Tuesday, May 31, 2011

MENDIAMKAN DIRI KETIKA AZAN

sumber : google

MENDIAMKAN DIRI KETIKA AZAN.

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yg ajal tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.
Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya." Ini jelas menunjukkan kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang. Sebagai orang beragama Islam menghormati azan banyak fadhilatnya. Jika lagu diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.
Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut."Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin.. amin..amin Yarobbal a'lamin.."

WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W.kepada SAIDINA ALI R.A.;
Wahai Ali, bagi orang MUKMIN ada 3 tanda-tandanya:
1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia.
2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu.
3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia

Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR Itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian menimpanya.

Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Wang RM50 atau S$50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket.
45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan bola sepak.
Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yang berfikir dan berbicara tentang bagaimana untuk memasukinya.
Kita boleh mengirimkan ribuan 'jokes' dan 'surat berantai' melalui e-mail tetapi bila mengirimkan yang berkaitan dengan ibadah seringkali berfikir 2 atau 3 kali. Fikir....

credits to http://cili-merah.blogspot.com


Monday, May 30, 2011

peluang bertaubat berkali-kali

Peluang bertaubat diberi berkali-kali

Manusia sering kecewa kerana apabila dizalimi tiada balasan serta merta mengena orang yang menzalami. Sedangkan Allah yang Maha Esa wujud, Maha Mengetahui dan Maha Menguasai setiap detik kejadian. Di manakah keadilan?


Persoalan ini meragukan insan yang ingin merapatkan dirinya kepada Allah dan agama yang diredai-Nya iaitu Islam. Mereka beranggapan dengan memeluk dan menghayati cara hidup yang diredai oleh Pencipta maka kesengsaraan akan hilang.


Bukankah definasi agama yang benar adalah agama yang membuatkan insan bahagia bukannya sengsara!

Namun, agama yang diredai ini bersifat paradoksikal pula. Semakin diserahkan diri semakin pula menerima seksa.

Penerimaan seksa masih boleh difahami kerana itu adalah ujian Allah untuk dibalasi di akhirat nanti. Sebaliknya, apa yang tidak boleh difahami adalah keadaan selesa dan gembiranya kehidupan orang yang menzalami. Inilah paradoksnya.

Kalangan yang beramal kebaikan tatkala yang beramal kejahatan menguasai cara hidup pasti menghadapi permasalahan ini. Dengan kata lain, suasana ini tidak berlaku di kala dunia didominasikan (baca dikuasai) oleh kalangan yang baik.

Ketika keadaan dunia adalah 'malam', golongan jahat akan menghimpit gerak golongan baik kerana mempertahankan cara hidup melalui kuasa. Mereka merancang dan melaksana dengan amat yakin kerana sumber kekuatan duniawi mereka mengatasi golongan baik. Golongan baik pula walaupun telah dilatih untuk bersabar dan bersedia secara mental untuk menghadapinya masih berpecah belah dengan hal-hal yang tidak fundamentals.

Persoalan Allah membenarkan golongan jahat menyeksa golongan baik boleh diterima. Sebaliknya, Allah membenarkan golongan jahat bergembira dengan kezaliman mereka malah menambah nikmat duniawi kepada mereka menjadi sesuatu yang meragukan. Sepatutnya (mengikut perkiraan golongan baik), "kami perlu menanggung seksa dan mereka akan dibalasi." Hakikatnya tidak, "kami menanggung seksa dan mereka semakin senang."

Kemungkinannya ialah Allah menangguh balasan kepada golongan yang jahat. Mengapa pula? Untuk memberi peluang bertaubat dan berubah kepada kebaikan. Peluang diberi bukan hanya sekali, namun sepatutnya beberapa kali agar suatu hari nanti (akhirat) seksa yang diterima adalah adil dan abadi. Kalau hanya sekali buat kesalahan dan terus ditimpa hukuman maka tidaklah Allah itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang. Beri petunjuk dan peluang kepada dua jalan: buat baik dan buat jahat.

Seperkara lagi, bagi golongan baik tugasan mereka adalah beriman dan beramal saleh termasuk memberi peringatan dan khabar gembira. Mereka tidak ditugaskan untuk memaksa perubahan. Petunjuk dan perubahan manusia adalah milik Pencipta.

Rumusannya, peluang untuk bertaubat diberi berkali-kali agar kembali ke pangkal jalan. Jika tidak, seksaan di sana adalah adil, berpatutan dan abadi. Oleh itu, jangan berduka atas kesenangan mereka. Doakan mereka berubah kerana di sana amalan sudah tidak diterima. Itulah keadilan Ilahi.

credits to http://ustaznaim.blogspot.com/2009/06/tazkirah-agama.html


Sunday, May 29, 2011

10 sebab doa terhijab



10 Sebab Doa Terhijab

“Wahai Ibrahim Adham, kami telah berdoa kepada Allah, tetapi tidak diperkenankanNya lagi. Beritahulah kami apakah sebabnya?” Ibrahim Adham menjawab, terhijabnya doa disebabkan
10 perkara..”

1) Kamu mengenali Allah tetapi
tidak menunaikan hakNya (perintahNya).

2) Kamu membaca al-Quran tetapi
tidak beramal dengannya.

3) Kamu mendakwa iblis itu musuh
kamu tetapi kamu menurut hasutannya.

4) Kamu mendakwa mencintai
Rasulullah tetapi kamu meninggalkan
amalan dan sunnahnya.

5) Kamu mendakwa mencintai syurga
tetapi kamu tidak beramal untuk
mendapatkannya.

6) Kamu mendakwa membenci neraka
tetapi kamu tidak meninggalkan
perbuatan dosa.

7) Kamu mendakwa mati itu benar
tetapi kamu tidak bersedia untuk
menghadapinya.

8) Kamu sibuk menceritakan
keaiban orang lain tetapi kamu lupa
keaiban diri sendiri.

9) Kamu makan rezeki Allah tapi
kamu tidak mensyukurinya.

10) Kamu mengebumikan jenazah
saudaramu tetapi kamu lupa mengambil
ikhtibar daripadanya.

nauzubillah... mohonlah doa dengan sebaiknya... moga dia menjawab segala permintaan kita insyaAllah

gambar & info sumber : google

Tuesday, May 24, 2011

동안미녀 / Dongahn Mi Nyeo / Baby-faced Beauty


Title: Baby-faced Beauty / Youthful Beauty / Pretty Young Woman / Dongahn Mi Nyeo
Genre: Romance, comedy
Episodes: TBA
Screenwriter: Oh Sun Hyung, Jung Do Yoon
Director: Lee Jin Sei, Lee So Yun
Broadcast network: KBS , MOnday & Tuesday 21:55
Broadcast period: 2011-May-02
Hangul: 동안미녀
Language: Korean
Country: South Korea

Synopsis
Jang Nara is 34 years old woman who graces with youthful look, she looks like just in her 20s. She just got fired from her job and has to lie about her age in order to get another job. Choi Daniel is a rich man who always dates younger girls than him but he then meets and falls for Jang Nara which is older than him.


Story
A drama about a woman in her 30s getting a job in a clothing company as her 7 years younger sister and the events that follow.
A romantic comedy about the ever so young looking lead character who overcomes her handicap of being a credit delinquent and having only a high school diploma, fullfilling her dreams and love.

Plot
"Baby-faced Beauty" is a romantic-comedy centered around a 32-year-old woman with a babyface as she works to become a fashion designer and overcomes obstacles like having only having a high school diploma and a bad credit history.

Choi Jin-Wook (Daniel Choi) is the heir of the famous Jokbal restaurant with millions of dollars in annual revenue. But, Choi Jin-Wook goes against his father and leaves his parents' house. Choi Jin-Wook starts to work at another company to accomplish his dream. Against his will, Choi Jin-Wook starts work in the fashion department. With his sweet character he survives there and meets Lee So-Young Lee So-Young (Jang Na-Ra).

Cast
Jang Na-Ra - Lee So-Young
Daniel Choi - Choi Jin-Wook
Ryu Jin
Kim Min-Seo - Yun-Seo
Hyun Young
Yun Hee-Seok
Oh Yeon-Seo - Lee So-Jin


gambar & sinopsis sumber : google


Monday, May 23, 2011

politik oh! politik

aku orang politik ke? hahaha, takdelah sebenarnya aku hanya seorang pemerhati...nak kata minat tu, tidak juga. nak kata tidak minat pun, tidak juga. cuma aku memang ambil tahu tentang hal2 politik dalam dan luar negara.

semalam, berlangsung mesyuarat perwakilan pergerakan puteri umno bahagian libaran.aku join puteri dan ini kali pertama aku menghadiri majlis macam ni. sebenarnya mesyuarat tu sama dengan mesyuarat perwaklian pemuda umno dan pergerakan wanita umno bahagian libaran. majlis tu dirasmikan oleh ketua menteri sabah dan berlangsung di dewan sri libaran.


luar dewan


dalam dewan


Saturday, May 21, 2011

nera tersingkir di konsert minggu ke 7

sumber : google

lalalalala...akhirnya nere terkeluar juga. fuhhh! mesti orang2 yang tak suka nera selama ni buat kenduri besar2an. terutamanya hattan lah yang 24jam asyik bagi komen sinis tu! sorry, aku memang tak suka artis sorang ni dari dulu lagi.

actually aku bukanlah peminat nera cuma aku rasa dia memang ada bakat pun. kalau takde bakat kenapa juri pilih dia masuk af9 kan. sayangnya sepanjang berada di af dia dia asyik dapat lagu budak tadika jer. langsung tak mencabar vokal pun! hujung2 baru dapat lagu balada 'tak ingin sendiri'. persembahan nera tadi memang ok...cuma dah takde rezeki duduk dalam af. takpe la sekurang2nya dia buktikan juga yang dia sememangnya berbakat.

persembahan tadi aku rasa semua pun bagus kecuali si juara af9 tu. siapa lagi kalau bukan si kurus kering tu. habis rosak lagu dato ct. tapi peliknya si hattan tu tetap puji melangit! aku pun tak tahulah kenapa hattan asyik puji lebih2. ada salah2 pun dia buat pekak jer. macam calon bini jer...menyampah habis!

sumber : google

azri...macam kata ogy, memang persembahan dia best sangat. tapi macam selalu hattan memang tak pernah puas hati (tapi bab si kurus kering, dia selalu dan sentiasa telebih puas hati!). mungkin dia rasa tercabar sebab tu cakap azri nyanyi tak bagus dan penghayatan tak sampai. nampak sangat dia ni ego dan fikir dia je yang nyanyi bagus! eiiii...tolonglah...

sumber : google

sumber : google

lena & erul...dua2 pun ok dan aku tak risau sebab mereka berdua ni dah sah2 masuk finale. cuma untuk jadi juara memang tak ada harapanlah sebab juara dan naib juara sudah ditetapkan. sorry lah lena dan erul...tapi takpe orang di luar sana memang dah tahu bakat korang berdua.

dari minggu lepas aznil kata ada immuniti tapi sampai habis pun tak umum siapa pelajar yang dapat immuniti tu. tup2 dia kata immuniti untuk minggu depan pula. adoi! apa bah aznil ni kasi buduh urang jak, cakaplah awal2 minggu depan...ini bukan saspen tapi mengasi biul, laput punya aznil. di buduh2 juga oleh team produksi af9 tu!

aku harap sangat minggu depan lena, azri dan erul dapat lagu yang rancak...yang tunjukkan kehebatan dalam persembahan mereka. macam di konsert tirai dulu. harap2lah undian mereka pun tinggi. nera di luar sana, tolonglah undi banyak2 untuk azri ye...hahahaha. kalau immuniti, memang tak haraplah sebab immuniti khas untuk si juara dan si naib juara tu jer. eksyen jer suruh undi...konon jari jadi juri. fuiii, pangket la...padahal astro juga yang tetapkan undian siapa yang disekat dan bila undi ditutup.

af sudah 9 tahun, sudah masak dengan mainan dorang. baguslah ini yang terakhir...sudah2lah mengaut untung dari duit penonton. cukup2lah membodoh2kan pengundi. af9 ni betul2 sejarah yang hancur dan hangkang! diari paling murah... kesian amy search, seolah2 di gula2 kan oleh team produksi af9 jer. nasib kau la amy! apa2 pun aku harap lena, erul dan azri akan buat persembahan yang meletop minggu depan...


p/s: tak dapat dengar 'kiki baaah' lagi...bye nera,..




jagalah aib saudaramu

"Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang amat keji itu tersiar di kalangan orang-orang yang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat. Dan Allah mengetahui, sedang, kamu tidak mengetahui." (24:19)

Ikhwahfillah rahimakumullah...
Allah amat murka kepada mereka yang menyebarkan keaiban di dalam masyarakat. Sehingga disebabkan mereka maka masyarakat menganggap kejahatan itu merupakan suatu yang biasa dan masyarakat merasa tidak aman daripada buah mulut orang lain. Kerana itulah Allah SWT mengharamkan mengumpat sebagaimana yang difirmankan di dalam ayat berikut:
"Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Suka kah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang." (49:12)
Keaiban kadangkala dianggap suatu yang baik untuk dikongsi di atas banyak sebab, antaranya untuk melepaskan tekanan perasaan, untuk menimbulkan rasa insaf, sebagai pelajaran bagi orang lain, untuk menjadikan diri dipandang mulia, memberi alasan dan sebagainya. Atas apa alasan pun, membocorkan keaiban merupakan suatu yang dilarang oleh Allah dan Rasul. Rasulullah SAW bersabda:
"Seorang Muslim itu saudara bagi Muslim yang lain. Dia tidak menganiayanya dan tidak pula membiarkan dia teraniaya. Siapa yang menolong keperluan saudaranya maka Allah akan menolong keperluannya pula. Siapa yang menghilangkan kesusahan seorang Muslim, Allah akan menghilangkan kesusahannya di hari kiamat. Dan siapa yang menutup keaiban seorang Muslim, maka Allah SWT akan menutup keaibannya di hari akhirat." (HR Bukhari)
Siapa yang merosakkan nama baik atau harta benda orang lain, maka minta maaflah kepadanya sekarang ini, sebelum datang hari di mana mata wang tidak laku lagi. Kalau ia mempunyai amal baik, sebahagian dari amal itu akan diambil sesuai dengan kadar aniaya yang dilakukannya. Seandainya ia tidak mempunyai amal baik maka dosa orang lain itu diambil dan ditambahkan kepada dosanya." (HR Bukhari)
"Tiada seorang yang menutupi aurat( keaiban) orang di dunia, melainkan Allah akan menutupi keaibannya di hari kiamat." (HR Muslim)
Bahkan, keaiban yang dilarang untuk diceritakan itu bukan cuma keaiban orang lain. Keaiban diri sendiri juga harus dan perlu ditutup oleh setiap orang. Rasulullah SAW bersabda:
"Semua umat ku selamat kecuali orang yang terang-terangan melakukan dosa. Dan termasuk terang-terangan itu adalah seorang yang melakukan dosa di waktu malam gelap mendadak pagi-pagi diceritakan kepada orang lain. Padahal semalam Allah telah menutupi dosanya itu tetapi setelah paginya dia membuka apa yang Allah tutup itu." (HR Bukhari dan Muslim)
Keburukan dan kelemahan seseorang yang disebar-sebarkan akan menimbulkan perpecahan dan sangka buruk di dalam masyarakat. Perasaan ukhuwwah akan hilang dan digantikan dengan perasaan benci-membenci dan saling menaruh perasaan dendam. Biasanya seseorang yang membuka keaiban diri kepada orang lain akan menggoda orang yang mendengar untuk membuka keaiban dirinya pula untuk memberi nasihat atau sekadar balasan perkongsian tadi. Kalau tidak pun orang yang mendengar akan mula berburuk sangka atau termotivasi untuk melakukan perbuatan yang sama.
Seandainya keaiban tadi adalah keaiban orang lain pula, maka itu sudah masuk ke dalam kategori mengumpat dan seperti yang Allah fimankan tadi, perbuatan itu diumpamakan sperti memakan daging saudara kita yang telah mati. Jelas perbuatan ini merupakan punca perpecahan dan perbalahan sesama muslim. Bahkan, seperti juga membuka aib sendiri, membuka keaiban orang lain juga memotivasi orang yang mendengar untuk berkongsi keaiban orang lain yang dia ketahui juga. Maka tersebar luaslah keburukan dan keaiban di dalam masyarakat sehingga terbuka luaslah pintu-pintu kehancuran, fitnah dan perpecahan di dalam masyarakat.
Setiap orang mempunyai keaiban dan tidak ada seorang pun yang terlepas dari melakukan kesalahan. Rasulullah SAW bersabda, "Setiap daripada kamu adalah orang yang berbuat salah, dan sebaik-baik orang yang berbuat salah adalah orang yang bertaubat."( HR Ahmad). Maka, selagi mana perbuatannya itu tidak dilakukan secara terang terangan maka perlakuan itu haruslah dirahsiakan dan dia tidak dihukum disebabkan dosanya itu.
Dari Umar bin Khattab ra, katanya "Manusia pada zaman Rasulullah SAW berhukum dgn dasar wahyu, dan sekarang wahyu telah tidak turun lagi, sekarang kamu kami hukum dengan menurut apa yang nyata bagi kami tentang kerja mu. Barang siapa yang nyata bagi kami baik, kami amankan dan kami benarkan. Kami tiada mengetahui sesuatu yang dirahsiakan, hanya tuhan yang menghitung yang dirahsiakannya itu. Siapa yang nyata bagi kami jahat, tidak kami amankan dan tidak kami benarkan, walaupun dia mengatakan bahawa yang dirahsiakan hatinya baik. (HR Bukhari)
Bahkan barangsiapa yang melakukan kesalahan yang sepatutnya dijatuhi hukuman hudud sekalipun ke atasnya, lalu Allah menutupi keaibannya itu, maka dia seharusnya menyembunyikan keaibannya itu lalu bersungguh-sungguh bertaubat kepada Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda:
"Barangsiapa yang melakukan kesalahan hudud lalu disegerakan hukumannya di atas dunia, maka adalah Allah terlalu adil untuk mengenakan padanya hukuman kali kedua di akhirat. Barang siapa yang melakukan kesalahan hudud lalu kesalahannya ditutup oleh Allah SWT, sehingga dia terlepas darinya, maka Allah adalah teramat pemurah untuk menghukum orang yang telah dilepaskan dari hukuman oleh-Nya." (HR Ahmad, dia berkata hasan gharib. Al-Hakim, dia berkata sahih menurut persyaratan Bukhari dan Muslim)
Prof. Dr. Yusuf al-Qardhowi menulis di dalam bukunya Taubat bahawa seseorang yang melakukan dosa-dosa seperti zina, minum arak, dan sebagainya yang tidak melibatkan kezaliman terhadap orang lain, maka dia harus menyembunyikan kesalahannya itu. Tidak perlu diakui di hadapan pemerintah dan mintak untuk dihukum kerana Allah telah menutupi kesalahannya. Akan tetapi seandainya dia tetap ingin mengakui kesalahannya di hadapan pemerintah maka itu juga tidak mengapa.
Termasuklah di sini, seseorang yang menyaksikan perbuatan zina atau seumpamanya, sedangkan tidak cukup saksi. Maka seharusnya dia tidak melaporkan kejadian tersebut dan tetap merahsiakannya. Seandainya dia tetap melaporkan kejadian tersebut, maka dialah yang akan menerima hukuman 80 sebatan.
Prinsip ini jelas berbeza daripada teori kaunseling barat yang meminta orang yang di kaunseling untuk membuka seluas-luasnya seluruh cerita mengenai dirinya. Kita disuruh untuk memendam seluruh keaiban diri.
Persoalan timbul, bagaimanakah caranya untuk mencari jalan keluar dari sesuatu permasalahan seandainya masalah tidak dapat dikongsi. Jawapannya, mungkin soalan tadi dapat kita umumkan dan tidak kita kaitkan dengan mana-mana peribadi. Begitu juga dengan cara menegur, boleh menggunakan kaedah yang umum supaya keaiban pihak yang ditujukan teguran itu ditutup.
Mungkin ada yang masih berhujah, bagaimana kalau teguran secara umum tadi tidak berkesan? Perlu diingat, ada orang yang melakukan maksiat kerana dia tidak tahu, ada yang melakukannya kerana terlupa atau terlalai dan ada juga yang melakukannya disebabkan tidak tahan. Orang yang melakukan dosa disebabkan dia tidak mampu menahan godaan tadi, sedangkan dia tahu perbuatan itu merupakan dosa, dan dia cuba sedaya-upaya untuk menyembunyikan keaibannya itu, maka dosanya adalah dengan Allah SWT dan hak dia adalah keaibannya itu dilindungi seandainya secara tidak sengaja terbongkar.
Rasulullah SAW bersabda: "Demi Allah ia tidak beriman, Demi Allah ia tidak beriman, Demi Allah ia tidak beriman." Orang bertanya, "Siapakah orang itu wahai Rasulullah?" Rasul menjawab, "Orang yang tidak aman jiran tetangganya kerana kejahatannya." (HR Bukhari)
Mudah-mudahan kita tidak termasuk di dalam golongan yang menyebabkan tetangga kita merasa tidak aman dari kejahatan kita. Bayangkan suasana tempat tinggal yang kita berasa tidak aman dari tersebarnya keaiban diri kita. Tentu tidak selesa bukan?
Bertapa indahnya sistem kemasyarakatan yang telah Allah SWT buat untuk kita. Dilarang menzalimi, dilarang mendedahkan keaiban diri sendiri dan orang lain, dilarang mencari-cari kesalahan, dilarang mengumpat, dianjurkan saling memberi hadiah, dianjurkan menyebarkan salam, disuruh mendoakan orang yang bersin, disuruh memberi salam dan pelbagai lagi sarana yang Allah SWT tunjukkan pada kita dalam rangka mewujudkan masyarakat saling sayang-menyayangi dan kasih-mengasihi. Rasulullah SAW bersabda:
"Tuhan menciptakan rasa kasih sayang itu seratus bahagian. Sembilan puluh sembilan dari padanya disimpan di sisi-Nya. Satu bahagian sahaja yang diturunkannya ke duna. Dengan kasih sayang itulah para makhluk saling berkasih sayang, sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terinjak." (HR Bukhari)
"Siapa yang tidak mencintai tidak akan dicintai." (HR Bukhari)
"Anda lihat orang-orang yang beriman itu dalam kasih mengasihi, saling cinta-mencintai dan saling tolong-menolong, seperti sebatang tubuh. Kalau ada satu anggota badan yang sakit, maka seluruh tubuh akan ikut menderita tidak dapat tidur dan kepanasan." (HR Bukhari)
Benarlah firman-Nya:
"Dan Yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." (8:63)
Seandainya kita membelanjakan seluruh kekayaan yang ada di langit dan di bumi sekalipun, tak akan pernah terjadinya penyatuan hati antara dua orang sekalipun. Akan tetapi dengan berpandukan sistem yang dia turunkan dan ajaran yang Da ajarkanlah, maka lahirlah suatu kaum yang tak pernah di kenal dan tak pernah terbayang oleh manusia lantaran terlalu dalamnya kecintaan di antara sesama mereka.
Mereka ibarat satu tubuh, tidak pernah terlintas untuk menyakiti tubuh yang lain. Tidak pernah terlintas untuk membiarkan tubuh yang lain. Tidak pernah menghina dan mencaci tubuh yang lain. Tidak pernah hilang kerjasama di antara mereka. Tidak pernah diam suatu anggota melihat anggota lain terzalimi. Begitulah kuat dan kukuhnya perhubungan di antara mereka.

sumber : google

Friday, May 20, 2011

nora elena

sumber : google

lama aku tak tengok drama di tv3, baru2 ni tertengoklah pula di slot akasia. macam best je tajuk dia nora elena. rupa2nya ni adaptasi dari novel meen zulaikha-kasih yang suci. hohoho...boleh tahan ye, nampaknya meen pun dah jadi macam ahadiat akashah dan sharifah abu salem yang mendramakan novel karya mereka.
memang bagus sebab di malaysia ni orang tak berapa suka sangat baca novel. padahal cerita2 novel memang setanding dan kadang2 lagi best dari filem2 yang sememangnya ditulis untuk filem. dengan adanya usaha mendrama atau memfilemkan novel, bolehlah peminat2 filem merasa bestnya kisah2 dari novel juga.
hahaha, tu pandangan aku sendiri, pandangan orang kampung...mungkin berbeza pandangan dan pendapat dengan orang2 di luar sana. apa2 je la... cakap tentang drama nora elena ni, aku dah ketinggalan beberapa episod. sayang sangat...tapi takpe, yang episod2 sekarang pun memang best juga. aku suka watak nora yang dipegang oleh siti saleha.
sebelum ni ramai yang tak kenal siapa siti saleha walaupun dia dah banyak drama yang disiarkan di rtm, tv3 dan astro. aku masih ingat kat fb meen zulaikha bagitahu siti saleha jadi heroin, ada yang tanya siapa siti saleha? tak pernah dengar pun nama tu?! hehehe...sekarang sure orang dah kenal betul siapa gadis fan asia yang bernama ala2 gadis kampung ni.


sumber : google


memang sesuailah watak ni siti saleha yang bawa sebab lukisan watak nora dalam novel ni memang sama dengan gaya dia. aaran aziz? bagi aku la...kalau ikutkan aku tak berapa suka mamat ni, tapi kalau ikutkan dia dengan eid (zul ariffin) aku lagi sangguplah tengok aaron sebagai hero. zul tu...memang sesuai sangatlah dengan watak eid yang kaki cemburu dan ego tu.

Thursday, May 19, 2011

hati yang baik

sumber : google

Apabila kita melihat seseorang kita hanya dapat melihat rupa paras fizikal ,pemakaian dan personaliti, namun setiap insan mempunyai hati, itulah yang kita tidak dapat lihat, namun ianya akan tergambar dalam keperibadian seseorang. Hati inilah yang menentukan peribadi seseorang, baik hatinya baiklah orangnya atau sebaliknya. Marilah kita sama-sama DIDIK diri kita ke arah hati yang baik. Semua perkara kena usaha, ini pun salah satu darinya, kena ada niat yang baik dipermulaaan, InsyaAllah semoga dipermudahkan.

Hati yang baik adalah:
1. Hati yang mengingati Allah SWT, Iaitu hati yang tenang, redha dunia dan akhirat
2. Hati yang tidak tamak, sombong atau iri hati
3. Hati yang penuh merendah diri dan dalam kesederhanaan
4. Hati yang benar dan tidak dusta
5. Hati yang membenarkan bimbingan akal dan tidak mudah dipengaruhi emosi
6. Hati yang terpimpin dan ke arah ketaatan
7. Hati yang mengasihani yang lain
8. Hati yang bertolak ansur
9. Hati yang ikhlas dan tidak bakhil
10. Hati yang menjauhkan kemarahan apabila ia hadir


credits to http://rajazatimi.blogspot.com




100 pesanan buat diri sendiri

1. Bersyukur apabila mendapat sebarang nikmat;
2. Sabar apabila mendapat sebarang kesulitan;
3. Tawakkal apabila mempunyai sebarang rancangan;
4. Ikhlaskan diri dalam segala amal perbuatan;
5. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan;
6. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan;
7. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan;
8. Jangan hasad dengan kekayaan orang;
9. Jangan hasad dan iri atas kejayaan orang lain;
10. Jangan sombong kalau memperoleh kejayaan;
11. Jangan tamak kepada harta;
12. Jangan terlalu mengejar sesuatu kedudukan;
13. Jangan hancur kerana kezaliman;
14. Jangan rasa tergugat kerana fitnah;
15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri;
16. Jangan menambahkan harta dengan harta yang haram;
17. Jangan sakiti ayah dan ibu;
18. Jangan usir orang yang meminta-minta;
19. Jangan sakiti anak yatim;
20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar;
21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil;
22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid);
23. Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyu’;
24. Lakukan solat fardhu di awal waktu, berjamaah di masjid;
25. Biasakan solat malam;
26. Perbanyakkan zikir dan do'a kepada Allah;
27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat;
28. Sayangi dan santuni fakir miskin;
29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah;
30. Jangan marah secara berlebih-lebihan;
31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan;
32. Bersatulah kerana Allah dan berpisahlah kerana Allah;
33. Berlatihlah menumpukan fikiran;
34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila kerana sesuatu sebab tidak dapat dipenuhi;
35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syaitan;
36. Jangan percaya ramalan manusia;
37. Jangan terlampau takut miskin;
38. Hormatilah setiap orang;
39. Jangan terlampau takut kepada manusia;
40. Jangan sombong, takabbur dan besar kepala;
41. Berlakulah adil dalam segala urusan;
42. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah;
43. Sentiasa perhatikan kebesaran Allah pada alam persekitaran;
44. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran;
45. Hubungkanlah silaturrahim;
46. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam;
47. Berbicaralah secukupnya;
48. Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya;
49. Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu;
50. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur;
51. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit batin;
52. Sediakan waktu untuk bersama keluarga;
53. Makanlah secukupnya, tidak kekurangan dan tidak berlebihan;
54. Hormatilah kepada guru dan ulama;
55. Sering-sering bersalawat kepada Nabi SAW;
56. Cintai keluarga (Ahlul Bait) Nabi SAW;
57. Jangan terlalu banyak berhutang;
58. Jangan terlampau mudah berjanji;
59. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia adalah kehidupan sementara;
60. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat seperti kata-kata yang sia-sia;
61. Bergaullah dengan orang-orang soleh;
62. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan beristighfar;
63. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah berkemampuan;
64. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita;
65. Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan;
66. Jangan membenci seseorang kerana fahaman dan pendiriannya;
67. Jangan benci kepada orang yang membenci kita;
68. Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan sesuatu pilihan;
69. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang kesulitan;
70. Jangan melukai hati orang lain;
71. Jangan membiasakan berdusta;
72. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan kerugian;
73. Jagalah amanah dengan penuh tanggungjawab;
74. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan;
75. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita;
76. Jangan membuka aib orang lain;
77. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita, lihat pula orang yang lebih berjaya dari kita;
78. Ambillah pelajaran dari pengalaman orang-orang arif dan bijaksana;
79. Sediakan waktu untuk menilai semula apa-apa yang sudah dilakukan;
80. Jangan sedih kerana miskin dan jangan sombong kerana kaya;
81. Jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk agama, bangsa dan negara;
82. Kenalpasti kekurangan diri dan kenalpasti pula kelebihan orang lain;
83. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara;
84. Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa;
85. Hargai prestasi dan pemberian orang;
86. Jangan habiskan waktu untuk sekadar hiburan dan kesenangan;
87. Akrablah dengan setiap orang, walaupun kadangkala tidak menyenangkan;
88. Sediakan waktu untuk riadah yang sesuai dengan norma-norma agama dan keadaan diri kita;
89. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan fizikal atau mental kita terganggu;
90. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana;
91. Lupakanlah kesalahan orang dan lupakanlah jasa kita;
92. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu dan jangan berkata sesuatu yang menyebabkan orang lain merasa terhina;
93. Jangan cepat percaya kepada berita tidak baik tentang sahabat kita sebelum dipastikan kebenarannya;
94. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajiban;
95. Sambutlah huluran tangan setiap orang dengan penuh keakraban dan keramahan dengan tidak berlebihan;
96. Jangan memaksa diri untuk melakukan sesuatu di luar kemampuan diri;
97. Waspadalah akan setiap ujian, cobaan, godaan dan tentangan. Jangan lari dari kenyataan kehidupan;
98. Yakinlah bahwa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan merosakkan;
99. Jangan berjaya di atas penderitaan orang lain dan jangan kaya dengan memiskinkan orang lain.
100. Mati dalam keredhaan Allah, husnul khatimah, dapat mengucap dua kalimah syahadah, tiada hutang, dalam keimanan, membawa hati yang sejahtera dalam keadaan rindu kepada Allah swt dan Rasullullah, Muhammad Saw.

credits to http://rajazatimi.blogspot.com


melupa dan dilupakan

Manusia sering melakukan kesalahan yang sama. Ada yang berusaha untuk memperbaikinya dan ada yang tidak.
Mengapa tidak? Adakah kerana mereka enjoy melakukan kesalahan berulang kali? Tetapi, mengikut logik akal, bukankah setiap manusia mahukan yang terbaik?
Hairan, bukan?
Bukan mereka tidak ingin maju, tetapi mereka tidak sedar akan kekurangan diri yang ada pada mereka. Tidak sedar bahawa perbuatan mereka sebenarnya sedang memudaratkan dan menzalimi diri sendiri. Inilah balasan kepada mereka yang lupa akan Allah.
Firman Allah dalam surah Taha, ayat 126 -127 "Demikianlah keadaannya! Telah datang ayat-ayat keterangan Kami kepadamu, lalu engkau melupakan serta meninggalkannya dan demikianlah engkau pada hari ini dilupakan serta ditinggalkan. Dan demikianlah Kami membalas orang yang melampaui batas dan tidak beriman kepada ayat-ayat keterangan Tuhannya dan demi sesungguhnya azab akhirat itu lebih berat dan lebih kekal"
Apabila Allah melupakan kita, meninggalkan kita, apa akan terjadi pada kita?
Mata kita, hati kita, sudah tidak dapat membezakan yang baik dengan yang buruk. Kita hanya seronok melakukan apa yang kita suka. Kita hilang kebolehan untuk melihat, memikirkan, memahami dan mengambil pengajaran dari tanda-tanda kekuasaan Allah. Kita sudah "terhijab" dari melihat pintu-pintu kebaikan.
Manusia di sekeliling kita juga seperti tidak sedar akan keadaan kita dan selalu saja ada yang menghalang mereka dari mengajak kita ke arah kebaikan. Bahkan, sekalipun telah datang pesanan kebaikan itu kepada kita, kita sendiri yang akan mengendahkannya kerana kejahilan pada diri kita.
Aku akan memalingkan orang-orang yang menyombongkan dirinya di muka bumi tanpa alasan yang benar dari tanda-tanda kekuasaanKu. Mereka jika melihat tiap-tiap ayat(Ku), mereka tidak beriman kepadanya. Dan jika mereka melihat jalan yang membawa kepada petunjuk, mereka tidak mahu menempuhnya, tetapi jika mereka melihat jalan kesesatan, mereka terus menempuhnya. Yang demikian itu adalah kerana mereka mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka selalu lalai daripadaNya
- Al-A'raaf : 146
Ayuh renung sejenak, tentu ada orang seperti di atas yang dikenalimu. Kadangkala sedih melihat mereka dengan ideologi barat dan kafir mereka. Begitulah hukum Allah, ringkas.
Mereka telah lupa kepada Allah, maka Allah melupakan mereka
- At-Taubah : 67
Hm.... Jadi bagaimanakah caranya untuk sentiasa mengingati Allah? Allah telah pun memberi petunjuk (hint) di dalam kitabNya.
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata) : Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka
- Ali Imran: 190-191
Jangan hanya menyebut takbir ketika melatah. Bertasbihlah lalu bertahmidlah, lalu bertahlillah, terus bertakbir memaha besarkan asma-Nya.
Semoga kita beramal seperti seorang muslim sehingga kita berupaya melaungkan "saksikanlah, aku seorang muslim!" tanpa keraguan.
Wallahu'alam. Bersama kita amalkan. Segala yang baik datang dari Allah, dan segala yang datangnya dari Allah adalah terbaik untuk kita.



Wednesday, May 11, 2011

af9?!!!!!!!!!!!!!!!!!!

af9?! ya kali ni aku mau ckp pasal af9 pula. sebelum af9 start aku bukan main excited habis mau tgok. lagi2 lepas tgok plajar2 buat knset tirai tu. tapi msuk minggu ke-2 makin hilang rasa mbuak2 ku tu. apa lagi la sudah msuk knset 3 ada sudah plajar digugur lepas tu msuk pula plajar lain yang kunuk vokal tahap dewa tu!

pembaharuan kunuk bawa plajar baru ganti plajar yg nda tunjuk bakat dlm kata lain, pljar yg nda serius dlm bljr di akademi. suka2 hati jak astro tu. macam suka2 hatinya mengasi naik bil astro padahal rancangan2nya makin lama macam ayam mati biul!

af9, aku makin rasa nda siuk lagi tgok. makin myakitkan hati jak. lagi2 lepas tgok snarai lagu tugasan pljar untuk knset 6 nanti. si azri tu dapat lagu rock mdayu2 saja. boringnya....bila la mau bagi dia lagu rock yg ganas....yg tunjukkn kmantapan vokal dan psmbhannya? bagi la lagu yang cergas2 sikit. ini lagu tidur saja.

si nera lagi bikin sakit jiwa. balik2 saja dapat lagu ampai2....yang bilang orang lagu budak tadika! ini minggu dpt lagu 'kantoi' ....nda mcabar langsung. ultraman pun bleh nyanyi sambil belawan sama raksaksa...nda mcabar langsung. bukan suara nera nda sedap, ok ba dia nyanyi masa knset tirai lagu farahdiya tu. knapa juga skrg nda di bagi lagu slow?

buduh punya astro pilih lagu. inilah sejarah af...yg lagu2nya semua macam apa jak. ada lagu yg prh di bwa pljar af yg lpas. ada pula lagu yg betul2 nda siuk. btul2 la nda pndai bagi lgu ni tahun. smua nda mcbar. balik2 si kurus kering tu saja yg di kasi lagu tinggi yg seumur teriak2. tau la ba dia la tu di pilih sbagai juara af9 tp jgn la tlmpau smpai pljr lain trabai.

tembirang saja 'jari menjadi juri' padahal astro juga yg tntu kn siapa juara. klu sudah byk undi ngam2 pljr yg dorg pilih sbgai juara tu, trus la tutup undian. macam la pngundi nda tau. si nera tu di simpn brapa minggu sbb antara lubuk duit macam dafi af5 dan amirul af4. biar hangkang2 tp simpan jak sbb byk undian. sdh byk tkumpul, bru sedap2 kasi kluar.

betul2 bikin panas tu program. ni minggu ntah apa lagi KOMEN SINIS si hattan sama si nera? kesian tu budak cantik....nasib dia nda cengeng mcm si amir di komen2 pun mnangis. klu bleh, tgn ku msuk di tv tu...lama sudah aku ketuk kpala hattan sama pengaaut. si ogy lagu tu gilad kie tetai asu...nda la pandai puas hati. dia ingat kelas lakonan ka apa af ni. over tahap yang nda dapat di sukat sudah tu perempuan.

penat sudah aku mgomen smpai kluar bahasa suku kaum ku. klu ada makluk tuhan tbaca ni luahan, naa suri2 jak la klu trasa. ini belog ku, negara kita demokrasi, semua ada hak bsuara. jadi suka hati ku la mau cakap apa pun. peduli apa situ.




Tuesday, May 3, 2011

sepilok

masa ni aku temankan adik jumpa kawan dia yang kerja di sepilok. so, sempat lah aku ambil beberapa view yang kira cantiklah juga sepanjang perjalanan masuk ke dalam tu.

tapi tempat si orang utan, tak masuklah. masa tu dah petang...maybe next time jenguk sana. insyaAllah, nanti nak ambik gambar banyak2 masa tu.