nampak sawah padi yang berlatar belakangkan gunung kinabalu. Memang cantik sangat. Aku dah pernah pergi ke Simpang Mengayau ni tahun 2011 tak silap. Masa tu jalan masuk ke kawasan tu agak teruk. Kali ni pun jalannya masih tak siap lagi. Nasib baik dah ok sikit berbanding dulu. Cuma tanda jalan tu buat orang keliru. Malah ada tempat yang langsung tak ada tanda jalan pun. Tapi sekarang, takde tanda jalan pun senang aje sampai. GPSkan ada...

Pagi tu singgah sarapan di Putatan (Restoran Sinar Mustika)...aku tak ambik sarapan berat. Cuma makan sebijik pau dan nestum panas. Lagi pun, dah bawa bekal makanan dari rumah. Lepas tu, teruskan perjalanan ke Kudut. Tak jauh dari kilang sawit Langkon, singgah beli makanan ringan.

 deretan kedai yang jual makanan ringan.

 tengok segala keropok, kacang tanah, kuih semua digantung rendah2 macam ni


 Tadaaa...sampai sudah. Masa ni dah dekat pukul 11. Panas gila...terpaksa pakai payung untuk turun. Tapi payung masa tu satu aje. selongkar belakang kerusi, jumpa pula payung BN. Pakai ajelah...walaupun ada yang pandang pelik. Mesti dorang fikir geng kitaorg ni kaki politik hehe.

Tanjung Simpang Mengayau (Tip Of Borneo)


Tanjung Simpang Mengayau (Tip Of Borneo)

 Selepas meredah jalan di bawah matahari yang terik, akhirnya sampai juga ke destinasi utama.
ni monumen Tip Of Borneo. Belakang batu ni ada peta dunia dan ada tulis 'YOU ARE HERE' di hujung peta borneo tu. Tapi aku lupa pula ambik gambar.

 Yang ni monumen tepi pagar...atas rumput mengadap laut laut sulu

 Tanjung Simpang Mengayau (Tip Of Borneo)

Tanjung Simpang Mengayau (Tip Of Borneo)

 
 aku suka pemandangan ni...macam kat luar negara pula..ada tebing tinggi. Kat bawah ada batu-batu besar

 Tangga turun ke bawah

 kat hujung tangga ni pun ada papan, macam monemun jugalah. Selalu orang ambil gambar kat situ. Tapi sebab ramai orang, hujung tangga agak terlindung. Sebenarnya, sampai hujung ni aje kawasan dalam jagaan. Lepas hujung tangga tu, keselamatan...kau tanggung sendiri.

 Aku ambik gambar dari atas aje masa ni...

 Mengadap Laut Sulu

 Ada rumah api di bahagian laut sebelah sini. Tapi lupa nak ambil gambar. Peliknya boleh pula tersnap gambar couple ni...

 ok, lense camera di hala ke depan semula. Cantikkan warna air lautnya...memang gatal sangat kaki nak turun bawah masa ni.

 akhirnya aku turun kat bawah juga. Dah alang2 sampaikan...rugilah kalau tak turun. Risiko memang tanggung sendiri. Takut juga tengok ombak datang tapi lagi takut masa turun dan naik batu2 tu. Tangga takde, pandai2 la kau panjat batu2 tu.


Bersambung...