Saturday, September 7, 2013

Novel Jodoh Itu Milik Kita-Sara Aisha

Novel Jodoh Itu Milik Kita-Sara Aisha

Lama saya tak update blog sebab busy dengan tugas2 harian. Baca novel pun tiada kesempatan. Masa dekat puasa tu, ada juga kazen bagi pinjam beberapa novel tapi satu pun saya tak dapat baca sebab sibuk sangat. Tak apa, nanti lain kali aje saya pinjam semula. Sekarang ini dah tak berapa sibuk so, ada masa baca novel. 

Tak pasti novel Jodoh Itu Milik Kita-Sara Aisha ini novel baru atau lama. Lama tak beli novel jadi tak tahu perkembangan dunia novel terkini.  My sis beli ini beberapa hari yang lalu lepas keluar iklan drama lakonan Farid Kamil dan Tiz Zaqiyah. Biasalah, kalau novel dibuat drama memang ramailah yang cari novel tu. Mula2 cari di Eaton's dan Popular tapi tak jumpa. Jadi beli online, alhamdulillah cepat aje sampai dan dapat diskaun lagi.

Sinopsis Novel Jodoh Itu Milik Kita-Sara Aisha mengisahkan tentang Dahlia yang ditinggalkan oleh Syafiq di majlis perkahwinan mereka. Untuk jaga maruah Dahlia dan family, Aariz (abang Syafiq) setuju untuk bernikah dengan Dahlia. Aariz ini baru aje pulang dari oversea. Baik orangnya dan sangat sayangkan familynya. Walaupun dia dan Dahlia tak kenal tapi mereka berusaha untuk berbaik dan menjayakan perkahwinan mereka. Mula2 mereka jalin hubungan sebagai kawan tapi lama2 tu saling cinta-mencintai.

Syafiq pulang semula ke Malaysia selepas gagal mendapatkan Alya. Alya ini ex girlfriend dia. Syafiq ini jahat sikit, suka paksa orang dan dengkikan Aariz. Aia kejar Alya pun bukan dia sungguh2 cinta. Saja aje dia nak buktikan pada Aariz yang dia lebih baik dan ada sesuatu yang Aariz takde. Baginya Aariz perampas apa yang dia ada. Syafiq ini pun suka buat hal sebab tu ayah dia pun tak suka dia. Mak dia aje yang suka bagi muka pada dia. 

Syafiq tambah tak puas hati bila tahu Aariz kahwin dengan Dahlia. Dia cuba porak-perandakan perkahwinan abangnya. Macam2 dia buat termasuk fitnah dan ugut Aariz dengan dedahkan kisah silamnya. Aariz ini anak angkat sebenarnya. Mak dia orang Filipina dan belajar sama2 dengan mak Syafiq di oversea dulu. Masa di sana mak Aariz ni kena rogol oleh lima lelaki jahat. Dia mengandung dan terlalu tertekan sebab tak ada pembelaan. Family dia pun tak nak terima dia. Tapi dia tetap lahirkan anak tu.

Lepas 9 tahun, Edna minta mak Syafiq tu datang dan selamatkan anaknya. Tapi mak Syafiq terlambat, Edna dah mati. Cuma ada Ezequiel seorang kanak2 yang sangat menderita masa tu. Then, mak Syafiq pun berusaha bawa Ezequiel ke Malaysia. Sampaikan dia terpaksa bayar sejumla wang yang banyak pada nenek Ezequiel yang jahat itu. Akhirnya Ezequiel dapat di bawa oleh mak Syafiq dan memeluk islam dengan nama Aariz Daniel. sebab kisah ini Aariz rasa rendah diri dan rasa tidak layak dengan Dahlia. Hinggakan dia nak bagi Dahlia pada Syafiq semula. 

Nasib baiklah Dahlia ni dah memang jatuh cinta dengan Aariz, berusaha sangat untuk memperbaiki hubungan mereka biarpun Aariz menjauhkan diri. Tapi lama2 tu Aariz pun ok je. Cuma Syafiq aje masih kurang insafnya. Lepas hampir2 nak buat onar pada Dahlia sampaikan mak dia tak sedarkan diri, Syafiq macam baik sikit tapi kemudian dia keluar negara dengan alasan nak cari diri sendiri, bukan sebab mak dia atau sebab Aariz. Entah apa2 je Syafiq tu. Hujung cerita, Dahlia dan Aariz dapat anak nama Azfar. Mereka bercadang nak pergi majlis kahwin Joshua. The End...

gambar sumber-myartis.com

4 comments:

memmetlenggeng said...

rajin baca novel ye...

Unknown said...

thanks for your comment. tak rajin baca novel tebal2 ni. jenis tak sabar nanti 2 hari aku baca tanpa henti nanti banyak pihak tak puas hati pulak.

Unknown said...

thanks for your comment. tak rajin baca novel tebal2 ni. jenis tak sabar nanti 2 hari aku baca tanpa henti nanti banyak pihak tak puas hati pulak.

zainOrsa said...

sy just sempat tgokk ep latest jerr .. novel pon xbace .. so , why alya pregnant ?? anak sape ?? is she married or not ??