Sunday, October 4, 2009

novel sehangat asmara-aisya sofea



aku dah lama nak beli novel ni sejak 2003 lagi...tapi baru2 ni je dapat beli 17.03.09. tu pun sebab nak lengkapkan koleksi novel aisya sofea. dulu, cover dia tak secantik yang sekarang. dulu, gambar kulit agak simple je.

novel ni mengisahkan tentang kay dan zainal yang belajar di uk. zainal mendekati kay sebab tak mahu kay hanyut dengan dunia sosial. lama2 kay jatuh cinta dengan zainal. zainal pun sama dan mereka pun kahwin. ibubapa mereka tak setuju sebab mereka masih belajar.

zainal kemudian balik ke malaysia dan berjanji akan kembali. tapi sayangnya selepas itu zainal terus hilang dan tinggalkan kay seorang. kay sangat sedih, lebih2 lagi bila dia tahu dirinya sudah hamil. kay sangat rindukan zainal dan mula terumbang-ambing. ibubapa kay bawa kay pulang ke malaysia dan paksa kay melupakan zainal.

9 tahun berlalu, zainal muncul kembali untuk mendapatkan haknya sebagai ayah kepada misya. semua bermula bila zainal ternampak gambar kay bersama misya dalam sebuah majalah. zainal tidak menyangka dia punya anak. sejak itu dia mendesak kay untuk mengizinkan dia menemui misya. kay dendam padam zainal kerana meninggalkan dia 9 tahun yang lalu.


tapi bila zainal membawa kes ini ke mahkamah, kay akhirnya mengizinkan zainal bertemu misya. selepas itu hubungan zainal dengan misya sangat rapat. ibu kay pula paksa kay kahwin dengan azman. tapi pada masa yang sama, zainal mula cuba meraih cinta kay semula dengan alasan misya perlukan keluarga yang lengkap. azman akur dan undur diri. ibu kay pula sangat2 marahkan kay.

akhirnya kay dan zainal berkahwin semula. tetapi kay tak dapat terima zainal sepenuhnya kerana dia hanya mengikut kemahuan misya sahaja. baginya zainal masih bersalah kerana meninggalkan dia dulu. zainal sangat baik tapi kay menjauhkan diri. kay masih tertanya2 kenapa zainal tinggalkan dia dulu.

akhirnya segalanya terungkai bila kay bergaduh dengan adik zainal. adik zainal bencikan kay yang tak habis2 menyangka zainal lelaki yang tak bertanggungjawab. sebenarnya kay tak tahu, zainal balik malaysia dulu sebab diugut oleh ayah kay. ayah kay orang berpengaruh sebab itu dia boleh buat apa saja terutamanya orang yang kurang berkemampuan seperti keluarga zainal.


~ kay ~

kay sangat sedih, lebih2 lagi bila ayah kay mengaku dia yang pisahkan kay dengan zainal dulu. tapi ayah kay sudah insaf dan baik. malah dia juga mengizinkan kay kahwin dengan zainal semula. akhirnya kay dan zainal berbaik dan bahagia.

terus terang aku kata, novel ni memang tak menghampakan cuma aku boring sikit sebab novel ni banyak sangat dialog sedih2,teka-teki, tarik tali antara kay dan zainal...bosan sangat! tapi memang novel2 aisya sofea kebanyakannya memang banyak dialog ala2 tarik tali macam ni. lagi satu kebanyakan novel aisya sofea ni, semua hero dan heroin terpisah beberapa tahun, kemudian bertemu semula. tapi apa pun aku memang sukakan novel2 aisya sejak baca novel jauh dan jendela hati dulu.

~gambar selebriti sumber google ~

Saturday, October 3, 2009

tiada tajuk sesuai

bangun pagi je tadi terus tengok pemandangan di luar, cantik gila pemandangan dari sini (likas square). kami pilih apartment sebab family aku ramai. semalam sampai kk dari sandakan.

plan hari ni nak jln2 di tamu papar dan pasar pelipin. malam nanti flight adik aku dengan family. sebelum turun sarapan, nilah sempat buka blog dulu. hehehe...