tips orkid senang berbunga
Ini sebahagian bunga orkid saya yang berbunga. Sebelum ini saya memang tak berani nak tanam orkid sebab pada saya bunga orkid ini susah nak jaga. Saya pernah beli sepasu orkid di tamu Kota Belud. Adalah dalam sebulan dua pokok tu bertahan sebelum mati. Selepas itu saya tak pernah tanam orkid lagi.
Satu hari tu saya ambil dua pasu orkid kakak saya yang terbiar dan hampir mati. Saya alihkan dan gantung depan rumah. Seorang kawan saya yang minat sangat dengan bunga nampak bunga tu dan dia bagi saya petua untuk suburkan semula bunga tu. Dia suruh saya rendam bunga tu semalaman. Saya pun cubalah rendam dalam baldi. Rendam bahagian pasu (tenggelamkan pasu-pangkal pokok). Kalau ada air beras lagi bagus. Kalau tak ada, guna air paip pun boleh.
Satu hari tu saya ambil dua pasu orkid kakak saya yang terbiar dan hampir mati. Saya alihkan dan gantung depan rumah. Seorang kawan saya yang minat sangat dengan bunga nampak bunga tu dan dia bagi saya petua untuk suburkan semula bunga tu. Dia suruh saya rendam bunga tu semalaman. Saya pun cubalah rendam dalam baldi. Rendam bahagian pasu (tenggelamkan pasu-pangkal pokok). Kalau ada air beras lagi bagus. Kalau tak ada, guna air paip pun boleh.
Lepas saya cuba petua tu, bunga orkid dua pasu itu kembali segar dan mengeluarkan anak dan tak lama lepas tu mengeluarkan bunga. Saya cuba alihkan anak2 orkid. Sayangnya hampir semua anak2 orkid bantut! Tak besar2 dan ada yang mati. Frust saya. Kawan saya kata guna arang dan bata untuk akar orkid hidup. Tapi anak2 orkid tak jadi2 juga. Mungkin tangan saya yang panas.
Saya kemudian guna sabut kelapa. Sebelum ini saya pernah nak guna sabut kelapa tapi ada tip saya baca, sabut kelapa tak bagus untuk akar orkid sebab sabut kelapa boleh menakung air dan sering menjadi sarang untuk semut. Tapi saya cuba saja daripada biarkan anak2 orkid mati macam itu saja.
Kebetulan sabut kelapa banyak, saya pun gunalah. Gantikan arang dan bata dalam pasu orkid. Alhamdulillah lepas itu, anak2 orkid terus segar dan membesar. Jangan lupa juga rendam pokok tu seminggu sekali. Dulu saya pernah ikut petua, siram pokok orkid seminggu sekali tapi, pokok saya jadi kering dan mati. Pernah juga siram 2 kali seminggu, daun orkid jadi kuning dan mati.
Sekarang saya tak siram, saya rendam saja pasu2 orkid tu dalam setengah jam. Bagi sabut semua basah dan meresap air. Rendam sekali aje dalam seminggu. Pokok juga harus dikenakan cahaya matahari pagi. Barulah pokok jadi segar dan cepat keluarkan anak. Tips saya juga untuk orkid selalu keluarkan bunga, potong tangkai bunga yang telah mati. Ini mengalakkan bunga keluar di bahagian lain. Korang juga kena rajin bersihkan habuk2 di tengah kelopak daun yang paling hujung (pucuk paling muda) dan cuba buka kelopak bahagian pucuk yang agak rapat. Selalu saya buat macam ini, bagi tunas bunga keluar. Insya Allah, orkid akan cepat berbunga dan tak putus berbunga. Cubalah...
Saya tak pakai baja apa pun dan tak pernah beli apa2 baja untuk bunga. Selalunya saya guna air basuhan beras aje untuk rendam pokok bunga orkid. Itu pun kalau ada air basuhan. Kalau tak guna sisa air sulingan minuman aje. K, bye.
tips orkid senang berbunga
tips orkid senang berbunga
No comments:
Post a Comment